29 Julai 2017

Sakit Yang Boleh Di Sembuhkan Dengan Limau Kasturi

Ramai yang menggunakan limau kasturi untuk menambah rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan. Tapi tahukah korang bahawa limau kasturi juga mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang ramai tidak mengetahuinya.

Namun begitu, berikut adalah khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

2. Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam.

Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar.

Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

4. Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat.

Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap.

Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7. Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih.

Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Semoga memberi manfaat.



Sumber : SINI


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan:

  1. banyak kebaikan limau kasturi..satu lagi awak lupa tulis..boleh menghalau hantu..haha..

    BalasPadam