05 Jun 2017

Kenali Sifat Wanita Melalui Warna Kegemaran


Setiap orang mempunyai warna kegemaran sekurang-kurangnya satu. Warna kegemaran akan mempengaruhi semua benda disekitar kita yang kita miliki.Contohnya jika kita menyukai warna merah maka warna kereta, warna telefon bimbit, warna baju yang selalu diperagakan hari-hari akan menjadi merah.

Namun tahukah anda disebalik warna yang menjadi kegemaran anda tersembunyi rahsia yang menggambarkan perwatakan anda sendiri. Mari kita lihat adakah apa yang disenaraikan dibawah ini mempunyai persamaan dengan perwatakan kita :

Warna Kuning :
Jika warna ini menjadi kesukaan anda menandakan bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapa pun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Merah :
Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Warna Biru :
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan.Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau :
Warna kesukaan anda hijau,maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman.Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Ungu : 
Jika warna Ungu menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.

Warna Putih : 
Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.

Warna Hitam : 
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta anda.


Ada persamaan tak dgn korang? Jadi buat kaum lelaki yang nak kenali lebih jauh tentang perwatakan bakal awek atau awek-awek yang sediaada kenali dulu warna kegemaran mereka. Semoga tips diatas dapat membantu mengenali serba sedikit tentang watak sebenar si dia...

Previous Post
Next Post

post written by:

2 ulasan: