07 Jun 2017

Wahai Wanita Dan Untukmu Wanita


Wahai wanita....
Wahai wanita...
Jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah olehmu kisah Saidatina Khadijah r.ha yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami yang terbaik dimuka bumi pada usianya 40 tahun

Wahai wanita...
Jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam r.ha yang sentiasa gigih berjuang hingga Allah mengangkat darjatnya didunia dan di akhirat.

Wahai wanita...
Jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun yang tetap tabah memegang iman hingga Allah janjikan istana untuknya disyurga

Wahai wanita...
Jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami semua itu, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita...
Jika engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah swt"Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing masing dari limpahan kurniaNya dan Allah maha luas (kurniaNya) lagi maha bijaksana".

Wahai wanita...

Sekiranya engkau seorang ibu, maka syurga anak2mu berada ditelapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung orang tuamu dari panasnya api neraka.Jika engkau seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh seorang suami.

Wahai wanita...
Dengarlah agamamu yang telah memuliakanmu, menghargai dan mengangkatmu.Maka ikutilah segala jalan yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Hanya Allah yang maha mengetahui perkara yang benar.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan:

  1. indahnya... terima kasih sis atas perkongsian yg baik... terharu bila baca

    BalasPadam