01 September 2017

Kategori Bikers Yang Ada Di Malaysia

KATEGORI-KATEGORI BIKERS DI MALAYSIA

1. *BIKERS KENTAL*
- Rider bikers kental ini jenis suka berjalan xkire mase. Asal member ajak terus on xkire dimane tmpt tujuan dan xkire panas atau hujan. Sanggup berhabis duit asalkan dpt berjalan.

2. *BIKERS SELFIE*
- Jenis bikers ni suka berselfie. Asalkan turun je dari moto msti nak berselfie. Dan paling pantang jika kwn2 nk bergambar dia lah yg paling hadapan skali.

3. *BIKERS KENDURI*
- Bikers jenis ni paling suka jika diajak pg kenduri..Asalkan ada jemputan kenduri mesti dia turun. Tetapi bikers jenis ni kurang gemar jika diajak berkonvoi atau lepak2 yg tak mendatangkan faedah.

4. *BIKERS AKSESORI*
- Bikers jenis ni amat mementingkan penampilan. Dari aksesori badan sampai lah ke aksesori moto. Setiap kali keluar rumah mesti complete dgn jaket, glove, riding boots walaupun tempat nk dituju hanye sejengkal dari rumah.

5. *BIKERS DUA SEJOLI*
- Bikers jenis ni selalu keluar berteman. Asalkan ade ride mesti keluar bersama.Tetapi awas, bikers ni paling pantang jika ada yg mengganggu temannye ketika diatas moto.

6. *BIKERS KAKI PECUT*
- Berhati2 dengan bikers jenis ini. Amat pantang jika ada moto2 lain yang berani memotong beliau. Jika ada yg memotong pasti dikejarnya. Bikers jenis ni juga tidak sabar jika org dihadapan terlalu perlahan. Kebiasaan kelajuan minima bikers ini diatas jalan adalah 180kmh

7. *BIKERS KAKI SEMBANG*
- Bikers jenis ni paling digeruni. Jika bersembang dgn rakan2 dialah paling hebat. Ape saja topik perbualan pasti diketahui. Dari A sampai lah Z ape yg dibicarakan semua nya tipu belaka.

8. *BIKERS RARE*
- Yang jenis ini sgt mementingkan brg2 rare dan original. Jika bole dgn skru2 moto beliau semua adalah original kilang. Bikers jenis ini gemar menyimpan moto di dlm rumah daripada keluar menghabiskan masa. Kebiasaan tempoh bikers ni keluar bersama moto adalah setahun skali.

9. *BIKERS JIMAT*
- Kategori ni paling disegani rakan2. Bikers ini bijak merancang sesuatu. Apabila minum bersama rakan2 selalu memberi alasan tertinggal beg duit.

10. *BIKERS KURA KURA*
- Bikers jenis adalah yg paling slow dlm kumpulan. Bikers ini tidak gemar membawa motosikal dgn laju dan amatlah berhati2 ketika di atas jalan. Kebiasaannya setiap kali berkonvoi rakan2 terpaksa menunggu beliau.

🏍🇲🇾🏍🇲🇾🏍🇲🇾🏍🇲🇾🏍🇲🇾🏍🇲🇾🏍🇲🇾🏍🇲🇾🏍🇲🇾
So korang yang mne ?
Aku mungkin no 1 & no 10 kot. Hehee pantang diajak aku ok je dan yang penting akulah yang paling setia dibelakang sekali. Huhuuu ride kental hati-hati. Biar lambat asalkan selamat sampai.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: