15 April 2017

Perjalanan Hidup Cerita Kami


Bila kau jumpa kawan yang satu kepala
Kau akan faham apa maksud giler giler

Bila kau dapat kawan yang giler giler
Kau akan faham apa maksud mental

Aku..
Alhamdulillah, perjalanan aku disini mudah
Aku temui mereka yang satu kepala
Aku temui mereka yang giler giler
Aku temui mereka yang mental

Aku turut sama merasai kegilaan itu
Aku turut serta merasai mental itu

Aku bahagia dengan dunia kami
Dunia yang giler giler
Dunia yang kami cipta secara batasan

Siang kami kerja
Dunia kami hanya kerja.. kerja.. kerja..
Malam kami berjimba
Dunia kami penuh dengan warna warni
Kami melepak bersuka ria
Kami berjenaka ketawa senang hati
Kami berjalan menyusuri laluan kebiasaan
Kami rider redah panas dan hujan
Kami perantau bertemu di tempat yang sama

Kami..
Ada kalanya kami bertengkar
Ada kalanya kami bercakaran
Ada kalanya kami bahan antara satu sama lain
Ada kalanya kami mengutuk mengata
Tapi kami tetap kami..

Ada ketika kami berpecah
Tapi akhirnya kembali bersatu
Masa kami banyak dihabiskan bersama
Kami mengharap antara satu sama lain
Semoga persahabatan kami kekal utuh
Walau nanti diantara kami tidak lagi disitu
Semoga cerita kami tidak bernokhtah disitu
kami..



Previous Post
Next Post

post written by:

2 ulasan: