14 Jun 2017

Kisah seorang anak yg bergelar 'TAN SRI" membuang IBU nya di rumah orang tua..!!

Allah Bayar Cash Di Dunia. Nauzubillah
[Siapa bukan seorang anak disini?] 


Kisah ini kisah benar yang berlaku pada saya sendiri, satu hari saya pergi ke satu rumah orang tua2, saya dapat bantuan daripada seorang sahabat ni minta saya sampaikan bantuan ini kepada orang miskin

Jadi saya pun belilah kain pelekat, beli roti, beli macam macamlah saya beli. Saya pun pergilah rumah orang tua tua, tak payah sebutlah di mana.

Sampai saja, kereta saya di perkarangan rumah orang tua tua, tiba tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua tua, datang dekat saya.

"Yey anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang"

Saya tak kenal dia sapa, dia datang peluk saya, dia cium saya

Orang tua tu kata "Nak kenapa tinggal mak kat sini nak,mak nak balikkkkkkkkkkk, mak rindu dekat rumah"

Saya waktu tu Ya Allah, saya kata "Makcikkkk", saya pegang saya tengok muka dia, dia kata "Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang"

Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu pada anak dia, saya berlakon depan dia saya kata. "Makkkkk maafkan saya mak ye", saya pegang tangan dia, saya bawa dia duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia,

Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia, apa perasan kita

Saya usap usapkan air mata dia meleleh leleh, dia pegang tangan saya, subahanaallah saya rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.

Bila saya nak balik dia pegang kaki saya, dia kata "Nak jangan tinggai mak nakkkkkk, mak nak balikkkkkkkkk, mak nak balikkkkk"

Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan dia situ,check punya check, tengok punya tengok, rupanya dia ada anak 5 orang, Anak dia yang sulung bergelar tan sri, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya

Saya waktu tu nak balik dia pegang baju ni dia nak ikut saya balik, saya kata takpalah jomlah jomlah, saya isi borang apa yang patut semua. ringkaskan cerita saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.

Bila balik rumah saya, sembayang subuh saya jadi imam dia sembahyang di belakang, saya baca doa saya tengok air mata dia jatuh, lepas tu saya pergi nak salam saya cium tangan dia saya kata "Makkk maafkan saya mak yeee"

Waktu tu saya tiada mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak anak dia,
Duduk hari ketiga di rumah saya, waktu sembayang isyak, selesai doa saya nak pergi salam dengan dia, dia lapik tangan dia dengan kain tudung dia, dia salam.

Saya tanya "Makkk kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam mak tak lapik tangan dengan saya" kenapa harini mak lapik tangan,

Dia kata "Ustazzz kau bukan anak saya ustaz ye" subhanaallah tiba tiba dia sebut nama saya "ustaz" saya kata kenapa mak panggil saya ustaz, saya anak makkkk

Dia kata "bukannnnn.. kalau anak saya dia tak akan buat macamtu, kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya, kalau anak saya dia tak akan suap saya makan"

Bayangkan sahabat sahabat, perasaan seorang ibu ini, tiba tiba saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya menangis, kata "Makk walaupun bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya" 

 Saya pegang tangan ibu ini.. walaupun bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rinduuu sangat dekat anak dia, waktu tu saya pandang wajah dia saya kata "Makk walau ibu saya telah mati, tapi mak boleh ganti mak saya, mak duduklah disini"

Waktu saat makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia,
saya tanya "Kenapa makkkk" tiba tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.

Waktu saat dia di hospital, saya ambik kepala dia, saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata "Ustaz kalau saya mati,t olong jangan bagitau sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagitau di mana kubur saya ,kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan saya"

Saya pegang dia, saya kata "Makkkk jangan cakap mcmtu makk" , isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia.

Kami pegang dia "Mak jangan cakap mcmtu mak ,jangan mak" dia geleng kepala rupa rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.

Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan makcik hajjah khalijah ini rohnya mudah mudahan bersama salafusoleh.

Sahabat, mak kita.. siapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak, jangan derhaka pada mak kita, jangan tinggal dia di rumah orang tua tua, mak kita sakit kita jaga dia, picit kepala mak kita,

Sahabat sahabat, cuba tanya mak kita, "seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?" tanya mak kita sahabat2 sekalian

 Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh,s ebab tu sahabat sahabat suapkanlah makanan pada mak kita.

Sahabat sahabat semua selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon kepada saya.

Apa anaknya kata pada saya "I akan bawa you ke makhamah, i akan saman you sebab you bawa keluar mak i dari rumah orang tua tua"

3 tahun dia letak mak dia di rumah orang tua tua, dia tak pegi tengok, sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya.

Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih, saya pergi ceramah di masjid di gombak, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.

Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia "Pasai pa ni, ada masalah apa ni"

Dia berkata dalam keadaan menangis, "Ustazz tolong bagitahu di mana kubur mak saya ustaz, tolong bagitahu di mana kubur mak saya"

Saya kata "Kenapa harini baru tanya kubur mak kamu?". Dia kata "Tolonglah ustaz saya nak jumpa mak saya ustaz,sayalah orang yang bergelar tan sri yang nak saman ustaz haritu, saya sekarang ni papa kedana ustazzz, isteri saya mati kemalangan, rumah banglo saya bank dah tarik, kereta mewah saya semua bank dah tarik, tinggal satu ja,kereta kancil.

Saya berkata,"Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan satu syarat, kamu jangan pegang batu nisan mak kamu"

Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, saya tengok depan mata saya sendiri dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah yang tadi awalnya tanganya dan mulutnya elok sambil memanggil2  "ibu..ibuuuuu...ibuuuuuu.. "

Tiba tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya... allahuakbarrrrrrrrrrrrr, mengucap panjang saya Allah tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah iktibar dari kisah di atas.

"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup, Maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu doa seorang ibu"

Sumber : Youtube

Take Note : Tadi Den belek belek youtube. Cari ceramah dan foram yang best untuk didengari. Biasalah, bulan puasa ni, kerja di opis agak kurang. jadi bolehlah melencong kejap sambil buat kerja. Tetiba nampak satu tajuk "Kisah seorang anak yg bergelar 'TAN SRI" membuang IBU nya di rumah orang tua..!!" . Tajuk yang menarik. Den terus dengar. Okay, hanya rakaman suara. Dengar.. dengar.. sayu.. sedih.. dan tergerak hati untuk dikongsikan di sini. Semoga menjadi pengajaran untuk diri sendiri dan anda semua diluar sana. 


Previous Post
Next Post

post written by:

2 ulasan: