16 Julai 2017

Tanda-Tanda Wanita Anda Kuat Cemburu

Setiap wanita ada sifat cemburu. Tak boleh jugak kalau tak ada langsung rasa cemburu tu. Bezanya sama ada boleh dikawal ataupun tidak.

Tapi bila bab cemburu ni, yang seksanya kaum lelaki. Nak kena hadap macam-macam kalau dapat yang jenis cemburu buta.

Tanda ini yang menunjukkan pasangan/teman wanita anda jenis yang kuat cemburu!

1. Tak benarkan anda berkawan dengan perempuan lain

Kalau gf/pasangan tak benarkan anda berkawan dengan perempuan lain, maknanya mereka tak percayakan anda. Kalau tiada kepercayaan hubungan tu tiada makna apa-apa.

2. Mereka tahu semua ‘password’ untuk akaun sosial anda

Kalau mereka pernah mintak password media sosial anda, tandanya ada sesuatu yang tidak kena dengan anda.

3. Cuba ‘hack’ akaun sosial media/email anda

Disebabkan mereka tak nak anda tahu, mereka cuba godam password sampai akaun media sosial/email anda kena blocked!

4. Anda terpaksa jauhkan diri daripada kawan perempuan lain

Sebab takut pasangan/teman wanita cemburu, anda terpaksa menjauhkan diri dengan kawan wanita anda. Kawan je kot. Tapi bagi wanita, kawan wanita anda adalah saingan mereka.

5. Mereka ingin tahu setiap gerak-geri anda

Suruh share location la. Ambil gambar atas bawah kiri kanan. Lepas tu nak kena mesej atau call sepanjang masa untuk pastikan anda bukan dengan perempuan lain.

6. Mereka cemburu tentang semua benda & apa saja!

Memang lelaki boleh stress kalau macam ni. Lepas tu sikit-sikit cakap, “Kalau nak tengok saya naik hantu, cubalah!”

7. Pernah bergaduh teruk hanya sebab cemburu

Daripada benda remeh boleh jadi gaduh besar. Memang la perempuan ni susah nak faham. Tapi kalau sepanjang masa nak cemburu sampai bergaduh susah jugakla.



Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan:

  1. bab password tu nak sokong.. before kawen kena check da. kot2 kat blakang dok buat keje lain senang nak kensel xyah kawen.. kalo da kawen bru nak check xdak patah balik da..

    BalasPadam