25 September 2016

KURUS DENGAN HANYA RM15

7:36 PG 2 Comments
Assalamualaikum gais.
Wahhh lamanya CK tak update blog kan? Almaklumlah sibuk sikit dua tiga menjak ni. Okaylah, tak nak meleter panjang lebar pagi ni.

Gais nak kurus tak? Nak turunkan berat badan tak? Na tingkatkan kesihatan tak? Apa kata kalau uoll cuba DETOX TEA. Detox Tea merupakan tea minuman 100% berasaskan herba, tiada bahan terlarang dan tiada kimia.

Detox Tea ni ada dua jenis tau, SLIMMING DETOX TEA dan KAKICANTIQ TEA

Khasiat dan Fokus SLIMMING DETOX TEA (SDT)

  • Untuk kempiskan perut
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyelesaikan masalah obesiti
  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Membuang lelemak degil
  • Menurunkan tahap kolestrol
  • Membuanga ngin dalam badan
  • Penurunan pantas sehingga 6KG dalam masa 14minggu
  • 1 Pack ada 15 Uncang
  • 1 Uncang boleh digunakan sebanyak 2kali
  • Tiada cirit birit
  • Minum setiap malam sebelum tidur

Khasiat dan Fokus KAKICANTIQ TEA (KCT)

  • Mengecilkan peha
  • Mengecilkan lengan
  • Mengurangkan air lebihan dalam badan
  • Melawaskan kencing
  • Mengurangkan selera makan
  • Perut rasa cepat kenyang
  • 1 Paca ada 15 Uncang
  • 1 Uncang boleh guna sebanyak 2kali
  • Tiada cirit birit
  • Minum setap pagi sebelum sarapan


Tanpa diet ketat!! Kesan dalam masa seminggu jika anda konsisten dan disiplin.

Detox | Beauty | Slim
SLIMMING DETOX TEA RM15
KAKI CANTIQ TEA RM 25
SET COMBO RM40 shj
**Add postage RM7sm/ RM11ss**
Ws 013-6462960
COD sekitar Kuala Terengganu























17 September 2016

Sekadar peringatan sahaja

11:03 PG 2 Comments

Kisah couple 

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sangat dekat awak. Bagi saya, awak perfect sangat

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalau sudah minta awek tu maknanya couple dah kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat kerje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab..

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya tak nak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya walaupun tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring.

Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, ambil yg lain lah..

LELAKI : Em..tapi saya tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika saya masih balum berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

Jauhi COUPLE, dekati NIKAH...

Resepi Bancuhan Makanan Sunnah

9:19 PG 0 Comments

Ini adalah resepi membuat bancuhan makanan sunnah untuk menyembuhkan penyakit.

====================
Resepi 1 - Bancuhan Cair
====================
Ciri-ciri: Rasanya sedikit pedas, kurang likat, boleh diletakkan di dalam botol untuk dispray
1. 50% Habbatus Sauda
2. 30% Minyak Zaitun
3. 15% Madu (atau 10% madu dan 5% propolis)
4. 5% Sari Kurma/Pati Kurma
Kelebihan: Menyembuhkan penyakit berkaitan jantung, paru-paru, darah, gout, strok. Juga elok dibuat sebagai minyak sapu.
Cara minum:
- 1 ml 2 x sehari


================
Resepi 2 - Bancuhan Pekat
================
Cir-ciri: Rasanya manis, pekat, perlu diminum menggunakan sudu
1. 60% Madu
2. 15% Habbatus Sauda
3. 15% Minyak Zaitun
4. 10% Sari Kurma
Kelebihan: Menyembuhkan penyakit berkaitan dengan perut, demam, gastrik, sembelit, strok, kanser. Memberikan tenaga dan membekalkan antibodi yang kuat.
Cara minum:
- 1 sudu besar (gunakan sudu plastik), 3 x sehari.

=========
Ramuan ini hanyalah usaha sahaja, banyakkan berdoa agar Allah yang menyembuhkan. Semoga dengan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat boleh membantu kita sembuh dari apa sahaja jenis penyakit yang kita hadapi :)

Amalkan. Semoga bermanfaat. :)

Kenali Jenis-Jenis Sihir

9:05 PG 3 Comments


Manusia disihir boleh jadi kerana pelbagai sebab. Ini antara jenis sihir yang agak banyak berlaku di malaysia. Ada banyak lagi, tapi tak larat nak cerita semua.

Jika merasakan diri anda ada simptom-simptom terkena sihir, bersegeralah melakukan rawatan.

1. Sihir Penceraian

Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri.

Antara simptom-simptomnya
- Sering bergaduh atas isu kecil
- Panas baran tanpa sebab
- Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
- Tidak boleh duduk berdua
- Sering prasangka buruk
- Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
-bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh

2. Sihir Penghalang Nikah

Biasanya lebih kerap berlaku daripada 'ain daripada sihir.

Kesannya:
- Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
- tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
- Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
- Beberapa kali putus tunang secara mendadak

3. Sihir Pendarahan

Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun

Simptomnya:
- Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
- Darah yang keluar tidak normal

Boleh juga jadi:
- Haidh tidak kunjung2 tiba walaupun berbulan-bulan

4. Sihir Pemisah

Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan

Boleh jadi sebuah kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner. 

Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.

Kesan:
- Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
- Tidak boleh berbincang dengan elok

5. Sihir Penyakit

Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.

Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
- Muntah darah
- batuk berterusan
- Ulcer
- Kanser
- Jantung

6. Sihir Mahabbah

Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain

Tanda-tandanya:
- Terlalu obses dengna lelaki / wanita tersebut
- Selalu terbayang-bayang
- Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga

7. Sihir Gila

Sihir untuk membuatkan seseorang gila

Dengan membuatkan orang tersebut:
- Terbayang-bayang benda yang tidak wujud
- Sering mendengar bisikan-bisikan
- Sering merasai dirinya dibenci semua
- Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
- Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia

8. Sihir Bisikan

Sering mendengar bisikan-biskan ghaib.

9. Sihir Mandul

Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak.

Sekiranya mengandung juga, sering gugur

10. Sihir ikatan

Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan / blockage

Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan

Penyelesaiannya

Teruskan buat rawatan islam jika perlu. Amalkan juga zikir pendinding diri sebagai pendinding diri bagi mengelakkan gangguan. Korang boleh download Buku Zikir Pagi & Petang dekat SINI dan untuk pembelian Buku Zikir Pagi & Petang bolehlah klik dekat SINI.

Credit ; SINI

Semoga bermanfaat










Simptom- Simptom Terkena Gangguan

8:44 PG 2 Comments


Ini adalah simptom-simptom yang biasa dialami oleh mereka yang terkena gangguan.
Semak diri anda, dan ahli keluarga anda, dan bersegera ambil tindakan.
Amalkan Zikir Pagi & Petang untuk perlindungan segera.


1) Gangguan Emosi

Ada masalah untuk mengawal emosi. Dan perubahan ini boleh berlaku secara mendadak atau beransur-ansur.

- Emosi tidak stabil
- Sentiasa ragu-ragu / was-was
- Senang cemas & takut
- Mudah marah
- Mudah menangis tanpa sebab/secara tiba-tiba

Tips rawatan:
- Banyakkan solat & Puasa


2) Gangguan Ibadah

- Susah khusyu’
- Sering lupa rukun / bilangan rakaat solat
- Malas beribadah
- Senang bermaksiat
- Panas @ sesak nafas bila membaca Al-Quran
- Sukar melakukan ibadah dengan gerakan sempurna

Tips rawatan:
- Banyakkan solat berjemaah dan hadiri majlis agama


3) Gangguan Psikologi

- Mendengar bisikan untuk bunuh diri, buat maksiat dll
- Sering mengalami dejavu
- Mampu meramal
- Mampu tahu rahsia seseorang walaupun baru pertama kali jumpa
- Mampu membaca fikiran orang lain
- Melihat jelmaan jin
- Sering bau sesuatu wangian/bau busuk tanpa sebab
- Gila
- Kemurungan
- Suka berkhayal & bersendiri
- Blank @ blackout tiba-tiba

Tips rawatan:
- Rawat dengan kaunseling
- Jauhi ubat-ubatan berasaskan dadah
- Membetulkan saraf / posisi tulang leher dengan Chiropractic/Yumeiho


4) Gangguan Fizikal 

Gangguan secara fizikal ini boleh datang dari pelbagai aspek

Masalah sistem:
- Mudah sakit / masalah autoimmune
- Buah pinggang
- Sakit perut

Masalah peranakan
- Mudah gugur, sukar mempunyai anak, Masalah rahim
- Pendarahan / haid tidak teratur
- Impotensi, kemandulan, dan penyakit kelamin

Masalah jantung
- Sakit jantung
- jantung rasa seperti dicucuk
- sering berdebar

Masalah pernafasan
- Nafas tidak puas
- nafas tersekat-sekat
- nafas berbau
- mudah terkena serangan asma

Masalah kulit
- kegatalan, bisul ruam yang berpanjangan/berulang-ulang

Lain-lain:
- Penyakit misteri / penyakit yang tidak sembuh-sembuh

Tips rawatan:
- Lakukan rawatan nyahtoksin
- Mendapatkan nutrien yang secukupnya
- Gunakan bahan seperti madu, minyak zaitun, habbatus sauda, minyak kelapa dara, buah-buahan dan herba-herba


5) Gangguan Ketika Tidur

- Insomnia (susah tidur, gelisah saat tidur, sering terjaga)
- Susah bangun subuh
- Ditindih ketika tidur

Selalu bermimpi perkara-perkara seperti:
1. Binatang-binatang berbisa @ berkuku tajam @ bertaring
2. Bermain-main / melompat dari tempat tinggi
3. Mimpi kubur/tempat-tempat yang sering didatangi jin
4. Mimpi melihat jin/syaitan/tukang sihir
5. Mimpi diperkosa/cubaan diperkosa
6. Mimpikan pasangan melakukan suatu yang tidak baik, sedangkan rupa/wajah/perangainya tidak sama dengan yang sebenar.

Tips rawatan:
- Lakukan ruqyah terlebih dahulu sebelum tidur
- Amalkan zikir dan amalan sebelum tidur


6) Gangguan Dalam Perhubungan

- Lesbian/homoseksual/biseksual
- Kehilangan seri muka 
- Sukar mendapat jodoh
- Sering bergaduh dengan pasangan/ahli keluarga dalam hal-hal remeh
- Dibenci/dimusuhi/dipulau manusia lain tanpa sebab
- Persahabatan putus secara tiba-tiba @ secara drastik

Tips rawatan:
- Lakukan ruqyah mandiri
- Berjumpa kaunselor / peruqyah


7) Gangguan Berkaitan Anak

- Sukar mendapat anak
- Kandungan hilang tiba-tiba sebelum waktu kelahiran
- Anak hilang sebaik sahaja dilahirkan
- Anak kerap menangis tiba-tiba
- Selalu bercakap seorang diri / dengan kawan yang tidak kelihatan
- Sering terjaga waktu malam
- Nampak kelibat/bayangan
- Mendengar bisikan
- Berubah perangai dengan tiba-tiba

Tips rawatan:
- Selalu biasakan anak-anak dengan al-Quran
- Jaga pemakanan dan berikan nutrien secukupnya


8) Gangguan Ruqyah

- Panas/tidak tenteram semasa di dalam rumah
- Bunyi dibaling pasir/guli/sesuatu ke atas bumbung
- Bau hanyir/busuk/hancing di sesetengah tempat tanpa sebab
- Air kencing yang muncul tiba-tiba
- Sering terlihat kelibat/bayangan 
- Terdengar suara/gelakan/nyanyian ghaib

Tips rawatan:
- Membaca surah al-Baqarah di rumah
- Biasakan solat sunat di rumah

Credit ; SINI

Take Note ; Melalui pengalaman sendiri, kami sekeluarga pernah mengalami salah satu daripada gangguan yang diatas, Gangguan Ruqyah. Sejujur, kami sekeluarga tak tahu pun yang kami mengalaminya. Sampailah satu ketika tu, adik aku sakit. Waktu tu kawan dia datang melawat. Hari pertama dia datang, okay je berborak kosong. Hari kedua, tengah borak-borak tetiba dia cakap, ada sesuatu yang kacau adik aku. Dia tanya ada tak bermusuh dengan sesiapa, ada tak rasa macam diperhatikan, dan beberapa soalan lagi yang aku dah lupa. Tapi soalan yang paling aku ingat, biasa malam-malam ada tak dengar bunyi atas atap? Okay, meremam badan aku dengan soalan tu. 

Katanya, ada 'benda' atas atap. Sungguh, kami memang selalu dengar bunyi atas bumbung tapi tak menyangka pun 'benda' tu. Pada kami, itu hanyalah bunyi tikus atau tupai. Yalah, sebelah rumah aku kan ladang sawit. Jadi, ingatkan tupailah yang lalu lintas atas bumbung tu. 

Hampir sebulan lamanya kami berubat dari ganguan tersebut. Alhamdulillah, takde lagi dengar bunyi atas bumbung. Tidur malam takde lagi dengar buyi bising2. Bila difikir-fikir balik, rasa macam tak percaya pulak. Kami sangkakan tupai atau tikus rupanya bukan. Katanya ustaz, itu bukan bunyi berjalan tapi bunyi ditabur pasir. 

Semoga kami sekeluarga berada dalam lindunganNya sentiasa. Sesungguhnya hanya padamu Ya Allah, tempat untuk kami berlindung.


15 September 2016

7 Doa Yang Patut Ibu Amalkan Demi Anak-Anak

11:34 PG 2 Comments
Kami ingin kongsikan kepada anda senjata yang paling utama dan berkuasa bagi umat islam lebih-lebih lagi untuk seorang insan yang dianugerahkan gelaran ibu. Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan.

Kami tahu, perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa melayu pun tidak mengapa.












Yang penting apa?
Ikhlas.
Berharap.

Credit : SINI


Follow Us @soratemplates