05 Julai 2017

10 Sebab Kenapa Pengambilan Protein Penting Untuk Kecantikan Seorang Wanita


10 SEBAB KENAPA PENGAMBILAN PROTEIN PENTING UNTUK KECANTIKAN SESEORANG WANITA

Tentu ramai diantara anda yang tahu mengenai manfaat dan kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan protein oleh kaum wanita sangat signifiken bukan sahaja dengan kesihatan malahan kecantikan. Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

1. Membantu mengekalkan berat badan ideal

Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal.

2. Membantu mengawal rasa lapar

Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

3. Membuat anda rasa kenyang

Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

4. Protien membantu membakar lebih banyak kalori

 Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

5. Protein penting untuk penjagaan tulang

Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.

6. Membantu melawan penuaan

Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting.

7. Melindungi anda dari stress

Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

8. Bagus untuk kulit

Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda.

9. Bagus untuk rambut

 Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi.

10. Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya sedap

 Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya.

Demikianlah 10 fakta mengapa protien penting kepada wanita yang mementingkan kecantikan. Secara tidak langsung juga, pengambilan protein ini juga mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan seseorang wanita. Oleh itu, makanlah dengan bijak dan bertanggungjawab.

Sumber : Majalah Kesihatan


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: