10 Julai 2017

Cara Atasi Rasa Mengantuk Ketika Memandu



Tengah leka memandu tetiba menguap, menguap patplohpat kali plak tu. Ishhh mengganggu perjalanan yang masih lagi jauh. Nak diteruskan perjalanan, bimbang nanti terlelap lalu terbabas. Nak berhenti seketika, bimbang nanti lambat sampai ke destinasi. Eh, dah tu macam mana cara atasi rasa mengantuk ketika memandu ni? Okay, jom baca beberapa tip dibawah ni.

1. Buat Beberapa Persinggahan Sepanjang Perjalanan
Dalam perjalanan yang jauh, kita pasti akan melalui lebuhraya, dan setiap lebuhraya pastinya ada RnR, jadi, inilah masanya untuk kita berhenti seketika. Sebaiknya, berhenti di setiap 2 jam perjalanan. Boleh ke tandas untuk mencuci muka, atau membuat regangan badan, rehat selama beberapa minit.

2. Bersama Co-Pilot
Teman untuk menemani kita sepanjang perjalanan yang jauh. Bukan sahaja dapat menjadi rakan berbual, tetapi mungkin boleh peringatkan kita kalau dah nampak kita dah kurang fokus. Time to rest! Jangan Co-Pilot membuta dah la. 

3. Kesegaran Kopi
Alang-alang sudah singgah di RnR, kita boleh dapatkan minuman berkafein, seperti kopi atau nescafe. Jika inginkan sesuatu yang lebih kaw, boleh sahaja dapatkan kopi panas, sama ada di kedai serbaneka, atau membawa dari rumah bersama uncang kopi, serta gula dan air panas. Aku biasa minum yang kat kedai je sambil2 cuci mata.

4. Berikan Tubuh Rehat Secukupnya
Jangan sesekali memaksa badan kita untuk sentiasa berjaga, walau kita sudah meminum kopi, tetapi tetap berasa mengantuk, cuba untuk lelap seketika. Sebaiknya, lelap dalam jangka mas 15 minit, setkan penggera di telefon, ini kerana, dalam 15 minit itu, ia cukup sebagai ‘ energy boost nap’. Pastikan tidak lebih dari 20 minit, kerana bimbang badan kita menjadi lemah, dan merugikan masa perjalanan.

5. Elak Memandu Selepas Tengah Malam
Secara biologinya, kita memerlukan tidur pada waktu malam, iaitu diantara 12 tengah malam, sehingga 6 pagi, jadi pada waktu ini, tubuh kita memerlukan rehat, dan ianya sangat berbahaya untuk terus berjaga. Pastikan mendapat tidur yang cukup pada waktu malam, dan mampu untuk memandu pada keesokkan pagi. Tapi ada yang suka berjalan malam, jadi pastikan mata dah cukup ready untuk suasana malam, harus di ingat penglihatan waktu malam cukup terhad lebih2 lagi kalau hari hujan.

6. Sediakan Kudapan Ringan
Pastikan kita menyediakan makanan dalam kereta, namun harus elakkan makanan ringan yang tidak sihat, kerana kandungan garam dan MSG yang tinggi boleh membuatkan kita rasa mengantuk. Cuba bekalkan kekacang, bar tenaga atau buah-buahan. Air jangan lupa

7. Buka Tingkap, Untuk Udara Segar
Sekali sekala kita boleh menurunkan tingkap, dan menghirup udara segar semasa perjalanan. Ianya akan memberikan kesegaran pada tubuh, dan membuatkan kita rasa kejutan yang baik. Namun, jangan terlalu lama, kerana khuatir pemanduan akan terganggu, cukup untuk membuatkan anda kembali segar sahaja.

8. Menyanyi / Bercakap / Call sesiapa
Ini antara yang paling gila, pasang lagu favorite dan nyanyi sekuat hati. Suara tak sedap xpe janji hilang mengantuk. Bercakap sorang-sorang pun boleh buat juga. Lagi bagus kalau bercakap ala-ala berpidato dengan penuh semangat dan berkarisma. Tak berkesan, boleh cuba call sesiapa sahaja untuk diajak sembang. Hands free digalakkan. 

9. Makan pisang dan Kurma.
PISANG dan KURMA? Pisang merupakan makanan yang tinggi  kandungan potassium di mana ia mampu memberi tenaga dan kurma seperti yang kita sedia maklum, ia merupan sumber tenaga segera yang sangat bagus untuk tubuh kita. Sekiranya bertolak selepas subuh, elok benar mengambil pisang dan kurma semasa sahur.

10. Lakukan Sebarang Pergerakan
Boleh cubit pipi, peha, pinggang jika mengantuk. Juga boleh melakukan tapping atas ubun-ubun antara aktiviti yang mampu menyegarkan kembali. Selain itu, aktiviti korek hidung mampu menghilangkan rasa mengantuk. So, jika nampak orang memandu sambil korek hidung, positif sahaja ye. Tapi jangan lakukan di siang hari semasa ramadhan  pula. Sia-sia puasa! Okay?

Sumber : Facebook.

Take Note : Rancang perjalanan anda. Dah tahu nak berjalan jauh, cubalah rehatkan badan tu. Bagi badan tu rehat secukupnya. Jaga kesihatan, memandu dalam keadaan tidak sihat agak membahayakan kita. 

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

5 ulasan:

  1. yang dipraktikkan.. brenti selalu kat rnr.. makanan minuman.. hehe suka nyanyi kuat2.. jarang drive long distance ada teman sesekali saja. apa2 pun kena dapatkan rehat yang cukup sebelum drive..

    BalasPadam
  2. Betul...yang lazim dibuat sasaran utama kuatkan radio sementara jumpa RnR..

    BalasPadam
  3. amalkan ayat ni juga.. " La Takkhudzuhu Sinatuw Wala Naum…”

    BalasPadam
  4. datang beraya di sini.. ^^

    nice info btw.. :)

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    BalasPadam