Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Biskut Raya Mudah


Bulan ramadhan sudah berlaku, kini bulan syawal menjelma tiba. Waktu ni semua bersuka ria, pakai baju baru warna warni, makan juadah beraneka jenis, kunyah biskut raya berlainan rasa..

Yeyehhh dah raya. Sudah beberapa syawal berlaku. Alhamdulillah, rasa jugak kemeriahannya walaupun tak semeriah waktu aku kecil dahulu.

Waktu kecil-kecil dulu, saudara mara akan balik kampung berkumpul rumah nenek. Rumah nenek tu sebelah rumah aku. Diaorang yang balik kampung, aku dan family dah memang orang kampung. Huhuu.. kampung sebelah ayah.
Kebiasaannya dua tiga hari sebelum raya, mereka akan sampai. Meriah ! Dengan kerenah dan ragam sepupu sepapat. Bila malam tiba.. sibuk dengan mercun dan bunga api. Huhuu biasanya paksu akulah yg supply mercun. Waktu arwah atok masih ada, kami tak berani nak main mercun. Sebab dah tahu mercun tu bahaya, pastu nanti kalau kantoi dengan arwah atok mesti sakan arwah mengamuk.. hahaa arwah seorang yg garang, berdisiplin, tegas tapi baik.

Main mercun.. ada satu ketika tu abang sepupu aku buat kerja gila. Mercun dinyala lepas tu diletak atas tahi lembu yang masih fresh.. pastu ditutup dengan tempung kelapa. Hahahaaa korang boleh imagin tak apa yang jadi seterusnya 😂.. mercun meletup.. tempurung terpelanting.. tahi lembu terberai.. dan mereka yang ada disekitar tu semestinya akan terkena tempias tahi lembu tu. Hahahaaa nakal !

Banyak sebenarnya kenangan waktu kecil. Rindu memang rindu tapi andai diputarkan kembali tak semestinya adan sama seperti dulu.

Eh, panjang pula aku bernostagia malam ni. Padahah tadi, niat hati nk story pasal kuih raya yang baru siap aku buat. Hahaa..

Okay, saja nak habaq malam ni aku buat biskut raya. Saja buat suka-suka. Lagipun esok pagi adik aku dah nak balik Pengerang, Johor. Jadi bolehlah bekalkan untuk dia sebalang dua. Lagi sorang adik aku dah nak gerak balik Dungun petang esok. Adik aku yg ni memang penggemar biskut raya, terutama biskut yang mak buat. Hahaaa semestinya esok dia akan tapau dua tig balang. Manakala aku plak akan gerak balik ke Seremban pada malam esok dan sudah pasti aku pun nak jugak bawak bekal biskut raya. Huhuuu...

Mak cakap, anak-anak balik rumah beg kempis, bila balik semula ke sana mesti beg kembung. Hahaa itulah pasal, banyk sangat bekalan yang mak titipkan untuk kami.

Itulah mak. Mak tak pernah biarkan kami balik dengan tangan kosong setakat ni. Pasti ada juga bekalan yang akan mak selitkan nanti. ILOVEU mak, ayah dan adik adik.

Mood membiskut akhirnya berakhir. Kalau esok masih berbaki, bolehlah bwk kelik dinung sikit.
#selamatmalamdunia

2 ulasan