16 November 2017

Cara Kempiskan Perut Menggunakan Kerusi

NAK ABS PERUT?? 5 CARA GUNA KERUSI JE...

Perut bahagian paling penting tak kira buat perempuan mahupun lelaki. Lelaki buncit mungkin perkara biasa. Tapi kalau perut perut buncit sampai jelas nampak, agak malu kan?

Tapi tak susah pun sebenarnya nak dapatkan abs pada perut kalau betul caranya. Dah tak ada alasan lagi dah sebab 5 cara ni guna kerusi je pun!

1:) Berdiri di belakang kerusi, dan meletakkan tangan anda di belakang kerusi..

Ambil beberapa langkah ke belakang, bengkokkan lutut anda sehingga dada anda adalah selari dengan lantai.

Perlahan-lahan berpaling ke kiri, mengangkat tangan kiri anda ke atas telinga anda.

Ulang 20 kali, berselang-seli ​


​2:) Baring macam di dalam gambar.

Bergerak lebih dekat ke kerusi, dan letakkan kaki anda di atasnya.

Letakkan tangan anda di belakang kepala anda.

Menggunakan otot ab anda, menaikkan tulang belikat anda dari lantai, dan sentuh lutut kanan dengan siku kiri anda.

Ulang 20 kali, berselang-seli.

3:) Duduk di tepi kerusi, 

bengkokkan lutut anda, dan letakkan tapak tangan anda di belakang anda.

Gerak punggung anda sedikit ke hadapan supaya ia tidak menyentuh kerusi.

Naikkan kaki kiri lurus, supaya ia tetap selari dengan lantai.

Ulang 20 kali, berselang-seli...

4:) Bersandar di tepi kerusi, 

luruskan badan anda dalam satu barisan, dan ambil kedudukan papan itu.

Perbaiki belakang anda.

Pegang papan itu selama 30 saat.

Cuba meningkatkan masa dengan 10 saat setiap hari

5:) Lengan lurus tegak di tepi kerusi.

Bengkokkan lutut anda pada 90 darjah, dan letakkan kaki anda sedikit luas daripada lebar bahu.

Bengkokkan siku anda lebih rendah ke bawah.

Kemudian naikkan kembali lengan anda.Ulang 20 kali.

SELAMAT MENCUBA..
Cara Hilangkan Kencing Tak Lawas.

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana apabila buang air kecil, air kencing macam tidak habis-habis.

Apabila diperhatikan, aliran air kencing mengecil, aliran air kencing tersekat-sekat, Apabila buang air kecil, masih ada aliran air kencing menitis dan pernah juga rasa tidak puas selepas buang air kecil?

KENCING TAK LAWAS

Bagi mengurangkan dan mengatasi masalah kencing tidak lawas, berikut adalah petua yang dapat diikut oleh pesakit untuk mengubati dan merawat penyakit ini. Tidak kira samada lelaki atau perempuan, dua-dua boleh guan.

1. GUNA DAUN SIRIH

Rebus beberapa helai daun sirih. Apabila mendidih, minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

2. GUNA BIJI BARLI

Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ianya dapat melegakan sekiranya ada rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan selain itu ianya juga dapat menyejukkan badan.

3. GUNA BUAH NENAS

Ambil sebiji nenas yang kurang masak, Kupaskan bahagian kulitnya. Apabila siap, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan.


Ambil beberapa potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama beberapa gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

4. GUNA AIR BASUHAN BERAS

Ambilkan air basuhan beras yang terakhir apabila selesai membasuh beras, kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas.

Minum air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

5. TANGGAL SEMUA TERMASUK SELUAR

Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

6. ANDA BOLEH BUAT SQUAT JUMP.

Apakah itu Squat Jump? Ia adalah satu exercise dimana perlu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali.

Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot-otot pada bahagian punggung penghidap.

7. PERBANYAKKAN SENAMAN BERJALAN KAKI

Bukan sahaja luaran sihat, dalaman pun sihat juga.

Jangan ingat orang yang kencing tidak lawas hanya berlaku pada orang tua. Orang muda juga ada yang kena. Cepat-cepat hubungi doktor jika mengalami masalah ini. Sebagai alternatif, boleh cuba petua yang kami kongsikan ini.


Bila kencing pun senang dan lawas, ibadah solat juga lebih tenang.!

15 November 2017

Maksud 'Sebenar' di sebalik Label Makanan Sihat

“Macam-macam label makanan sihat digunakan pada produk makanan di pasar raya ni. Sampai keliru aku nak pilih yang terbaik antara semua. Yang itu ok, yang hujung sana pun ok, ishhh pening nak fikir. Susah-susah ambil sajalah semua dan bayar”.

Siapa kata senang nak cari bahan makanan di pasar raya?

Memang banyak pilihan, tapi tak ramai yang benar-benar faham apabila membaca kandungan nutrisinya, terutamanya apabila mencari label makanan sihat.

ADAKAH MAKANAN INI BENAR-BENAR MENYIHATKAN?

Kini, terdapat banyak label makanan sihat seperti organik, ‘low fat’, ‘less sugar’, ‘less fat’, ‘fresh product’, dan banyak lagi yang susah nak sebut.

Tapi, adakah makanan dengan label ini benar-benar baik untuk kesihatan seperti yang diwar-warkan?

Walaupun ramai yang berhati-hati dalam membeli barang keperluan rumah, kadangkala sesetengah label bukanlah ‘sihat’ seperti yang kita sangkakan.

Maka, cuba fahami dulu beberapa label makanan sihat yang biasa dilihat ini.

MAKSUD ‘SEBENAR’ DI SEBALIK LABEL MAKANAN SIHAT

1. ORGANIK

Selalu kita dengar: Organik bermakna lebih bagus untuk kesihatan.

Fakta: Organik bermaksud tiada penggunaan racun serangga dalam proses penanaman. Tapi, tiada bukti mengatakan produk ini lebih kandungan nutrisi.

Apa pun, jika ia melibatkan buah-buahan organik seperti buah epal, pic dan sebagainya, pastikan ia juga dicuci dengan bersih dan jika boleh, buang kulitnya sebelum dimakan.


2. BIJIRIN PENUH

Selalu kita dengar: ‘Go whole grains or nothing’

Fakta: Sumber terbagus untuk fiber kerana ia dapat mengenyangkan perut dalam tempoh lama.

Ia juga bagus untuk kesihatan kerana dihasilkan daripada bijirin sepenuhnya.

3. ‘LOW-FAT’

 Selalu kita dengar: ‘Low fat’ =sihat

Fakta: Periksa dahulu kandungan ‘Fakta Nutrisi’ yang terdapat pada produk ‘Low-fat’ ini sebelum membeli.

Adakah ia betul-betul kurang lemak seperti yang dikatakan?

Elak beli produk yang tinggi kandungan garam, gula, lemak, lemak tepu dan kalori.

4. 100% JUS BUAH

Selalu kita dengar: Dihasilkan daripada buah-buahan asli dan segar

Fakta: Tiada air jus terutamanya dalam kotak yang 100 peratus dihasilkan daripada buah jika dibandingkan dengan buah-buahan segar atau yang diperah sendiri.

Ini kerana jus buah dalam kotak dengan label ‘fruit juice drink’ biasanya tinggi kandungan gula.

5. PRODUK SEGAR

Selalu kita dengar: Lagi segar produk, lagi bagus

Fakta: Kebanyakan produk segar ini didinginkan pada suhu terendah untuk mengekalkan kandungan nutrisi di dalamnya.

Bukan sahaja anda dapat produk yang segar malah bagus untuk kesihatan.


6. PRODUK TENUSU

 Selalu kita dengar: Semua produk tenusu menggemukkan

Fakta: Meskipun kaya dengan sumber kalsium, protein dan vitamin D, produk tenusu juga tinggi lemak, kolesterol dan kalori.

Jika ingin mendapatkan sumber kalsium, ambil susu dengan ‘fat-free’ atau yogurt dengan kandungan

7. MAKANAN SEJUK BEKU

Selalu kita dengar: Kurang kandungan nutrisi

Fakta: Elak beli makanan sejuk beku yang tinggi lemak dan garam.


BUAT PILIHAN BIJAK!

Kaji kandungan nutrisi dengan membaca label makanan sihat ini terlebih dahulu untuk mengetahui kandungan kalsium, protein, garam, gula, kalori dan sebagainya.

Tidak semua yang diwar-warkan itu betul 100%.

Nilailah sebelum anda membuat pembelian demi kesihatan anda seisi keluarga.

Sumber : siraplimau.com

Cara Menghilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat.


Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur mengalaminya. Lebih-lebih lagi pada yang hamil atau mengandung. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja, perilaku akan terbantut.

Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. Jika tidak diubati secepat mungkin, ia juga boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.

Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Di sini ada petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.

Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:

1. HILANGKAN PLAK

Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. MINYAK GAMAT

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. GIGIT BUNGA CENGKIH

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. KUMUR DENGAN AIR GARAM

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. KAPUR SIRIH

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. KUMUR AIR REBUSAN SIRIH

Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. LIDAH BUAYA

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. HABBATUS SAUDA

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. DAUN SERAI

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. TOMATO MUDA

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. GAMBIR

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. KUMUR GARAM, AIR DAN LIMAU NIPIS

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. ASAM JAWA

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. BAWANG PUTIH

Hiris bawang putih dan tampalkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.


Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya pasti rasa tidak senang duduk.


Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan,selalulah menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.

14 November 2017

Merajuk | Kenapa Wanita Suka Merajuk?

Wanita Merajuk...
Kenapa wanita suka merajuk? Adakah memang semua wanita suka merajuk atau ada juga wanita yang memang tidak pernah merajuk langsung?! Kalau ada yang tidak pernah merajuk langsung, syabas! Memang jiwa kental.

Wanita jika merajuk ada pelbagai perangai, kadang makin dipujuk makin menjadik2 pulak rajuknya.Merajuk dan sikap kebudak-budakan memang tak dapat dielakkan.

Waima yang matang sekalipun,apabila merajuk akan jadi keanakan.sikap ini hanya terserlah apabila bersama yang tersayang sahaja.

Wanita bertuah jika mempunyai kekasih atau suami yang sangat-sangat memahami dan tidak jemu memujuk. Merajuk bukan bermaksud wanita itu menjadi kurang ajar atau jahat. Biasanya jika merajuk, perempuan akan diam sahaja dan enggan untuk bercakap. Kalau memang tidak dapat pujuk, biarkanlah dia berfikir sejenak. Bagi ruang  untuk dia habiskan rajuk tu... 

Waktu merajuk itulah sebenarnya wanita sedang menguji sejauh mana tahap kesungguhan dan tahap kesabaran si lelaki. Jika dia tidak mampu 'mengendalikan' masalah diri kita yang kecil, lepaskanlah... Takut nanti jika dia menjadi suami, dia langsung tidak mampu kendalikan masalah rumahtangga yang lebih besar dan rumit.

Love yourself first. Siapa tahu lelaki yang lebih memahami dan lebih pintar mengendalikan sikap kita akan muncul.

Jangan pernah berputus asa. Tuhan kan ada 

Take Note : Apa yang aku perasan, aku akan lebih sensitif dengan orang yang aku sayang. Alahaiiii dengan si dia bukan main baldu lagi hati aku. Silap sikit merajuk, salah sikit tarik muka. Hahaaaa padahal dengan kawan-kawan, hati aku bukan main lagi keras bak batu. Walau pun kekadang ada juga baldunya. Bak kata pepatah, aku punya manja hanya dia yang tahu. Semoga dia bertahan dan tak serik dengan perangai tak semegah aku ni :)

Sebab Berlakunya Kerja yang Sia-Sia

Kerja Yg Sia-Sia Berpunca Dari Banyaknya Masa.


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)


Jika kita benar- benar menghayati kandungan isi ayat dari surah Al Ashr di atas, tentu kita sedar betapa benarnya masa itu memainkan peranan yg besar dlm kehidupan kita.Betapa manusia-manusia yg di dalam kerugian itu adalah manusia yang sering mempersiakan masa.

Setujukah anda bahawa kebanyakan kerja yg sia-sia dilakukan oleh kita @ orang disekeliling kita adalah kerana masa .Kerana terlalu byk masa.Akan tetapi sayang masa itu tidak dimanfaatkan untuk sesuatu yg bermanfaat.

Contohnya :

Kerana terlalu banyaknya masa kita berkesempatan bersembang dan berbual-bual kosong.Semakin byknya bual,maka semakin byknya silap dlm perbualan tersebut.

Kerana terlalu banyaknya masa kita seronok bergosip tentang orang lain.Sibuk pula menjaga tepi kain orang.

Kerana terlalu banyaknya masa kita sempat menyampai-yampaikan cerita pada orang lain.

Kerana terlalu banyaknya masa,kita pun memanjang-manjangkan mesej @ screenshoot perbualan org yg blh mengundang pertelingkahan.Dalam tidak semena2,kita telah melaga2 kan org lain.

Kerana terlalu banyaknya masa, jiwa kita jadi kosong,lalu kita mencuba pelbagai aktiviti yg berbahaya.

Kerana terlalu byknya masa ,otak kita ligat mencari helah.
Kerana terlalu byknya masa...kita mengeluh bosan dgn hidup.

Di sinilah bermulanya sekalian masalah... Bukan salah masa, silapnya adalah bagaimana kita menghabiskan masa. Masalahnya adalah masa yg terlalu banyak terluang itu telah dipergunakan dengan kerja yg sia-sia.

Kita boleh saja gunakan masa itu utk membaca..ye anda sedang membaca...Akan tetapi bentuk bagaimanakah bahan bacaan itu ? Adakah bahan bacaan itu memberi impak yg baik sebagai makanan rohani dan minda anda ??

Masa...apabila ia dibiarkan terluang tanpa diisi dgn perkara2 bermanfaat...maka banyak ruang kemusnahan akn ada.Oleh itu manfaatkanlah masa dengan sebaik-baiknya.

Sesungguhnya manusia sentiasa di dalam kerugian andai tidak memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.Dan masa yg terlalu banyak itu adalah ujian.Ujian di mana adakah kita mempergunakan masa itu dengan bijak utk menjadi seseorg yg lebih baik & berjaya.Atau mempersiakan ruang waktu yg banyak itu dengan kerja yang sia-sia.Lalu kerja yg sia - sia itu akhirnya merosakkan diri sendiri.


-Jom audit diri ..
-Hargai masa dgn sebaik2nya.

Sumber : Info Islamik

13 November 2017

Kehidupan Manusia Yang Sama Dan Serupa

● Pada umur 20 tahun kita..di luar negeri dan kampung halaman tiada beza. Pandai - pandailah menyesuaikan dirinya.

● Pada umur 30 tahun kita..siang dan malam tiada beza. Tidak tidur satu malam pun tidak mengapa.

● Pada umur 40 tahun kita ..berpendidikan tinggi dan berpendidikan rendah tiada beza. Kadang- kadang yang berpendidikan rendah mungkin lebih mewah, atau kaya.

● Pada umur 50 tahun kita.. cantik dan hodoh tiada beza. Walau bagaimana cantik pun semuanya sudah luntur, kendur di makan usia.

● Pada umur 60 tahun kita ..Pegawai tinggi dan pegawai rendah tiada beza. Sama sama sudah pencen, taraf dan status sama saja

● Pada umur 70 tahun kita.. rumah besar dan rumah kecil tiada beza. Gout, penyakit tua, tidak boleh jalan, banyak duduk dan baring saja.

Pada umur 80 tahun kita..banyak duit dan tiada duit sama saja. Gigi sudah tiada, banyak makanan tidak boleh di makan dan di pandang saja.

● Pada umur 90 tahun kita..lelaki dan perempuan tiada beza. Dua- dua pun dah tiada tenaga.

● Pada umur 100 tahun kita..tidur dan bangun tiada beza. Lepas bangun tidak tau apa mau di buatnya.

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa Tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Suatu hari nanti kita semua sama saja..

Take Note : Yang bezanya adalah hari ini dan esok kerana kita akan jumpa harr ini tetapi kita tidak akan jumpa esok sebab esok itu tiada.

Buangkan Rasa Dengki

Buangkan Rasa Dengki 


JAGA - JAGA

Para Ulama' telah berkata :

Orang yang ada DENGKI dalam DIRINYA
Maka pada kedua MATANYA melihat SYURGA
Tetapi pada HATINYA melihat NERAKA
Dia BERPURA - PURA gembira dengan ni'mat yang di terima saudaranya
Sedangkan HATINYA sangat DENGKI dan mengharapkan ni'mat itu HILANG dengan segera.

Ingatlah wahai saudara..

Jaga - jaga
DARAH itu sama MERAHNYA
KUBUR itu sama DALAMNYA
ALLAH itu Maha ADIL PEMBERIANNYA
Jangan DENGKI membunuh kita

12 November 2017

Tips Mencari Jodoh Wanita dan Lelaki..

Tip mencari pasangan untuk lelaki dan perempuan..

UNTUK ADAM..
Andai mahu mencari Hawa

1. JANGAN dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa berlapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini

2. JANGAN dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa, tidak bertapis dan mudah bermanja-manja dengan lelaki yang bukan mahram, atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.
Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami yakni menabur fitnah buruk diri suami

3. JANGAN dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menundukkan pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami

DAN UNTUK HAWA.
Andai mahu menerima cinta Adam

1. JANGAN dilihat pada kemewahannya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah

2. JANGAN dilihat pada pakaian berjenamanya semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola atau waktu beriadah. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima. Kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri

3. JANGAN dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai hati masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Sumber : Demi Dakwah..

Lagu Bila Ku Pergi - Q'Yesha Band

Sebuah lagu cinta sedih dari Q'Yesha Band salah satu band indie lokal Indonesia yang berjudul Bila Ku Pergi. Lagu ini menceritakan tentang seseorang tidak ingin melihat kekasihnya menitiskan air mata ketika ia meninggal walaupun sudah disakiti.  Video dari lagu di edit dan ditambahkan oleh channel SolatA ini diambil dari sebuah film pendek yang menceritakan tentang kisah seorang gadis yang menjalin hubungan dengan seorang lelaki tapi dia ditinggalkan ketika lelaki tersebut mendapatkan kekasih baru dan pada akhirnya dia hanya meminta satu hari saja kepada lelaki tersebut untuk  menjadi kekasihnya dan mengulang kembali kenangan kenangan yang mereka sudah pernah lalui termasuk ketika pertama kali dia menyatakan cinta & tidak pernah terduga ternyata satu hari yang diminta adalah hari hari terakhir bersamanya sebelum pergi selamanya.

Take Note : Berulang kali aku tengok video ni. Berulang kali aku dengar lagu ni. Bila sampai part yang last tu mesti sebak rasa didada. Teringat kisah waktu dekat Klang dulu.