28 Jun 2016

Jangan menipu kaum hawa

4:14 PTG 0 Comments
Bukan saja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat lebih hormat, bohong sunat.

Sebenarnya tak perlu bohong sunat pun, lebih baik menyatakan kebenaran dengan cara paling 'manis'. Biar kenyataan itu terlalu pahit; nyatakanlah kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi takkan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas, duhai lelaki sentiasalah amalkan sikap jujur dan berterus terang.


Dalam hubungan perkahwinan; ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip; daripada katakan yang benar boleh lukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya; jika suami benar ikhlas dan sayang; suami perlu berterus terang.


Sama juga dalam isu khianat kasih, bila si suami mempunyai ORANG KETIGA. Isteri yang mengetahui secara tulus daripada si suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakan dirinya dalam diam.


Ambil Berat Dan Prihatin
Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya, perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan nasihat bagai kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.


Wanita ideal tidak dambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.


Komunikasi Unggul
Wanita ingin sentiasa didampingi; bukan berdampingan daripada aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan khabar daripada anda. Penantian tanpa sebarang maklumbalas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak 


Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh buatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.


Terima Dia Seadanya
Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah; bukan mencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik. Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.

Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan jadi manusia paling bahagia dlm hdp

Pantang bagi kaum wanita adalah orang yang suka menipu. sekali suami menipu, ia akan meninggalkan kesan dalam hati isteri.

Begitu juga dgn isteri..Sentiasalah jujur dengan suami dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.


Keutamaan menikahi janda

9:09 PG 1 Comments
Keutamaan Menikahi Janda
    

Adakah keutamaan menikahi janda? Ataukah lebih baik dengan gadis saja?

Keutaman Menolong Para Janda

Dari Abu Hurairah, berkata, “Rasulullah SAW bersabda,

السَّاعِي عَلَى اْلأَرْمَلَةِ وَالْمَسَاكِيْنِ، كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيْلِ اللهِ، وَكَالَّذِي يَصُوْمُ النَّهَارَ وَيَقُوْمُ اللَّيْلَ

“Orang yang berusaha menghidupi para janda dan orang-orang miskin laksana orang yang berjuang di jalan Allah. Dia juga laksana orang yang berpuasa di siang hari dan menegakkan solat di malam hari.”(HR. Bukhari no. 5353 dan Muslim no. 2982)

Termasuk dalam menolong para janda adalah dengan menikahi mereka. Namun janda manakah yang dimaksud?

Disebutkan dalam Al Minhaj Syarh Shahih Muslim (18: 93-94), ada ulama yang mengatakan bahawa “armalah” yang disebut dalam hadits adalah wanita yang tidak memiliki suami, baik ia sudah menikah ataukah belum. Ada ulama pula yang menyatakan bahawa armalah adalah wanita yang diceraikan oleh suaminya.

Ada pendapat lain dari Ibnu Qutaibah bahwa disebut armalah kerana kemiskinan, iaitu tidak ada lagi bekal nafkah yang ia miliki karena ketiadaan suami. Armalah boleh disebut untuk seseorang yang bekalnya tidak ada lagi. Demikian nukilan dari Imam Nawawi.

Dari pendapat terakhir tersebut, janda yang punya keutamaan untuk disantuni adalah janda yang ditinggal mati suami atau janda yang diceraikan dan sulit untuk menanggung nafkah untuk keluarga. Adapun janda kaya, tidak termasuk di dalamnya.

Keutamaan Menikahi Janda yang Ditinggal Mati Suami dan Memiliki Anak Yatim

Kita tahu bersama bahawa anak yatim adalah anak yang ditinggal mati ayahnya. Anak seperti inilah yang dikatakan yatim dan punya keutamaan untuk ditolong kerana penanggung nafkahnya -iaitu ayahnya- sudah tiada. Jika ada yang menikahi janda kerana ingin menolong anaknya, maka ia akan dapat keutamaan besar menyantuni anak yatim.

Dari Sahl ibnu Sa’ad, dari Nabi SAW, baginda bersabda,

« أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِى الْجَنَّةِ هَكَذَا » . وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى ، وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئًا

“Kedudukanku dan orang yang menanggung anak yatim di syurga bagaikan ini.”   [Beliau merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya, namun beliau regangkan antara keduanya]. (HR. Bukhari no. 5304).

Menikahi Janda ataukah Perawan?

Walau memang menikahi perawan ada keutamaannya. Namun menikahi janda tidak boleh dipandang sebelah mata. Bahkan ada pemuda yang menginginkan janda dibanding gadis perawan. Semisalnya seorang pemuda ingin mencari wanita yang lebih dewasa darinya sehingga mampu mengurus adik-adiknya.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, ia pernah berkata,

تَزَوَّجْتُ امْرَأَةً فِى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَلَقِيتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « يَا جَابِرُ تَزَوَّجْتَ ». قُلْتُ نَعَمْ. قَالَ « بِكْرٌ أَمْ ثَيِّبٌ ». قُلْتُ ثَيِّبٌ. قَالَ « فَهَلاَّ بِكْرًا تُلاَعِبُهَا ». قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِى أَخَوَاتٍ فَخَشِيتُ أَنْ تَدْخُلَ بَيْنِى وَبَيْنَهُنَّ. قَالَ « فَذَاكَ إِذًا. إِنَّ الْمَرْأَةَ تُنْكَحُ عَلَى دِينِهَا وَمَالِهَا وَجَمَالِهَا فَعَلَيْكَ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ »

“Aku pernah menikahi seorang wanita di masa Rasulullah SAW. Lalu aku bertemu dengan Nabi SAW, beliau pun bertanya, “Wahai Jabir, apakah engkau sudah menikah?” Ia menjawab, “Iya sudah.” “Yang kau nikahi gadis ataukah janda?”, tanya Rasul SAW. Aku pun menjawab, “Janda.” Rasul SAW mengatakan, “Kenapa engkau tidak menikahi gadis saja, bukankah engkau mampu bersenang-senang dengannya?” Aku pun menjawab, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki beberapa saudara perempuan. Aku khuwatir jika menikahi perawan malah nanti ia sibuk bermain dengan saudara-saudara perempuanku. Rasul SAW bersabda, “Itu bererti alasanmu. Ingatlah, wanita itu dinikahi kerana seseorang memandang agama, harta, dan kecantikannya. Pilihlah yang baik agamanya, engkau pasti menuai keberuntungan.” (HR. Muslim no. 715).

Take Note : Status J yang disandang oleh seorang wanita memang berat baginya, begitu juga seorang lelaki yang ingin menikahi J. Buat si lelaki ikhlaskan hatimu menerima kehadirannya. Mereka sendiri tak minta untuk berstatus demikian

27 Jun 2016

Keperibadian Melalui Panjang Jari

11:17 PG 2 Comments

Percaya atau tidak pada fakta ini adalah terpulang kepada penerimaan masing masing. Dari analisis keperibadian seseorang itu dapat dilihat melalui panjang jari nya

Jom baca ni. Refer caption...

A) Telah ditafsirkn bahawa orang-orang dengan jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk yang sangat menarik. Mereka menarik dan orang lain memandang kualitii ini di dalamnya. Selain itu, mereka lebih tegas, agresif dan tidak ragu untuk mengambil risiko. Pekerjaan mereka biasanya adalah: pemain catur, tentera, dan mereka juga berhasil memecahkan teka-teki silang. Para ilmiah telah menemu kan bahawa orang dengan jari manis lebih panjang mperoleh lebih dari orang yang memiliki jari manis lebih pendek.

B) Orang yang memiliki jari manis lebih pendek dari jari telunjuk biasanya memiliki kepercayaan diri yang terlalu besar. Maka dari itu si pemilik jari dengan jenis ini sering dinilai orang sebagai seorang yang agak sombong. Ciri yang lebih khas darinya biasanya mereka tidak suka diganggu di waktu luang mereka dan lebih senang menikmati bersendirian. Di dalam hubungan, orang dengan jari jenis ini bukanlah tipe orang yang akan mengambil langkah pertama, tapi mereka selalu ingin menerima perhatian.

C) Orang-orang yang panjang jari telunjuk dan jari manis yang sama merasa tidak selesa ketika mereka menemukan diri mereka dalam konflik. Mereka termasuk sesorang yang cintakan kedamaian, suka berbicara dengan baik dan mencuba untuk bergaul dengan semua orang. Salah satu karakter terkuat mereka adalah mereka setia dalam hubungan, peduli dan peka terhadap keperluan pasangan mereka.


Tak kisah la jari panjang ke pendek..jangan panjang tangan dah kehkeh

Suka gigit kuku? Tandanya..

11:11 PG 1 Comments



"Buruknya perangai suka gigit kuku."
"Macam budak2, dah la tak bersih."

Mungkin itu lah apa yg orang lain fikirkan bila ternampak sesiapa menggigit kuku.

Tapi tau tak korang, kajian dari University of Montreal, Kanada mendapati orang yang suka gigit kuku ni sebenarnya adalah seorang perfectionist! Maknanya, dia pentingkan kesempurnaan. Kajian tu jugak mengaitkan sifat ini dgn orang yg mempunyai tabiat bermain rambut dan mengopek kulit.

Menurut pakar psikologi, Kieron O'Connor, mereka ni gigit kuku tanpa sedar. Ia bertujuan utk mengurangkan rasa berdebar, bosan, mahu alih perhatian.


Hahah ni memang tabiat hakak dari kecik lagi, memang tak boleh stop. Sape lagi perangai macam gini, suka gigit kuku kat sini angkat tangan!

Betul ke anak no 2 macam ni ?

10:48 PG 1 Comments

Siapa anak nombor 2? Okay, kita geng!
Jom kita check out fakta anak nombor 2 ni. Betul ke tidak ni, entahlah.

Senang memaafkan orang
**Hakak memang senang nak maafkan orang tapi agak payah nak lupakan kesalahan yang orng pernah lakukan

√ Garang macam harimau tapi hanya pada sesetengah orang 
**Garang ke? Entahlah. Rasanya tak garang kowt cuma tegas je mengikut persekitaran dan semasa

√ Kalau gelak tak ingat dunia 
**Memang pun. Tapi hanya dengan orang yang satu kepala dengan hakak. Yang giler giler, yang kepala masuk air. Terutama bestie kesayangan hakak. Yess, bantai gelak tak sedor diri, tak ingat dunia. Astafirullah'alazim. Huhuu

√ Sensitif, hati lembut
**Sensitif ke? Hakak memang sensitif pun tapi hanya dengan orang yang hakak sayang. Kalau kau kawan hakak, tade maknanya hakak nak sensitif bagai. Buang karen je beb.

√ Ramai peminat 
**Salah! Hakak mana ramai peminat. Peminat pun tade der.

√ Mudah menyanyangi orang lain jika orang tu ambil berat tentang dirinya
**Betul kowt. Buktinya? Hakak pernah kawan dgn sorang mamat tau time study. Kiteorang mmg rapat giler. Memang kamcing habislah. Hakak pun tak sedar bila masa hakak mula sygkan dia tapi dgn dia buat hakak selesa, jadi diri sendiri. Last sekali dia ada makwe. Hakak frust giler. Okay baru sedar rupanya hakak tangkap cintan kat dia.

√ Sukar melupakan orang yang dia sayang
**Memang pun. Dah tiga toun lebih hakak break dengan atok. Tapi sampai sekarang tak pernah dan tak mampu lupakan dia. Even dia kejam tapi hakak tetap ingat kat dia. Kekadang rindu sampai menangis bagai. Ishhh rugi plak rasanya airmata hakak perhabis kat dia.

√ Selalu menjadi tumpuan orang ramai
**Salah. Mana hakak pergi orang lain tak pernah peduli pun. Acah acah macam hakak tak wujud gamaknya. Sedis sedih. Hahaa!

√ Sentiasa mengingati kawan lamanya
**Ya. Hahak sokmo teringat kekawan lama. Tapi yang rapat rapat je lah. Hahaaa terutama yang kepala giler serupa hakak ni. Time study dulu sama sama buat kerja giler. Pukul dua tiga pagi curi curi keluar hostel lepas tu merempit pergi cari burger otai. Oichhh indahnya waktu tu.

√ Romantik & penyayang
** Ye ke? Macam salah je. Rasanya hakak ni kasar orangnya. Ramai yang cakap hakak ni ganas. Hahaaa celah mana ganas, hakak pun tak tahu. Hentamlah labu air.

√ Manja & pemurah
**Aku punya manja kau saja boleh rasa. Oichhh tidakkk! Rasa macam hakak ni tade lah manja sangat tapi kalau pemurah tu ada kwot. Ewahhhh okbye :)

√ Peramah
**Macam idok je. Hakak ni jenis pendiam tau. Bercakap, berceloteh ikut pada mood. Kalau malas nak bukak mulut hakak diam sepanjang hari tapi kalau kena dengan gaya dan cara, hakak memang meleter tak henti henti. Tadahlah telinga kau siap siap.

√ Kepala gila gila gila gila²
**Sokong! Hakak punya giler hanya mereka je yang tahu. Mereka yang sama naik giler nya dengan hakak.

√ Takut gelap
**Yang ni tengok pada keadaaan. Kalau tidur malam sorang sorang dekat hostel memang hakak tak pernah tutup lampu. Bukan takut tapi seram.

√ Suka memasak & bagi orang makan masakannya
**Yang ni macam entahlah. Hakak memag rajin masuk dapur tapi kalau bab masak tu macam mampu kira dengan jari je. Selalunya hakak just tolong mak. Jenis hakak, kalau hakak masak dan hakak jamu dekat orang, memang hakak takkan makan dah makanan tu. Tapi kalau hakak masak dan hakak makan makanan tu, comfrem hakak takkan bagi dekat orang lain dah. Kenapa? Entahlah macam dah jadi tabiat plak dari duluan lagi.

√ Rajin
**Terpulang pada mood. Tapi kalau dekat rumah hakak memang perlu wajib merajinkan diri. Selalunya bahagia ruang tamu dan tingat atas rumah tu memang hakak yang kemas. Mak plak kemas bahagian dapur.

√ Kalau merajuk tu duduk diam je
** Eh macam tau plak erk. Memang pun. Jenis hakak kalau merajuk akan duduk diam dia. Bila merajukkan tetiba kepala rasa macam blur. Duduk diam diam, termenung lepas tu pandang apa yang ada dekat depan tanpa berkelip. lepas tu berderai airmata. Heheee jiwa hakak sensitif giler time merajuk. Jangan ditegur dan jangan dipujuk nanti makin sendu jadinya.

√ Suka menolong orang 
**Terpulang pada situasi. Malas nak explin :)

√ Tak tidur mati 
**Kalau letih sangat memang tidur tak ingat dunia, siap berdengkur irama lagi kowt. Hahaaa



Take note : Hakak anak no 2. Rasanya macam ada sesetengah fakta tu macam boleh digunapakai. Tapi ada yang setengah lagi tu macam out terus. Bagi hakak, semua terpulang pada diri masing masing. Korang nak rajin ke, nak malas ke, nak setia ke, nak curang ke, nak pemurah ke, nak kedekut ke, nak peramah ke, nak pemarah ke, semua tu terpulang pada orang. Korang dah besar panjang kan, dah boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. 


Kenali Diri Melalui Rambut

10:02 PG 1 Comments


Fakta menarik berkenaan rambut untuk kita kenal dan fahami diri sendiri melalui rambut kita.
Entri ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh Dato' Doktor Fadhilah Kamsah.


1) RAMBUT LURUS-

bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan
sesuatu tanpa pertolongan


2) RAMBUT KERINTING TEBAL-

kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung


3) RAMBUT KERITING NEGRO-

bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah


4) RAMBUT IKAL MAYANG-

bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.


5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-

bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


6) RAMBUT SIKIT-

bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.


7) RAMBUT PERANG-

kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada
masalah.


8) RAMBUT TEBAL-

bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambilhati seseorang.



9) RAMBUT KUSUT-

sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan.



10) RAMBUT BERUBAN-

kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah diri


Rambut Palsu - Seseorg yg suka kuat memberontak dan tidak mempunyai perasaan. Hahaa

Gangguan psikologi paling pelik!

8:27 PG 4 Comments



Korang tau kan OCD tu mende? Obsessive compulsive disorder ataupun penyakit akibat gangguan psikologi. Kat bawah ni sume adalah antara kes pesakit OCD yg paling ekstrem.

1. Nikola Tesla

Dia fobia pada kuman dan sgt obses dgn nombor 3. Sebelum dia masuk mana2 tempat, dia akan pusing tempat tu sebanyak 3 kali! Bila makan, dia akan kira berapa kali dia kunyah makanan dan sentiasa gunakan 18 helai tisu. Dia ni jgk fobia dgn objek2 bulat, lebih2 lagi anting2 wanita. Dia jugak tak suka salam tangan orang sebab geli.

2. Jean (Obsessions and Psychasthenia)

Seorang lelaki berumur 30 tahun yg obses dgn kesihatan badan dan takut akan kematian diri dia sendiri. Dia ni akan sentiasa kira degupan jantung dan bila kadar degupan dia tak sekata dan lain, dia akan panik. Dia jgk tak boleh menghadiri majlis pengkebumian atau pun dgr berita pasal kematian sebab takut dia jugak akan mati.

3. Wanita yg dirawat William Hammond

Wanita berusia 18 tahun ni adalah antara pesakit terawal OCD yg direkod. Dia sangat obses dgn takut akan kotoran dan bakteria. Masalah dia ni sgt kronik sampaikan dia kena cuci tangan setiap kali menyentuh setiap objek! Dalam sehari tu, dia mencuci tangan sehingga 200 kali, kadang2 tu sehingga tangan dia terasa sgt pedih. Kalau keluar berjalan, dia akan pegang baju supaya tak mencecah lantai sebab takut sgt terkena kotoran tu.


Dahsyat kan?



26 Jun 2016

Tips pemakaian lipstik utk bibir kering!

2:02 PTG 2 Comments


Tips pemakaian lipstik utk bibir kering!
Kalau korang ada masalah bibir kering, boleh la ikut cara2 ni sebelum pakai lipstik! 



1. Hilangkan kulit kering di bibir dgn menggunakan madu asli. Biarkan selama 7 minit sebelum dilap dgn tisu yg dibasahkan. 

2. Selain itu, korang boleh juga gunakan sikit foundation pada bibir supaya bibir tak nampak berkerak. Teknik ni berguna utk si bibir gelap. 

3. Guna lipbalm terlebih dahulu. Lepas 10 minit mengenakan lipbalm, baru la sapukan lipstik. Bibir akan nampak lebih lembab dan warna lipstik juga akan tahan lebih lama. 

4. Sapukan lipstik menggunakan berus lipstik utk mendapatkan hasil lebih sempurnya. Elak menggunakan warna lipstik yg terlalu terang kerana garis2 pecah tu akan lebih kelihatan. 


Semoga membantu! 

Kredit : WOM

Tips kekalkan bau perfume

1:57 PTG 3 Comments


Nak bau perfume kekal lama?

Boring kan kalau bau minyak wangi tu kejap je hilang?
Siapa kata korang kena beli minyak wangi mahal2 baru bau tu kekal? Ada je cara simple korang boleh buat supaya bau wangi tu tahan lama sikit.


Hehe so here's how. 
1. Simpan minyak wangi tu kat tempat yang sejuk. Jgn letak dlm peti sejuk pulak. Tempat yg tak kena direct sunlight pun dah cukup. 

2. Bau lagi melekat lama kalau korang spray pada kulit lembap, so spray wangian tu pada nadi, di tangan atau leher. 

3. Lepas dah spray, biarkan wangian tu. Jangan gosokkan wangian dgn pergelangan tangan sebab tula kebiasaannya yg kita buat betul tak? 

4. Kalau bau wangian tu agak lembut, spray pada luar pergelangan dan bukannya dalam. 

5. Untuk bauan yang lebih lembut buat rambut juga pakaian, semburkan minyak wangi di udara terlebih dahulu, kemudian berjalan melaluinya. Dgn cara ni, bau tak akan tertumpu pada satu bahagian saja! 


Masker utk rambut rosak

1:51 PTG 0 Comments
Masker utk rambut rosak

Masker rambut (hair mask) adalah salah satu cara paling efektif untuk memberi nutrisi kepada rambut anda dari luar. Ada pelbagai macam jenis hair mask yang tersedia di pasaran.

Namun anda juga boleh membuat masker rambut anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah alpukat atau minyak zaitun.

Cara membuatnya hanyalah dengan mengisar 1/2 bahagian buah alpukat dan 2 sudu makan minyak zaitun. Setelah itu sapukan bahan tersebut keseluruh bahagian rambut, diamkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air sampai bersih.

Selain masker rambut, anda juga boleh menggunakan serum rambut yang juga berfungsi untuk memberi nutrisi kepada rambut anda dari luar.

Cara lain bagi membuat masker adalah dengan menggunakan 2 sudu besar minyak zaitun, 2 sudu besar madu lebah/kelulut dan 2 sudu besar cuka epal. Caranya, campurkan kesemua bahan tersebut. Sapukannya pada rambut dan kulit kepala. Ratakan masker ke seluruh rambut menggunakan sikat bergigi lebar. Biarkan sejam sebelum bilas dengan air suam. 

Kredit : keluarga.my

Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016

9:40 PG 4 Comments
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...
KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY
Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!
Untuk SEORANG yg bertuah sahaja ... (pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58
... dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
(boleh pilih design kegemaran)
Terima kasih sudi join
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
Moga anda bertuah & berjaya
Tarikh Mula :15.06.16 (Rabu)
Tamat : 30.06.16 11.59 malam (Khamis)
Keputusan pada : 02.07.16 (Sabtu)

GIVEAWAY CONTEST | Serunding Daging byIstanaSyurga

9:32 PG 7 Comments

Waktu kecik nak jadi apa?
Banyak sebenarnya impian dan cita cita waktu kecik kecik dulu. Tapi itulah kita hanya mampu merancang. Kalau tak silap waktu tadika dulu, nak jadi penari tarian tradisional. Kenapa? Sebab waktu tadika dulu hakak agak aktif dengan acara tarian. Bila ada majlis di kampung, kebiasaannya kami yang pelajar tadika ni akan terlibat sama. Pernah kami masuk pertandingan dan dapat no 2. Time tu kami ikut rentak tarian ulik mayang.

Bila masuk sekolah rendah, impian kami macam berubah. Kenapa? Sebab waktu tu kami agak aktif dalam sukan, netball. Waktu tu baru kenal bola katakan, pantang ada latihan petang, mesti semangat giler turun berlatih. Sampai satu tahap, hakak dah plan. Nanti lepas upsr, hakak nak masuk Sek Sukan Bukit Nanas, Setiu, Terengganu. Punyalah fanatik kan. Tapi tak berjaya pun masuk ke situ kesudahannya, sebab mak tak bagi berjauhan dengan family. Sobsobb

Bila melangkah sekolah menengah, sekali lagi impian hakak berubah. Ishhh ishhh bagaikan lalang plak bila difikirkan balik. Dari ting. 1 hingga 3 hakak agak aktif dalam kokorikulum. Naib pengerusi Ranjer Puteri dan leader kawat uoll, jangan main main. Waktu tu hakak rasa macam berminat dengan badan unifom. Rasa macam nak jadi polis, askar, bomba dan seangkatan dengannya lah plak. Terfikir jugak nak masuk askar wataniah. Tapi tak lepas.

Lepas PMR, hakak sambung study ke sek teknik dalam bidang elektrical. Waktu tu dah tekad dalam hati, nanti lepas spm nak sambung dalam electrical jugak. Nak sambung ke peringkat yang tinggi dan tinggi lagi. Hakak target nak gengam chargeman. Alhamdulillah, hingga setakat ni impian dan target hakak dipermudahkan. InsyaAllah, kalau tak de halangan, akhir tahun depan hakak habis study dan target tercapai. Chargeman bakal hakak tawan :)


Tamat : Seminggu sebelum raya

Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

9:00 PG 3 Comments
Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

21 Jun 2016

Riang Ria Raya Blogger Contest with Lazada Malaysia

4:05 PTG 5 Comments


Assalamualaikum | Salam Sejahtera. Rasanya belum terlambat kot hakak nak join contest yang dianjurkan oleh Lazada ni. Pertama kali kowt hakak cuba join contect yang sebegini besar. Hakak try ushar terma dan syarat tadi, nampak macam senang je jadi hakak pun cubalah join. Eh, lupa plak hakak pun nak ajak uolls sekali join tau. Tekan je banner dekat atas tu.

Salah satu syarat yang dikenakan adalah cuba kira dan teka jumpah Fujifilm yang ada dalam gambar dibawah. Agak-agak koang berapa ye? 


Kalau diberi pilihan, hakak nak 4 item dibawah ni untuk seisi keluarga kesayangan hakak.
Semoga niat suci murni hakak ni termakbul ye :)


1.  Untuk adik kesayangan hakak, nak hadiahkan Lenovo F309 Lenovo USB 3.0 1TB external portable HDD ni. Almaklumlah diaorang kan suka simpan cerita cerita korea. Jadi dengan adanya item ni, insyaAllah laptop tak berat lagi. Lepas ni simpanlah sebanyak mana pun cerita korea dalam tu. Hahaa laptop hakak jangan lagi diusik ye :)





2. Untuk mak kesayangan, hakak nak bagi King Size Multifunctional Wardrobe - Purple. Dengan adanya item ni, rumah tak lagi bersepah. Mesti senang hati mak lepas ni :)




3. Untuk ayah kesayangan, hakak nak hadiahkan Bundle Deal- Digital Wrist Blood Pressure Monitor & Heart Beat Meter And Home Digital Thermometer. Ayah hakak ada penyakit tiga serangkai. InsyaAllah dengan adanya alat ni, bolehlah sentiasa cheak kadar jantung ayah.




4. Untuk kesayangan seisi keluarga, hakak memilih Kinoki Detox Foot Patches (10 boxes). Dengan ada nya item ni, bolehlah kami seisi keluarga buang segala kekotoran dalam badan secara berjemaah. Badan yang sihat membawa senyuman kepada kami seisi keluarga.



Kalau lah hakak dapat keempat-empat item ni kan best. InsyaAllah.
Setelah dikira campur tolak bahagi darab bajet untuk keempat item ni tak sampai pun RM500.
Perhhh boleh dapat empat item yang berkualiti dengan harga kurang dari RM500.
Terbaiklah Lazada!

"Hakak harapkan kemenangan dalam contest ni sebab nanti nak berposing sakan waktu raya. Posing puas puas, almaklumlah rayakan sebulan setahun ye. Nak simpan kenangan banyak-banyak untuk raya tahun ni"



Kelebihan berdoa sebelum berbuka puasa

12:56 PTG 3 Comments

Ada waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu;

1. Berdoa saat menjelang berbuka puasa.
2. Menjelang makan sahur.

Tapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya.

Di Mekkah & Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang sudah menadah tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai air mata mereka mengalir deras..

Ya, berdoa meminta kepada Allah yang Maha Kaya...
Kesalahan yang dilakukan muslimin kita disini ialah mempersiakan waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk menyiapkan hidangan berbuka menjelang azan maghrib.!

Kemudian berkumpul menghadap hidangan berbuka & merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu....atau dzahaba zhoma'u....", padahal hanya mencakupi maknanya berupa laporan & ucapan syukur.

Setelah kita memahaminya, hendaknya 10-15 minit sebelum azan maghrib (sudah dalam keadaan berwudhu) kemudian berdoa meminta apa saja (adabnya dengan didahului puji-pujian kepada Allah & berselawat ke atas Nabi)..

Kerana Allah memberikan jaminan bahawa doa-doa tersebut akan dimakbulkan..
"Allah mengikut sangkaan hamba-Nya" (Allah menurut & mengikut sebagaimana prasangka hamba-Nya)

Manfaatkanlah waktumu sahabat, bukan hanya demi santapan atau manikmati makanan saat menjelang berbuka.

Berdoalah untuk diri kita, keluarga kita, orang tua kita, sahabat kita, dan negara kita....

Kredit: ‪#‎ProfDrMuhaya‬

Amalan memakai niqab

12:43 PTG 2 Comments

Tanpa ragui, amalan memakai niqab adalah salah satu Sunnah para isteri Rasulullah SAW. Bagi siapa yang memakai niqab dengan niat yang betul sudah tentu diberikan pahala sebab mengagungkan syiar Islam. Sebab orang yang bukan Islam boleh berminat untuk mempelajari Islam. Orang yang tidak bertudung akan berazam untuk berhijrah.

Tetapi ketahuilah, Ada segelintir di dalam masyarakat kite yang berniqab tetapi salah. Malah, ada yang membuat dosa bila berniqab. Semoga Allah memberi kite fahaman dalam agamaNya yang suci ini.

1. Niat yang salah
Ada yang berniqab tetapi niatnya bukan kerana Allah semata tetapi kerana lain. Lagi lagi dari kalangan niqabi yang mengunakkan sosial media sebagai medium dakwah. Sebab ada yang berniqab tetapi dengan niat hendak mencari publisiti dan populariti semata.
Nauzubillah. Dia mengunakan gambar dia berniqab sebagai display picture supaya dapat mendapat ramai followers. Walau bagaimana pun, ini cuma segelintir kerana tidak semua yang begitu. Hukumnya boleh jatuh haram kerana mempermainkan syiar Islam.

2. Berniqab tetapi menggoda
Ada juga yang sengaja mencantikkan matanya dengan menggunakan eye liner, mascara, eye shadow dan sebagainya. Niat sedemekian supaya dapat menarik perhatian orang, lagi-lagi perhatian lelaki. Ada yang membuat sedemekian lalu upload di Facebook, twitter supaya dapat pujian orang. Jujur kata, seorang muslimah yang membuat sedemekian dapat menggoda kaum Adam. Malah, dapat mengoncang iman mereka. Jangan terperanjat jika seorang niqabi juga boleh menggoda lelaki. Jadi apa tujuan berniqab?

3. Niqab on off
Ada juga yang berniqab tetapi tidak beristiqamah. Kata orang putih on/off. Sekejap berniqab, sekejap berhijab. Walaupun dia masih berhijab tetapi jika dia buka niqab tanpa alasan sudah tentu dia sudah mempermainkan niqab itu. Seperti Ustaz Azhar Idrus kata, dia sudah mempermainkan niqab itu melainkan dia terpaksa membuka niqab kerana kerja atau alasan yang lain.

4. Tidak mahu dipandang tetapi nak dipandang
Ini juga adalah salah satu kesalahan yang selalu dilakukan oleh muslimah yang berniqab. Tujuan asal berniqab adalah untuk supaya tidak dipandang ajnabi dan perhiasannya hanya buat yang halal sahaja.
Sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak dipandang ajnabi maupun yang memandang ajnabi. Tetapi ada yang berniqab supaya dapat menarik perhatian orang. Suka bila dipandang orang. Dan apabila dipandang lelaki yang soleh, hatinya berharap sekali lelaki itu suka dia. Memang ini sangat salah sekali.

5. Riak, sum'ah dan ujub
Syaitan tidak pernah menyerah diri dalam menyesatkan anak Adam. Seperti mana iblis telah janji kepada Allah untuk sesatkan manusia. Oleh itu, seorang yang berniqab sudah tentu lagi berat ujian nya. Syaitan itu akan datang menghasut dia dengan cari yang lain, iatu meletakkan sifat-sifat yang munkar iatu riak, ujub, sum'ah dan penyakit hati yang lain.

Riak itu apabila dia berniqab untuk tunjukkan dirinya mulia dari yang lain. Dia mahukan dipandang sebagai muslimah yang bertakwa. Maka sifat yang tunjuk-tunjuk ini lari dari niat yang sebenar iatu kerana Allah ta'ala.

Sum'ah apabila dia berniqab semata-mata hendak mendengar pujian orang. Ia lebih teruk dari riak. Dia harapkan sekali untuk orang memuji dia dengan berkata seperti "dia itu berniqab tau. Dia mmg perempuan yang baik." Apabila orang puji, maka hatinya berasa suka. Sifat macam ini juga boleh membuat seorang hamba untuk memasuk neraka.

Takabur dan ujub adalah penyakit hari yang paling teruk. Ia adalah salah satu sifat iblis. Seorang yang takabur tidak akan masuk syurga walaupun sekecil zarah di dalam hatinya. Ini sangat bahaya, apabila dia rasa dia yang paling mulia. Lagi lagi apabila seorang yang berniqab itu apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat lalu terdetik dalam hatinya kata kata seperti "aku lebih baik dari kau. Kau ni mmg neraka." Dia mengganggap orang yang seksi itu adalah ahli neraka dan dia adalah ahli syurga.Maka wanita yang niqab itu yang akan masuk neraka. Nauzubillah.

Perasaan ini memang selalu timbul di dalam hati apabila hendak melalukan kebaikan. Penyakit ini memang dari syaitan Maka banyakkan istighfar untuk mengusir syaitan itu. InshaAllah semoga Allah selamatkan kita dari sifat itu.

6. Berniqab tetapi tidak berakhlak
Sebaik-baik mukmin adalah akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah termasuk ibadah batin. Apabila dia berniqab sudah tentu orang akan pandangnya berilmu dan beriman. Tetapi jika niqabi tidak menjaga akhlaknya dan perlakuannya maka sudah tentu orang akan tidak suka. Ini sering berlaku di sosial media, apabila ada yang berniqab tetapi kata-kata yang kesat, tidak menjaga akhlak. Apabila ditegur, dia berasa marah dengan teguran orang itu.

Semoga Allah selamatkan kita dari dosa yang tidak kita sedari. Semoga Allah berikan kita fahaman dalam agamaNya supaya terselamat dari lubang jahilyyah. Wallahuaklam..




Credit : MalaysianOnCoveringAurah

Nasihat untuk kaum Hawa yang disayangi

12:32 PTG 1 Comments

Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan terseksa di akhirat.

Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kawinlah dengan lelaki soleh yang akan bimbing kita ke jannah, bukan ke Jahannam.

Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf dosa yg telah dilakukan dari suaminya setiap hari sebelum tidur.

Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan akan jaga batas2 wanita.

Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang2nya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.

Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agungnya di Jannah.

Perempuan yang bertudung tetapi buat maksiat jangan keji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah

Apabila isteri hamil ia dicatit sebagai seorang syahidah dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.

Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haram ia mencium bau syurga.

Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami



Renung2kan & selamat beramal

Balik kampung lagi

10:52 PG 11 Comments
Assalamualaikum | Salam Sejahtera.

Yahoooo nak balik kampung lagi. Hanya itu yang mampu hakak ucapkan. Sebenarnya hakak tak plan pun nak balik kampung minggu ni. Sebab minggu lepas hakak dah balik, 4hari berada di kampung. Nak sangat balik kampung kan, hakak sanggup apply cuti 2 hari ditambah cuti hujung minggu 2 hari maka jadilah 4 hari (rabu, khamis, jumaat, sabtu) dikampung minggu lepas. Anda boleh baca dekat sini "Penantian satu penyeksaan". Dia punya rasa excited nak balik kampung tu lain macam je. Hahaa fanatikkk fantastik gitu, ala-ala sayu hati menunggu.

Untuk minggu ni, hakak langsung tak plan. Memang tak terfikir langsung nak balik kampung. Ya, taulah esok cuti sempena Hari Nuzul Quran. Tapi cuti hari rabu sehari je pun, hari khamis tu kerja macam biasa kan. Jadi, hakak pun imaginlah, cuti esok hakak mereput je dekat bilik. Huhuuu kawan ada ajak pergi MesraMall, tapi macam malas plak nak berjalan.

Tengah syok hakak berblogging tadi tetiba ws dari adik kesayangan hakak masuk. Dia tanya esok hakak cuti tak? hakak pun jawablah cuti. Ditanya lagi, petang ni hakak nak balik kampung tak? Hakak pun jawablah tak, sebab cuti sehari je kan. Diajaknya hakak balik sekali dengan dia petang ni. Katanya petang ni balik petang esok datang semula. Eh, macam malas pulak hakak nak balik sehari je. Macam tak puas pulak nanti. Ting! tetiba akai jahat hakak datang. Hahaa kenapa tidak hakak apply cuti je untuk hari khamis kan. Heheee malas nak fikir panjang terus hakak apply. Alhamdulillah, nasib baik Kak Emy luluskan cuti hakak. Katanya cuti jelah sementara tengah tade job skrg ni. Settle!

Hakak pun dengan excited ws adik kesayangan hakak, bagitahu jadi balik petang ni. Yes, macam happy je budak tu. Padahal dia pun dah balik minggu lepas. Maka kesimpulannya, petang ni kami balik kampung. Esok petang dia kembali ke Dungun sebab khamis kerja macam biasa. Tapi hakak masih di kampung sebab khamis hakak cuti. Dipendekkan cerita, hakak akan mereput di kampung selama 4hari, sama macam minggu lepas. Olalalaaa senangnya dalam hati :)

Okay lah, happy tu happy jugak. Sebenarnya minggu depan merupakan minggu terakhir hakak di sini. Tak sangka pejam celik pejam celik dah pun penghujung praktikal hakak untuk semester ni. Maknanya minggu depan merupakan minggu terakhir hakak dekat sini. Buku report masih lagi tak bersentuh. Comfrem, minggu depan hakak akan menjadi orang yang tersibuk di sini. Hehee sibuk nak siapkan report. Sibuk nak dapatkan gambar gambar untuk report. Sibuk nak dapatkan tandatangan supervisor dan bigboss. Sibuk nak settlekan segala bagai urusan yang berkenaan. Okay takpe. Minggu ni kita relek dulu. Hehee minggu depan baru kita kerja keras ye.



Doakan semoga perjalanan balik ke kampung petang ni berjalan lancar ye. #iLOVEuFamily :)

Follow Us @soratemplates