Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kesan Pancaran Kilat Kepada Badan Manusia


Selalunya kita sering lihat kilat memancar sabung menyabung di awan biru. Kita takut lalu berlari masuk rumah cepat2. Dilarang berlindung bawah pokok atau kawasan lapang seperti padang..itu membawa maut dohhh..kalau pokok terkena kilat memang habis pokok tu terbakar..

Namun bagaimana pula jika manusia yang terkena kilat? Apa impaknya? Terbakar? Hangus? mati?

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu.Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah.Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.


Bagaimana bila terkena panahan petir atau kilat?

Apabila baca tentang semua kuasa2 haba panas dan aliran elektrik yang terdiri daripada bolt kilat, susah nak bayangkan sekiranya kalau kena panah petir tetapi masih hidup lagi. Mustahil boleh hidup!!

Namun ada juga kes yang pengsan terbakar berasap namun masih hidup! Tetapi jarang jika ada pun satu2 atau 2 kes saja.Apabila "flashover" berlaku memanah badan, bermakna kilat menjalar seluruh badan, melalui ultra-konduktif peluh (atau air hujan), yang menyediakan laluan voltan tinggi menjalar seluruh badan. Selalunya orang mati akibat kilat, adalah disebabkan oleh serangan jantung yang disebabkan oleh aliran elektrik tadi.


Jika masih hidup apa kesan ke atas badan mangsa?

Badan yang terkena kilat akan menunjukkan pelbagai tanda-tanda kesan trauma akibat panahan tu. Sering meninggalkan parut corak spiderweb(seperti photo) pada badan mangsa yang terkena panahan petir. Saluran darah pecah sebab tu corak2 ini akan kelihatan.Pakaian selalunya akan berasap dan terbakar dulu.

Kesan kepada otak..

Yang menghairankan orang yang terkena petir tidak ingat bagaimana mereka dipanah petir. Apa rasanya? Mereka tak boleh cerita. Blurr..sebabnya otak lahh..
Jika arus elektrik bolt yang melalui kepala dan otak secara langsung, haba dan elektrik akan 'memasak' membakar sel-sel otak, menjadikan mereka tak ingat apa2 pun. Bertabahlah..hati2 sesiapa yang suka main bola dipadang waktu hujan..

Sumber : FB

1 ulasan