26 Oktober 2016

Feminine Mist : Spray Intim Mudah Dibawa

3:38 PTG 4 Comments

Furley Bioextracts ditubuhkan pada tahun 2008, Furley Bioextracts adalah sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia yang berstatus BioNexus. Syarikat ini memfokuskan teknologi dan RnD mereka terhadap makanan berfungsi (nutraseutikal), makanan tambahan dan kosmetik (kosmeseutikal), memantau dan menguruskan proses daripada bahan mentah hingga ke produk siap, sekaligus memastikan kualiti dan keberkesanan rangkaian produknya. Furley Bioextracts berbangga dengan keupayaannya untuk menginovasi dan mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi, konsisten dan mencukupi demi kepuasan pelanggan. Pada tahun 2013, syarikat ini telah memenangi Anugerah Paling Inovatif dalam Bioteknologi dan Agroteknologi daripada SME Corporation Malaysia.

BioNexus Dianugerahkan oleh Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), status ini diberikan kepada syarikat-syarikat bioteknologi tempatan dan antarabangsa yang layak serta sedang menjalankan aktiviti bioteknologi dan/atau sains kehidupan.

Seperti yang kita ketahui, kawasan intim sangat sensitif, memerlukan penjagaan yang rapi. Kenapa? Ini kerana kawasan intim agak lembab dan mudah dijangkiti bakteria.

Menyedari akan pentingnya penjagaan kawasan intim, Furley Bioextracts telah mencipta satu produk yang diberinama Beauté de la Botanique FemMist. Beauté de la Botanique FemMist telah direka untuk melegakan simptom-simptom masalah intim wanita seperti kegatalan, keradangan, keputihan, bau yang kurang menyenangkan dan rasa tidak selesa.

Didatangkan dalam botol semburan aluminium yang langsing dan sofistikated, FemMist mudah dibawa dan mudah digunakan; hanya semburkan dan alami keselesaan serta keyakinan serta-merta. Simpan FemMist di dalam tas tangan untuk dibawa bersama anda ke mana-mana jua!
Dibangunkan oleh Furley Bioextracts, sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia, rumusan semulajadi FemMist yang mengandungi Dermaxan® (ekstrak kulit buah manggis), ekstrak manjakani dan minyak pati lavender mengekalkan keseimbangan pH optimal di bahagian intim anda, sekaligus memastikan kesihatan vagina yang optimal.

Lazim digunakan dalam perubatan tradisional selama beberapa generasi, kajian terkini telah menunjukkan bahawa ekstrak kulit buah manggis – iaitu bahan asas FemMist – juga sesuai sebagai agen anti-keradangan, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-viral yang kuat.

Sebuah kajian oleh Taylor’s University mendapati FemMist berupaya membunuh candida albicans – salah satu punca utama jangkitan fungus – dan pseudomonas aeruginosa dalam jangkitan saluran kencing (UTIs). Beauté de la Botanique FemMist disyorkan kepada semua peringkat umur dari gadis muda sehingalah mereka yang telah menopouse. Tahap hormon berubah dengan usia dan ini boleh memberi kesan kepada bahagian intim seperti kekeringan. FemMist memastikan kawasan intim kekal segar dan juga melembapkan kulit.


Antara manfaat-manfaatnya termasuklah:
• Mengekalkan keseimbangan pH optimal vagina
• Anti-bakteria dan anti-fungus
• Mengatasi masalah keputihan
• Menghilangkan gatal-gatal dan inflamasi
• Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
• Melegakan kegatalan akibat rambut yang tumbuh
• Kesan melecet
• Menganjalkan dan memutihkan
• Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
• Semulajadi dan berasaskan air, tidak merengsakan
• Pembungkusan yang tidak menonjol dan mudah dibawa bersama
• Produk diproses dalam premis yang disahkan halal (iaitu, tiada alkohol digunakan di sebarang peringkat proses).

*Cadangan penggunaan: Gunakan tiga kali sehari, atau selepas ke tandas agar kekal segar sepanjang hari.

Untuk lebih detail bolehlah layari laman sosial  Furley Bioextracts
WEB : http://www.furleybio.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/furleybio?fref=ts ,
INSTAGRAM : https://instagram.com/furleybio/ ,
TWITTER : https://twitter.com/furleyb .


25 Oktober 2016

10,000 peluang kerja untuk para graduan | Jawatan Kosong Kerajaan 2016

12:57 PTG 2 Comments



Anda seorang graduan? Anda seorang penganggur? Penat mencari kerja tetapi tidak berjaya?

Umum kita ketahui, pada masa kini ramai graduan yang terpaksa menganggur lantaran kesukaran mendapat peluang dalam pekerjaan. Mungkin ada diantara syarikat yang tidak mahu menggajikan mereka kerana kurang yakin akan preatasi dan potensi mereka.

Disebabkan hal itu, ada diantara para graduan tersebut terpaksa bekerja dalam bidang yang berlainan dari apa yang dipelajari ketika di universiti/institusi terdahulu.

Jangan gusar! Jangan takut. Jom saya perkenalkan satu laman web yang awesome !

JAWATAN KOSONG merupakan satu website yang menyediakan lebih daripada 10,000 jenis kerja kosong yang anda boleh mohon. Berribu-ribu pekerjaan dalam satu website! Mudah dan senangkan.

Mungkin ramai di luar sana masih menganggur kerana tidak menjumpai pekerjaan, atau tidak mendapat tawaran kerana tidak menjumpai sumber untuk mengisi jawatan kosong yang sesuai.

Government.My juga menyediakan jawatan kosong kerajaan  dan memberi anda peluang untuk mohon kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif. Bekerja di jabatan kerajaan adalah satu peluang yang sangat menarik dan menjamin masa depan. Debakkk!!

Antara jawatan kosong yng ditawarkan dn mudah untuk dipohon termasuklah jawatan kosong maybank, jawatan kosong kastam, jawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas. Antara kelebihan jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya.

Jom basmi pengangguran. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mencegah kenaikkan kadar penggaguran di negara kita

Tips Hadapi Temuduga
Apa yang pentingnya adalah persediaan yang rapi sebelum menghadapinya dan gunakan teknik yang betul semasa menjalaninya.

Tunjukkan dan buktikan bahawa anda adalah calon yang terbaik kepada kerja dan jawatan tersebut. Berikan semua maklumat yang boleh mengagumkan mereka.



24 Oktober 2016

Ikhlaslah seperti gula

2:18 PTG 2 Comments
*Filosofi gula & Kopi* ☕


Jika kopi terlalu pahit
Siapa yang salah?

Gula lah yg di salahkan karena terlalu sedikit hingga "rasa" kopi pahit


Jika kopi terlalu manis
Siapa yg di salahkan?

Gula lagi karena terlalu banyak hingga "Rasa" kopi manis


Jika takaran kopi & gula balance
Siapa yg di puji...?

Tentu semua akan berkata...
Kopinya mantaaap

Kmn gula yg mempunyai andil
Membuat "rasa" kopi menjadi mantaaap

Mari Ikhlas seperti Gula yg larut tak terlihat tapi sangat bermakna.

Gula PASIR memberi RASA MANIS pada KOPI, tapi orang MENYEBUTnya KOPI MANIS... bukan KOPI GULA...

Gula PASIR memberi RASA MANIS pada TEH, tapi orang MENYEBUTnya TEH MANIS... bukan TEH GULA...

ORANG menyebut ROTI MANIS... bukan ROTI GULA...

ORANG menyebut SYRUP Pandan, Syrup APEL, Syrup JAMBU....
padahal BAHAN DASARnya GULA....
Tapi GULA tetap IKHLAS LARUT dalam memberi RASA MANIS...

akan tetapi apabila berhubungan dgn Penyakit, barulah GULA disebut..PENYAKIT GULA

BEGITUlah HIDUP.... Kadang KEBAIKAN yang Kita TANAM tak pernah diSEBUT Orang....
Tapi kesalahan akan dibesar-besarkan...

IKHLASlah seperti GULA...
LARUTlah seperti GULA...

Tetap SEMANGAT memberi KEBAIKAN...!!!!
Tetap SEMANGAT menyebar KEBAIKAN..!!!

Karena KEBAIKAN tidak UNTUK DISEBUT...

tapi untuk DIRASAkan... Selamat Pagi.." 👍👍👍```

23 Oktober 2016

Cerpen : Mak mana ???

12:15 PTG 1 Comments
Serius! Mengalir air mata aku.

MANA MAK???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila
😭 😭 😭 👍

Take note : cerpen ditas dikongsi oleh salah seorang sahabat. Saya terpanggil untuk kongsinya disini buat tatapan sahabat alam maya dan peringatan untuk diri sendiri. Semoga kita menjadi anak yang menyenangkan keluarga, anak yang dapat menumpukan perhatian kepada ibubapa dikala mereka meniti usia senja. Sedarlah, mak ayah hanya mahukan sedikit perhatian bukannya wang berjuta ringgit. Mak ayah hanya mahukan kasih sayang bukannya harta melimpah bagaikan gunung. Senoga bermanfaat.

14 Oktober 2016

Tampal Ais Pada Titik Feng Fu

9:44 PG 3 Comments
Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialah bertitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya...





Take note ; Info "Tampal Ais Pada Titik Feng Fu" ini dikongsi oleh salahs seorang sahabat saya. Katanya, teknik ini dapat menghilangkan sedikit rasa sakit kepala dan tekanan. Selamat mencuba.



Bahaya cabut bulu hidung

9:38 PG 3 Comments


Setiap orang tentunya mempunyai bulu hidung, yakni sekumpulan rambut-rambut halus yang ada di dalam lubang hidung. Meski letaknya di dalam lubang hidung, terkadang ada beberapa helai bulu hidung yang tumbuh panjang hingga keluar dari lubang hidung. Dan untuk mengatasi masalah tersebut jarang sebagian orang mungkin mempunyai kebiasaan mencabut bulu hidung.

Namun pernahkah disedari, bahwa sebenarnya kebiasaan itu dan boleh merugikan. Berikut ini adalah beberapa alasan kenapa sebaiknya tidak mencabut bulu hidung.

Ketika bulu hidung dicabut maka akarnya yang secara otomatik ditarik paksa akan ikut tercabut dan menimbulkan luka. Meskipun luka itu kecil, namun berpotensi menyebabkan bisul atau sakit yang berpanjangan. Bahkan jika luka tersebut mengalami infeksi, maka ada risiko terjadi peradangan yang membahayakan.

Mungkin belum semua orang tahu, sebenarnya bulu hidung memiliki fungsi yang sangat penting, iaitu untuk menapis berbagai macam kotoran yang hendak masuk ke dalam hidung. Bila bulu itu dicabut, maka jelas akan mengganggu fungsinya. Lihat saja, ketika seseorang sedang berada di tempat berdebu, biasanya sering kali ingin bersin. Itulah saat dimana bulu hidung yang mengesan adanya kotoran lalu menyebabkan bersin. Jika tanpa bulu hidung, maka debu akan terus masuk ke saluran pernafasan yang tentunya membahayakan.

Jadi, jika  tumbuh panjang hingga keluar dari lubang hidung maka sebaiknya tidak mencabutnya melainkan cukup dengan memotongnya dengan gunting. Pun demikian, hindari memotongnya secara berlebihan agar tidak mengganggu fungsinya sebagai penapis kotoran.

Kenali introvert, extrovert dan ambivert

9:34 PG 3 Comments

1. INTROVERT
- suka menyendiri
- tempat febret: rumah, library, kedai kopi, taman2
- banyak berfikir
- tak semua introvert adalah pemalu, antisosial
- ada masa utk berkawan dan ada juga masa utk bersendiri
- seringkali disalahanggap sebagai satu sikap negatif

2. EXTROVERT
- suka bergaul dan berkawan
- tak kisah menyendiri tapi lebih happy di tempat yg ramai orang
- banyak bercakap
- suka melakukan perkara tanpa berfikir dgn baik
- suka menyibuk hal orang lain
- berkeyakinan tinggi, peramah dan penuh kejutan

3. AMBIVERT
- mempunyai sikap introvert dan extrovert
- pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan/tempat/suasana

Ikut text yg aku baca ni, boleh dikatakan setiap org adalah ambivert sebab mustahil katanya utk seseorang itu menjadi introvert saja atau extrovert je. Tp seseorang mungkin ada lebih ciri2 tertentu. Contoh; aku ni lebih kepada introvert berbanding extrovert. Korang lebih yg mana?






Bahagian Saraf Yang Hanya Akan Dimasuki Darah Ketika Solat?

9:29 PG 1 Comments

Dr. Fidelma O’Leary dari NeuroScience professor at St. Edwards University di Amerika Syarikat telah memeluk Islam.

Hal tersebut adalah kerana setelah meneliti hubungan solat dengan kesehatan , beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.

Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan ‘Perubatan Melalui Al-Quran.

Melalaui kajian pengubatan melalui Al-Quran, Ubat-ubatannya berdasarkan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dll.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, dia memberitahu semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.

Setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Selepas kajian dijalankan, beliau mendapati darah tidak memasuki urat saraf di dalam otak manusia, melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa waktu yang tertentu saja.

Ini bermaksud bahawa, darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar waktu solat yang diwajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah. Allah membuka tabir keajaiban sujud pada gerakan solat sehingga menyakinkan para pemeluk-Nya untuk melakukan hal-hal yang di serukan-Nya demi kebaikan hamba-Nya.

Jika seseorang tidak menunaikan solat, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal Oleh yang demikian,

Kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk kita memahami lebih lagi agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Demikian keajaiban dalam solat. Semoga semakin menambah keimanan kita dan menambah ketaatan kita kepada Allah SWT


Sumber : reportaseterkini.com

Fakta Tentang Dadah, Jenis-jenis Dadah Dan Kesannya | PART 2

9:22 PG 0 Comments
Entri ni meupakan sambungan daripada Fakta Tentang Dadah, Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya | PART 1. Untuk baca lebih lanjut, anda boleh KLIK sini

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid

pic #1: Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.

Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

pic #2: Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

pic #3: Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.

pic #4: Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.


 

pic #1: Daun Ketum
pic #2: Air Ketum

3. Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan sebagainya.



Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.

♤ Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

● Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
● Daya tahan meningkat.
● Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
● Berasa terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
● Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.

c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.

d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih.

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :

● Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri
● Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
● Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
● Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
● Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
● Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
● Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
● Masalah dan tekanan rumah tangga
● Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
● Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
● Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
● Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

● kesan kepada penagih
● kesan kepada keluarga
● kesan kepada masyarakat
● kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, & berperasaan ganas. Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluargaMembebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.Rumah tangga menjadi porak peranda.Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat

Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yg sama

Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak . Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

Pil Mimpi Basah

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi. Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda

Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara. Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau. Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah

● Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
● Serbuk Kaca Kalimantang
● Pencuci lantai
● Klorox
● Ubat Nyamuk
● Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut.

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.

Kesan Pil kuda :

● Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
● Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
● Delusi – kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
● Meth mouth –kerosakan pada gigi
● Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
● Sawan,tegang otot,menggeletar


Credit : SINI

Take note : Kenapa perlu rosakkan badan kita yang segar bugar? Nikmat dadah hanya sementara. Sedap yang dirasai hanya sebentar sedangkan kesannya sengsara seumur hidup. 









Fakta Tentang Dadah, Jenis-jenis Dadah Dan Kesannya | PART 1

9:07 PG 0 Comments


Apakah itu Dadah ?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

⇨Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

⇨Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

●Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
●Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
●Diperoleh secara haram
●Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
●Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

⇨Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

●Opiat dan Opiat sintetik
●Stimulan
●Ganja
●Halusinogen
●Depresen
●Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

⇨Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

⇨Jenis-jenis opiat

1. Candu (pic #2)

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin (pic #3)

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

◇ Cara Menggunakan: Menelan, menyuntik
◇ Nama Jalanan: “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

☆Morfin Mentah

● Bentuk blok / serbuk
● Bertanda “999″
● Mengandungi 70% – 90% morfin
●Juga dipanggil Heroin No.1

☆Bes Morfin

● Seperti serbuk kopi halus
● Mengandungi 60% – 70% morfin

☆Pil-pil Morfin

● Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
● Pil kecil berwarna putih/coklat pucat

 

3. Heroin (pic #1)

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

◇ Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
◇ Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4. Kodein (pic #2)

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

◇ Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
◇ Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone” digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

◇ Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
◇ Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

(pic #3: Tablet Methadone)

 

STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin (pic #1)

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

◇ Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)

2. Methamphetamine

(pic #2: Syabu/Ice)

“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

(pic #3: Alat untuk “chasing the dragon)

◇ Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
◇ Nama Jalanan : “Ice”, batu

3. Kokain

(pic #4: Serbuk Kokain)

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

(pic #5: Pokok Koka)

(pic #6: Daun Koka)

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.




 




(pic #1: Cocaine Snorting)

◇Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
◇Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack”adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

pic #2: Tablet yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

◇Cara Menggunakan : Menelan
◇Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”
 


#1: Pokok Ganja
#2: Daun Ganja
#3: Hashish
#4: “Bong” – Alat untuk menghisap ganja
#5: Menghisap ganja menggunakan “Bong”
#6: “Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Ganja/Kanabis

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

◇Kandungan THC : 0.25% – 8%
◇Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

◇Kandungan THC : 4% – 12%
◇Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

◇Kandungan THC : Sehingga 60%
◇Cara Menggunakan : Menghisap




Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies”pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

pic #1: Barbiturates
#2: Tranquilizer
#3: Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

Depresen

1. Ubat “Depresen”

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat“sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan “valium”.

“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.



pic #1: GHB
#3: Ketamin

3. GHB

“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau“gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

pic #2: GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

◇Cara Menggunakan : Menelan
◇Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

pic #4: Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara “smoked”atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.





Sambungan daripada entri ini, anda boleh ke Fakta Tentang Dadah, Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya  PART 2 atau KLIK sini.


Karektor Zodiak Dan Bunga

8:44 PG 1 Comments

Ada beberapa bunga yang melambangkan karektor zodiak anda. Jika anda menanamnya di halaman rumah, bunga-bunga ini akan menjadi pemberi semangat sekaligus menambah gairah anda. Mungkin anda Kurang percaya, tapi tak ada salahnya cuba menanamnya, Jom tengok anda berzodiak apa dan karektor bunga nya


Aries

-Anda yang berzodiak Aries cenderung aktif, cepat bosan, namun terlalu sensitif. Anda biasanya tak akan sabar dengan tanaman yang tak kunjung berbunga. Aster beragam warna sesuai dengan karakter anda yang sensitif, kerana warna-warna cerahnya menenangkan perasaan anda.


Taurus

-Zodiak ini penyabar , tapi jika ada yang mengusik ketenangannya, dia akan menjadi sangat emosional Jadi akan lebih baik jika Taurus memelihara tanaman berwarna dingin. Misalnya, tanamlah bunga petunia ungu di halaman dengan menggantungnya bersama pot.


Gemini

-Gemini sangat menyukai aktiviti sosial kerana sifatnya pesona. Tak heran jika zodiak ini banyak temannya. Anda memerlukan tanaman yang menyebarkan bau harum sehingga membangkitkan semangat anda, misalnya lavender.


Cancer

-Meski sangat sensitif, Cancer juga sangat perhatian terhadap orang lain. Jika sudah mencintai satu orang, dia akan mencintai orang tersebut selamanya. Untuk itu, anda sesuai memelihara bunga terompet, kerana kelopaknya yang besar seakan sanggup melindungi banyak orang.


Leo

-Karaktor Leo adalah senang menjadi pusat perhatian, cerdas, dan selalu mempunyai idea yang matang. Jika menanam bunga berwarna dingin malah akan membuat Leo cepat bosan dan kehilangan gairah. Tanamlah bunga matahari untuk memupuk rasa percaya diri.


Virgo

-Anda yang berzodiak Virgo biasanya sangat teliti, hobi mengkritik orang lain, workaholic, dan selalu menyukai cabaran. Saat berada di rumah pun anda tetap ingin mendominasi. Tanamlah melati di halaman rumah, kerana aromanya akan membuat anda lebih rileks sekaligus mengistirahatkan fikiran.


Libra

-Zodiak ini sangat senang dimanjakan dan romantik. Jika sifat malasnya timbul, Libra tak akan meninggalkan rumah seharian. Menanam mawar pink atau putih akan membuat anda semakin menikmati kenyamanan di rumah.


Scorpio

-Scorpio cenderung kepada misteri dan introvert, tapi sebenarnya dia sangat pesona, cerdas, dan tekun. Untuk mengurangi sifat  introvert dan meningkatkan kenyamanan anda terhadap diri sendiri, Anda perlu mencuba menanam kaktus.


Sagitarius

-Karakter Sagitarius cenderung memiliki pandangan yang luas, hobi traveling kerana berjiwa bebas, tapi terlalu pemikir. Tak heran jika anda akan menyukai bunga bakung yang mirip dengan lili. Bunga bakung akan mengingatkan anda pada tempat-tempat yang pernah anda kunjungi.


Capricorn

-Zodiak ini sangat berjiwa pemimpin, tapi cenderung konservatif. Anda sangat menyukai tanaman yang sifatnya timeless, jadi sangat sesuai jika anda menanam anggerek di pekarangan rumah.


Aquarius

-Aquarius sangat tenang, berjiwa sosial dan menjunjung tinggi persahabatab. Dia selalu ada saat diperlukan. Tapi, Aquarius hobi bermimpi, sehingga dia juga sangat kreatif. Keharuman bunga kemuning di halaman anda akan meningkat kan imajinasi dan kreativiti anda.


Pisces

-Pisces termasuk peribadi yang ceria, selalu menjadi orang yang paling lucu di antara gengnya kerana tak pernah kehabisan bahan cerita. Agar tak dianggap terlalu mendominasi, tenangkan sedikit semangat anda, misalnya dengan menikmati keindahan bunga lotus atau teratai.


Follow Us @soratemplates