Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Berniaga kerana Allah


Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai.

Pemilik kedai:
''Mahu cari apa pakcik?'', bertanya ramah.

Lelaki tua:
''Saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya, Isteri & anak². Tapi....'', katanya penuh ragu.

Pemilik kedai:
'' Tapi kenapa pakcik?''

Lelaki tua:
''Saya hanya ada wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin.''

Pemilik kedai:
"Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai.''

Lega...🌟💫
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa pulang selimut yang dibelinya.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat & mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:
''Adakah kamu tersilap?  Kamu kata selimut itu yg paling baik & mahal yang ada dikedai kamu. Kelmarin kamu menjual kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?", katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata:
''Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kelmarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang kerana Allah."

"Demi Allah! Sesungguhnya aku tak inginkan wangnya sikitpun. Tapi aku juga nak jaga maruahnya agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu."

"Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu & keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku & keluargaku dari panasnya api neraka...''

*Sungguh tinggi nilai amal & sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa  membuat orang lain berasa rendah diri.*

Take Note : Beberapa kali aku baca dan hayati cerita ni, masih terkesan dihati. Rasa sebak, sendu.. tetiba teringatkan ayah. Hurmmm sesungguhnya pengorbanan seorang ayah terlalu besar nilainya. Semoga dipermudahkan segala yang ayah lakukan. Ayah, sentiasa dan selamanya hero dalam hidupku. iLOVEu.

Sumber : FB Mohd Khairul

2 ulasan