Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hak Wanita Selepas Penceraian

Hak Wanita Selepas Penceraian


1. Hak Mendapatkan/Menyimpan Mahar
(Surah AnNisa' 19)
Mas Kahwin adalah hak mutlak isteri.
Ianya tidak boleh diambil balik oleh suani kecuali dgn izin isteri, KECUALI bila berlaku penceraian dan persetubuhan mas kawin tu hak isteri forever.

2. Nafkah Iddah
Selepas penceraian, bekas isteri masih berhak menuntut nafkah semasa tempoh iddah.
Hak ini gugur dengan sendirinya sekiranya isteri nusyuz dan sebab2 lain mengikut hukum syarak.
Bekas isteri juga berhak utk tinggal di kediaman semasa berkahwin sekiranya tiada tempat kediaman lain semasa tempoh iddah (Surah AlTalak 6)

3. Tunggakan Nafkah
Ini tertakluk kepada isteri yg selama berkahwin adalah sorg yg taat dan menjadi diri dan rumahtangga.
Sekiranya sepanjang perkahwinan suami gagal untuk provide, nafkah tertunggak ni boleh dikira sebagai hutang selagi bekas suami belum menjelaskannya.

4. Hak Terhadap Mut'ah (Saguhati)
Kalau suami suka2 cerai isteri tanpa ada sebab tade ribut tade topan korang bercerai, bekas suami perlu memberi saguhati kepada bekas isteri (AlBaqarah 236).

5. Harta Sepencarian
Ni kerap aku dengar masa aku dok mahkamah syariah dulu; berebut harta
Bekas isteri berhak untuk dapat sebahagian harta yang diperolehi bersama2 semasa masih berkahwin.

6. Hak Penjagaan Anak
Secara default, hak penjagaan anak yg masih belum mumaiyiz akan diberi kepada ibu.
Kalau bekas suami nak fight, kena failkan tuntutan semula ke mahkamah syariah.




Semoga bermanfaat

Tiada ulasan