Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pertukaran Nama Bakal Dilakukan



Cik Kejupenyet..
Itu nama yang digunakan sepanjang aku blogging dalam blog ni. nama tu menyimpan seribu satu kenangan dalam hidup aku. Bagi aku, nama tu pelik dan unik.

Cik Kejupenyet..
Sebahagian kawan aku akan memandang pelik bila aku sebut nama tu. Ada yang bertanya, kenapa aku gunapakai nama tu. Dah takde nama lain ke nak pakai. Ada juga yang bertanya, mana aku dapat nama tu.

Cik Kejupenyet..
Tanpa aku sedar dah beberapa tahu aku gunapakai nama tu. Sayang sungguh aku terhadap nama tu. Rata-rata sahabat maya mengenali aku dengan nama tu. Tapi tetiba, malam tadi aku terfikir untuk tukar nama. Tukar kepada nama yang akan mengingatkan aku kepada kawan-kawan yang aku sayang.

Nak tukar ke tidak.. nak tukar ke tidak.. tak tukar ke tidak..
Ishhhh.. hati berbelah bahagi. Nak tukar nama tapi rasa macam sayanglah pulak. Tapi rasa nak tukar.

Nak tukar ke tidak.. nak tukar ke tidak.. nak tukar ke tidak..
Pertukaran masih dalam pemikiran aku. Jap, nak fikir masak-masak sebelum tukar :)

Tiada ulasan