15 Julai 2017

Tanda Wanita Menaruh Perasaan Pada Anda

Pada wanita khususnya, mengungkapkan perasaan suka pertama kali kepada seorang lelaki masih menjadi sesuatu yang janggal untuk dilakukan.

Maka wahai lelaki, jangan biarkan wanita menunggu anda terlalu lama. Jangan biarkan rasa cintanya kepada anda mulai pudar dan akhirnya anda menyesal.

Berikut adalah beberapa tanda seorang wanita mencintai anda secara diam-diam.

1. Tatapan Matanya.

Pernahkah anda merasakan ada seseorang mencuri-curi pandang ke arah anda ketika sedang makan di kantin, duduk di depan meja kerja atau saat hadir dalam sebuah acara pesta bersama sahabat. Biasanya, bagaimana cara wanita menatap seorang lelaki menunjukkan perasaannya yang sebenar dan itu tidak boleh dibohongi.

2. Senyuman.

Perhatikan, setiap kali anda berhadapan dengannya apakah ada senyuman tulus menghiasai bibir cantiknya?

Jika ya, tunggu dahulu jangan terburu-buru menganggapnya serius, masih ada beberapa tanda lain yang perlu anda ketahui untuk semakin memastikan bahawa si dia betul-betul mencintai anda.


3. Cara Berbicara.

Cara berbicara seorang wanita juga boleh menjadi kayu ukur bagi para lelaki untuk mengetahui apakah ia sedang tertarik dengan anda atau tidak.

Hal ini sama seperti ketika anda sedang berbicara dengan orang tua atau dengan seseorang yang sangat anda kasihi, akan ada rasa hormat dan kata-kata lembut keluar daripada mulut manisnya.

4. Berusaha Meniru Kebiasaan Anda.

Dek kerana tidak memiliki cukup keberaniaan untuk mengutarakan perasaannya secara langsung kepada anda, maka ia mencari cara lain untuk menunjukkannya. Caranya ialah dengan cara meniru kebiasaan atau hal-hal yang selama ini anda sukai.

5. Memberi Perhatian.

Jangan ragukan perhatian daripadanya, tetapi juga jangan buru-buru terlalu percaya diri dengan apa yang si dia berikan kepada anda. Ada perbezaan yang perlu anda fahami, apakah perhatian yang si dia tunjukkan betul-betul kerana rasa cinta atau hanya kerana alasan simpati belaka.

Perhatian yang seorang wanita tunjukkan kerana sedang jatuh cinta biasanya lebih istimewa dan anda betul-betul menjadi satu-satunya insan di dalam hatinya.

6. Senang Membantu.

Setiap kali anda memerlukan bantuan, tidak pernah keluar kata penolakan daripadanya. Selain itu, si dia lebih senang menghabiskan waktunya bersama dengan anda daripada melakukan kegiatan yang lain bersama teman-temannya.

7. Selalu Ingin Dekat Dengan Anda.

Ketika anda dan si dia keluar bersama menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan-rakan tanpa anda sedari si dia cenderung lebih senang berjalan di sebelah anda.

Dalam hubungan percintaan, setiap wanita sangat berharap agar pihak lelakilah yang melakukan inisiatif pertama mengutarakan perasaan.

Namun, banyak kes yang terjadi para lelaki memendam perasaan dan akhirnya berakhir dalam penantian yang tak kunjung tiba. Tak kurang juga rasa sesal dan terkilan setelah mengetahui bahawa sebetulnya anda berdua sama-sama saling menyukai.

Namun semuanya sudah terlambat kerana masing-masing atau salah satu pihak sudah terikat dengan hubungan cinta.

Sumber : Page FB


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. wow..hehe..jangan menaruh perasaan pada isteri org dah lah...

    BalasPadam
  2. wauuuu....betulkah petanda dia ni?

    BalasPadam