Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kesihatan | Apa Itu Penyakit Prostat



Apa Itu Penyakit Prostat?

√ Prostat merupakan organ yang paling penting pada sistem pembiakan lelaki. Kedudukan prostat terletak pada bahagian bawah perut, iaitu di bawah pundi kencing dan yang dikelilingi saluran kencing. Prostat berfungsi untuk menghasilkan enzim air mani dan membubarkan sperma yang dihasilkan oleh testis yang terletak di dalam zakar agar sperma tetap sihat. 

Tanda-Tanda Penyakit Prostat

√ Prostat yang sering dialami oleh lelaki dewasa
√ Rasa sakit di bahagian bawah perut terutama bila menahan kencing pada kes-kes tertentu rasa sakit atau terbakar, bahkan boleh mengeluarkan darah ketika kencing
√ Sukar untuk memulakan kencing, biasanya harus mengejan terlebih dahulu
√ Aliran air kencing kurang lancar dan tidak puas.
√Kekerapan buang air kecil. Dalam sehari boleh 10-20 kali buang air kecil.
√ Demam dan berat badan menurun, Gejala ini biasanya muncul selepas gangguan pada prostat semakin memburuk dan berkembang menjadi radang prostat (prostatis).

Apa itu Lemah Tenaga Batin?

√ Lemah tenaga batin ialah ketidakupayaan lelaki untuk mengekalkan ketegangan yang mencukupi untuk melakukan hubungan seks. Lemah tenaga batin boleh menyebabkan tekanan emosi dan masalah keyakinan diri yang boleh memberi kesan kepada hubungan. Kebanyakan lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin ini malu menemui doktor untuk berbincang tentang masalah mereka. Lelaki yang mempunyai masalah tersebut perlu berjumpa doktor dengan segera kerana ia perlu dirawat. Lemah tenaga batin juga boleh menyebabkan masalah kesihatan asas seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Apa Tanda-tanda lemah tenaga batin??

√ Tanda2 yang boleh dilihat seperti ruam,bengkak,pening dan sakit termasuk:-
*Kesukaran dalam mencapai ereksi
*Ketidakupayaan dalam mengekalkan ereksi
*Nafsu berkurang
*hanya dapat mencapai ereksi sewaktu pelancapan,tetapi tidak semasa dalam perhubungan seks

Kebanyakan lelaki mengalami masalah dalam mendapatkan ereksi. Biasanya tidak menjadi masalah.ia menjadi masalah jika ia berlaku dengan kerap.

Antara sebab-sebab lemah tenaga batin

√ Lemah tenaga batin terutamanya tentang masalah dengan aliran darah ke zakar. Dalam banyak kes, jika terdapat masalah kesihatan asas, mungkin ada masalah dengan aliran darah ke bahagian-bahagian badan yang lain juga. Dalam kebanyakan kes, lemah tenaga batin dikaitkan dengan masalah dengan sistem saraf, peredaran darah, atau kehilangan libido. Nafsu berkurang boleh disebabkan oleh tekanan, kebimbangan, kemurungan atau perubahan dalam hormon.

Sebab-sebab fizikal atau mati pucuk

· Saluran darah tersumbat
· Kecederaan pada kawasan pelvic atau saraf tunjang
· Masalah hormon
· Obesiti
· Berbasikal yang berpanjangan –saraf yang mempengaruhi aliran darah ke zakar boleh menjadi mampat.

Penyelesaian

Ilmu dari orang lama, amalkan minum ginseng dan air-air herba. Jika tak sihat juga, seeloknya jumpa doktor.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysa




4 ulasan

  1. terima kasih kerana berkongsi

    BalasPadam
  2. Saya pernah dengar pasal kanser prostat sebelum ni. Kebanyakan kanser terjadi sebab pemakanan dan gaya hidup kita yang tak sihat.

    BalasPadam
  3. Arwah apa mertua saya dulu menderita penyakit prostat..

    BalasPadam
  4. I heard Saw Palmetto is really good to prevent/cure prostate disease.

    BalasPadam