14 April 2017

Izinkan Aku Bahagia Dengan Cara Aku

Aku benci kau sebab kau buat aku terlalu sayangkan kau. Berjuta kali aku ulang ayat tu. Hakikatnya semuanya takkan berubah. Masa tak mungkin diundur. Kau dan aku tak mungkin kembali bersama. Hurmmmm.. hampir aku lupakan kau. Tapi tetiba kau muncul. Muncul dalam mimpi indah aku. Walaupun indah, bagi aku itu semua ngeri. Kenapa.. sebab mengingati kau buat aku sakit.

Sejauh ini aku berlari. Gigih berusaha lupakan kau. Hakikatnya hampir setiap detik nama kau tetap meniti dibibir aku. Bercerita tentang kau, sejujurnya aku tak mampu. Bimbang banyak carutan yang keluar berbanding perjalanan cerita yang indah. Hakikatnya aku benci sebab kau buat aku terlalu sayangkan kau. Rindu.. jangan dipetik perkataan itu. Rindu tak pernah padam walaupun tak terungkap. Hurmmmm rindu masa masa dulu.Aku rindukan kenangan bukannya rindukan kau. Eh...

Kalau betul sayangkan aku, tolong jujur. Kalau betul kau sayangkan aku, dia takkan wujud antara kita. Kalau betul kau sayangkan aku, kau takkan sakitkan hati aku. Kalau sayangkan aku, tolong biarkan aku terbang bebas. Kalau... perkataan kalau tak mampu buat aku hidup bahagia. Ia hanya secebis harapan plastik untuk menyedapkan hati yang kian retak beribu.

Aku selesa sebegini. Meniti hidup bersama sahabat dan musuh. Meredah kehidupan dengan mereka yang kepala giler. Pedulikan apa orang bercerita, yang penting kami tahu batasan kami. Kau siapa nak menghakimi kami.. kau siapa nak menghukum kami.. pergilah kau jauh dari aku. Aku doakan bahagia milik kau. Dan doakan juga bahagia yang mendatang untuk aku. Izinkan aku bahagia dengan cara aku. Jangan lagi pernah kau datang dekati aku. Sekian.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: