21 September 2017

Kursus Chargeman Part Time | Penjaga Jentera Elektrik A0 Separuh Masa

Kursus Penjaga Elektrik AO (Separuh Masa) 6 bulan (480 jam )

Berita baik untuk anda yang ingin sambung belajar secara separuh masa dalam bidang elektrik. 

Pertauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor


1. Yuran kursus
Yuran kursus adalah sebanyak RM 2900.00. Dibayar atas nama "Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang" secara Tunai, cek atau Wang Pos di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

2. Tempoh kursus
Kursus dijalankan secara 2 sesi  setiap tahun iaitu sesi 1 (Januari hingga Jun) dan sesi 2 (Julai hingga Disember). Kedua-dua sesi ini dijalankan selama 6 bulan setiap sesi. Jumlah jam adalah 480 jam.

3. Jadual kursus
  • - Selasa 6.00 petang hingga 10.30 malam
  • - Khamis 6.00 petang hingga 10.30 malam
  • - Sabtu 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  • - Ahad 8.30 pagi hingga 5.30 petang


4. Kandungan kursus
Pembelajaran ini dijalankan secara Teori dan Amali dalam subjek berikut :-
  • - Asas Elektrik
  • - Keselamatan Elektrik
  • - Akta Dan Peraturan 
  • - Alat Ukur Dan Alat Uji
  • - Pepasangan Pengguna
  • - Kabel
  • - Kabel Bawah Tanah
  • - Papan Suis Utama
  • - Motor dan Kawalan
  • - Transformer
  • - Sistem Lampu Jalan


5. Permohonan
Dengan cara mengisi borang permohonan kursus separuh masa dan borang peperiksaan Suruhanjaya Tenaga ST(PE) Pind. 4/2007 dengan lengkap dan menghantar terus ke IKTBN Sepang bersama buku log pengalaman kerja mengikut standart Suruhanjaya Tenaga 1 bulan sebelum setiap sesi bermula. Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk pendaftaran. Borang permohonan, borang peperiksaan ST(PE) Pind .4/2007 dan format buku log boleh didapati di IKTBN Sepang di Makmal Elektrik Blok M2.

  • Sesi 1/2018 kelas bermula pada 06 JANUARI 2018. Pendaftaran akan dibuat pada 23 DISEMBER 2017.


6. Syarat-syarat kemasukan
  • - Bahawa anda adalah seorang warganegara Malaysia
  • - Berumur tidak kurang dari 20 Tahun
  • - Sekurang-kurang taman tingkatan 5 Sekolah Bantuan penuh Kerajaan @ SPM.
  • - Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan
  • - Pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam persekitaran dimana terdapat     pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup.
  • - Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja dalam persekitaran dimana dapat mengendalikan kelengkapan elektrik dan kerja-kerja mengawal kelengkapan hidup bagi tempoh 3 tahun yang telah disahkan oleh orang kompeten dan majikan.



Drama Perempuan Paling Bahagia

Sinopsis Novel Perempuan Paling Bahagia 

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA
"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA
"Rosyam Nor." -ARISSA

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

“Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal.

“Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

"Sebab tak ada sesiapa jangka Arissa pemegang RM50 juta itu" - DATIN ZARINA

Kerana alasan itu Arisa menjadi buruan Rafi dan Dato' Rafail.
Adakah pengorbanan Arissa menjadikan dia perempuan paling bahagia?
Atau.. mungkin akan membuatkan diri sendiri terkorban?
Atau.. menyebabkan orang lain yang terkorban?





Peringatan Untuk Diri Sendiri

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap kata nista dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa. Redha akan hasilkan ketenangan dalam hidup.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita. Manafaatkan apa sahaja yg kita miliki dgn baik.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Setiap masaalah adalah ujiannya. Jangan mudah putus asa dengan masalah yg datang.

13. Apa sahaja yg kita miliki dan kita hadapi waktu ini bukanlah sebuah keputusan. Keputusan yg sebenar adalah setelah kita mati nanti.





Lirik Lagu Sumpah Cintaku
Lirik Lagu Sumpah Cintaku – OST Titian Cinta – Asfan Shah


Disaat Saling mengenali
Ku Tahu cinta mu memanggil
Dalam Perasaan yang tak kau dengari

Lambaian Mu di dalam mimpi
Bayangan Senyum bidadari
Indah Segenap rasa tak terbagi

Belah Lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti Akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti
Sumpah Cintaku hanya padamu

Disaat Saling mengenali
Ku Tahu cinta mu memanggil
Dalam Perasaan yang tak kau dengari
Belah Lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti Akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Tak bisa berganti
Sumpah Ku hanya kau disisi

Genggam Tanganmu yang suci
Sampai Rambutku memutih
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Tak bisa berganti
Sumpah Ku hanya kau disisi

Genggam Tanganmu yang suci
Sampai Rambutku memutih
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti

Sumpah Cintaku hanya padamu
Sumpah Cintaku hanya padamu



Sultan Muhammad Al - Fateh Penakluk Konstantinopel
Sudah berkali kali kerajaan Islam dari pelbagai era cuba menakluki Kota Konstantinopel, sudah ribuan tentera yang syahid, tetapi kota itu tetap teguh.

Kota yang tinggi dan berlapis lapis. Dikawal oleh tentera terbaik dengan kedudukan geografi yang menyukarkan sesiapa sahaja untuk melancarkan serangan.

Kota ini terus teguh menjadi kebanggaan kerajaan Buyzantine, dan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Islam. Sehinggalah datangnya Al-Fateh. Sultan yang meruntuhkan ego kerajaan Byzantine. Ini kisah beliau, kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.



Take Note : Buku ni sangat bagus untuk dibaca. Serius, tidak akan merugikan masa anda. Banyak ilmu yang boleh kita ambil untuk digunakan pada masa kini. Banyak manfaat yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan masa kini. Semangat dan pengorbanan yang dihulurkan tidak terkira. Banyak pengajaran yang boleh kita kutip dan dijadikan panduan. Sangat bermanfaat. The best !


5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara

Inilah 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara

Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.

Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.

Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mengelakkan risiko penyakit kanser payudara adalah pemakanan. Cara pemakanan haruslah dititik beratkan agar diri sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk menjamin kesihatan yang baik berpanjangan.

Ketahui lima jenis makanan yang membantu dalam mengelak penyakit kanser payudara bagi perempuan.


Sayur-sayuran berjenis cruciferous

Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.

Limau gedang

Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan. Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.

Kacang tanah dan jem mentega kacang

Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.

Beri

Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.

Salmon

Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.



20 September 2017

Lirik Lagu Pinjamkan Hatimu

Penyanyi : Ayda Jebat & Adi Priyo
Judul Lagu : Pinjamkan Hatiku
Lagu & Lirik : Nurzaidi Abdul Rahman
Album: OST. Pinjamkan Hatiku
Label : Paranormal Records

Lirik Pinjamkan Hatiku

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku pikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatiku milik dia
bukan engkau seperti ku sangka

mudahnya kau lepaskan kata-kata mu
terpikirkan tergores perasaan ku
yang selamanya mencinta sedikitpun tak berubah
kau memang sebegitu saja

memang salah diriku, tak peduli perasaanmu
yang seharusnya tahu tak lagi dihatiku
tak akan miliki cinta yang suci
kan kini dan hingga selamanya

ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

ooh.. tolong maafkan aku
kudapati dirimu
huoo...oo

*music

ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

huoo...oo

kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku pikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatimu milik dia
bukan aku seperti ku sangka

tolong maafkan aku

Mudah bagi dirimu

huuu..uuu..



Hidayah Perlu Dicari Bukan Ditunggu

Hidayah perlu dicari bukan ditunggu.

Hidayah perlu dicari bukan ditunggu.

"Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut."




Take Note : Kekadang org ramai tidak faham .Selalu dengar orang cakap, " belum dapat Hidayah lagi?". Dulu pun saya sendiri selalu ckp macam tu jugak tapi bila ada ilmu dan berguru barulah tau Hidayah tu perlu dicari, bukan perlu di tunggu. Kalau tunggu memangtidak akan sampai laa. Logik kan tepuk dada tanya iman ?  Semoga bermanfaat


Cara Menghilangkan Misai Halus Pada Wajah Wanita

5 Cara Menghilangkan Misai Halus Pada Wajah Kaum Hawa

Percaya atau tidak, ada sesetengah wanita berdepan dengan masalah muncul misai halus @ kumis di wajahnya. Malah lagi teruk nampak sangat ketara dan ini boleh buat kaum wanita hilang keyakinan. Nak melawa pun akan hilang mood!

Apakata korang cuba 5 cara ini untuk hapuskan misai halus korang.


1. Serbuk Kunyit
Ambil dua camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campurkan keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas dengan air bersih. Tapi hati-hati, jangan sampai terkena pada bibir!


2. Tepung Kosong
Guna tepung biasa dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut. In shaa Allah masalah msai itu hilang perlahan-lahan.


3. Gula + Lemon
Cara ni bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.

Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.

Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).


4. Putih Telur
Ambil je telur kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.


5. Skrub Madu & Aprikot
Cara ini boleh menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit. Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah selesai bilas dengan air suam. Siap!


Jangan biarkan sebab masalah misai akan melarat dan buat penampilan anda nampak pelik dan kurang sempurna. Jangan biarkan sebab masalah misai akan melarat dan buat penampilan anda nampak pelik dan kurang sempurna. Cuba amalkan dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya. Anda akan perasan bulu hilang sedikit demi sedikit.

Usaha dulu dan tengok hasilnya!

Pakaian Yang Sesuai Ke Majlis Perkahwinan Selain Baju Kurung

4 JENIS GAYA KE MAJLIS PERKAHWINAN SELAIN BAJU KURUNG

Baju kurung sememangnya sinonim dipakai untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan.
Namun buat yang tidak gemar memakai baju kurung, apakah pilihan yang anda ada?

Mari lihat beberapa gaya yang sesuai digayakan ke majlis perkahwinan.


1. Kebaya dan seluar
● Korang boleh gayakan kebaya paras peha bersama seluar yang mengikut warna baju atau hitam.
●Sekiranya anda mempunyai bentuk kaki yang kecil, anda boleh menggayakan bersama seluar putih manakala seluar hitam berfungsi menyorokkan pinggul dan peha yang besar.



2. Kaftan@ Jubah dress
●Kaftan@ Jubah dress sememangnya item yang cukup selesa.
●Sifatnya yang beralun dan mempunyai pengudaraan yang baik menjadikan tubuh anda sentiasa selesa meskipun menghadiri majlis perkahwinan dalam cuaca panas.
●Lagi pon senang je..Sarung je..Dah siap..



3.Blaus dan skirt labuh
●Blaus atau top yang berlengan panjang kini semakin mendapat tempat dalam fesyen muslimah.
●Teknik suai padan tidaklah sukar seperti yang anda fikirkan.
●Sekiranya ingin menggayakan seluar yang mempunyai cetakan, seeloknya pilih top atau blaus polos untuk gaya menawan.



4.Kardigan dan palazo
●Kardigan juga kini semakin diterima peminat fesyen modest.
●Untuk gaya lebih sopan, palazo boleh digayakan bersama. Sudah tentu ianya menyelesakan!

Pelbagai jenis gaya sopan yang diubah suaikan boleh menjadi gaya baru untuk anda yang sering buntu dalam memilih pakaian ke majlis perkahwinan. Namun, jangan dilupakan baju kurung melambangkan sifat kemelayuan seseorang wanita.


4 Keadaan Boleh Mendoakan Orang Bukan Islam

4 Keadaan Boleh Mendoakan Orang Bukan Islam

Terdapat empat keadaan adakah boleh kita mendoakan kepada orang bukan Islam. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

#1 Mendoakan agar mereka mendapatkan hidayah

Para Ulama telah sepakat (Ijma’) akan bolehnya hal ini, diantara dalilnya adalah hadits berikutAbu Hurairah RA mengatakan: (Suatu hari) At-Thufail dan para sahabatnya datang, mereka mengatakan:

“Ya Rasulullah, Kabilah Daus benar-benar telah kufur dan menolak (dakwah Islam), maka doakanlah keburukan untuk mereka! Maka ada yg mengatakan: “Mampuslah kabilah Daus”.

Lalu baginda mengatakan: “Ya Allah, berikanlah hidayah kepada Kabilah Daus, dan datangkanlah mereka (kepadaku).

Hadith Riwayat Bukhari & Muslim
Hadits berikut juga menunjukkan bolehnya mendoakan agar mereka mendapatkan hidayah,Abu Musa RA mengatakan:

“Dahulu Kaum Yahudi biasa berpura-pura bersin di dekat Nabi SAW, mereka berharap baginda mahu mengucapkan doa untuk mereka “yarhamukallah (semoga Allah merahmati kalian)”,

maka baginda mengatakan doa: “yahdikumullah wa yushlihabalakum (semoga Allah memberi hidayah kepada kalian, dan memperbaiki keadaan kalian)”

Hadith Riwayat Tirmidzi

#2 Mendoakan kebaikan dalam perkara dunia

Hal ini dibolehkan kerana adanya contoh dari Rasulullah SAW, lihatlah dalam hadis di atas, baginda mendoakan kepada Kaum Yahudi:

“Semoga Allah memberi kalian hidayah, dan memperbaiki keadaan kalian”
Ada juga ikrar (persetujuan) Rasulullah SAW dalam hal ini, Abu Said al-Khudri mengatakan:

(Suatu saat) Rasulullah SAW menugaskan kami dalam Sariyyah (pasukan kecil), lalu kami singgah di suatu kaum, dan kami meminta mereka agar menjamu kami tapi mereka menolaknya. Lalu pemimpin mereka terkena sengatan haiwan, maka mereka mendatangi kami, dan mengatakan:

“Adakah diantara kalian yg boleh meruqyah sakit kerana sengatan Kala jengking?”. Maka ku jawab: “Ya, aku boleh, tapi aku tidak akan meruqyahnya kecuali kalian memberi kami kambing”. Mereka mengatakan: “Kami akan memberikan 30 kambing kepada kalian”.

Maka kami menerima tawaran itu, dan aku bacakan kepada (pemimpin)nya surat Alhamdulilah sebanyak 7 kali, maka ia pun sembuh, dan kami terima imbalan (30) kambing.

Abu Sa’id mengatakan: Lalu ada sesuatu yg mengganjal di hati kami (dari langkah ini), maka kami mengatakan: “Jangan tergesa-gesa (dengan upah kambing ini), sampai kalian mendatangi Rasulullah SAW.

Abu sa’id mengatakan: Maka ketika kami mendatangi baginda, aku menyebutkan apa yg telah kulakukan. Baginda mengatakan: “Dari mana kau tahu, bahawa (Alfatihah) itu Ruqyah?, ambillah kambingnya dan berilah aku bagian darinya”.

Abu Sa’id mengatakan: Lalu ada sesuatu yg mengganjal di hati kami (dari langkah ini), maka kami mengatakan: “Jangan tergesa-gesa (dengan upah kambing ini), sampai kalian mendatangi Rasulullah SAW.

Abu sa’id mengatakan: Maka ketika kami mendatangi baginda, aku menyebutkan apa yg telah kulakukan. Baginda mengatakan: “Dari mana kau tahu, bahawa (Alfatihah) itu Ruqyah?, ambillah kambingnya dan berilah aku bagian darinya”.

Hadith Riwayat Tirmidzi, Bukhari & Muslim
Hadits ini menjelaskan bolehnya kita me-ruqyah orang kafir agar sakitnya sembuh, dan ini merupakan bentuk dari tindakan mendoakan kebaikan untuk mereka dalam urusan dunia. Tidak salah kita mendoakan kesembuhan mereka jika mereka sakit.

Diantara dalil dalam masalah ini adalah dibolehkannya kita menjawab salamnya orang kafir, walaupun bolehnya hanya seringkas “wa’alaikum“,

sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Jika seorang Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) mengucapkan salam kepada kalian, maka jawablah dengan ucapan: “Wa’alaikum“.
Hadith Riwayat Bukhari & Muslim
Ada juga contoh dari salah seorang Sahabat Nabi dalam masalah ini:

Uqbah bin Amir al-Juhani RA menceritakan: bahawa dia pernah berpapasan dengan seseorang yang gayanya seperti muslim, lalu orang tersebut memberi salam kepadanya, maka ia pun menjawabnya dengan ucapan:

“Wa’alaika wa rahmatullah wabarakatuh”. Maka pelayannya mengatakan padanya:

Dia itu seorang Nasrani! Lalu Uqbah pun beranjak dan mengikutinya hingga ia mendapatkannya,

maka ia mengatakan:

“Sesungguhnya rahmat dan berkah Allah itu untuk Kaum Mukminin, akan tetapi semoga Allah memanjangkan umurmu, dan memperbanyak harta dan anakmu”

Hadith Riwayat Bukhari
Banyak ulama yg memberi batasan: bahwa orang kafir yg didoakan kebaikan, harus bukan dalam kategori kafir harbi (yakni kafir yg memerangi Kaum Muslimin) dan ini sangatlah tepat.

Syeikh Albani RA mengatakan:

Akan tetapi, orang yg mendoakan kebaikan harus memperhatikan, bahawa orang kafir tersebut bukanlah musuh (perang) bagi Kaum Muslimin.
Ta’liq Kitab Adab Mufrod 1/430

#3 Mendoakan agar dosa mereka diampuni, setelah mereka mati dalam keadaan kafir

Para ulama telah sepakat (Ijma’) bahawa hal ini diharamkan, Imam Nawawi RA mengatakan:

“Adapun menyolati orang kafir, dan mendoakan agar diampuni dosanya, maka ini merupakan perbuatan haram, berdasarkan nas al-Quran dan Ijma’.
al-Majmu’ 5/120)

Ibnu Taimiyah RA juga mengatakan:

Sesungguhnya memintakan maghfiroh untuk orang-orang kafir tidak dibolehkan, berdasarkan Al-Qur’an, Hadits, dan Ijma’.

Majmu’ul Fatawa 12/489
Dan dalil paling tegas dalam masalah ini adalah firman Allah Ta’ala:

“Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni (neraka) Jahim.”

Surah at-Taubah ayat 113

#4 Mendoakan agar diampuni dosanya ketika mereka masih hidup

Hal ini dibolehkan dengan Dalil hadits berikut:

Abdullah bin Mas’ud mengatakan:

“Seakan-akan aku sekarang melihat Nabi SAW bercerita tentang seorang Nabi, yang dipukul oleh kaumnya hingga bercucur darah, dan ia mengusap darah tersebut dari wajahnya, tetapi ia tetap mengatakan:

“Ya Allah, ampunilah kaumku, karena sesungguhnya mereka itu tidak tahu”.

Hadith Riwayat Bukhari 3477

Memang Hadis ini tidak tegas mengatakan bahawa Nabi yang mendoakan ampunan tersebut adalah Nabi Muhammad SAW. Namun ada riwayat lain yg tegas mengatakan bahawa doa tersebut juga diucapkan oleh Nabi kita Muhammad SAW kepada kaumnya yg masih kafir:

Sahal bin sa’ad mengatakan:

Aku telah menyaksikan Nabi SAW saat gigi serinya patah, wajahnya terluka, dan helmet perang di kepalanya pecah, sungguh aku juga tahu siapa yg mencuci darah dari wajahnya, siapa yang mendatangkan air kepadanya, dan apa yang ditempatkan dilukanya hingga darahnya.

Dia adalah Fatimah puteri Muhammad utusan Allah yang mencuci darah dari wajah, dan Ali RA yang mendatangkan air dalam perisai, maka ketika Fatimah mencuci darah dari wajah ayahnya, dia membakar tikar, sehingga ketika telah menjadi abu, ia mengambil abu itu, lalu menaruhnya di wajah baginda, hingga darahnya.

Ketika itu baginda mengatakan: “Telah memuncak kemurkaan Allah atas kaum yang melukai wajah Rasulullah”, lalu baginda diam sebentar, dan mengatakan: “Ya Allah ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka itu tidak tahu”.

Hadith Riwayat Tobaroni
Diantara dalil dalam masalah ini adalah Mafhum Mukholafah dari firman Allah berikut:

Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni (neraka) jahim.

Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya.

Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.

Surah at-Taubah ayat 113-114

Ayat ini mengaitkan “larangan memintakan ampun untuk Kaum Musyrikin”, dengan keadaan “sesudah jelas bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka”.

Sehingga sebelum jelas menjadi penghuni neraka, boleh di mintakan ampun. Dan telah shohih dari Ibnu Abbas, bahawa maksud dari firman Allah yg ertinya:

“Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapanya itu adalah musuh Allah” adalah “setelah mati dalam keadaan kufur”. Sehingga sebelum kematiannya, masih boleh dimintakan ampun.

Berikut Atsar dari Ibnu Abbas tersebut, Sa’id bin Jubair mengatakan:

Ada salah seorang ayah meninggal, dan dia seorang Yahudi, sehingga putranya (yang muslim) tidak mengikuti (jenazah)nya, lalu hal itu diceritakan kepada Ibnu Abbas,

maka beliau mengatakan:

“Tidak sepatutnya ia melakukannya, (alangkah baiknya) apabila ia memandikannya, mengikuti (jenazah)nya, dan memintakan ampun baginya ketika masih hidup… kemudian Ibnu Abbas membaca ayat (yg artinya):

“Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapanya itu adalah musuh Allah, ia pun berlepas diri darinya”, maksudnya: “ketika ia mati dalam keadaan kafir”.

Mushonnaf Abdurrozzaq 6/39

Dan kesimpulan bolehnya memintakan ampun bagi orang-orang kafir selama masih hidup ini, juga banyak dinyatakan oleh para ulama, diantaranya:

Imam At-Thobari RA, beliau mengatakan dalam tafsirnya:

Sekelompok ulama’ telah menafsiri firman Allah (yg ertinya):

Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya)…
Hingga akhir ayat; bahawa larangan dari Allah untuk memintakan ampun bagi kaum musyrikin adalah setelah matinya mereka (dalam keadaan kafir), kerana firman-Nya (yg ertinya):

“Sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni (neraka) jahim”.
Mereka mengatakan: “alasannya, kerana tidak ada yg boleh memastikan (bahawa dia ahli neraka), kecuali setelah ia mati dalam kekafirannya, adapun saat ia masih hidup, maka tidak ada yang boleh mengetahui hal itu, sehingga dibolehkan bagi Kaum Mukminin untuk memintakan ampun bagi mereka. Dan inilah pendapat yg dipilih oleh beliau dalam tafsirnya.

Sumber : Islam itu indah




19 September 2017

Alasan Wanita Yang Tidak Mahu Menutup Aurat

13 ALASAN TIPIKAL WANITA ENGGAN MENUTUP AURAT 

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?mesti beribu alasan yang diberikan oleh mereka, kan. Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
- Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
- Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, "pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampus!
- Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa. 
- Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
- Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
- Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
- Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
- Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.



Bra Fat | Apa Itu Bra Fat Dan Bagaimana Cara Mengatasinya

BRA FAT ??

Bra fat ialah lemak yang terkeluar dibahagian atas dan bawah tali bra yang dipakai.Masalah ini dialami oleh hampir semua wanita,walaupun mempunyai berat badan normal.

Meskipun tidak menganggu kesihatan namun lemak-lemak ini "merosakan" penampilan kamu bukan?


Berikut cara-cara mengurangi bra fat :-

1.Gerakan T.
Berdiri dengan kaki renggang dan tangan memegang dambel.Tekuk lutut dan bongkok kedepan.Gerakan lengan ke samping dengan membentuk T. Arahkan dambel ke pundak. Ulang 15 kali.

2.Gerakan Seakan Memanjat.
Dalam posisi berdiri ,angkat lutut kiri ke arah dada dan letak kembali. Ganti kaki kanan ke dada dan letak kembali. Ulang 30-60 kali seperti gerakan memanjat.

3.Rocking plank.
Dalam proses seperti push up dengan kekuatan otot lengan ,gerakan badan ke depan dan kepala berada di depan tangan.Ulang 10-15 kali.

4.Push Up.
Latihan efektif ini adalah untuk menguatkan otot punggung. Lakukan 30 kali.

5.Burpees.
Seperti posisi push up. Tarik tubuh hingga jongkok kemudian berdiri dan melompat dengan tangan ke atas. Ulang posisi push up sebanyak 10 kali dalam gerakan pantas.

6.Gerakan Mengangkat Dambel.
Letak tangan ke dinding dan condongkan badan kedepan.Sebelah tangan memegang dambel.Posisi dambel di depan perut dan angkat perlahan-lahan ke sisi. Ulang 10 kali kemudian ganti tangan sebelah lagi.




Perbezaan Antara Wanita Dan Lelaki Dalam Islam

WANITA & LELAKI DALAM ISLAM

Wanita perlu taat kepada suaminya, setelah itu baru kepada bapa dan Ibunya.
Tapi tahukah, bahawa lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama dari pada kepada bapaknya.

Wanita menerima warisan sedikit berbanding lelaki.
Tapi tahukah bahwa harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak.
Tapi tahukah bahwa setiap saat wanita didoakan oleh segala umat, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH SWT di muka bumi ini. Serta jika ia mati kerana melahirkan adalah Syahid nescaya Syurga akan menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan 4 wanita, iaitu:

*1. Isterinya
*2. Ibunya
*3. Anak Perempuannya dan
*4. Saudara Perempuannya.

Ertinya bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, keempat-empat lelaki ini bertanggungjawab memastikan wanita tersebut mendapat asuhan agama yang sempurna, seandainya wanita tersebut dimasukkan kedalam neraka dia boleh menuntut dari keempat-empat lelaki tersebut dan menarik mereka sekali ke neraka iaitu :

*1. Suaminya
*2. Ayahnya
*3. Anak Lelakinya dan
*4. Saudara Lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui pintu Syurga yang mana saja yang disukainya.. dengan syarat :

*1. Solat 5 waktu
*2. Menutup Aurat
*3. Puasa di bulan Ramadhan
*4. Taat kepada Suaminya

Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

Sebarkanlah tausyiah ini kepada saudara muslim semoga pahala mengalir kepada kita... Aamiiin Yaa Robbal Alamiin.

Di kirim khusus kepada wanita solehah agar sentiasa :

*_Bersabar saat tertekan
*_Tersenyum di saat hati menangis
*_Diam saat terhina
*_Mempesona kerana memaafkan
*_Mengasihi tanpa syarat
*_Bertambah kuat di dlm doa dan pengharapan..



Take Note : Salah seorang sahabat telah mengirimkan warkah diatas kepada saya. Ketika membaca, sungguh terkesan rasa dihati. Terbayang wajah mak, ayah dan adik-adik di ruangan mata. Sungguh diri ini terlalu kerdil dan banyak kelemahan. Banyak lagi perkara yang harus dipelajari dan diperbaiki dalam diri ini. Semoga warkah tersebut bermanfaat juga untuk anda semua, sahabat.


18 September 2017

Tips Dan Cara Cara Nak Berhenti Merokok
Tips cara-cara Nak Berhenti merokok

Tak perlu jumpa doktor tak payah makan ubat


Mulakan.....

1. Pandu motosikal anda ke setesen minyak dan isi minyak penuh2.

2. Beli rokok Dunhill atau sebarang jenama sekotak 20 btg. Jgn lupa bawa pemetik api bersama.

3. Setelah itu pandu motosikal anda masuk kampong yg banyak pokok rendang di tepi jalan.

4. Berhenti bawah pokok itu dan keluarkan rokok sebatang, nyalakan rokok dan hisap.

5. Bila habis sebatang sambung perjalanan lagi sampai jumpa pokok rendang, berhenti dan          merokok.

Inilah yang dinamakan

BERHENTI MEROKOK


Cara Naikkan Mood Kerja Dengan Warna Aura Harian

TIPS NAIKKAN MOOD KERJA DENGAN WARNA AURA HARIAN

Rupanya wujud juga ilmu ini, iaitu warna aura harian. Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology (“Hukum Kronologi Berulang” yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), setiap hari membawa sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Vibration visual light ni biasanya dikaitkan dengan gelombang warna.


Banyak juga contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang dominan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk human psychology. Ia boleh diaplikasikan dari sudut memakai warna pakaian termasuk tudung yang sama dengan gelombang warna hari tersebut.

1) –Isnin, Warna Putih
Isnin sering dikaitkan dengan Monday blues. Walhal ikutkan, hari Isnin la yang paling sesuai untuk cetuskan idea baru, peroleh azam baru dan hari terbaik untuk selesaikan segala masalah yang tertunggak. Ia dikatakan hari yang kreatif dan efisyen. Maka, digalakkan pakai warna putih untuk rangsang semangat.

2)Selasa, Warna Pink Atau Ungu
Warna harian ini merupakan warna kasih sayang, hari yang sesuai untuk meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Dengan berpakaian pink atau ungu, kuasa pujukan terhadap anak, pelajar, sahabat, rakan sekerja atau keluarga lebih berpengaruh. Andai mahu minta pertolongan atau hadiah, minta saja dengan mereka pada hari ini.

3) Rabu, Warna Biru
Jika ada yang meeting atau mahu jumpa klien hari Rabu, disarankan pakai tudung berwarna biru yang dapat mewujudkan kepercayaan dalam komunikasi. Rabu adalah hari komunikasi yang berkesan. Sebab itu ia hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat dan sebagainya.

4) Khamis, Warna Kuning
Hari khamis dikaitkan dengan mood bekerja pun makin turun dan orang tertunggu-tunggu hari Jumaat disebabkan esok harinya cuti. Jadi, ikut kajian memakai pakaian berwarna kuning mampu cetuskan semangat dan keceriaan untuk teruskan pekerjaan.

5)Jumaat, Warna Hijau
Sering dikaitkan dengan ketenangan memandangkan hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Justeru, pakai tudung berwarna hijau membantu untuk diri kekal tenang dan damai sepanjang hari.

Sumber : Jelita

*Sampai jumaat jela tipsnye..Ahad mne yg kerja tu warna pelangi agaknye.





17 September 2017

Kesan Buruk Makan Terlalu Cepat

KESAN BURUK MAKAN TERLALU CEPAT

Kita sudah diajar untuk mengunyah sekurang-kurangnya 40 kali sebelum menelan makanan. Hal ini kerana ia memudahkan penghadaman dan penyerapan nutrisi. Namun begitu, sifat malas dan mengejar masa membuatkan kita terburu-buru memakan makanan. Tahukah anda bahawa terdapat keburukan apabila sering terburu-buru menghabiskan makanan? Ada banyak masalah yang boleh timbul selain daripada risiko tercekik serta sakit perut.

1. Terlebih Makan
Antara punca obesiti adalah kurangnya pengawalan makanan. Dorongan nafsu membuatkan kita mengambil kuantiti sehingga membukit. Bertambah teruk lagi apabila kita gelojoh.
Tubuh mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk menghantar signal daripada perut ke otak bahawa ia telah kenyang, kemudiannya otak akan merumus dan menterjemahkan ia sebagai arahan untuk tidak lagi makan. Namun begitu, kegelojohan kita akan menyebabkan sukar untuk berhenti sehingga sudah terlambat.


2. Ketidakhadaman
Rasa sakit di dada? Ia dipanggil gastroesophagal reflux, terjadi apabila kerap memakan dengan gelojoh sehingga menyebabkan kepedihan membakar dalam dada. Ia boleh menjadi lebih teruk dimana saluran esophagus menjadi sempit, menyukarkan lagi untuk kamu menelan.

Tambahan itu, masalah lain yang boleh timbul adalah sedu dan kembung perut. Ini disebabkan menelan banyak angin ketika berselang-seli setiap suap yang banyak akibat kegelojohan.


3. Hilang nikmat rasa
Deria rasa kita terletak di lidah, yang mengandungi lebih 1000 reseptor rasa. Reseptor-reseptor ini tidak ada di dalam mana-mana organ mahupun luar tubuh badan. Di situ sahaja kita dapat menikmati rasa makanan yang lazat.
Oleh itu, mengapa harus kita terburu-buru menelan untuk menghabiskan makanan? Jadikan setiap suapan berbaloi; kunyahlah perlahan-lahan.

4. Penyerapan nutrisi terjejas
Makanan yang lebih mudah dihadam adalah lebih mudah untuk diserap nutrisinya. Keadaan makanan yang masih sangat pejal menyukarkan proses ini. Selain ketidakhadaman (nombor 2), boleh menyebabkan sembelit. Ini membuktikan bukan sahaja memakan makanan sihat, cara memakannya juga haruslah bertertib. Jika tidak, badan akan menjadi mudah lesu dan mendapat pelbagai penyakit akibat kekurangan khasiat.

Ia juga menjadikan kita cenderung untuk memakan lagi kerana otak menghantar signal bahawa ia masih kekurangan zat, membuatkan anda mendambakan lagi makanan. Namun, dengan cara makan yang gelojoh menjadikannya satu putaran yang tidak berhenti.

Oleh itu, biarpun pada zaman ini kita amat sibuk, luangkanlah masa untuk makan secara tertib. Ini adalah untuk kesejahteraan tubuh badan dan diri sendiri. Jadikan setiap makanan kita itu bernilai. Apakah gunanya berpusu-pusu menjana pendapatan tanpa menghiraukan kesihatan.

Sumber : Info Kesihatan


Cara Tangani Suami Yang Pemalas

5 Tips Berhadapan Dengan Suami Pemalas.

Mana-mana wanita yang memiliki suami yang pemalas boleh ‘makan hati’. Hanya kesabaran demi kesabaran sahajalah yang boleh menyelamatkan rumahtangga yang terbina. Tanpa kesabaran yang kuat, silap hari dan bulan rumahtangga boleh goyah.

Sikap pemalas yang dimiliki oleh sang suami adakalanya cukup menyakitkan hati para isteri. Tenaga ekstra diperlukan oleh sang isteri untuk menyelesaikan banyak perkara tanpa bantuan sang suami. Jika dibiarkan berterusan, lama kelamaan si isteri pasti rasa terbeban dan cukup stress.

Untuk menghadapi masalah seperti itu, berikut beberapa tips menghadapi suami pemalas yang boleh anda praktik.

 Jangan Sesekali Memekik-Mekik!
Sekalipun anda sedang stress dengan sikap pemalasnya, jangan sesekali anda memekik-mekik atau menjerit marah.

Tindakan anda itu hanya akan memperburukkan lagi situasi. Lebih baik anda berterus-terang sahaja, kerana lelaki sering tidak tahu di mana letaknya kesalahan mereka.

Kebanyakan mereka beranggapan ia bukan masalah besar dan tidak suka menganggapnya sebagai satu masalah.

 Berterus-Terang
Jika kemalasannya membuatkan anda hilang semangat atau rasa kurang bahagia, eloklah anda berterus-terang supaya suami anda faham.

Tetapi, anda jangan hairan jika anda terpaksa mengingatkannya berkali-kali kerana dia akan mengulangi lagi tahap kemalasannya itu.

 Berikan Suami Pujian
Orang yang malas biasanya tidak mempunyai motivasi dalam hidpnya dan tidak mampu memberikan motivasi yang baik untuk dirinya.Jadi, sebagai isteri yang berhadapan dengan suami pemalas, anda perlu bekerja keras sedikit untuk memotivasikan dirinya.

Mungkin jika anda ingin suami anda membantu, anda boleh tanyakan terlebih dahulu apa yang boleh suami bantu. Ia akan memudahkannya untuk membuat pilihan dan anda boleh membuat pembahagian tugas.

Setiapkali suami membantu anda, jangan lupa ucap terima kasih dan berikan kata-kata pujian yang ikhlas daripada hati anda.


Terima Sahaja Kekurangan Suami
Ingat tiada manusia yang sempurna di dunia ini! Jadi, anda perlu ingat bahawa di antara sejuta kebaikan suami, tentu anda juga keburukannya yang akan menyakitkan hati anda.

Mungkin ada di antara keburukannya itulah yang akan menjadi satu masalah yang sangat besar sehingga boleh memporak-porandakan rumahtangga yang terbina.

Untuk mengatasinya, anda perlu menerima kekurangan suami anda dengan hati yang terbuka.Lagipun, para lelaki yang pemalas ini mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka bersikap sedemikian.

Jadi, tidak ada gunanya jika anda berterusan membuang masa untuk berdebat dengan suami yang ada sikap malas ini.

Teruslah Bersabar Selagi Mampu
Sabar dan teruslah bersabar selagi anda masih mampu dan sayangkan ikatan yang terbina.

Anda perlu faham, terdapat dua jenis sikap orang pemalas.Malas kerana memang tengah malas, dan satu lagi yang paling berbahaya, kemalasan yang dah bertahun-tahun sebati dalam diri dan berjalan seiring dengan pertambahan usianya.

Sebagai isteri, janganlah ikutkan rasa panas hati anda itu sehingga merosakkan rumahtangga yang terbina yang kerana ada sudah tidak sabar dengan sikap pemalas suami anda.

Selagi boleh sabar, sabar ya dan teruslah berdoa agar suami anda boleh mengubah kebiasaan sikap pemalasnya itu.


Zikir Pembuka Pintu Rezeki

zikir pembuka pintu rezeki

La hawla wala quwwata illa billah.. 
= Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

La ilaha illallhul malikul haqqul mubin... 
= Tiada Tuhan selain Allah raja yang benar dan nyata....

subhanallahi wabihamdihi subhanallahil adzim... 
= Maha suci Allah dengan segala puji baginya, maha suci Allah yang maha Agung...

sallalahu ala muhammad sallallahu alayhi wasallam... 
= Semoga Allah memberikan rahmat kepada muhammad, semoga Allah memberi selawat dan salam kepadanya..

ASTAGHFIRULLAHALZIM. 


16 September 2017

5 Fakta Menarik Lagu Negaraku Yang Ramai Tidak Tahu

5 Fakta Menarik Lagu Negaraku Yang Ramai Tidak Tahu

1) Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Terang Bulan, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu Terang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

2) Kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

3) Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

4) Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.

Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.

Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.

5) Lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sirkus. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.


9 Orang Siti Yang Patut Dicontohi

9 Orang Siti Yang Patut Dicontohi

1. Siti Khadijah
– Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia & menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
– Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku tidak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
– Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
– Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
– Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
– Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah
– Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
– Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

#srikandiislam


Rendam Kaki Untuk Kesihatan

Rendam kaki untuk kesihatan

Rendam Kaki Anda Ke Dalam Air Garam Hangat Selama 30 Minit,Anda Akan Terkejut Dengan Apa Yang Dilihat

Akumulasi racun bertahun-tahun akan menghambat kelancaran peredaran darah dan memacu semua organ tubuh berkerja lebih keras hingga terjadi ketidakseimbangan tubuh sehingga muncul penyakit serius seperti: diabetes, darah tinggi, kanser, gangguan hati, strok dan lainnya.

Detoksifikasi

Detoks adalah proses mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Pada dasarnya di dalam tubuh kita, terdapat aliran energi (chi) mengalir melalui 12 jalur meridian, 6 diantaranya mengalir melalui organ utama didalam tubuh dan 6 lainnya di kedua lengan.

Yang menarik iaitu keenam meridian yang melalui organ-organ utama tubuh juga mengalur melalui kaki.Ada 360 syaraf,dimana 60-nya terletak di telapak kaki dan melalui telapak kaki aliran meridian ini menuju ke seluruh tubuh.

Saat organ tubuh mulai tidak berfungsi dengan baik maka pada saat itu kita perlu bantuan dari luar.Salah satunya adalah melakukan detoksifikasi menggunakan air asin (garam)


Mengeluarkan racun dengan air asin

Salah satu cara paling aman dan serdahana mengeluarkan racun dari dalam tubuh adalah detoks dengan air garam.Air asin diketahui memiliki sifat mampu menetralkan energi negatif termasuk racun-racun.

Cara ini bisa anda lakukan sendiri di rumah dan merupakan salah satu metode pengubatan cuna kuno yang masih dipraktekkan sampai sekarang.

Air garam bersifat ionik dan akan mengeluarkan racub dengan cara memaksa racun keluar melalui kaki.Air garam hangat akan menghasilkan ion positif dan negatif di dalam air,lon detoks adalah pengion air asin hangat dengan bolak polaritas.

Berikut ini langkah detoks menggunakan air garam:

Sediakan air panas secukupnya untuk merendam telapak hingga mata kaki.

Larutkan garam murni hingga cukup terasa asin.

Rendam kaki ketika air mulai hangat,biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga air beransur dingin dan lihat perubahan warna air.

Pada tubuh yang memiliki kandungan toxin tinggi,warna air akan terlihat jelas mengalami perubahan warna menjadi keruh kecoklatan.

Sebaiknya perendam kaku dilakukan pada keadaan rilex atau menjelang tidur malam.

Sumber : Info Kesihatan


Dimakan Ulat, Tanda Sayur Tanpa Racun Perosak Yang Bahaya

DIMAKAN ULAT, TANDA SAYUR TANPA RACUN PEROSAK YANG BAHAYA

Sayur-sayuran mengandungi tinggi serat yang baik bagi pencernaan. Tapi, sayur berdaun biasanya lebih sering dihinggapi ulat. Pada masa harus lebih teliti. Sayur-sayuran berulat sebenarnya baik kerana tidak pakai racun perosak. Tapi harus teliti dalam membersihkan sayur, jangan sampai ada sisa ulat dan telurnya apatah lagi lintah.

Ulat boleh membawa bakteria. Sedangkan lintah, tidak boleh mati dalam air panas melainkan pengsan. Lintah dalam keadaan sejuk akan hidup lagi, "kata ahli gizi Esra Lines ketika diwawancara di Hospital Dirgahayu, Jumat (4/11). Esra mengatakan, bahaya lintah jika termakan boleh mengakibatkan kematian.


Kerana lintah boleh hidup dan menghisap darah. Lintah boleh mati dengan air tembakau. Biasanya, lintah boleh ditemui pada sayur kangkung. Apabila membersihkan sayur kangkung, sebaiknya buang batang bahagian hujung akar. Sebab, lintah kerap tersembunyi di tengah batang kangkung yang dekat akar. Tapi lintah boleh juga melekat di bahagian daun.

Jadi perlu teliti dalam membersihkan kangkung. "Sayur-sayuran yang mengandungi racun perosak sebenarnya tidak masalah. Racun perosak berfungsi untuk membantu menghilangkan perosak pada sayur-sayuran. Hanya saja harus benar dalam pengolahannya agar racun perosak hilang dari sayur. Kesan sayur yang masih mengandung racun perosak jika dikonsumsi tubuh boleh membuat masalah pencernaan, misalnya cirit-birit, "papar Esra.

Dia menerangkan, pertama sekali sayur harus dicuci bersih di air mengalir agar racun perosak tersebut larut dan tidak mengendap. Jika sayur hanya dicelup-celup dalam satu bekas, racun perosak tidak hilang sebab airnya hanya berada dlm keadaan bertakung . Kalau ingin sayur mentah, basuh sayur dengan air panas. Sebaiknya sayur direbus dalam air mendidih dalam 5 minit. Tujuannya untuk menghilangkan kadar racun perosak dan bakteria pada sayur-sayuran tersebut.

Sayur yang tidak di makan ulat pun selamat di makan cuma ada rasa pahit pada sayur itu walaupun di basuh dengan bersih dan di masak.

" So jangan ragu2 nak beli kalau tengok ada kesan lubang2 pada sayur2 yg dijual di pasar." Itu lebih sedap sebenar nya..

" Ulat pon nk mkn yg sedap je yg pahit dia pon x nk mkn hehehe"

Sumber : Info Kesihatan



Drama Titian Cinta

SINOPSIS TITIAN CINTA 


Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?


Barisan Pelakon Titian Cinta: Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd



15 September 2017

Ciri Wanita Di Akhir Zaman Dan Penghuni Neraka
Dalam hadits lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda

1. Tabarruj : Yang dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan “perhiasannya” dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang seharusnya wajib untuk ditutupi dari hal-hal yang dapat menarik syahwat lelaki.

Hal ini kita dapati pada sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam tentang wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang dikarenakan minimnya pakaian mereka dan tipisnya bahan kain yang dipakainya. Yang demikian ini sesuai dengan komentar Ibnul ‘Abdil Barr rahimahullah ketika menjelaskan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam tersebut.
Ibnul ‘Abdil Barr menyatakan : “Wanita-wanita yang dimaksudkan Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah yang memakai pakaian yang tipis yang membentuk tubuhnya dan tidak menutupinya, maka mereka adalah wanita-wanita yang berpakaian pada dhahirnya dan telanjang pada hakikatnya … .”

Mereka adalah wanita-wanita yang hobi menampakkan “perhiasan” mereka, padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah melarang hal ini dalam firman-Nya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.”

(An Nur : 31)

 “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka karena sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk onta. Mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan wanginya surga padahal wanginya bisa didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.

” (HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu)

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (Al Quran An-Nur:31)

“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” (Riwayat At-Thabrani)

“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apakah yg dimaksud disini adalah kawat gigi/behel ?

Simpulkan sendiri, apakah wanita seperti ini sudah muncul saat ini ? memakai pakaian tertutup tapi masih membentuk tubuhnya ???

2.  Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk surga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat karena kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.

3. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum pria dari akhirat dikarenakan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”

(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369)

4. KUFUR TERHADAP SUAMI DAN KEBAIKAN-KEBAIKANNYA

yakni seorang istri yagn mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak cocok dengan kehendak sang istri sebagaimana kata pepatah, panas setahun dihapus oleh hujan sehari.
Selalu merasa kurang akan apa yang diberikan suami salah satu contohnya dalah gaji, Padahal yang harus dilakukan oleh seorang istri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan sang suami karena Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihat istri seperti ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR. Nasa’i di dalam Al Kubra dari Abdullah bin ‘Amr. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 76)

5. DURHAKA TERHADAP SUAMI

Tiga bentuk kedurhakaan wanita itu adalah :

DURHAKA DENGAN UCAPAN.DURHAKA DENGAN PERBUATAN.DURHAKA DENGAN UCAPAN DAN PERBUATAN.

Bentuk kedurhakaan ini ialah apabila seorang istri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang diperbolehkan syar’i. Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan dengan maksud untuk menjelekkannya dan merusak kehormatannya sehingga nama suaminya jelek di mata orang lain. Bentuk serupa adalah apabila seorang istri meminta di thalaq atau di khulu’ (dicerai) tanpa sebab Atau ia mengaku-aku telah dianiaya atau didhalimi suaminya atau yang semisal dengan itu.

Apabila seorang istri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun hanya untuk mengunjungi kedua orang tuanya.

6. Wanita Yang Senang Begunjing/ Gosip

Rasulullah saw. Menegaskan pengertian bergunjing sebagai berikut:

“Tahukah kalian apa ghibah itu?”. Mereka menjawab: “Hanya Allah dan Rasul-Nya jualah yang tahu”. Maka beliau bersabda, menjelaskan: “Memperbincangkan saudaramu tentang apa yang tak disukainya”. Lalu Tanya mereka pula: “Kalau yang diperbincangkan itu benar, ya, Rasulullah?”. Rasulullah menjawab:

“Kalau yang diceritakan itu benar, maka engkau telah melakukan ghibah terhadap saudaramu itu. Kalau yang dibicarakan itu tidak benar, maka engkau telah melakukan kepalsuan terhadap saudaramu”.

Dalam suatu hadists yang diriwayatkan Imam Muslim,

Rasulullah saw. Bersabda,

“ Orang yang menutup ‘aib orang lain di dunia, niscaya Allah menutup ‘aibnya pula kelak di hari kiamat.”

Rasulullah saw ketika ditanya tentang kebanyakan hal-hal yang dapat memasukan manusia ke dalam neraka, beliaupun menjawab,

“Mulut dan kemaluan!” (HR Tirmidzi)

Kita seringkali membicarakan perilaku jelek seseorang tanpa mengetahui alasan mengapa ia berbuat demikian entah di sosial media, media tv,  maupun di dunia nyata, dan media lainnya,,,,

Padahal seharusnya manusia itu dinilai dari niatnya. Bisa saja seseorang mempunyai niat yang baik, tetapi karena kurangnya wawasan maka tindakannya terkesan tidak simpatik.

Rasulullah saw. Bersabda:

“Sesungguhnya segala amal itu ditinjau dari niatnya, dan setiap orang akan diganjar sesuai dengan apa yang diniatkan.”

Sumber : Solusi





Kebaikan Makan Buah Buahan Ketika Perut Kosong

Dr Stephen Mak merawat pesakit kanser terminal dengan cara yang "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih.

Sebelum dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit kepada pesakitnya, dia percaya pada penyembuhan semula jadi dalam tubuh daripada sebarang penyakit. Lihat artikel beliau di bawah.

Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga kini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%.

Pesakit kanser tidak akan mati. Penawar untuk kanser sudah dijumpai - dalam cara kita makan buah-buahan.

Ia adalah sama ada anda percaya atau tidak.

Saya minta maaf untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional.

MAKAN BUAH

Kita semua berfikir makan buah-buahan bermakna hanya membeli buah-buahan, memotong dan memasukkannya ke dalam mulut kita.

Ia tidak semudah yang anda fikirkan. Ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan bila untuk makan buah-buahan.

Apakah cara yang betul untuk makan buah-buahan?

IA BERMAKNA TIDAK MAKAN BUAH SELEPAS ANDA MAKAN!

BUAH PERLU DIMAKAN KETIKA PERUT KOSONG

Jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan lain.

BUAH-BUAHAN ADALAH MAKANAN PALING PENTING.

Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah.

Buah-buahan tersebut sedia untuk masuk terus melalui perut ke dalam usus, tetapi ia terhalang daripada berbuat demikian kerana roti yang diambil sebelum buah.

Dalam pada itu makan keseluruhan roti dan buah-buahan yang dimakan akan membusuk dan menapai dan bertukar kepada asid.

Apabila buah bercampur dengan makanan di dalam perut dan pencernaan jus, jisim keseluruhan makanan mula menjadi rosak.

Oleh itu, sila makan buah-buahan anda semasa perut kosong atau sebelum anda makan!

Anda pernah mendengar orang mengadu:

Setiap kali saya makan tembikai saya sendawa, apabila saya makan durian perut saya kembung apabila saya makan pisang saya rasa seperti ingin ke tandas, dan lain-lain ..

Sebenarnya semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong.

Buah bercampur dengan makanan lain yang membusuk dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan merasa kembung!

Rambut beruban, botak, cetusan saraf dan lingkaran hitam di bawah mata semua ini TIDAK akan berlaku jika anda mengambil buah-buahan semasa perut kosong.

Tidak ada perkara seperti beberapa buah-buahan seperti oren dan lemon adalah berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini.

Jika anda telah menguasai cara yang betul untuk makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal.

Sumber : Majalah Kesihatan



13 September 2017

Hilangkan Bintik Hitam di Hidung dengan Menggunakan Berus gigi

Mesti korang penah hadapi situasi macam ni, bila mana bangun pagi, siap siap cuci muka dan nak oleskan sapuan bedak, makeup tetiba bila tengok cermin ternampak bintik bintik hitam di hidung.

"stress kan..eeeww...dah cuci muka dgn guna pelbagai pencuci muka pun X berkesan, puas dah tonyoh3 dgn jari hampir setiap hari cuci muka blh katakn tp bintik2 hitam still nampak"..

Meh tengok cara cara tradisional untuk menghilangkn bintik hitam di muka.
Hanya menggunakn berus gigi. Seelok berus gigi yang baru dan tidak digunakan lagi. Antara bahan bahan lain yan diperlukan termasuklah :

~ 1 sudu teh ubat gigi
~ 1 sudu teh serbuk penaik
~ Air suam secukupnya
~ Tuala/towel yg bersih

Cara-caranya.

1. Cuci wajah anda terlebih dahulu hingga bersih.

2.cAmbil tuala kecik & celup ke dalam air suam,kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik hitam tadi.. bertujuan utk membuka pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.


3. Sediakn 1 bekas dan campur ubat gigi, serbuk penaik dan air ke dalam bekas tersebut. kemudian kacau hingga rata.

4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian hidung yg berbintik hitam, gosok dgn berus gigi selama beberapa minit.

5. Selepas gosok korang biarkan 1 hingga 2 minit sebelum cuci muka korang dgn air suam

6.  Selamat mencuba.




12 September 2017

Criminal Minds
Profiler menyiasat kes-kes dari perspektif penjenayah untuk menyelesaikan kes-kes.



Name: Criminal Minds
Original name: 크리미널 마인드
Director: Yang Yun-Ho, Lee Jung-Hyo
Cast: Lee Joon-Gi, Son Hyun-Joo, Moon Chae-Won
Release year: 2017
Runtime: Wednesdays & Thursdays 22:50
Status: Ep 14
Country: Korean
Subtitles: English
Genre: Romance, Crime


Criminal Minds Episode 14

Criminal Minds Episode 13

Criminal Minds Episode 12

Criminal Minds Episode 11

Criminal Minds Episode 10

Criminal Minds Episode 9

Criminal Minds Episode 8

Criminal Minds Episode 7

Criminal Minds Episode 6

Criminal Minds Episode 5

Criminal Minds Episode 4

Criminal Minds Episode 3

Criminal Minds Episode 2

Criminal Minds Episode 1