Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

PSIKOLOGIS | Fahami Kecenderungan membuli


Kes penderaan Pegawai Kadet laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain dan kes pukul dan dera remaja lelakai, T. Nhaveen menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. Dalam kedua-dua kes, mangsa dipukul dan didera secara beramai-ramai sehingga menyebabkan kematian.

Sebelum ini, enam pelajar MRSM menjadi mangsa buli apabila dipukul oleh 10 senior mereka kerana enggan meminjamkan kasut bola. Kes ini membabitkan mangsa yang berusia 14 tahun yang dipukul senior berumur 15 dan 16 tahun dan pihaknya menerima enam laporan polis berhubung kes buli itu pada 6 Mei lalu.

Saban tahun pelbagai kes-kes yang berlaku di persekitaran sekolah mahupun yang berlaku didalam masyarakat dan dilaporkan oleh media elektronik. Dalam banyak kes, ia melibatkan aspek agresif terhadap individu lain seperti kes buli. Kejadian buli bukan sahaja memberikan kesan kesihatan fizikal dan juga psikologi terhadap mereka yang dibuli, malah dalam sesetengah kes, ia turut melibatkan kematian seperti kes yang berlaku diatas.

Dalam menangani masalah disiplin seperti ini, perhatian terhadap proses pembentukan kelakuan seperti  ini dalam diri individu perlu difahami. Tingkah laku agresif merujuk kepada kecenderungan untuk mengancam atau menyebabkan kecederaan fizikal terhadap orang lain seperti bergaduh, membuli, berkelakuan kejam terhadap orang lain. Dalam kes yang ekstrem, World Health Organization menganggarkan bahawa lebih 1.6 juta orang kehilangan nyawa mereka setiap tahun akibat daripada keganasan antara individu.


Faktor Penggalak Tingkah laku Agresif

Memahami factor yang mencetuskan sikap dan tindakan agresif seperti membuli dan mendera ini boleh membantu memahami mengapa seseorang bertindak sedemikian. Dalam satu artikal yang diterbitkan dalam jurnal American Psychologist, membuli dikaitkan dengan ciri-ciri peribadi seperti tidak berperikemanusiaan, personality psikopati, kecelaruan tingkahlaku, keperibadian antisosial, tekanan rakan sebaya dan gangguan bimbangan serta kemurungan.

Selain ciri-ciri peribadi, factor keluarga juga dikaitkan dengan tingkahlaku agresif. Didikan ibubapa, persekitaran keluarga yang negative, konflik ibubapa, keganasan rumahtangga, ibu bapa yang kurang atau tiada komunikasi, kurang sokongan emosi dari ibubapa dan disiplin yang tidak sesuai merupakan factor berkaitan keluarga yang menggalakkan kelakuan agresif terhadap orang lain.

Factor yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap kecenderungan untuk bertindak agresif dan membuli adalah tekanan rakan sebaya. Ia selalu berlaku dalam suasana rakan sebaya yang menerima tindakan membuli. Ada kajian yang menunjukkan bahawa secara purata dua hingga empat orang menjadi pemerhati insiden buli.

Mereka yang menghalang tindakan membuli cenderung untuk mempunyai keperibadian dan ciri-ciri psokologi tertentu seperti tahap empati yang lebih tinggi, tahap efikasi kendiri yang tinggi, mempunyai status social yang tinggi, disukai dan mempunyai kawan yang ramai.

Status social yang tinggi memberikan keyakinan kepada kemampuan seseorang untuk campur tangan dan mengurangkan kebimbangan mengenai tindakan balas.

Persekitaran sekolah juga menyumbang terhadap kecenderungan kes buli untuk berlaku. Persekitaran yang negative dengan hubungan guru-pelajar yang lemah, kurang penglibatan dalam aktiviti sekolah dan kurang sokongan guru terhadap pelajar cenderung untuk mempunyai kes buli yang lebih tinggi berbanding sekolah yang mempunyai persekitaran yang sebaliknya.

Masalah disiplin seperti penderaan dan buli perlu diberi perhatian serius. Adalah penting bagi agen social seperti ibubapa dan guru guru untuk mengenalpasti dari peringkat awal tanda-tanda mereka yang berkecenderungan untuk mempunyai masalah seperti ini dan mendapatkan bantuan daripada mereka yang bertauliah. Campur tangan awal boleh membantu mencegah perkara ini daripada berkembang kepada masalah social yang lebih serius.

Sumber : Mingguan Malaysia

4 ulasan

  1. Pokok pangkalnya adalah didikan di rmh dan kawalan disiplin yg ketat di sekolah..

    BalasPadam
  2. SALAM 26 RAMADHAN

    DI TAG : https://belogsjm.blogspot.my/2017/06/segmen-bloglist-haslina-july-2017.html

    BalasPadam
  3. 20 tahun dahulu pupun ada kes buli..

    Sekarang lebih sadis kerana minda telah dirosakkan gajet dan media sosial

    BalasPadam
  4. Ada yang kata pengaruh cerita ganas..huhu~ taktau la macam mana zaman anak-anak kita in future nanti

    BalasPadam