Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Batasan Aurat Wanita



Apakah batasan aurat wanita?

Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;
1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
3. Aurat di hadapan mahram
4. Aurat di hadapan wanita lain

1. Aurat bersama suami
Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.

2. Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?
Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya).

Dalilnya ialah firman Allah;
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).
Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain.

3. Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan,
Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Namun ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram.

firman Allah;
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan….”. (31)

4. Batasan aurat sesama wanita ada 2 iaitu..Aurat di hadapan wanita Islam ialah Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan mahramnya.
dan Aurat di hadapan wanita kafir..

Ada sebahagian orang hari ini mempertikai kewajipan memakai tudung kepala? Menurut mereka; tidak ada dalil bagi kewajipan bertudung. Benarkan dakwaan mereka?

Apa pendapat wanita muslimah tentang dakwaan kewajiban memakai tudung dan berhijab tetapi telanjang . Mengapa ianya di anggap remeh sedangkan itulah batas-batas aurat wanita..


Tiada ulasan