12 Disember 2014

- Happy Birthday sahabat -

1:43 PTG 0 Comments
Assalamualaikum...

Hai readers, salam Jumaat, penghulu segala hari.
Untuk hari ni, sebenarnya tade idea pun aku nak blogging tapi saja duk gatal tangan nak bertaip jugak. Hahaaa, sakai, kan! Oichhh peduli apa kau, blog nie aku punya so suka hati aku lah. * Hehehee boleh gitu?* Orite abaikan isu yang remeh temeh tue. Fullstop!

Sebenarnya entry aku kali nie aku dedikasikan untuk seorang sahabat sempena ulang tahun kelahiran dia yang ke XX. * angka terpaksa dirahsiakan. Hahaa dah tua katanya* .

Dear Nurul Ain Nadia Mahadi,
Happy birthday sayang. Aku doakan kau panjang umur, murah rezeki dan sentiasa tersenyum bahagia di sisi insan-insan yang menyayangi kau. Sempena birthday kau kali ni, aku saja aje buat entry nie. Hahahaaa, entahlah! tetiba pulak aku terkenangkan kisah lalu kita. Sekali sekala bila difikir-fikirkan balik, mesti aku akan tersenyum sorang-sorang.

Nadia,
Kau ingat tak lagi first time kita kenal? macam mana kita boleh jadi kawan? macam mana kita boleh jadi rapat? dan macam mana kita boleh jadi giler-giler? Hahaaa! Oich terlalu lawak bila aku ingatkan balik semua tue. Dalam tak sedar, hampir 6tahun sudah kita berkawan, kan? mula-mula kita kenal, waktu pendaftaran dekat Ikip International Collage. Hahaaa, waktu tu kita kalut-kalut dengan urusan pendaftaran asrama. Aku ingat lagi, kita bertegur-tegur sapa dekat depan kaunter. Hahaa ramahnya bukan main lagi, padahal baru kenal dan nama pun tak tahu. Tapi tak sangka pulak, nak dijadikan cerita, kita ditempatkan di bilik yang sama. Dan disitulah bermulanya episod kau, aku, Dura, Nana, Eqa dan Lin.

Terlalu banyak suka duka sepanjang kita bersahabat. Mula-mula masuk study, kitalah student yang paling skema, nerd kata orang. Pergi kelas sopan aje, balik kelas pun sopan aje. Ya, kitakan budak baik, budak yang tak campur adukkan life sebagai budak kampus dan budak remaja. Hahaaa.. Nadia, kau ingat tak lagi kisah kita panjat pagar hostel? Heheeee.. Insiden tue takkan aku lupakan sampai bila-bila. Alkeah pak guard, tak dengar kita panggil, gara-gara dia tidur mati, akhirnya kita terpaksa panjat pagar untuk masuk ke hostel. Hahaa lawak giler kowt bila aku ingatkan balik. Dah laa pukul dua tiga pagi, baru sampai pulak dari kg, dengan beg yang penuh barang segala bagai, last-last sekali terpaksa panjat pagar.

Nadia, kau ingat tak insiden kita pegi Pantai Teluk Chempedak dalam hujan semata-mata nak makan Mc'd? Hahaaaa.. time tue dah laa malam. Ye, aku ingat sampai ke hari nie. Macam-macam benda yang kita lalui sebelum dapat makan Mc'd. Seram pun ada gara-gara diganggu mat rempit. Hahahaa katanya nak number telefon, nak berkawan. Olalalaaa.. gile, kan? Apapun untuk malam tue, akhirnya kenyang jugak perut pekena Mc'd.

Nadia,
Ingat tak kes yang kita gaduh dengan Dura gara-gara salah faham. Hurmmm waktu tue hanya kau, aku dan Allah saja yang tahu apa perasaan kita, kan. Dari awal Semester lagi kita rapat bertiga, tup-tup jadi musuh sekejap. Hurmmm.. waktu tue semua benda yang kita buat rasa macam serba salah. Semua orang memandang macam kita yang salah. Yalah, mana tidak nya, selalunya di dalam kampus tu, kita bertiga akan berkepit. pantang habis kelas mesti lepak bersama. Tiap pagi, sebelum masuk kelas mesti breakfast nasi lemak kat Taman Gelora bertiga. Bila tengah hari, mesti lunch pun bertiga. Bila petang, mesti keluar berjalan pun bertiga tapi untuk seketika tu, hanya kau dengan aku tanpa Dura.Hurmmm. sedih kowt bila diingatkan balik kisah tue, disebebkan salah faham kita bertiga bermasam muka. Tapi apapun alhamdulillah, semua benda dah settle.

Nadia,
Rasanya aku dah merapu berjela-jela kowt. Hahaaa entah kau baca ke tidak entry aku nie. Kalau ikutkan hati nie, banyak lagi benda yang nak aku tulis. Benda-benda yang dah menjadi kenangan antara kau dan aku. Cewahhh.. Hahaaa even kini kau dah pun sambung study di UniMap dan aku insyaAllah akan sambung study juga awal bulan depan, aku harap persahabatan yang terbina antara kita akan kekal dan utuh selamanya. Walaupun jarang bertemu, jarang bertanya khabar tapi akan sentiasa diingati di ingatan. Akhir kata semoga bahagia milik kau, kawan. Happy Birthday To You, sayang!

Happy Birthday Nurul Ain Nadia Mahadi,
Semoga panjang umur, murah rezeki dan
sentiasa tersenyum bahagia disisi
insan-insan yang menyayangi kau.
Semoga persahabatan yang terbina diantara
kita berkekalan hingga Jannah, Aamin.


- Only One Person -

12:54 PTG 0 Comments
I only know one girl
I only love one girl
I didn't know that would turn into a burden
You gave me a reason why you'd leave
Can't receive a man's heart
And the person that left is content
It seems like you're definitely going to come today
I feel like I'm going to die
But I cannot die
I knew I would love only one person
I knew I would wait for only one person
you said you would find someone different to love
My two feet cannot go anywhere
I'll live with this lifelong regret
Everyday I wait for that one girl
The tears in my heart are so full
The tears might overflow
I knew I would love only one person
I knew I would wait for only one person
you said you would find someone different to love
My two feet cannot go anywhere
I'll live with this lifelong regret
Since I did hard work for love
To rest when I chased after the stars was a waste
I knew that I would only see one person
I knew I would only hug one person
Because other loves couldn't touch my heart
If it's not you, then there is no love
I knew that I loved only you
I'll wait for you here




- Moonlight Angle -

12:38 PTG 0 Comments
Holding my empty heart, I go running
to the place I don't even know where
In the painful memories that led me
Only your images again
Can you hear me I don't want to cry anymore
My heart is brimming over with you
Please stay me, I miss you everyday
Please hold my who got tired
Opening my heart that had been closed
You held my trembling hands tightly for me
When I lean on your shoulder only a little
The world was always happy, wasn't it
Can you hear me I don't want to cry anymore
My heart is brimming over with you
Please stay me, I miss you everyday
Please hold my who got tired
I'm still with you my love
Can you hear me I don't want to cry anymore
My heart is brimming over with you
Please stay me, I miss you everyday
Please hold my who got tired..


Nota Hati : Aku mencintainya. Biarpun tanpa dia sedari. Aku tetap mencintainya. Mungkin katamu cinta aku sekadar cinta khayalan. tapi bagi aku cinta aku padanya utuh seutuhnya. Biarpun tidak dia sedari. Cukuplah untuk aku. Katanya aku sahabat dunia akhirat. Alhamdulillah, biarpun dimatanya aku hanya seorang sahabat. Bahagianya dia maka berbahagialah aku. Sedihnya dia maka bersedihlah juga hati aku. Sesungguhnya melihat dia tersenyum riang, itulah impian aku. Seandainya dia bukan milik aku, aku redha. Semoga insan yang dia sayangi akan menyayangi dirinya dengan seadanya. 

- I'm Missing U -

12:25 PTG 0 Comments
This can't be ''it''
You can't do this to me
I believed there is no such thing as ''goodbye''
I wander where it all began
Like an impossible puzzle
The start of all my yearning
Was all due to you!
I'm Missing U, Missing U
The person I miss to death
No matter how much I miss and yearn for you
I cannot say!
I Missing U, Missing U
I loved you that much!
Won't you please come back to me?
I'm Missing U
Of course if there's a beginning
Then like a movie there is an end
The order of our love and goodbyes
Were those determined too?
I'm Missing U, Missing U
The person I miss to death
No matter how much I miss and yearn for you
I Missing U, Missing U
I loved you that much!
Won't you please come back to me?
In all of mu life, my forever
You were all I loved!
But how (can) I, how (can) I
Ever find a way to forget you?!
I love you, I love you
I love you, I'm Missing U
Won't you please come back to me?
I'm Missing U...



10 Disember 2014

- pengalaman sebelum bergelar pelajar IPTA -

2:48 PTG 4 Comments
Assalamualaikum... 

Hai readers, hai korang, hai semua, hai hai dan terus hai hai buddy. *Oich berapa banyak hai laaa..
Okay, sebenarnya niat aku berentry hari ini adalah untuk meluahkan sedikit keterujaan aku dalam mengira hari untuk sambung belajar. Hahahaaa.. teruja giler kowt. Teruja ke? Agaklah teruja sikit, tapi dalam teruja ada juga terselit rasa gusar. Kenapa aku gusar? Hurmmm.. entahlah !

Sebab pertama: Maybe sebab dah hampir setahun kowt aku tinggal tittle sebagai pelajar, so untuk kembali memegang tittle tu, terasa macam kekoklah pulak. Sebab kedua: Tak pun maybe sebab tempat study nanti nun jauh dari family. Yalah, kan aku dapat tawaran dekat Sepang, Selongor so jauhlah dari family tercinta yang bertapak di Terengganu ni sejak aku lahir lagi sehiggalah kini. Sebelum ni pun, habis jauh aku study setakat di Kuantan, Pahang aje kowt. Hihihiii tue pun tiap-tiap dua minggu sekali memang wajib aku balik kampung. Oichhh.. nanti mesti rindu family. Huhuuu.. Sebab ketiga: Hurmm.. nie first time aku akan jejak kaki ke Sepang. Dahlah untuk setakat ni aku tade geng lagi. Tapi apapun harap-harap nanti di sana segalanya dipermudahkan. Sebeb keempat: Maybe sebeb couse yang ditawarkan sedikit mencabar jiwa aku.

Medical cheak up. Untuk pengetahuaan u'all, tanggal 9/12/14, pertama kali seumur hidup aku pergi buat medical cheak up yang detil sedetil detilnya. Hahahaaaa, yalah mana tidaknya, sebelum nie untuk aku sambung study, pihak instituti hanya meminta untuk melakukan urien test aje kowt. Tapi berlainan untuk kali nie. Well, korang bayangkan.. tanggal 9/12/14 jam 8:00am aku dah siap terpacak depan kaunter pendaftaran Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ). Kononnya datang awal sebab tak nak berebut-rebut dan tertunggu lama-lama tapi berlainan pula ceritanya last sekali. hari itu, hari yang paling mencabar jiwa dan kesabaran aku. Okay, settle mengisi borang yang diperlukan, aku pergi dari satu tempat ke satu tempat, masuk dari satu bilik ke satu bilik dan menunggu dengan penuh ketidak kesabaran.  Bayangkan dari klinik mulut, terpaksa berkejaran ke klinik mata, dari klinik mata perlu pulak berkejaran untuk urien test, dari urien test harus pulak berkejaran ke bilik pengambilan darah, dari bilik pengambilan darah harus pulak terkejar-kejar ke bilik untuk cheaking BMI dan akhirnya rest sekejap sementara menanti jam 2:00PM untuk pendaftaran dan x-ray pula. Apapun alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Settle juga medical cheak up aku untuk hari tersebut. Tapi tanggal 16//12/14 nanti, sekali lagi aku perlu ke HSNZ untuk proses pengambilan urien test (dadah) dan temujanji dengan doktor handsome. Hahahahaaa.. Macam-macam kerenah dan ragan yang aku jumpa. Ada doktor yang peramah, ada doktor yang berlagak sombong, ada staff nurse yang peramah ada staff nurse yang garang nak mati! Giler, memang menguji keimanan aku. Dalam apa aku bersabar, mulut tak lepas dengan bebelan. Apapun thanks pada Noor Hafiza Yatie Ruslan, sebab sudi temankan aku sehari suntuk. 

Alhamdulillah, settle dua step sebelum tarikh lapor diri aku. Untuk saat nie, aku sedang bertungkus lumus menyediakan segala bagai dokument dan borang-borang yang diperlukan untuk proses Permohonan bantuan Persediaan ke IPTS/IPTA, Yayasan Terengganu. Untuk makluman semua, pihak kerajaan Negeri Terengganu ada menawarkan tajaan/bantuan pendidikan untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pelajaran. Untuk maklumat lanjut, sesiapa yang berkenaan bolehlah melayari Borang Permohonan bantuan Persediaan atau Yayasaan Terengganu Keutamaan diperikan kepada anak Terengganu yang menetap di Terengganu.

Okaylah, rasanya dah panjang lebar aku meluahkan apa yang terbuku dihati untuk petang ni. Jari jemari pun dah letih menari di atas keyboard. Kepala pun dah hampir ketandusan idea dan hati pun dah hampir tergelincir lalu merapu-rapu, so sebelum aku melalut plus merapu-rapu rasanya better aku stop berentry untuk setkat ni sahaja. Kepada reader, kawan, sahabat, sayang dan musuh tercinta, doakan perjalanan aku untuk kembali bergelar seorang pelajar dipermudahkan ya. InsyaAllah nanti terasa nak berentry aku akan kembali berentry di lain hari dan lain tarikh berserta dilain masa. Assalamualaikum.


04 Disember 2014

- Yes! permohonan dah berjaya -

12:49 PG 1 Comments
Assalamualaikum...

Hai, apa khabar.. erghhhh, terasa macam kaku pulak.
Hahaaa! maybe sebab dah lama tak bukak blog kowt.
Okey, sebenarnya aku just nak share something dengan korang.
Apakah? Hahaaa... sebenarnya aku dalam mood 'HAPPY'
Kenapakah? Huhuuu..
Aku happy sebeb permohonan aku untuk sambung study telah pun berjaya.
Alhamdulillah setelah hampir enam bulan aku tunggu,
akhirnya aku dapat maklum balas.
Yes! Tahniah buat diri sendiri.
Alhamdulillah, tahun baru membuka lembaran baru dalam hidup aku.
InsyaAllah, dengan tekad dan azam yang tengah membara, semoga berterusan membara ini,
aku dapat tempuhi segala halangan yang bakal mendatang nanti.
Oich lupa pulak nak bagitahu,
aku ditawarkan couse 'Chargeman', (Penjaga Jentera Elektrik)
olalalaaa, ni laa kos yang aku nak sangat-sangat taw. 
Aku harap, aku mampu habiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan, Aamin.
Apapun, korang tolong doakan aku ye.
Doakan semoga segalanya dipermudahkan.
InsyaAllah, sekiranya tiada arah melintang,
aku dijadualkan supaya melaporkan diri
pada 05/01/2015, Jam 09:30 pagi, bertempat di
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.
Sebenarnya dalam excited, terselit juga rasa takut.
Hurmmm... takut sebeb rasanya ni laa first time aku sambung study jauh.
Huhuuuu sebelum nie paling jauh pun, setekat Kuantan, Pahang aje kowt.
kalau dari Terengganu ke Kuantan adalah memakam masa dalam 4jam..
tapi kalau dari Terengganu ke Sepang, agak-agak berapa jam erk??
Hihihiii kalau dulu hampir tiap minggu aku boleh balik kg,
tapi rasanya lepas nie maybe sebulan sekali aje kowt...
Oichh tidak.. jarak yang sedikit jauh memaksa aku untuk
memendam rasa rindu yang agak lama pada family nanti.
fuh! rasanya macam aku dah start nak mengarut.
so sebelum aku merapu panjang lebar, better aku stop dulu setakat nie.
Huhuuu apapun yang mendatang, aku harap segalanya dipermudahkan.
Oklah.. buat semua reader, doakan yang terbaik buat saya yep. tata...
Wassalam.



26 November 2014

- jiwa celaru? -

9:30 PG 0 Comments
Assalamualaikum..

Wah pagi ni macam awal semacam pula aku berblogging, kan?
Sebenarnya dah lama juga aku tak buka plus melayan blog ni.
Hurmmmm entahlah, maybe sebab buzy kowt.
Hahaaa apa yang dibuzykan sangat tu, aku pun tak pasti. 

Sebenarnya pagi ni tergerakhati nak buka blog sebab aku terasa macam nak meluahkan sesuatu.
Well, hanya di blog tempat diluah. Maybelah kowt!

Ok, stop aku merapu. Sebenarnya aku blogging pagi nie sekadar untuk menghilang kebuntuan dihati.
Apa yang aku buntukan?
Hurmm.. aku buntu sebenarnya, tak tahu mana tempat aku nak pergi.
Niat dihati nak merantau, nak pergi jauh-jauh tapi macam... entahlah!
dan bila aku duduk dekat sini pun terasa macam susuh sikitlah kowt.
Ish!!! sekali lagi mengeluh. entah berapa kali sudah,
aku mengeluh untuk pagi nie sahaja.
Ni semua gara-gara pemikiran aku yang tak berkesudahan.
Susahlah weh!

Setiap apa yang Allah timpakan kepada hamba-hambaNya pasti ada hikmah dariNya,
semoga apa yang terjadi membuatkan hati aku tabah, jiwa aku kental
dan aku mampu melalui tiap dugaan yang Dia berikan.
Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambaNya dengan ujian
yang pasti mampu untuk hambaNya melaluinya.


29 Oktober 2014

- pandangan dunia kita berbeza -

1:30 PTG 2 Comments
" t'sentuh pada hati "
" nilailah dengan mata hati "
" indah bukan pada zahir "
" tapi terletak pada tutur "
" t'hampar pada pekerti "
" t'serlah dengan kesopanan "


mendung berarak dalam hidupku
tak siapa tahu derita kalbu
tiap jelmaan malam dan siang
airmataku bagaikan hujan
usahlah diri ini dibezakan
usahlah diri ini disisihkan
kita semua di pentas dunia yang sama
kusedar diri serba kekurangan
meratap dan mencari perlindungan
darimu insan ku gantung setinggi harapan
pada mereka yang membantu
redhakanlah aku
setiap budi yang diberi
ku bawa ke mati
terima kasih pada mu teman
selamat tinggal aku ucapkan
dimalam sunyi yang memisahkan
airmataku bagaikan hujan

take note : aku bahagia ngn dunia aku.. aku bahagia ngn dya.. aku bahagia ngn mereka... biarpun dunia kami dunia yang dipandang tidak bernilai namun kami bahagia.. hidup kami so biar kami yang tentukan.. hati kami tak siapa yang ketahui.. bukan keseronokan yang kami kejar, bukan kepuasan yang kami cari tapi kami mencari sebuah keserasian.. sebuah keselesaan... kami mencari sebuah ketenangan.. biarpun kami dianggap tidak bernilai tapi sikap dan perangai kami tidak seteruk seperti yang dianggap.. kami punyai impian, kami ada cita-cita, kami ada matlamat hidup.. biarpun kami acm neh tapi kami ta pernah ganggu hak dan privcy owg laen... kami dgn dunia kami... dunia aku dunia plu..


28 Oktober 2014

- I will show you -

1:20 PG 9 Comments
Assalamualaikum reader..


Naega sajun oseul geolchigo
Naega sajun hyangsul ppurigo
Jigeumjjeum neon geunyeol manna
Tto utgo itgetji

Geureoke johatdean geoni
Nal beorigo tteonal mankeum
Eolmana deo eotteoke deo
Jal haeya han geon ni

 Neoreul amuri jiullaedo
Hamkkehan nari eolmainde
Jinan sigani eogulhaeseo
Jakku nunmuri heureujiman


Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin nanjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojijianha
Boy you gotta be aware

Santteutage meoril bakkugo
Jeongseong deullyeo hwajangdo hago
Haihire jjarbeun chime modu nal dorabwa

Uyeonhi rado neol mannamyeon
Nuni busige useojurmyeo
Nollan ni moseup dwiro han chae
Ttagak ttogak georeo garyeo hae

Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin nanjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojijianha
Boy you gotta be aware

Niga jwotdeon banjil beorigo
Niga sseotdeon pyeonjil jiugo
Miryeon eobsi huhoe eobsi
Ijeo jul geoya neoreul ijeullae neoreul jiullae..


Nota Hati : Buat insan yang aku sayangi, seandainya aku telah pun pergi dan tak kembali, ingatlah memori indah kita bersama sebagai kenangan pengubat rindu. Jangan pernah meratapi kepergian aku, hentikan airmata yang berlinangan di tubir matamu. Jangan bazirkan airmata yang bernilai itu untuk aku yang tidak pernah kau kasihi ini. Hentikanlah tirakatmu dan hentikanlah segalanya. Kekasihku, itulah dirimu yang aku sebutkan di dalam hatiku. Ingin aku bersamamu dan tinggalkan segala yang aku miliki demimu tapi aku tak berdaya kerna tidak cukup masa. Dengarlah sayang, luahan terakhirku ini hanya untukmu. Ingin aku ucapkan selamat tinggal kerana aku tahu aku yang akan pergi dulu. Sayang, jangan pernah bersedih. Cinta, janganlah kau menangis. Ingatlah saat-saat bersama, andainya kau merinduiku. Kepada insan yang aku sayang, harapanku jangkan kau kenang bimbang nanti kau akan berduka. Kepada insan yang aku cinta, harapanku agar kau berubah. Tuhanku, bukakanlah pintu hatinya. Kini aku mohon kemaafan kepada diri kau sebelum terlambat, sepenuhnya hati hanyalah mencintaimu namun apa daya harus kita berpisah. Permintaanku hanyalah satu, agarkau tabah jalani hidup tanpa aku. Bimbangku nanti kau akan merana lalu aku bersedih melihat wajah sugul kau.

27 Oktober 2014

- Allah menguji sebab kita mampu -

6:53 PTG 5 Comments
Assalamualaikum reader..

Cuaca petang ni mendung seperti hari-hari yang sudah. Namun kemendungan petang ni disertai sekali dengan hati aku yang mendung. Kenapa aku bermendung? Hurmm.. Kerana aku telah kehilangan dua orang saudara dalam masa kurang dari dua minggu.Kehilangan itu menyakitkan dan juga memeritkan, tapi disebalik kehilangan pastinya ada tersembunyi hikmah yang telah Allah aturkan untuk para hamba-hamba yang disayangiNya.

Petang ini, aku berblogging sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Aku selesa meluahkan disini tanpa sebarang kata-kata kerna andai berkata-kata nanti pasti akan diiringi deraian airmata lagi. Cukup sudah, cukup hanya setakat ini airmata kesedihan yang aku tumpahkan. Sebanyak mana pun aku menangis pastinya insan yang aku kasihi tidak akan dapat kembali juga. Bahkan aku mungkin membuatnya terseksa disana. Subahanallah..

Tanggal Oct19,2014, jam 3.25am, aku kehilangan bapa saudara terdekat. Sungguh kehilangan arwah langsung tidak terjangka oleh kami semua. Hurmmm.. arwah yang tinggal nun jauh di Kuala Lumpur, kali terakhir kami semua berkumpul adalah waktu Raya Haji baru-baru ini. Waktu tu, tiada sebarang tanda bahawa arwah akan tinggalkan kami semua buat selamanya. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan ditangan Allah. Ya, Allah telah merancangkan sesuatu yang terbaik buat hamba-hambaNya. Walaupun perit namun kami redha. Kami, anak-beranak dan cucu cicit Haji Embung kehilangan arwah dalam masa yang singkat. Menurut kata isteri arwah *mak saudara aku*, pada malam tu, arwah terjaga dari tidur dan mengadu sakit dada, sesak nafas dan tidak beberapa minit kemudian, arwah telah tiada. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya disisi isteri dan anak bongsunya. Menurut kata doctor pula, arwah mengalami serangan jantung secara mengejut dan menyebabkan pembuluh darahnya pecah. Akibat dari itu, muka arwah menjadi biru-kebiruan dan meninggal dunia. Kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang. Arwah dibawa ke HKL untuk disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar dan setelah segala surat dan sijil kematian dikeluarkan,arwah dimandi dan dikapankan disana sebelum dibawa pulang ke Kuala Terengganu atas permintaan ibu arwah *nenek aku*. Di sini disembahyangkan dan disimpan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kecil, Kuala Terengganu bersama anak-beranak dan cucu cicit yang telah selamat disemandikan di situ. Arwah pergi dengan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang dalam lingkungan sebelah tahun dan tujuh bulan. Semoga arwah tenang dan aman disana, Aamin.

Tanggal Oct27,2014, jam 4:38am aku kehilangan seorang kakak sesupu yang rapat dengan aku. Kehilangan yang aku rasakan bagaikan suatu mimpi. Rasanya baru minggu lepas aku bercakap dengan arwah, waktu di kenduri tahlil pakcik saudara. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang ketahui hikmah disebalik dugaan yang Engkau timpakan kepada kami. Arwah meninggal ketika ingin melahirkan anaknya yang kedua. Akibat daripada pendarahan yang teruk maka arwah pergi meninggalkan kami bersama-sama anak yang dikandungnya itu. Kini petang dah pun beransur malam dan arwah sudah pun selamat di simpan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kecil, Kuala Terengganu. Hurmmm.. sayunya hati ini tak siapa yang tahu. rasanya bagaikan baru semalam kami bergurau senda, bagaikan baru semalam arwah memanggil-manggil nama aku.. Ya Allah, tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Arwah telah meninggalkan seorang suami, seorang anak perempuan yang berusia dua tahun setengah dan kami semua. 

Sedih dihati tak siapa yang tahu. Tatkala aku memandang mata Umi *ibu arwah* yang kemerahan, hati aku dirundum pilu, bila terpandang wajah polos Fatimah Al-Zahra *anak arwah* , hati aku menjadi sayu. Ya Allah, Fatimah kehilangan ibunya dalam usia yang terlalu muda. Si kecil yang tak mengerti apa-apa itu hanya mampu tersenyum setiap kali diagah oleh tangan-tangan yang menyentuhnya. Semoga si kecil itu tabah melalui kehidupan yang mendatang, Aamin,

Hurmmm.. okaylah, aku pun dah tak mampu untuk menaip lagi.. rasa sebak didada kian menyucuk tangkai hati. Untuk malam ni, tahlil arwah akan diadakan di rumah kedua ibubapa arwah *mak saudara dan pakcik saudara aku* di Pak Tijah, Gong Badak, Terengganu. Buat rakan-rakan dan sahabat handai yang terbaca entry ini, aku mohon dengan sepenuh keikhlasan yang korang ada, tolong sedekahkan Al-Fatihah dan titipkan doa untuk kedua-dua arwah saudara aku yang telah pergi menghadap Pencipta itu ya. Semoga doa kalian dapat mempermudahkan lagi perjalanan arwah, Aamin.


Nota Hati : Al-Fatihah

25 Oktober 2014

- Bercuti kami ke Kuala Terengganu -

10:37 PTG 2 Comments
Assalamualaikum Reader..
Cak.. dalam kereta pun sempat lagi kami berposinggg..

Kimchi! #Bukit Puteri berdekatan #Pasar Payang


Senyummmm.. #Masjid Kristal #Losong


Cakkkkk !!! #Pantai Teluk Ketapang #Gong Badak

Enjoyyy !!! #Lorong Payang #Kg Cina #Kuala Terengganu
Posing.. #D'Ganu Cafe #Steamboat #Pulau Duyong






Take Note : Lalalalaaa happy, hari hari happy, happy happpy. Sebenarnya alkesah aku happy sebab dapat jumpa dan hang out bersama-sama Kak Oyienz dan Fatin. Tapi sedihlah juga sebab Opah tak dapat join sekali. Kesempatan bercuti sempena Devali beberapa hari yang lepas, Kak Oyienz dan fatin telah datang ke Terengganu. Mengikut plan asalnya, sepatutnya Opah datang sekali tapi disebabkan ada hal-hal yang tak dapat dia elakkan maka dia terpaksa menarik diri disaat-saat akhir, so tinggallah kami bertiga saja untuk trip bercuti kali ini. Even bertiga tapi kami tetap happy ! Ya happy. Hahaa biarpun cuaca hujan yang agak lebat menanda tapi kami tetap mantain berjalan. Bak kata Fatin, kalau boleh nak teroka satu bandar Terengganu dalam masa satu hari. Prufffff! memang hampir separuh bandar kami terokai. Agak keletihan, agak kepenatan, agak yang teragak-agak walaupun adalah beberapa kali kami tersesat jalan dalam bandar. Bhahahaaa.. Antara tempat-tempat yang sempat kami berkunjung termasuklah Pantai Kelulut di Marang, Pantai Teluk Ketapang di Gong Badak, Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu, Masjid Terapung di Kuala Ibai, Pulau Warisan di Kuala Terengganu, Bukit Puteri di Kuala Terengganu, Pasar Payang di Kuala Terengganu, Masjid Kristal di Losong, Muzium Negeri di Losong, Kampung Cina di Kuala Terengganu, Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu dan beberapa buah tempat lagi di sekitar Kuala Terengganu. Walaupun masa yang singkat namun kami sempat juga berkunjung seketika. Huhuuu nak kejar masa punya pasal, kami redah semua rasa sakit dan kepenatan yang makin menular di dalam diri masing-masing. Alhamdulillah, selesai sudah trip bercuti kami untuk kami ini. InsyaAllah plan seterusnya kami akan ke Pulau Kapas pula sekiranya kami berempat ada kelapangan. Semoga kami dapat berjimba-jimpa lagi di laen hari dan laen masa. Okbya.. Assalamualaikum..

18 Oktober 2014

- Taubat seorang hamba -

10:16 PTG 0 Comments
Assalamualaikum reader...

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terimalah taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah taubatku ini..
Telah aku merasakan derita
Jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redhaMu Ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah taubatku ini..
Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah taubatku ini..
Nota Hati : Dari ANAS BIN MALIK R.A. berkata : RASULULLAH SAW BERSABDA, " Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan." [BUKHARI-MUSLIM]

16 Oktober 2014

- Merpati Putih kau kesayanganku -

3:23 PG 0 Comments
Assalamualaikum reader...


Mengering sudah bunga dipelukan
Merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam
Selamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapankah jadinya aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu
Bersama kasih kembali mesra
Bercumbu lagi memadu satu janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi yang terang...


Sayang tidak semestinya akan bersatu.. Sayang tidak semestinya akan bersama.. Sayang tidak semestinya akan berdekatan.. Sayang tidak semestinya akan memiliki.. Sayang, satu rasa yang wujud jauh di dalam sudut hati yang paling dalam. Sayangnya aku terhadap kau tak mungkin dapat aku ungkapkan.. Sayangnya aku kepada kau tak mungkin untuk aku memiliki.. Aku tahu rasa sayang aku tak mampu untuk membahagiakan kau.. Aku tahu hanya berbekalkan rasa sayang aku mana mungkin kau akan bergelak ketawa disisi aku.. Aku tahu aku bukanlah insan yang kau sayangi seperti mana aku menyayangi kau.. Sayangnya aku pada kau melebihi rasa sayang kau terhadap aku. Aku tahu rasa sayang aku untuk kau tidak mampu mewujudkan jiwa yang hidup di dalam hati kau. Aku tahu aku tak mampu menghidupkan jiwa kau yang ketandusan kasih sayang itu. Sesungguhnya hanya berlandaskan rasa sayang aku masih tidak mampu mendapatkankan jiwa kau. Sungguh hati ini menyayangi kau.. terlalu menyayangi kau.. Aku mengerti kehadiran aku hanyalah halangan untuk kau mendapatkan kebahagiaan kau...Maaf andainya kehadiran aku mengganggu masa dan waktu kau.. Namun ingin aku katakan, rasa sayang yang hadir di dalam hati aku adalah suci dan ikhlas untuk kau.. hanya untuk kau meskipun kau bukan milik aku.. Aku tak mampu untuk memiliki kau..Terlalu tingginya harapan aku untuk hidup dengan kau..Apakah aku belum beruntung naman tingginya harapan aku untuk hidup disisi kau.. Aku sempurna dengan kau.. Aku ingin habiskan sisi hidup dengan kau.. Hanya kau yang mampu membuatkan aku terpukau...

14 Oktober 2014

- Cinta Terlarang -

11:52 PTG 0 Comments
Assalamualaikum reader...

Cinta..
Dengarkanlah ku ingin mendengar suaramu
Nyanyikanlah laguku bila kau rindukan aku
Cinta..
Relakanlah akhiri cerita tentang kita
Ku tahu berat pagimu untuk melepaskan aku
Ku pinta kepadamu jangan keluar malam ini
kerna aku tak akan menemuimu
Aku minta kepadamu jangan keluar malam ini
Sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
Namun secepatnya engkau harus aku lepas
Selagi engkau berdiri dan kau bernafas
Lekaslah pergi agar engkau pun terbebas
Sesungguhnya engkaulah insan yang aku sayang
Tetapi cinta kita ini cinta terlarang
Aku mengharapkan agar kau cepat menghilang
Dan janganlah lagi kau datang...


Cinta..saat ini tatkala aku sendirian beribu satu macam perkara yang menerjah masuk ke dalam kotak fikiran aku. Sepoian angin malam seakan mengerti kemalut dihati ini. Apakah bisikan angin yang menyapa ditelingaku membawa perkhabaran rindu dari kau? Ouh, mana mungkin aku memahami bahasa percakapan sang angin. Indah, hanya itu yang mampu aku ungkapkan tatkala terkenangkan kisah kita. Seandainya kau mengerti rasa hati ini pastinya kau akan berada disisiku saat ini. Tapi mana mungkin kau akan disisi aku lagi, kan? Pernah dulu kau katakan, cinta kita bagaikan bintang dilangit yang takkan dibinasakan. Tapi kenapa kini semuanya hancur berkecai. Pernah dulu kau katakan, akulah yang terindah, tak mungkin kau mampu hidup tanpa aku disisi. Tapi kini kenapa kau mengjauh dan semakin jauh? Hah! Semua kata-kata dan janji-janji kau hanyalah dongengan cuma. Aku? Aku yang tersungkur lantaran terlalu memegang tali janji dan terlalu percaya setiap butiran percakapan kau. Ternyata kini akulah insan yang kehilangan..ichi

11 Oktober 2014

- Khilafkah aku ? -

1:04 PG 2 Comments
Assalamualaikum Reader...

memang khilafku menyayangimu
memang khilafku mencintaimu
tapi ku tahu semua itu
tak akan kembali lagi
bukan ku pinta segunung janji
tidak ku harap sinaran ini
cuma ku ingin setulus kasih
kesetiaan kekal selamanya
ouhhh kekasih,
senyummu enggan pergi,
tawamu mengiringi,
wajahmu ku terbayang
hadirmu dalam mimpi, umpama bidadari
potertmu kutatapi, mengharap kau kembali
memangku rindu saat bersamamu
memang tak mampu melupakanmu
tapi ku tahu semua itu
tak akan kembali lagi
selamat tinggal pada kenangan
selamat tinggal pada igauan
terima kasih aku ucapkan
untuk percintaan ini
kekasih..


NOTA HATI : Malam ni sekali lagi aku teringatkan 'dia'. 'Dia', siapakah 'dia' ? 'Dia', insan yang pernah menyayangi aku. 'Dia' insan yang pernah aku miliki. 'Dia' insan yang masih aku sayang walaupun kian pudar. 'Dia', insan yang mengajar aku erti kehidupan. 'Dia' insan yang pernah berkongsi susah, senang, suka dan duka bersama aku. 'Dia', insan yang aku rindui dan sentiasa rindui walaupun untuk saat ini. 'Dia', terlalu banyak yang ingin aku perkatakan tentang 'Dia', tapi aku tak mampu. kenapa aku menggunakan perkataan 'Dia'? Kenapa aku tidak mention namanya? Maaf, aku tak kuat untuk menyebut namanya. Aku masih menyayangi 'dia'. Hurmmm kini dua tahun hampir berlalu. makna hampir dua tahun sudah aku kehilangan 'dia'. tapi hingga ke saat ini aku masih lagi sendirian. Kenapa? sebab aku masih teringatkan janji-janji yang pernah kami ukirkan bersama. Aku harap dialah cinta terlarang terakhir dalam hidup aku. Bagi aku walaupun kini aku dan 'dia' tak lagi bersama, tapi aku akan cuba untuk mengotakan janji-janji tu. Sakit! Ya, hati aku memang sakit. Sakit yang teramat sangat. Kenapa? Sebab aku sendiri tidak ketahui apa silap dan salah yang pernah aku lakukan sehingga aku kehilangan dia. Sehingga ke hari ini teka-teki dan persoalan tentang kesalahan aku masih lagi tiada jawapan. Hurmmm.. entahlahh..'Dia', seandainya dia membaca entry ni, aku nak dia tahu yang aku masih punyai sisa-sisa sayang terhadap 'dia'. Aku harap 'dia' jujur dengan aku. ucapkan dan katakan, apakah silap dan salah aku terhadap 'dia'. Apapun aku doakan 'dia' bahagia disisi insan lain yang 'dia' sayangi dan satu pesanan aku, "Jujurlah, percayalah dan belajarlah bersyukur dengan apa yang dimiliki"












10 Oktober 2014

- always with you -

2:40 PTG 0 Comments
love is visible at just one glance
heart is felt at just one hand gesture
baby ~ oh I'll come close to you
baby~ oh so I can hold you
I try to fine myself in your smiles
I try to look back on myself in your tears
baby~ oh don't worry
baby~ oh I'll always protect you
in the long and numerous difficulties
there will be no other love where we can laugh together
being able to give everything
being able to love
I don't want anything if we are together
always with you..
I know your heart so well
your  love that waited only for me
baby~ oh don't worry
baby~ oh I'll always protect you
in the long and numerous difficulties
there will be no other love where we can laugh together
being able to give everything
being able to love
I don't want anything if we are together
always with you..
I wanted to see you so much
and longed for you everyday
are you listening now to our love?
in the long and numerous difficulties
there will be no other love where we can laugh together
being able to give everything
being able to love
I don't want anything if we are together
always with you..

Nota Hati : mengucaplah Syukur walau apapun yang kita terima, kerna kita hanyalah hambaNya yang dipinjamkan kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya dengan bersyukur, kita akan dapat menginsafi diri biarpun sejenak cuma. Renunglah kembali, di luar sana masih ramai lagi insan yang berhati rawan dan berjiwa malang berbanding kita yang masih diberi kesempatan untuk memiliki dan dimiliki. Bangkitlah dari kekesalan dan kesedihan yang bermukim dihati, jangan biarkan hasutan negatif menguasai diri kita.. Okbya ! Assalamualaikum..

09 Oktober 2014

- Gerhana Senja - PART 1

10:17 PTG 2 Comments


Alya Natasha melihat jam yang melilit di pergelangan tangannya. Lagi setengah jam loceng akan berbunyi. Dia mendengus. Penerangan Cikgu Sama tentang factor-faktor perkembangan Bandar di Tanah Melayu tidak dihiraukannya. Memang dia bosan dengan mata peajaran Sejarah tetapu yang lebih membosankannya ialah guru yang mengajar subjel tersebut yang juga merangkap guru disiplin pelajar perempuan. Sudah beberapa kali guru tersebut memalukannya kerana melakukan pelbagai salah laku. Dia benci! Guru muda itu juga telah mengugut akan memberitau ibunya sekiranya dia mengulangi kesalahan yang sama.
            Ahhh!” mengingatkan peristiwa dua hari lepas, hatinya jadi sakit.
            “Alya, sudah berapa kali awak tengok jam? Kenapa? Dah tak sabar nak jumpa boyfriend awak?”
Dia tersentak.
Cikgu Sama merapati mejanya.
            “Tengok! Ini nota sejarah awak?” Cikgu Salma mengambil keratan gambar Lee Hongki yang baru dikoyakkannya daripada surat khabar perpustakaan rehat tadi.
Alya Natasha menuntukkan kepalanya, berpura-pura takut. Dalam hati dia menyumpah Darwish yang telah melihat gambar tersebut dan meletakkannya di dalam buku mota Sejarahnya. Lebih menyakitkan hatinya bila Cikgu Salma merenyuk-renyuk gambar artis pujaannya itu dan melemparkan ke mukanya.
Hati Alya Natasha semakin sakit!
Dia mengangkat muka melihat kawan-kawan sekelasnya. Matanya berhenti pada Kiera. Pandangan tajam Kiera seolah-olah mengejak dan mentertawakannya. Di sebelah Kiera duduk pula Dami, pengawas yang selalu mengadu masalah dan kesalahan peajar-pelajar perempuan kepada Cikgu Salma. Suriati cukup menyampah melihat kedua-dua manusia itu. Tetapi dia mengurut dada lega bila mendengar loceng waktu balik berbunyi.
            “Okay kelas, balik siapkan tugasan yang cikgu berikan tadi dan tolong hantar tugasan pada pagi besok.”
            “Bangun! Terima kasih cikgu.” Suara Fadir, Ketua Tingkatan 5C disambut gembira oeh pelajar lain.
            “Alya! Ikut saya ke bilik guru!” arah Cikgu Salma tegas.
Serta-merta air muka Alya Natasha berubah. Rancangannya untuk melepak dengan Zack di pusat membeli belah terpaksa dibatakan saja.
            “Alya! Apa lagi yang awak khayalkan? Cepat siapkan kerja-kerja ni!”
Hampir terpeanting pen yang sedang digigit hujungnya. Serta-merta seluruh ingatannya terbang. Dia meneruskan kerja-kerja latihan Sejarah yang tidak disiapkan sebelum ini. Dia menyeak buku di depannya., membilang-biang jumpal muka surat latihan yang terpaksa disiapkan pada petang itu.
“Mak! Datuk! Lagi sepuluh helai.” Perutnya mendidih pedih. Tadi waktu rehat dia tidal makan di kantin. Wanng beanja pemberian ibunya pagi tadi dan pagi semalam disimpan untuk membelanja di pusat membei belah nanti.
            “Alya, minta nombor teefon rumah awak. Saya nakberitahu keluarga awak kenapa awak balik lewat hari ni. Nanti risau pula mereka.”
            “Rumah saya tak ada telefon, cikgu.” Sengaja dia berbohong. Bimbang tembeangnya akan pecah. Malam tadi sesudah dia menelefon Zack, dia memberitahu ibunya yang dia akan balik lewat kerana ada keas tambahan Sains.
            “Kalau begitu, mungkin awak ada nombor telefon jiran terdekat.”
Guru itu dirasakan masih sengaja mahu menyakiti hatinya.
            “Ibu saya tak ada di rumah, cikgu. Pukul 6 nanti baru puang.”
            “Ayah?”
            “Ayah dan Ibu saya dah dah bercerai.”
Cikgu Salma merenung Alya Natasha. Tidak disangkanya gadis selincah Alya Natasha mempunyai perjalanan hidup yang tidak sesempurna gadis-gadis remaja lain.
Alya Natasha meneruskan kerja. Dari ekor matanya, dia dapat merasakan yang Cikgu Salma sedang memerhatikannya.
            “Awak selalu berjumpa ayah awak.?”
            “Sejak mereka bercerai. Saya tak pernah jumpa dia lagi.”
            “Ayah awak tinggal di mana?”
            “Tak tahulah, cikgu. Ibu saya akan marah bila saya bertanya tentang ayah. Ata mak, ayah sudah mati.”
            “Ibu awak ada beritahu sebab yang mereka bercerai?”
            “Tidak, cikgu. Tapi saya masih ingat, ketika itu saya dalam darjah dua.”
            “Ibu awak kerja apa sekarang?”
“Kerja Ofis.”
“Adik-beradik awak berapa orang?”
‘Ahhh! Banyak tanya pula orang tua ni. Bukannya apa, sengaja nak cari modal untuk diceritakan pada guru-guru lain.’ Alya Natasha mengerutu di dalam hati.
Dua orang.”
“Adik awak berapa tahun?”
“Dua belas tahun.”
“Ibu awak kahwin lain?”
“Tidak.” Jawapan yang tidak sempurna itu cukup untuk menunjukkan yang Alya Natasha tidak suka kisah hidupnya diketahui oeh orang lain.
Cikgu Salma menulis sesuatu didalam buku rekod pelajarannya. Dia tifak dapat menumpukan perhatian. Ada sesuatu yang mengocak jiwa wanitanya. Dia ingin bertanya Alya Natasha lebih lanjut tentang latar belakang hidup pelajarnya itu tetapi melihatkan Alya Natasha seolah-olah tiada mood, dipendamkan sahaja niatnya itu. Lagipun dia tidak mahu mengganggu ketekunan Alya Natasha yang cuba menghabiskan kerjanya itu. Walaupun dia seorang  guru disiplin yang selalu memarahi pelajar-pelajarnya tetapi dia menganggap pelajar-pelajarnya seperti anak-anaknya juga. Dalam diam dia menyimpan azam untuk memulihkan pelajar yang selalu melanggar peraturan sekolah itu.
            “dah siap?” Cikgu Salma bertanya setelah melihat Alya Natasha menggeliat kepenatan.
Dia mengangguk lemah. Jarum jam di bilik guru menunjukkan hampir pukul tiga setengah petang.
Cikgu Salma meneliti kerja Alya Natasha. Dia tersenyum melihat tulisan Alya Natasha yang senget sekejap ke kiri dan sekejap ke kana sebelum mengangguk tanda puas hati.
            “Lain kali jangan main-main dalam kelas lagi.” Cikgu Salma masih mahu memberti nasihat.
            “Terima kash, cikgu,” ucap penghargaan kerana terpaksa dari Alya Natasha.
            “Jom cikgu hantar kamu balik.”
            “Tak payahlah, cikgu. Saya boleh balik dengan bas nanti.
‘Ahh! Lebih baik naik bas. Boleh juga aku ronda-ronda di Bandar nanti.’ Alya Natasha memujuk hatinya.
Niatnya untuk meronda terpaksa dibatalkan. Perutnya memulas sakit. Dia menekan perut sambil berjalan ke perhentian bas berhampiran. Peluh dingin mula merenik di mukanya. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. dia menahan sebuah teksi.
            “Hantarkan saya ke rumah nombor Lot 2141, Taman Aman Desa.”
Dia tiada pilihan lagi. Jika naik bas, dia terpaksa berjalan setengah kilometer ke rumahnya dari perhatian bas. Perutnya sakit bagai hendak pecah.
Tiba di rumah, ibunya terperanjat melihat wajah Alya Natasha yang pucat lesu.
            “Kenapa Sha? Tak sihat. Ya?”
Alya Natasha menyembamkan mukanya ke bahu ibunya.
            “Tadi Cikgu Salma meneruskan kelas sehingga pukul tiga setengah. Siapa pun tak boleh keuar makan.” Dalam esak Alya Natasha masih sempat mendustai ibunya.
            “Teruknya cikgu Shat u. Esok Ibu akan jumpa pengetua.”
Alya Natasha tidak menjawab. Dia mengikut sahaja ibunya ke biik. Puan Ramlah mengurut perut Alya Natasha dengan minyak angin. Perut yang merening kembung itu beransur-ansur kempis sedikit.
Selepas makan malam, Alya Natasha terus berehat di daam biliknya sehingga tertidur.

------- BERSAMBUNG----


Nota Hati : Ketika jemari lincah bertaip, telinga aku disajikan dengan halwa alunan lagu Senandung Malam by Erin. Hati sedikit terusik menghayati bait-bait lagu sambil memerah idea yang bersimpang siur dalam kepala. Bagi aku mendalam maksud yang tersirat dalam lagu ni. Okbya ! Assalamualaikum..

Follow Us @soratemplates