Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Penunggang Agama


Sejak kebelakangan ini, bersepah bukan yang menjadi ustaz dan ustazah instant. Cuba menjadi tuhan ke dua. Namun tak kurang juga, yang tinggi ilmu agamanya, namun tersasar iman dan akidahnya. 

Tidak,aku bukanlah gadis solehah yang para lelaki tinggi akhlaknya idamkan. Tapi aku sedaya upaya mencuba dan memperbaiki diri aku untuk ke arah itu yang di impikan seluruh wanita yang punya iman dan Islam dalam diri. 

Kita idamkan Allah datangkan kita jodoh yang terbaik buat diri kita, agama kita, keluarga kita dunia dan akhirat bukan? Bersepah dan berlambakan lelaki lelaki yang mencari mangsa dalam ruangan media sosial kini. Tidak terkecuali mereka mereka yang arif dalam hal ehwal agama, yang tinggi ilmu nya, seperti yang kita dambakan. Maka bermainlah ayat mereka, mencari gadis gadis yang perlu di baiki akhlaknya, diberi harapan masa depannya, di janjikan kehidupan yang tenang berlandaskan Islam dan syariat. Janji untuk menjadi iman dan pemimpin dunia dan akhirat. 

Hari berganti hari. Lelaki yang di pandang tinggi ilmu nya itu, yang hari hari berkata tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala, yang menasihati ke arah menjadi manusia yang lebih baik, semakin jauh dari tujuan asal. Dari mencari gadis gadis yang katanya untuk dijadikan makmum, ibu kepada anak anak nya, menggunakan lembut lidah ilmu nya, memperdaya gadis dan wanita yang dahaga akan ilmu nya. 

Berpesan pesan lah kita, aku kepada kamu wahai saudari saudari ku, jika dia benar benar menginginkan kita kerana agama nya, kerana pahalanya, kerana syurganya, tidak sekali kali dia bercakap dusta, berubah bicara. 

Terlalu banyak penunggang agama. Yang semakin sulit untuk kita bezakan, yang mana asli, yang mana bertopeng. Semoga Allah melindungi kita dari malapetaka dan bencana. Bencana jiwa yang bisa meranapkan dunia. Semoga Allah temukan kita dengan lelaki yang berjanji dengan Allah, untuk menjadi khalifah yang jujur, amanah, dan bertanggungjawab dunia san akhirat. Wallahualam. 

Tiada ulasan