15 Jun 2017

Tidak digalakkan berdebat dengan orang jahil, bodoh dan sombong.



Dalam Islam, kita tidak digalakkan melayan orang jahil atau orang yang degil & sombong dalam berdebat atau berbincang kerana ia tidak membawa sebarang faedah. Saya tertarik kata2 Bernard Shaw "I Learned long ago never to wrestle with a pig, you get dirty, and besides the pig likes it".

Saranan menjauhi mereka ini sangat tepat dengan firman Allah swt :

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ
Ertinya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: ""Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil (Al-Qasas : 55)

Juga kata-kata Imam As-Syafie
إذا نطق السفيه فلا تجبه ... فخير من إجابته السكوت
Ertinya : Apabila berkata kepadamu orang ‘safih' ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya...maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap.

Sumber : FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

3 ulasan: