Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sikap Manusia Yang Suka Melabel Orang lain



“Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan 
yang meninggalkan dunia tempat huru hara
mereka ke laut yang hanya ombak menjadi ujian mereka
perbuatan baik adalah kapal yang menempuh gelombang”.

GEMUK. HITAM. BOTAK. CACAT. 

Selalu  aku perasan yang parents, kakak, abang mahupun ahli keluarga yang lebih tua biarkan je anak-anak kecil melabel orang lain tanpa ada tunjuk ajar dan adab sopan.

Contoh; Eeee mama! Cuba tengok kakak gemuk tu!

Abang, tengok dia takde tangan kan? Cacat. Awak kenapa awak cacat? Haha. Takde tangan. Tak power takde tangan tak boleh main dengan kita!

Eee hitamnya muka! Hahaha muka hitam macam K word.

Mak abah dia pulak boleh gelak-gelak setuju.

Astaghfirullah.

Maka, bila dah besar sikit, anak itu akan terbiasa.

Nak kemana tu Lukman?

Nak pergi rumah Rahim.

Rahim mana?

Alaaa Rahim simpang anak Wak Melan yang gemok gedempol tu!

Kau ingat kau tu bidadari nak hina orang?

Ni, aku nasihatkan diri aku pertamanya dan kau orang jugak, kawal bahasa anak-anak.

Cukup je cakap, Rahim anak Wak Melan simpang. Tak payah nak tambah penghinaan dekat fizikal dia.

Kalau orang yang bertanya tu tak cam dan tak kenal juga Rahim tu, kau cari attributes lain.

Contoh, Rahim anak Wak Melan simpang yang kerja cikgu dekat Sabah tu yang pakai kereta Volvo hitam.

Senang kan?

Tak siapa terasa.

Ingat, akhlak anak kau mencerminkan siapa diri kau sebenarnya!

Kalau anak kau kurang ajar, aku akan pandang kau atas bawah sampai kau berpeluh sebab kau tak pandai jaga anak.

Hahaha.

Take Note : Perkongsian ini daripada group ws family. Aku terpanggil untuk berkongsinya disini. Bila difikir semula, ada betulnya apa yang hamba Allah ini perkatakan. Bagaimana sikap dan perangai anak kita dimasa akan datang sebenarnya bergantung kepada apa yang kita ajari mereka saat ini. 



Tiada ulasan