29 Mei 2017

Jom Bercuti Ke Sarawak | Sarawak Destinasi Percutian Syok


 Aku rasa seronok sebab kat Malaysia ni ada banyak port-port yang best untuk pergi bercuti. Tak payah nak kumpul duit banyak-banyak untuk pergi oversea, kat Malaysia je tak habis pusing. Korang caya tak? Dari Utara sampai ke Selatan, dari Timur sampailah ke Barat. Dari seluruh pelusuk Malaysia ni kita kena jejak barulah boleh panggil anak Malaysia kan. Hehe, aku nak share sikit kat negeri Bumi Kenyalang ada satu Hotel yang kalau korang turun Kuching, wajib stay. Apa nama Hotel tu? Sudah semestinya Hotel Imperial Kuching.



Hotel Imperial Kuching, merupakan penambahan terkini kepada Imperial Group of Hotels yang semakin berkembang. Ia merupakan fasiliti bertaraf 4-bintang, terletak secara strategik di tengah Bandaraya Kuching. Imperial Hotel Kuching ni dapat rating yang agak tinggi di website Traveloka. Banyak orang komen macam-macam contohnya, tempat best, bersih dan senang nak ke mana-mana. So aku nak ceritakan kat korang yang Hotel ni memang betul-betul dekat dengan Kuching International Airport so kepada sesiapa yang turun flight tu boleh terus ke hotel ni. Hotel ni di tengah-tengah town Kuching so tempat shopping kat sekeliling pun banyak, belum cerita pasal makanan lagi kan.

3 bedroom apartment


Sebahagian dari bilik yang terdapat di hotel ini.
Hotel Imperial Kuching memiliki 339 bilik tetamu, serta kamar-kamar suite di Tingkat Eksekutif – kesemuanya berdasarkan rekaan praktikal dan keselesaan buat para penginap. Setiap bilik dihiasi dan dilengkapi khusus dengan citarasa yang terbaik, di samping kemudahan percuma akses Wi-Fi dan Internet berwayar.

Dalam setiap bilik hotel ini ada aircon so tidur confirm nyenyak punya, kalau menggigil selimut kan ada. Bilik mandi dan TV sudah semestinya wajib ada dalam bilik hotel di tengah bandar ni. Sesuai untuk bercuti sorang atau berdua atau dengan family atau dengan company tempat kerja korang untuk yang nak buat event annual dinner jauh sikit ke kan. Nak stay kejap atau lama no problem sebab memang tempat ni bagi servis yang tip top. Kaunter perkhidmatannya operate 24 jam so korang kalau ada apa-apa nak request pun tiada masalah. Room service pon 24 jam kalau perut meragam tengah-tengah malam boleh angkat fond an order. Tapi kalau selalu buat alamatnya perut pun naik la ye. 

Kat hotel ni jugak ada wifi so kepada sesiapa yang nak buat kerja pakai internet boleh, nak main game save data sendiri pon boleh, ikut korang la kan. Restoran pula takyah cerita sebab dari breakfast, lunch, dinner sampai la supper pun ada so aku janji korang takkan kebulur unless korang nak stay bilik atau puasa 24 jam yang tu tak dapat aku nak nolong. Untuk yang nak buat function kat sini ada ballroom, function room sesuai ngan kehendak korang nak macam mana. Pihak hotel akan tolong suggestkan dan siap tolong sediakan segala peralatan yang korang nak pakai untuk function. Swimming pool juga ada so jangan lupa bawak baju mandi sekali nanti ya. Kalau terlupa jangan risau shopping complex pun dekat juga.

Pusat Kecergasan mempunyai gimnasium lengkap, bilik sauna dan wap, serta kolam renang luar. Kemudahan ini adalah ideal bagi para tetamu melepaskan lelah dan beristirahat, di samping bersenam.

Imperial Garden Restaurant
Dibuka sepanjang hari, restoran ini dilengkapi stesen jurumasak dan menyediakan bufet sarapan pagi setiap hari. Ia juga menawarkan pilihan menu ala carte yang pelbagai, merangkumi citarasa Timur dan Barat, serta seleksi tempatan. Promosi hujung minggu termasuk bufet makan malam setiap Sabtu, dan bufet hi-tea setiap Sabtu dan Ahad. Waktu operasi adalah dari 6 pagi hingga 11 malam.



Kat hotel ini ada fitness center untuk korang tak lepaskan peluang menjaga badan korang dan exercise. Ada juga steam room dan sauna untuk keluarkan peluh. Senang cakap korang wajib singgah ke fitness centre dia ni. Laundry servis juga ada untuk korang nak basuh baju kot-kot baju korang terkena makanan yang sedap sampai korang tak sedar. Servis diorang memang dah terbukti dengan komen orang-orang yang pernah datang di www.traveloka.com. Bukan senang nak dapat tau review yang real kan. Tapi untuk yang memang obsess dengan kebersihan hotel imperial ini memang paling sesuai untuk korang based kepada kebersihannya yang memang terkenal dan famous dikalangan orang yang pernah datang ke sini.

Hotel ini memang sesuai untuk korang datang kerja di Kuching dan nak relax based kepada facilities yang ada. Medical centre juga dekat kalau ada kes emergency. Yang penting google dahulu kat mana medical centre tu jangan tersilap sampai ke Sabah sudah. Menangis nanti sebab duit poket korang dah kosong. Haa kalau duit poket kosong ATM pun senang nak akses. So standby duit banyak-banyak tau nak shopping, kalau takut simpan dalam bank nanti cucuk jer senang. Jangan lupa kasi gegar di Kuching dengan Imperial Hotel Kuching.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan: