12 Julai 2017

Mood Hilang Di Pagi Hari Yang Indah


Assalamualaikum & Selamat pagi..

Alhamdulillah, panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya kita lalui dengan penuh rasa kebahagiaan dan ketenangan. InsyaAllah

Pagi ni mood aku sedikit merudum. Dipagi hari nan indah dan damai dah ganggu dengan pandangan yang tak sedap mata yang memandang. Ishhh sakit pulak rasa hati. Hurmmm..


Adat hidup di asrama, mana boleh peliharan haiwan. Sebenarnya perkara ni dari aku semester satu dan dua lagi.. semester tiga, empat dan lima aku keluar latihan industri jadi tak menghadap lagi perkara-perkara sebegini rupa. Ingatkan, semester enam aku kembali ke asrama, perkara ini sudah pun diselesaikan. Tapi nampaknya jangkaan aku meleset. Hurmmmm sakit plak hati !!

Bela kucing di asrama.. tahi kucing bersepah merata-rata.. bau yang agak meloyakan !
Rasanya tak sampai lagi seminggu aku kembali ke asrama. Tapi dah macam macam benda yang tak memuaskan hati. Jujur cakap, waktu semester satu dan dua dlu, ada je senior aku yang bela kucing.. jaga kucing.. bagi makan dekat kucing.. tapi part berak kucing tu pandai je dia handle. Jadi kami yang tinggal satu aras dengan mereka langsung tak terganggu dengan segala macam bau yang tak menyenangkan tu. Tapi sekarang, perkara tu sangat sangat menyakitkan hati ! Tahi kucing bersepah-sepah ! Kesian dekat aunty tukang sapu yang nak bersihkan. Hurmmmm...

Okaylah, tengok jam pun dah pukul 7pagi. Lagu setengah jam untuk aku join perhimpunan pagi. Kalau sempat hari ni aku nak usulkan lagi sekali kepada warden. Silalah buat larangan keras sikit. Jangan bela binatang dalam asrama. Kalau nak bela, sila bela di rumah anda. Sini tempat umum, jadi sama-samalah jaga ketenteraman.



Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: