16 Julai 2017

Aktiviti Minggu Pertama Di Asrama


Semester 6 sudah pun bermula. Minggu ni merupakan minggu pertama untuk semester ini. Hurmmm.. aktiviti hujung minggu di asrama tiada apa yang menarik sebenarnya. Biasalah, pelajar yang tinggal sekitar berdekatan semestinya akan pulang ke rumah masing-masing. Jadi, keadaan di asrama agak sunyi sepi. Yang tinggal hanyalah kami yang merantau. Sedisss..

Aktiviti aku untuk minggu pertama ni tidaklah membosankan. Kebetulan roommate aku tak jadi balik kampung so dapatlah kami berhuha huhaaa.. Pagi sabtu yang lalu aku sempat keluar pergi pos barang-barang yang diorder, detox tea medina desire. Alhamdulillah, permintaan masih lagi menggalakkan walaupun waktu postage dan cod aku yang agak terhad sekarang ini. Aku pergi pos di pos laju di Tesco Nilai. Disebabkan tempat yang tidak biasa, jadi aku tersesat mencari hala tuju. Huhuu.. nasib baik maps membantu aku. Settle pos, aku singgah ke Giant Nilai kejap, cari barang untuk hias meja belajar. Semester ni rasa macam rajin plak nak mencantikkan meja study. Lalalalaa... lepas tu terus balik ke asrama.

Aktiviti aku untuk hari ini, hari ahad. Hari ni niat dihati aku taknak keluar. Nak duduk je dekat bilik pastu layan komputer sampai lebam biji mata. Alamakkkk plan aku merosokkk.. lepas zuhor tadi, aku terjebak ikut bebudak ni pergi buru cendol. Benda yang tak diplan pun sebenarnya. Tetiba je buka topic pasal cuaca panas dan cendol. Lepas tu terus masing-masing teringin nak makan cendol. Jadi apa lagi... terus lah siap-siap pastu call grab car. Okay, selamat sampai ke cafe cendol dengan jayanya. Dapat jugai tunaikan hajat dihati. Puas hati dapat makan cendol. Huhuuu..


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: