02 Jun 2017

Blog Mesra SEO 100%


Assalamualikum | Blog Mesra SEO 100%

Alhamdulillah. Gembira tak terkata. Setelah berpenat lelah mencari, mengedit, mencuba, akhirnya menjadi. Nak dijadikan cerita, malam tadi tergatal tangan tukar template baru pula. Huhuuu.. padahal baru minggu lepas tukar kalau tak silap. Dah nama gatal tangan, kan. Takpe, yang penting kepuasan hati.

Kebetulan malam tadi line internet laju, jadi memang best aku mengedit edit, mencuba cuba coding yang ada. Bab coding ni sejujurnya aku takde lah pandai sangat. Setakat memandai mandai tu boleh lah. Kihkihkihhhh.. ini semua hasil ajaran waktu aku join team #EFG dulu. Alhamdulillah, ilmu boleh digunapakai sampai sekarang. Thanks #EFG, jasamu ku kenang.

Untuk template terbaru ni, niat hati nak pakai bagi suatu masa yang lama. *baru niat, bertahan ke tidak, tak tahulah*. Maka gigih aku mencari template demi template. Template simple, yang agak agak tak menunggu dengan lama untuk loading. Cari punya cari akhirnya jumpa. Okay, berkenan lalu terus pakai. Bab mengedit menjadi masalah. Lemah sikit nak edit satu persatu. Ilmu masih kurang didadaku. Tapi takpe, buat slow slow, cuba satu persatu. Akhirnya siap apa yang patut.

SEO, lama aku memikir mana nak cari tutorial untuk jadikan blog mesra SEO. Sebelum ni aku pernah buat, tapi dah lama sangat. Cari punya cari, jumpa satu entri aku "Blog mesra SEO 100%". Nasib baik dalam tu aku ada letak credit untuk tutorial yang digunapakai. Alhamdulillah, mudah kerja! Maka kerja meng-SEO kan blog pun bermula.

Langkah pertama aku semak dulu skor SEO untuk blog ni di http://chkme.com/page-seo-tools. Sedih! Result yang menghampakan. Okay takpe, itu sebelum di SEO. Satu persatu aku ikut. Bila dah siap, aku cuba save tapi error. Entah line mana plak yang bermasalah. Aku cuba lagi masih error untuk save. Aku cuba lagi akhirnya berjaya save. Dah siap save, cubalah semak skor SEO plak...
Loading.. loading.. loading.. Congratulations! 100% .

Sebelum SEO

Selepas SEO


Take Note : Korang yang nak cuba boleh guna turorial ni. Dia punya ayat pun simple je. Mudah untuk difaham. HOW TO SCORE 100% SEO AT CHKME.COM.






Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

6 ulasan:

  1. Tahniah kerana memiliki template Seo %..

    Saya pun belum terrer lagi nie

    BalasPadam
  2. Tahniah kerana memiliki template Seo %..

    Saya pun belum terrer lagi nie

    BalasPadam
  3. Kagum, boleh buat sendiri...
    All the best berblogging dear.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Ni sbhagian ilmu time join group #efg dulu. huhuuu

      Padam
  4. gud sharing sha pun nak try seo kan blog sha, doakan sha bjaya 100% cm awak ya

    BalasPadam