Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Memohon Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. Harap maklum.

3 Program Asasi ditawarkan iaitu

1 - Asasi Perubatan
2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi

Cara Memohon. Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.mohe.gov.my/web/ dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan
Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00

Elaun Bulanan
Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00

Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan.

Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.

Untuk detail, korang boleh ke http://upu.mohe.gov.my/web/

Selamat berjaya gais. Berkhidmatlah dengan jujur amanah kepada nusa bangsa ye. Jadilah seketul masyarakat yang membantu mereka yang memerlukan. Wassalam

Tiada ulasan