Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Lembutkan Tangan Yang Kasar

Waktu jumpa dengan kawan atau saudara mara pasti kita akan bersalam salaman, lebih lebih lagi kalau dengan bakal mak mertua. Fuhhh ketaq lutut kejap. Risau kalau ada yang tegur tangan kita kasar macam tangan lelaki. Sentap, senak sampai ke tangkai jantung beb. Malu pun ada, kan.

Orang tua-tua kata, tangan perempuan yang kasar sebab biasa buat kerja-kerja di dapur. Itu fakta ke mitos? Apapun, adalah positifnya. Dipuji buat kerja rumah. Hehehehee...

Korang yang merasakan tangan kasar tu jangan risau. Saman serba canggih ni pelbagai cara yang boleh kita gunapakai untuk atasi masalah tangan kasar ni. Salah satunya dengan sapu lotion. Tapi betul ke berkesan lotion yang kita guna tu. Opss :)

Eh, was was dah ke dengan lotion? Okay, apakata korang praktis cara traditional ni. InsyaAllah selamat dan suci secara semulajadi. Jimat duit korang!

Amalkan tip diberikan ini pasti dapat membantu anda memiliki tapak tangan halus dan lembut.

Cara 1 : Minyak Zaitun menghaluskan tapak tangan


1) Ambil satu sudu besar minyak zaitun dan dua sudu besar gula pasir.

2) Cuci tangan terlebih dahulu dengan sabun dan keringkan.

3) Campurkan minyak zaitun dan gula pasir pada tapak tangan.

4) Gosokkan sebagaimana mencuci tangan dengan sabun.

5) Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas dengan air suam.

6) Anda dapat rasakan tapak tangan lebih halus daripada sebelumnya.


Cara 2 : Kopi Haluskan Kulit

Gunakan hampas kopi untuk menggosok tapak tangan. Hampas kopi bertindak sebagai skrub yang bukan sahaja membuang kotoran malah melembutkan tapak tangan dan meninggalkan bau harum. Lakukan sekerap mungkin.


Cara 3 : Kulit pisang haluskan tapak tangan

Ambil kulit pisang dan gosokkan pada tapak tangan. Amalkan selalu sehingga tapak tangan anda halus.

Cara 4 : Avokado haluskan tapak tangan

Ambil sedikit isi buah avokado. Oles dan gosokkan pada tapak tangan. Lakukan beberapa kali.

Cara 5 : Kentang dan Limau nipis menghaluskan tapak tangan

Untuk menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan kentang dan limau nipis.

Cara 6 : Lendir Lidah Buaya        


Potong lidah buaya kepada dua bahagian, ambil lendirnya dan gosok pada tapak tangan. Jangan sampai terkena kulit lidah buaya kerana boleh menyebabkan kulit gatal atau iritasi. Biarkan sehingga lendir lidah buaya kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini tiga kali seminggu.


sumber info: SINI

1 ulasan

  1. Terima kasih perkongsian dan tips..kalau dulu arwah nenek PC cakap,,kalau ada yang datang meminang suka cari yang tapak tangan kasar sebab tahu rajin...huhuhu...sebenarnya kalau sekarang ni tapak tangan halus mulus bukan bermakna tak rajin...sebab banyak cara nak haluskan tapak tangan.

    BalasPadam