Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Apa Salah Warga Asing?

Apa salah warga asing?
Apa salah warga asing?
Apa salah warga asing?

Kadang kala aku benci seketul masyarakat di Malaysia. Terlalu berlagak. Terlalu sombong. Terlaku riak. Aku benci. Mereka terlalu mendabik dada.

Apa salah warga asing? Kenapa mereka diperlakukan seperti tiada perasaan? Tiada belas kasihan ke dalam hati kau untuk dia? Apa salah warga asing?

Baru-baru ni, aku nampak satu situasi dimana wara asing tersebut dimarah bertubi tubi. Segala sumpah seranah dihumban kepada dia. Sekali pakej dipukul, ditampar, diterajang. Aku tengok warga asing tu senyap je. Mungkin dia takut. Atau dia tak fasih berbahasa melayu. Aku perhati raut wajah dia. Sayunya Ya Allah.. Hati aku sebakk...

Tak lama selepas tu ada beberapa orang rakan dia datang back up dia. Aku tak berapa jelas apa yang mereka perkatakan. Tapi ada kedengaran suara yang keras dan lantang. Si pemukul tadi meludah pada warga asing tersebut. Sungguh biadap bagi aku!

Keadaan kembali kecoh. Hampir berlaku agenda tumbuk menumbuk. Tak lama lepas tu supervisor pun datang. Aku dengar supervisor tu suruh si pemukul tu minta maaf pada warga asing tersebut. Tapi si pemukul tu enggang. Berlagak nak mati! Menyampah aku..

Supervisor cakap, kalau perkara ni berlarutan, kes ni akan dibawa ke atasan. Sebab berlaku dalam kilang dan pada waktu kerja. Puas aku fikir, apa yang jadi sebenarnya. Apa yang menyebabkan si pemukul tu marah sangat. Tapi masihb idak dapat jawapan. Supervisor tu tanya warga asing apa yang berlaku sebenarnya. Aku nampak warga asing tu geleng kepala. Eh, dia bersalah ke? Tanya aku dalam hati.

Ahmed, kawan warga asing tu bersuara. Katanya si pemukul tu tuduh kawan dia curi dompet. Si pemukul tu datang ke department mereka terus tuju ke kawan dia dan pukul. Langsung tidak bertanya. Lepas dah pukul bertubi tubi baru tanya. Si kawan dia tu pulak tidak berapa fasih dan faham bahasa melayu. Sebab tu dia diamkan diri. Dia takut. Katanya lagi, kawan dia memang sepanjang hari ada bersama dia. Bila masa pulak dia mencuri dompet tersebut. Kalau Supervisor dan semua orang tidak percaya, boleh check cctv. 

Okay, aku agak terperanjat. Dituduh mencuri rupanya. Aku tengok muka si pemukul tu bengis semacam je. Berlagak, acah acah dia je yang betul. Aku tak pasti apa perbicangan diaorang. Yang pasti lepas pada tu supervisor bawak diaorang masuk opis. Mingkin check cctv. 

Keesokan harinya, aku dengar khabar angin yang mengatakan warga asing tu tidak bersalah. Sebenarnya si pemukul tu saja cari point untuk cari pasal. Apa ke banganglah manusia perangai macam ni. Kesian gila kot, dah separuh lembik budak tu kau tibai. Ishh.. Ish... Dengar kata si pemukul tu sekarang digantung kerja. Bagi aku better dibuang kerja terus. Orang macam ni penyebab kilang bermasalah. Orang lain sibuk cari rezeki, dia sibuk nak tutup periuk nasi orang. 

Seboga jadi iktibar untuk diri aku sendiri. Berbuat baiklah pada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan siapa pun mereka. Bersihkan hati, ikhlaskan niat dalam mencari rezeki yang halal.

1 ulasan

  1. pernah jugak baca kisah warga asing kena belasah padahal dia masa tu datang nak tolong sudahnya dituduh pencuri pula. Tak faham betul dengan mentaliti macamni.

    BalasPadam