12 Oktober 2017

Kenali Jenis Kulit Wajah Anda

Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu kita ketahui dan kenalpasti :

1. Kulit Normal
2. Kulit Berminyak
3. Kulit Kombinasi
4. Kulit Kering
5. Kulit Matang
6. Kulit Sensitif

1. Kulit Normal
Kulit jenis biasa (normal) adalah kurniaan Tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih seperti kulit bayi.

Jenis kulit normal hanya memerlukan penjagaan yang ringkas. Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau kering, dan ianya
bebas dari sebarang masalah.

Penjagaan kulit normal, jenis kulit normal, produk terbaik untuk kulit normal, zarraz paramedical, set produk kulit normal


Cara mengetahui adalah kulit anda termasuk jenis kulit normal atau bukan adalah dengan mengusap wajah dengan tisu pada pagi hari.

Jika tidak ada minyak yang melekat malah tisu kelihatan kering, bererti kulit anda termasuk dalam jenis kulit normal.

2. Kulit Berminyak
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah (jerawat, akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.

Jenis kulit berminyak, penjagaan kulit berminyak, masalah kulit berminyak, set produk kulit berminyak, cara mengatasi kulit berminyak, zarraz paramedical

Disamping itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:

Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak

3. Kulit Kombinasi
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri.

Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan, keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :

Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

4. Kulit Kering
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air-conditoner), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat-ubatan (medications-Roaccutane).

Jenis kulit kering, masalah kulit kering, kulit kering dan gatal, kulit kering bersisik, zarraz paramedical, rawatan masalah kulit kering

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:

Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam

Tips : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda ada

Tips : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian. Kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!

5. Kulit Matang
Kulit matang adalah kulit yang telah kehilangan kadar kelembapan atau kelenjar minyak tidak mampu untuk menghasilkan minyak sebum. Ini disebabkan oleh faktor usia yang telah lanjut (45 tahun ke atas) dan sering terdedah pada panas terik atau penghawa dingin (air-conditoner) di awal usia.

Kulit matang, masalah kulit matang, kedutan, anti aging, zarraz paramedical, set rawatan kulit matang, produk anti aging, anti wrinkles

Selain itu, penggunaan pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan kurangnya vitamin menyebabkan kejadian kulit matang ini.

Ciri-ciri kulit matang adalah:

Kedutan / Garis Tebal
Kulit Berkedut dan Jatuh
Tiada penjagaan kulit dari awal usia
Disebabkan oleh makanan tidak seimbang atau salah guna produk.

6. Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factor luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut.

Masalah kulit sensitif, ciri-ciri kulit sensitif, punca kulit sensitif, set penjagaan kulit sensitif, produk terbaik untuk masalah kulit sensitif.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi apabila:-

Guna produk muka jenama baru
Makan sesuatu jenis makanan
Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
Masa mandi dan minum air berklorin
Terkena sabun cuci baju
Berada di tempat atau bangunan tertentu
Sedang stress
Simptom Semasa Kulit Sensitif
Kulit menjadi merah
Kulit menjadi pedih
Kulit mengelupas
Kulit rasa terbakar
Tompok-tompok hitam
Naik ruam /jerawat
Semua diatas.

Tips : Jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate

7. Kulit Bermasalah
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon (remaja) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.

Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.



Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:

Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka

Credit : zarraz

Take Note : Rasanya aku mengalami masalah kulit kombinasi kowt. Sebab semua yang dinyatakan ada pada kulit muka aku. Huhuuu.. nampaknya lepas ni perlu giatkan lagi usaha pengjagaan wajah ni. 


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

10 ulasan:

  1. hi.. jom join Giveaway.. ada banyak hadiah menarik :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    BalasPadam
  2. CR jenis kulit yg berminyak rasanya

    BalasPadam
  3. ida ingat kulit jenis kering tapi bila baca ni rsa mcm kombinasi la plak..kdg kering..kdg brminyak..huhuuh

    BalasPadam
  4. Sa jnis no 3 tu.. ehehehe. sekarang dah okay dah.

    BalasPadam
  5. kulit abe kie ni berminyak n berjeragat. camner nak atasinya?

    BalasPadam
  6. Kulit berminyak dalam berjerawat sbb salah pakai skincare

    BalasPadam
  7. saya kombinasi kot. kering+berminyak.

    BalasPadam