Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Fakta Tentang Dadah, Jenis-jenis Dadah Dan Kesannya | PART 1



Apakah itu Dadah ?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

⇨Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

⇨Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

●Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
●Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
●Diperoleh secara haram
●Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
●Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

⇨Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

●Opiat dan Opiat sintetik
●Stimulan
●Ganja
●Halusinogen
●Depresen
●Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

⇨Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

⇨Jenis-jenis opiat

1. Candu (pic #2)

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin (pic #3)

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

◇ Cara Menggunakan: Menelan, menyuntik
◇ Nama Jalanan: “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

☆Morfin Mentah

● Bentuk blok / serbuk
● Bertanda “999″
● Mengandungi 70% – 90% morfin
●Juga dipanggil Heroin No.1

☆Bes Morfin

● Seperti serbuk kopi halus
● Mengandungi 60% – 70% morfin

☆Pil-pil Morfin

● Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
● Pil kecil berwarna putih/coklat pucat

 

3. Heroin (pic #1)

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

◇ Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
◇ Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4. Kodein (pic #2)

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

◇ Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
◇ Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone” digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

◇ Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
◇ Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

(pic #3: Tablet Methadone)

 

STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin (pic #1)

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

◇ Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)

2. Methamphetamine

(pic #2: Syabu/Ice)

“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

(pic #3: Alat untuk “chasing the dragon)

◇ Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
◇ Nama Jalanan : “Ice”, batu

3. Kokain

(pic #4: Serbuk Kokain)

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

(pic #5: Pokok Koka)

(pic #6: Daun Koka)

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.




 




(pic #1: Cocaine Snorting)

◇Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
◇Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack”adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

pic #2: Tablet yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

◇Cara Menggunakan : Menelan
◇Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”
 


#1: Pokok Ganja
#2: Daun Ganja
#3: Hashish
#4: “Bong” – Alat untuk menghisap ganja
#5: Menghisap ganja menggunakan “Bong”
#6: “Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Ganja/Kanabis

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

◇Kandungan THC : 0.25% – 8%
◇Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

◇Kandungan THC : 4% – 12%
◇Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

◇Kandungan THC : Sehingga 60%
◇Cara Menggunakan : Menghisap




Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies”pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

pic #1: Barbiturates
#2: Tranquilizer
#3: Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

Depresen

1. Ubat “Depresen”

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat“sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan “valium”.

“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.



pic #1: GHB
#3: Ketamin

3. GHB

“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau“gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

pic #2: GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

◇Cara Menggunakan : Menelan
◇Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

pic #4: Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara “smoked”atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.





Sambungan daripada entri ini, anda boleh ke Fakta Tentang Dadah, Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya  PART 2 atau KLIK sini.


2 ulasan