Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Adakah Hati Aku Terasa


Adakah hati aku terasa...
Sering kali aku bertanyakan hati..
Adakah aku mampu hadapi semua ini..
Indah khabar dari rupa..
Indah yang dipandang tak seindah yang dirasai
Apa yang aku pandang
Apa yang aku rasa..

Aku memerhati perjalanan mereka
Aku melihat kisah hidup mereka
Mereka gembira bergelak ketawa
Aku pasti ketawa mereka plastik
Mereka cuba sorokkan realiti sebenar

Duhai sahabat..
Bagi aku kita kemudi dunia yang sama
Arah kita sama berlawanan angin
Walaupun seringkali pertengkaran terjadi
Walaupun acap kali tertinggi suara
Itu lumrah dalam persahabatan kita

Duhai sahabat
Kita kongsi kegembiraan yang sama
Masa dan ketika kita habiskan bersama
Walaupun gemar bertengkar.. bercakaran
Itu rencah kegembiraan kita
Mereka mungkin tidak ketahui
Mereka mungkin akan menuding jari
Jom kita abaikan mereka..










Tiada ulasan