03 Julai 2017

Sihir Pemisah Dan Ayat Ruqyah Amalan


Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan-pasangan atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.

Sihir jenis ini juga boleh memisahkan anak dengan ibu, anak dengan bapa, adik-beradik, di antara pasangan-pasangan, rakan syarikat perniagaan dan lain-lainnya. Perpisahan di antara pasangan suami isteri paling bahaya dan banyak berlaku. Sihir jenis ini boleh menyebabkan timbulnya rasa benci yang bersangatan dengan tiba-tiba, merasakan seseorang lain lebih memahami daripada pasangan sendiri, berlaku syak-wasangka tidak boleh bertolak ansur, menyebabkan berlakunya perselisihan faham biarpun atas sebab-sebab yang kecil.

Sihir juga menyebabkan berlakunya perubahan rupa suami pada mata isteri atau sebaliknya. Isteri akan melihat suaminya dengan pandangan yang menyakitkan hati dan tawar hati atau sebaliknya.

Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiaya isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang ia telah melafazkan cerai, padahal ia tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.

Sumber : FB

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: