31 Ogos 2016

Tips Mengemas Rumah Untuk Wanita Yang Sibuk

Hujung minggu adalah hari mengemas rumah bagi hampir semua wanita terutamanya kepada ibu yang bekerjaya. Kalau nak harapkan hari-hari kerja, memang tak sempatlah. Nak-nak kalau yang jenis sampai rumah dah senja atau yang selalu outstation. Kalau yang jenis ramai anak kecil yang lasak dan aktif, mesti rumah boleh mengalahkan tongkang pecah, hehehe.

Panduan Kemas Rumah Pantas, Mudah & Cepat Ibu Yang Sibuk

  • 1) Dahulukan Keperluan Anak Kecil

Bagi yang ada anak kecil, terutamanya bayi, pastikan kalau time tukar lampin/diapers atau menyusu tu, diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita nak mulakan kerja-kerja rumah ni. Jadi, taklah baru jer nak sapu habuk, baby dah meraung.

Kalau baby dah kenyang, biasanya kurang-kurang 1-2 jam baby akan tidur dengan lena. Boleh lah kita nak sapu sampah ke, jemur kain ke, lipat baju ke, kan?

  • 2) Basuh Baju Mengikut Jadual

Sebenarnya tak perlulah rigid sangat. Kalau keluarga kecil, boleh basuh baju 2-3 kali seminggu je. Tapi kalau keluarga besar, mungkin perlu setiap hari, malah mungkin beberapa kali sehari.

Kalau memang selalu ada aktiviti hujung minggu, cuba elakkan membasuh baju pada hari tersebut.

  • 3) Basuh Baju Awal Pagi

Kenapa? Kalau cuaca panas elok, tak sampai tengah hari pakaian dah kering. Ni jika ibu berada di rumah atau pada hujung minggulah. Jadinya, dah boleh lipat awal semua pakaian tadi.

  • 4) Cara Paling Mudah Uruskan Pakaian


Dalam part kain baju ni, dari basuh sehingga disimpan dalam almari, mana yang paling tak best? hehehe

Saya paling suka jemur kain sebenarnya dan paling kurang rajin, lipat pakaian…kiki.

Sebenarnya, kalau nak mudah, jemur pakaian menggunakan hanger terutamanya pakaian yang perlu digosok. Lepas kering, sangkut terus dalam almari. Kaedah ni akan mengurangkan kedutan dan memudahkan kerja menggosok nanti.

Untuk pakaian kita dan anak-anak kat rumah pun boleh juga guna cara ni. Jadi, jimat masa melipat kain baju.

Untuk yang perlu dilipat macam kain batik, kain pelikat atau tuala tu, boleh buat sambil-sambil menonton tv ke, dengar ceramah kat youtube ke, dapat juga menghiburkan hati. Hilang stress 

  • 5) Multitasking

Buat beberapa kerja dalam satu masa. Ibu dan mustitasking ni berpisah tiada, kikiki…Contohnya kalau kita nak basuh kain dan nak sapu sampah. Sebelum menyapu, setkan dulu mesin basuh baju. Lepas tu menyapulah.

Sedang elok baju siap dibasuh, lantai rumah kita pun dah bersih. Lepas tu dah boleh jemur baju. Boleh lagi sambung kerja lain macam nak merebus apa-apa kat dapur. Kan jimat masa lagi tu.

  • 6) Membuat Kerja Secara Sistematik

Ianya ala-ala buat kerja ikut arah jam lah lebih kurang. Caranya dengan menetapkan titik permulaan kerja. Katakan nak kemas rumah. Jadi bermula dari ruang tamu depan, terus ke ruang tengah dan dapur. Maka, semua ruang akan dapat dibersihkan tanpa tertinggal.



Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM
Assalamualaikum


Tengah leka blogwalking tetiba nampak "Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM" . Sejujurnya tajuk tu tak baca penuh pun terus terjah syarat yang dikenakan. Menarik! Itu yang mampu diperkatakan. Syarat yang mudah dan hadiah yang lumayan ditawarkan. Sejenak dihitung, RM200 tu agak banyak, tapi takpe kalau ada rezeki pasti akan dimiliki jua. Maka dengan pantas segala syarat diikuti step by step. Okay siap, dan paste link berkenaan ke entri tuan. Semoga giveaway yang dianjurkan ni mendapat sambutan yang menggalakkan dan semoga saya sealah seorang pemenang yang dicari. Salam Ukhwah :)


Tamat : 22 September 2016



PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU DENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT & BERWAJAH BAHARU!

- PENJAGAAN SEMULA JADI UNTUK KAWASAN INTIM YANG BERSIH DAN SIHAT -



Sebahagian erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jugaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dn perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. bakteria yang membentuk sebuag ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.


Lengkapkan ritum penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada aras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi mengekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.



Selari dengan peredaran masa, Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap variasi yang dihias dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga diperakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menari dan pelbagai.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid - Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunan dalam pelbagai cara

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Mawar / Rose - Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Floral - Kombinasi percikan pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Musk - Aroma semula jadi kasturu yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa ke hadapan dan meminati haruman patchouli yang terkena dengan nuansa anggun.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Gambir - Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Fruity - Aroma manis buah buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi.


30 Ogos 2016

Jalan yang dipilih
Ya, jalan itu..
Jalan itu yang aku pilih,
Jalan itu yang aku rasa terbaik,
Jalan itu yang ajar aku hidup berdikari,
Jalan itu yang ajar aku erti kekuatan,
Jalan itu yang ajar aku erti semangat,
Jalan itu yang ajar aku erti kehidupan,
Jalan itu yang ajar aku erti persahabatan,
Jalan itu yang ajar aku erti kekeluargaan,
Jalan itu yang ajar aku erti kesusahan,
Jalan itu yang ajar aku erti kesenangan,
Jalan itu yang ajar aku erti rezeki yang berkat,
Jalan itu yang ajar aku erti masa,
Jalan itu yang ajar aku erti sakit,
Jalan itu yang ajar aku erti sihat,
Jalan itu yang ajar aku mane betul mana salah,
Jalan itu yang ajar aku kenal manusia,
Jalan itu yang ajar aku kenal perangai manusia,
Jalan itu yang ajar aku menjadi keras,
Jalan itu yang ajar aku menjadi tegas,
Jalan itu yang ajar aku menjadi dewasa,
Jalan itu yang ajar aku menjadi lebih positif,
Jalan itu yang ajar aku berfikir waras,
Jalan itu yang ajar aku berfikir matang,
Jalan itu yang ajar aku mengawal emosi,
Jalan itu yang ajar aku berubah menjadi baik setiap hari,
Jalan itu yang ajar aku jangan lupa diri,
Jalan itu yang ajar aku kenal situasi,
Jalan itu yang ajar aku belajar buat keputusan terbaik utk diri,
Jalan itu yang ajar aku selami hati diri,
Jalan itu yang ajar aku selami hati org disekeliling,
Jalan itu yang ajar aku duit bukan segala²nya,
Jalan itu yang banyak beri aku memori bahagia,
Jalan itu yang banyak beri aku memori yg juga kurang indah,
Jalan itu juga penuh onak dan duri,
Namun, jalan itu juga yang beri aku banyak rasa yang tak pernah aku rasa sebelum ini,
Jalan itu yang Allah dah tetapkan aku utk melaluinya dan aku bersyukur.
Ya.. Jalan itu..
Aku tak pernah menyesal memilih jalan itu.
Kerana niat aku cuma satu,
Mencari kebaikan dalam setiap perkara yang aku lalui setiap hari.
Mencari kebaikan dalam setiap hati orang yang aku jumpa setiap hari.
Dan percaya pada setiap rezeki yang Allah beri.
Percaya setiap rezeki yang Allah dah tentukan untuk diri ini.
Cume pesan pada diri untuk sentiasa tabah dan kuatkan hati.
Kerana...
Walaupun terkandas suatu saat nnti, aku masih mampu senyum dan berdiri semula dengan sendiri walaupun tanpa sesiapa disisi. 
DAN aku tahu hanya ALLAH akan sentiasa ada di dalam hati dan di sisi dalam apa jua situasi. Hanya DIA tempat kita akan kembali.
Aku bersyukur ya ALLAH utk segalanya..

27 Ogos 2016

Rokok tidak merbahayakan kesihatan
Ada yang mengatakan rokok sebenarnya langung tak merbahayakan kesihatan. Ye ke? Sebaliknya cuma sekadar mitos dan dongeng semta-mata. Betol ke? Okaylah, untuk perokok tegar apa kata korang baca ni.
    
Ramai orang berfikiran bahawa rokok sangat merbahaya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa orang pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak pernah merbahaya.

Ada sebuah 'the untold story'_yang membuka mata seluruh dunia bahawa rokok itu tidak merbahaya sama sekali.
     
Ada tiga orang pakar penyelidik dan mereka ini selalu sahaja bersama ke mana saja mereka pergi.
Tapi ketiga-tiganya memiliki kesukaan yang amat berbeza antara satu sama lain.
Suatu hari mereka pergi berjumpa dengan seorang Dukun Sakti. Lalu mereka memilih kesesuaian dengan kegemaran masing-masing.

*Si A*: ”Aku mahu perempuan² muda serta gadis jelita yang seksi dari berbagai bangsa dan makanan serta minuman yang cukup. Letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu kami selama 10 tahun".

*Si B:* “Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia dan bekalan makanan yang cukup letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun".

*Si C:* ”Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia dan makanan yang cukup letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.”
 
Selepas 10 tahun kemudian, Dukun Sakti membuka pintu gua masing² sesuai dengan perjanjian mereka.
Ketika pintu gua pertama dibuka, keluarlah si A, kurus kering, berdiri pun tidak mampu karena lutut sudah goyang hampir kebas, sebab hari-harinya dihabiskan dengan perempuan.
Beberapa saat kemudian si A pun jatuh ke tanah lalu mati..
         
Pintu gua ke dua dibuka, maka keluarlah si B, perut buncit dan mata merah kerana hari-harinya dihabiskan dengan minuman arak, jalan terhuyung hayang dan tak berapa lama jatuh ke tanah lalu mati.

Akhirnya tibalah dukun itu ke pintu gua yang ke tiga, TAHU APA TERJADI???
Tatkala pintu ke tiga dibuka, keluarlah si C, sihat walafiat bahkan lebih sihat dari 10 tahun yang lalu.
Dia berjalan tangkas ke arah Dukun Sakti itu dan terus menumbuk kepalanya serta berkata:
“Dasar DUKUN BENGONG!!! LIGHTERNYA MANA???! Kempunan aku 10 tahun dalam tu.... lighter takde....!”
       
Kesimpulannya, rokok tidak merbahayakan kepda kesihatan selagi tidak ada apinya. Dalam erti kata lain, perokok tidak dapat merokok jika rokok tidak dinyalakan dan itu sangat tidak bahaya. Hahaa

Take note : Apa nikmat menghisap rokok? Salah satu cara untuk hilangkan stress, hilangkan tekanan? Erkkkk rasanya banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan. Dikatakan salah satu kepuasan? Rasanya banyak perkara lain yang boleh dibuat untuk dapat kepuasan. Kan?
Doa Pagi Sebelum Memulakan Aktiviti

☆☆🌹 السلام عليكم ورحمة
             الله وبركاته  ...
             بسم الله الرحمن 
            الرحيم،🌹☆☆
DO'A PAGI dulu sblm memulai aktiviti 😊😊
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا.
ALLAHUMMA INNII AS-ALUKA 'ILMAN NAAFI'AN, WA RIZQON THOYYIBAN, WA 'AMALAN MUTAQOBBALAN.
“Yaa Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang halal, dan amal yang diterima...
Yaa اَللّهُ ...
Kami bersyukur padaMu kerana telah menjaga tidur kami dan membangunkan kami kembali di pagi ini...
Engkau telah izinkan kami kembali memulai hari yang indah ini...
Kami mohon pagi ini untuk berbahagia dengan orang² di sekeliling kami... Jadikanlah mereka gembira apabila berada bersama kami...
Jadikanlah hari ini penuh keindahan, keindahan dengan rahmatMu yang melimpah...
Kurniakanlah hati kami dgn kedamaian, ketenangan dan keiklasan...
Berikanlah kami ketajaman fikiran sehingga  dengan bijak dan sabar menjalani segala ujianmu pada hari ini...
Ya Robbana...
Jadikanlah apa yang kami lakukan hari ini sebagai amalan untuk bekal kami mengadap Mu, berikan kami kekuatan iman untuk istiqomah dlm menggapai ketaqwaan padaMu semata2...
Ya Robbana...
Kuatkanlah hati dan badan ini untuk tetap berjalan dalam naungan CahayaMu...
Hilangkan kelelahan dan kelemahan dalam diri kami sehingga kami dapat memberi yang terindah bagi keluarga, sahabat dan pekerjaan kami...
Ya Allah...
Berikanlah kasihMu, Rahmat Mu, PerlindunganMu, CahayaMu untuk saudara2 ,sahabat2 kami yg Engkau rahmati...
Berkatilah umurnya...
Berilah kesihatan yg baik padanya...
Angkatlah penyakitnya...
Murahkanlah rezeki nya...
Berkatilah mereka dgn taufik dan hidayahMu...
آمين... آمين... آمين... يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن...
May Allah leads us to his righteous path...
🌹🌹جزاك الله خيرا في الدنيا
         والآخرة. .🌹

ْ

26 Ogos 2016

Dilema wanita berbadan chubby

Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Seiring dengan perkembangan fesyen, baik yang berbadan S mahupun XXXL memang tidak mahu ketinggalan untuk memperagakan fesyen terkini.

Bagi yang berbadan kecil 'S', pencarian fesyen terkini memang tidak menjadi masalah. Berlambak fesyan yang berada dipasaran untuk saiz mereka.

Tapi bagaimana pula dengan berbadan comel, chubby, montel, bersaiz XXL? Sedarkah anda akan dilema mereka? Mereka juga ingin berfesyen tapi agak terhad. Rata-rata wanita chubby yang aku kenali merungut, terlalu sukar untuk mendapatkan baju dengan fesyen terkini untuk pemakaian mereka. Menurut mereka, kebanyakan butik dan kedai-kedai pakaian tidak menjual pakaian untuk saiz mereka. Oichhh sedih sungguh!

Kekdang aku terfikir, kenapalah tak ramai yang mendesign pakaian untuk wanita yang berbadan besar? Sedangkan mereka pun ingin bergaya. Salah seorang kawan aku berkata, dia lebih suka membeli blous yang bersaiz besar di instagram. Tapi apapun, agak payah jugak untuk mencari kerana penjualan agak terhak. Tak ramai yang menjual baju-baju untuk saiz besar, katanya.

Jadi, sekiranya ada sesiapa yang tahu dimana boleh dapatkan pakaian yang bersaiz besar sila infom ye. Tak kiralah sama ada penjualan di facebook ke, instagram ke, twitter ke, atau mana- mana je bolehlah tinggalkan maklumat dibawah. Semoga dapat membantu.

25 Ogos 2016

Tanda-tanda taubat diterima Allah
Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak?

Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati alim ulama dan orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


23 Ogos 2016

Dugaan itu teguran

Bila ditimpa kesusahan sering kali kita mengingati Allah. Ada kala kita meratapi dan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Tapi sedarkah kita, ketika dalam kesenangan tidak pernah walau sekali kita mengingatiNya.

Segala nikmat kesenangan yang diberikan olehNya, pernahkah kita bersyukur? Pernah ke kita kongsi dengan insan lain yang kurang bernasib baik? Pernah ke kita cuba untuk perbaiki segala kekhilafan kita? Pernah ke?

Jadi apa hak kita untuk pertikaikan dugaan yang menimpa kita? Dugaan yang ditimpa itu sebenarnya sedikit teguran untuk kita. Dengan dugaan itu kita mengingatiNya, kan?. Dugaan itu tanda kerinduan Dia kepada kita. Ketika ditimpa musibah, kita mencari Dia. Kita mengadu kepada Dia, kita berdoa bersungguh sungguh kepada Dia. Tatkala itu kita sedar akan kewujudan Dia. Kita sedar akan tahu, apa yang kita perlukan hanyalah Dia. Hanya Dia.

Duhai manusia, sampai bila harus kita menganyam mimpi yang indah? Sedarkah kita bahawa dunia ini bukan milik kita? Harta yang kita miliki bukan hak milik mutlak kita? Itu semua hanya pinjaman. Dipinjamkan kepada kita hanya untuk sementara waktu.

Take note : Saat ini hidup sedang diuji. Aku tahu Allah mengujiku kerna Dia menyayangiku
Sungguh aku lemah, tapi aku tahu aku mampu harungi dugaan ini kerna Allah menguji hambanya dengan ujian yang termampu hambaNya lalui. Semoga segalanya dipermudahkan, Aamin.

21 Ogos 2016

Fakta bau badan
Tahukah Anda? : Penyebab Bau Badan

Sebenarnya bau badan datang dari dua kelenjar yang bertugas untuk menghasilkan peluh, iaitu Eccrine dan Apocrine. Terma sains yang digunakan ini mungkin agak susah untuk difahami, jadi admin mudahkan pemahaman anda iaitu Eccrine yang bertanggungjawab terhadap proses peluh yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Yang tujuan utama untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Eccrine pada dasar sifatnya tulen dan jernih seperti air, tidak menghasilkan bau.

Manakala untuk kelenjar Apocrine, cecair yang dikeluarkan lebih likat dan keruh. Selalunya kelenjar peluh Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut. Seperti ketiak, serta tempat sulit seperti kemaluan. Di sini terdapat terma sains digunakan. Untuk memudahkan lagi pembaca, protein yang pecah masuk ke dalam peluh oleh bakteria, boleh menyebabkan ketiak, kaki, badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Pencernaan

Proses pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan bahan buangan terkumpul dan seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi oleh kerana system pembuangan tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar untuk terus kekal di dalam badan.


Pemakanan

Individu yang dikenalpasti banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang menyumbang untuk mendapat bau badan yang busuk. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline (tidak mudah melalui proses metabolism). Tahukah anda kopi dan minuman berkafein dan makanan berempah juga menyumbang bau badan? Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama di pelipatan seperti ketiak.


Penyakit

Dinasihatkan juga pada anda yang merasakan badan anda berbau, walaupun dah pelbagai wangian anda cuba. Mandi pula selang sejam, tetapi masih berbau. Sila mendapat rawatan nasihat doctor. Bimbang kerana bau badan juga boleh datang dari penyakit. Seperti masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), kencing manis, dan toroid. Jangan ambil mudah ya



Kredit : www.fcsfakta.com

Persiapan kahwin | Part 1

Bila sebut tentang kahwin, naik lemau plak aku rasa. Banyak benda yang nak difikirkan. Tarikh dah dekat tapi persiapan masih lagi terkial-kial. Pening sebenarnya memikirkan kerenah bakal pengantin ni. Nak dikerahkan dah besar. Nak di push push kan bimbang kita plak yang dikatanya over. Tapi itulah, aku ni takde lagi sampai tahap over. Hehee setakat excited tu adalah. Almaklumlah nak dapat kakak ipar kan.

Kekadang bila difikirkan balik rasa macam aku plak yang nak kahwin. Ada dua tiga perkara yang aku kene settlekan bagi pihak pengantin. Tapi takpe, ianya satu pengalaman baru untuk aku.

Baru-baru ni, aku berpeluang ikut abang dan tunang dia ke Era Nona cawangan Kuala Terengganu. Alkisahnya, niat dihati nak pegi cawangan yang besar sekali sesat. Try guna maps tapi sesat jugak. Kesudahannya, terpaksalah pegi ke cawangan area Giant, Terengganu.

Apa yang dibeli? Sebelum tu kami dah list beberapa benda yang nak dibeli. Bila sampai ke Era Nona tetiba rasa mcm blank. Untuk bunga, walaupun tak banyak pilihan tapi masih boleh dipilih. Untuk gabus pulak, hanya ada tiga bentuk je so aku pilih bentuk yang segi empat tepat. Bekas letak cincin tak banyak pilihan jadi bedal je lah apa yang ada. Tapi cantik jugak sebab ala-ala baldu gitu.

Apa lagi yang dibeli? Aku beli sampul untuk balut gabus, beli pistol gam dan ubat, beli daun sirih, beli span hijau untuk cucuk bunga, beli reben, beli album untuk selit duit hantaran, beli bunga dua warna, beli bunga-bunga kecil untuk design album dan beberapa barang lagi.

Untuk hantaran nanti, aku akan gubah sendiri. Tu salah satu sebab kenapa aku ikut abang dan tunang dia pergi Era Nona tu. Kihkihkihhh. Rasanya apa yang kami beli waktu tu banyak jugak. Tapi alhamdulillah tak lari budget.

Aku plan nak buat gubahan DIY. Gubahan yang agak simple tapi nampak mewah. Bila dikira-kira kos pun takde lah besar mana. Ok lettuw, boleh berjimat kan. Untuk kad kahwin pun, aku plan nak buat sendiri. Aku ni kalau diikutkan takde lah kretif mana. Tapi takpe, aku cuba. Mana yang boleh dikurangkan tu kita cuba kurangkan.


Doa awal pagi
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*Ya Allah...*
Di pagi yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami, Dosa pasangan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami, Dosa anak-anak kami,
Dosa saudara-saudara kami, Dosa jiran tetangga kami, Dosa sahabat-sahabat kami,
Dosa guru-guru kami,
*Ya Allah...*
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. InshaAllah...
*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*
Inspirasikan orang lain yang tengah down terkenangkan kebodohan sendiri

"Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri je, takyah berangan nak berjaya! Budak tak guna!"

Aku nak kongsikan satu kisah inspirasi, kisah benar, kisah budak jahat yang suka berangan bernama Zukermi.

Pertama, aku bukan nak buka aib sendiri, aku kongsikan ni sebagai inspirasi dan pengajaran untuk semua.

Aku share supaya lebih ramai yang sedang 'down' tu, akan terinspirasi. InsyaAllah.

.

Ya, dulu aku bukan budak baik, mencuri adalah kerja sambilan aku.

Sekolah sampai tingkatan 2 saja.

Saat orang semua tidur, bukit bintang jadi taman permainan aku masa remaja dulu.

Aku tak bangga dengan apa yang aku buat dulu.

Sebab aku banyak menyusahkan mak ayah aku.

Aku banyak menyusahkan orang lain.

Aku menyesal dengan perbuatan aku dulu.

Sedih bila terkenangkan banyak kebodohan dah aku buat dulu.
.

.

Tapi dalam jahat aku dulu, aku ada pasang impian.

Jangan ingat remaja tak habis sekolah, suka mencuri, nakal itu tiada impian.

Mereka semua ada impian.

Bezanya, impian itu biasanya hanya kami simpan sendiri-sendiri.

Sesuatu yang kami malu nak kongsikan dengan orang lain. Sebab apa?

Sebab orang akan gelakkan impian kami.

"Budak bodoh jahat macam kau nak kaya dan berjaya? Boleh mimpi!"

Dalam mereka gelak, mungkin atas inilah monolog mereka ketika itu.

.

.

Tak lama lepas tu, di saat aku rasa aku dah jauh sangat sesat dalam dunia aku, aku rasa aku kena buat sesuatu.

Seperti 'dirasuk' dengan satu semangat, aku akhirnya buat sesuatu untuk capai impian karut aku!

Aku tak peduli apa orang nak kata.

Aku tak fikir pun sama ada aku akan berjaya ke tak.

Aku tak fikir pun kemampuan aku masa tu.

Aku tak pandang ke belakang dah.

Aku mula langkah pertama aku dengan berniaga online.

.

.

Bermula dari saat tu, aku macam satu keretapi yang tak boleh berhenti.

Kejayaan kecil demi kejayaan kecil, seolah menolak aku untuk terus cuba dan mencuba.

Ketika tu aku sedar satu perkara,

Budak jahat, budak tak habis sekolah, budak tak guna, juga mampu untuk buat sesuatu untuk capai impian dia!

Rasa seperti kisah dongeng!

.

.

Dipendekkan cerita,

Dari jual produk orang tanpa modal, hari ni, budak tak guna ni dah mempunyai syarikat yang dah keluarkan produk kecantikan sendiri.

Dari pernah meminta sedekah untuk beli rokok, budak tak guna ni dah berjaya capai jualan jutaan Ringgit.

Dari mula menjual online di Cyber Cafe, budak tak guna ni dah ada office sendiri dengan staffnya sendiri.

Dari hanya berjalan kaki dan menaiki bas, budak tak guna ni dah ada dua kereta impiannya sendiri.

Dari tidur di surau stesen bas, budak tak guna ni dah ada hampir 9 buah rumahnya sendiri. (1 duduk, 8 lagi sewakan)

Dari hanya mengecewakan ibu bapanya, budak tak guna ni dah berjaya gembirakan ibu bapanya.

Dari hidup tak tentu arah seorang diri, budak tak guna ni dah ada seorang isteri yang terbaik.

Dari hanya mencuri, budak tak guna ni berpeluang untuk memberi pula pada orang lain.

Alhamdulillah. Semua ni takkan terjadi tanpa bantuan dan keizinan Allah swt. Subhanallah.

.

.

Apa yang aku cuba sampaikan,

Jangan biarkan kisah gelap kita halang kita berimpian!

Jangan biarkan kebodohan terdahulu buat kita rasa kita bodoh selamanya!

Jangan biarkan pandangan jijik orang pada kita buat kita lemah!

Jangan malu nak berimpian walaupun tiada segulung ijazah!

Jangan sesekali rasa nasib kita sentiasa di bawah.

.

.

Allah swt dah susun sehabis cantik perjalanan hidup kita.

Di saat Allah swt ingin curahkan rezekinya pada kita, kita pasti akan rasakan semua itu seperti bermimpi.

Semalam poket kita kosong, esoknya boleh jadi sepenuh-penuhnya, mencurah-curah.

Hari ni orang hina kita, esoknya boleh jadi orang pandang tinggi pada kita.

Hari ni kita rasa sedih, esok kita boleh jadi gembira tak terhingga.

.

.

Percayalah, sesiapa saja layak berimpian untuk berjaya.

Baik dia itu bekas penjenayah, baik dia itu pengemis, baik dia sesiapa pun. Jangan sesekali bunuh impian orang lain.

Lagi-lagi orang yang bermasalah, macam aku dulu.

Sebab hakikatnya, impianlah akan jadi pendorong untuk orang seperti ini berubah.

Jika impian mereka ditertawakan, tiada lagi impian dan mereka akan kekal jadi sebegitu.

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt.

Dan ingat, impian adalah sia-sia tanpa tindakan.

.

.

Mulakan sesuatu hari ni.

Kejarlah ilmu, belajarlah, usahalah.

Jika orang jahat, budak bodoh tak habis sekolah, tak guna seperti aku boleh, kenapa tidak anda?
.
Muhammad Zukermi Bin Edi
Universiti Jalanan
24 tahun
.
Take note : Salah seorang hamba Allah kongsi cerita diatas kepada saya. Agak terkesan dihati ini dengan apa yang dilaluinya ketika meniti usia remaja. Sungguh dugaan dalam hidup kita berlainan. Rezeki kita juga berlainan tapi ingatlah, jangan sesekali putus harapan. Jangan sesekali perkecilkan kebolehan diri sendiri. Siapa tahu, jauh didalam diri kita ada sesuatu yang perlu diasah dan digilap sedikit untuk bersinar.

20 Ogos 2016

Topi Keledar Kura-Kura Membahayakan Pemakai

'Hentikan Penjualan Topi Keledar Kura-Kura Kerana Boleh Bahayakan Pemakai'...

LARUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar memberhentikan penjualan topi keledar separuh atau topi keledar kura-kura kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar itu walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

"Selain daripada tindakan pihak berkenaan, orang ramai juga seharusnya mempunyai kesedaran dengan tidak membeli dan menggunakan topi keledar yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Beliau berkata sedemikian selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Selama, dekat sini pada Selasa.

Apa pandangan anda??

Credit : mStar Online

Budak 2 Tahun Ditinggal Dalam Kotak Tepi Jalan

Budak 2 Tahun Ditinggal Dalam Kotak Tepi Jalan

KISAH penemuan seorang kanak-kanak lelaki yang dijumpai dalam sebuah kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru, Ipoh, Perak, kini menjadi viral menerusi media sosial.

Kanak-kanak kecil yang berusia dalam lingkungan dua tahun itu dilaporkan mujur ditemui orang awam kira-kira pukul 1.30 petang, pada 30 Julai lalu namun berita tersebut hanya dihebahkan baru-baru ini.

Berikutan kes itu, pihak polis kini sedang berusaha untuk mengesan ibu bapa atau waris kepada kanak-kanak berkenaan dan ia menjadi sensasi dalam kalangan netizen tempatan yang simpati dengan nasib mangsa.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu kini kritikan dan sedang dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh ekoran mengalami masalah pendarahan otak.

Berita penemuan kanak-kanak itu disahkan oleh jurucakap Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin.

“Pada 30 Julai lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun ditemui dalam kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini dan kini ditempatkan di PICU HRPB.

“Sehubungan itu polis ingin memohon bantuan orang ramai mengesan waris kanak-kanak berkenaan atau saksi yang mengetahui mengenai kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11 Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629.

Take note : Dimana letaknya hati perut si ibu? Tergamak meninggalkan anak yang masih kecil dijalanan. Senang cerita, kalau tak nak jaga tu jangan menyibuk nak beranakkk!

Kenapa perlu pilih lelaki bijak jadi pasangan
Bila bab mencari jodoh ni, selalunya orang cakap dari mata turun ke hati. Maknanya, ramai yang memilih pasangan hanya berdasarkan paras rupa je. Betul tak?

Tapi bagaimana dengan kebijaksanaan mereka? Ramai wanita tidak kisah sama ada pasangan mereka bijak atau tidak.

Khas untuk wanita yang masih single di luar sana, anda perlu tahu kenapa anda perlu memilih lelaki bijak sebagai pasangan.

1. Lelaki bijak tidak suka buat sesuatu yang sia-sia
→ Kebanyakan lelaki bijak tidak akan lakukan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah padanya. Maknanya, tak ada sebab untuk mereka cari perempuan lain, kalau dah ada girlfriend/isteri.

2. Lelaki bijak seorang pemimpin yang baik
→ Ketua Negara dipilih berdasarkan kebijaksanaan mereka. Jadi, lelaki bijak pasti mampu menjadi pemimpin yang baik dan mampu menyelesaikan setiap masalah.

3. Lelaki bijak akan sentiasa mendengar & beri pandangan
→ Lelaki bijak sentiasa berfikiran rasional. Jadi, jika anda ada masalah, si dia pasti akan menjadi pendengar yang baik dan berikan pandangan tentang perkara tersebut.

4. Lelaki bijak lebih beradab
→ Orang selalu cakap, lelaki bijak ni perangai pun baik. Lelaki bijak tahu apa yang mereka lakukan dan tidak akan melakukan perkara bukan-bukan.

5. Lelaki bijak lebih menghargai wanita
→ Seorang lelaki bijak mampu mengawal emosi dengan baik, tak kira marah macam-mana sekalipun. Tapi, kalau sampai keluar ‘kata-kata kesat dan makian’, dia bukanlah lelaki bijak.

6. Lelaki bijak ada masa depan yang baik
→ Lelaki bijak selalunya mempunyai masa depan yang baik dan mudah mendapat pekerjaan. Bukan
itu je, mereka juga pandai uruskan kewangan dengan baik.
Yang penting bijak dan perangai elok...setuju tak??


Take note : 

19 Ogos 2016

Jaga adab ketika ditempat awam

Naluri wanita sentiasa nak berfesyen, ingin kelihatan cantik sehinggakan tak sedar terseksa pandangan yang memandang dan mengaibkan diri sendiri.

Dear hawa, tutuplah auratmu bukannya membalut auratmu. Kekadang aku sendiri sebagai wanita malu melihat penampilanmu yang menjolok mata. Bak kaum muda mahu pun tua semuanya sama. Terlalu mengejar dunia fesyen hingga lupa batasan yang dituntut oleh agama. Bagi aku, nak berfesyen tak salah tapi biarlah berpada. Cuba longgarkan sikit mana yang ketat. Cuba labuhkan sikit mana yang singkat.

Cuba teliti gambar berikut. Manis ke dipandang? Cuba lihat dalam cermin. Kita mahu wanita dilihat dengan penuh hormat bukan dengan penuh nafsu. Renungkan.



18 Ogos 2016

Kerenah manusia yang patut dihindari
FENOMENA SAAT INI YANG PERLU DIRENUNGKAN...

》Rumah semakin  besar, tapi keluarga semakin kecil.

》Pangkat semakin tinggi, tapi akal sihat semakin rendah

》Pengubatan semakin canggih, tapi penyakit semakin banyak.

》Travelling keliling dunia, tapi tidak kenal dengan jiran sendiri.

》Pendapatan semakin meningkat, tapi ketenteraman jiwa semakin berkurang.

》Kualiti Ilmu semakin  tinggi, tapi kualiti emosi semakin rendah.

》Jumlah Manusia semakin ramai, tapi rasa kemanusiaan semakin menipis.

》Pengetahuan semakin bagus, tapi kearifan semakin berkurang.

》Teman di dunia Maya ramai, tapi tidak punya Sahabat sejati.

》Minuman semakin banyak jenis, tapi air bersih semakin berkurang jumlah.

》Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

》Ilmu semakin tersebar, tapi sikap beradab semakin lenyap

》Belajar semakin mudah, tapi guru semakin tidak dihargai.

》Teknologi Informasi semakin  canggih, tapi
fitnah & aib semakin tersebar.

》》 Kuasa semakin besar, tapi penyelewangan semakin berleluasa.

Sama-sama kita renungkan. Mudah2an kita tidak tergolong dan berusaha untuk tidak tergolong dalam salah satu kategori di atas.

Take note : Seorang sahabat kongsi kata-kata diatas dengan kepada saya dan terpanggil untuk kongsinya diisini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat. Semoga bermanfaat.

16 Ogos 2016

Rezeki dalam hidup kita lain-lain

Rezeki dalam hidup kita lain-lain..*_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat travel sana-sini_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, business maju dan bertambah maju_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami_

_*Hakikatnya..*_
_Allah menjadi kan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri._

_Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material_

_*Alhamdulillah..*_

_Semua benda yang baik adalah *rezeki dari Allah*, walaupun hanya dengan dapat *baca satu ayat Al Quran* dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca *Al Quran* walaupun sekali dalam hidup dia_

_*Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat*_

_Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara_

_Berlapang dadalah dalam mencari rezeki, *bersyukurlah* dalam setiap rezeki yang kita dapat_

_Rezeki kita.._
_Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan utk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah nan satu tanpa sempat bertaubat.._

07 Ogos 2016

Kebergantungan sesama manusia
* 🕊 Kebergantungan Sesama Manusia 🕊 *

Syurga * Lelaki * Pada perempuan iaitu ibu.
Syurga * perempuan * Pada Lelaki iaitu * suami. *

Sehebat-Hebat * suami * kena Patuh Pada * ibu. *
Sehebat-Hebat * ibu * kena Patuh Pada * suami. *

Masa * Hidup * anak perlukan * doa ibubapa. * Masa * mati * ibubapa perlukan * doa anak. *

Di * Dunia * nasab ITU-komen pada * Lelaki. *
Di * akhirat * nasab ITU-komen pada * perempuan. *

* Sehebat-Hebat Manusia *, bila mati dia Tetap * Perlu orang berbaring * Untuk * jenazahnya kebumi. *

* Setinggi-Tinggi Sains * Yang Manusia Ada. Dia Tetap Perlu * belajar * daripada * Seorang guru. *

Pukul berapa Jauh pun Seorang Manusia ITU mengembara. Pasti Yang dirindu Adalah * Keluarga. *

Walau * Sekaya * manapun Seorang Manusia. Dia Tetap Perlu Untuk * berurusan * DENGAN * orang lain ... *

Pengurus Seorang * Umum * TIDAK Akan mampu uruskan Perjalanan Premis Tanpa * pekerja am. *

Seorang * raja * TIDAK Berkuasa Tanpa Ada * Rakyat Jelata. *

Inilah Manusia ... * Lemah. * Walau sehebat Mana pun Kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf Kita Hanya Seorang * "Hamba". *

Lalu kenapa Mahu Rasakan Kita Adalah Yang Terbaik dan Terhebat ???

Bukankah ITU Hanya Akan Membawa Kita Kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan Yang Sedang Membaca. Iblis ITU terlaknat Hanya kerana Satu sifat. Iaitu * sombong dan merasa dia lebih Baik. *

Alangkah baiknya JIKA Dunia Yang Sementara Ini Kita isi DENGAN kebahagian. Bahagia lihat orang LAIN bahagia.
Derita bila lihat orang LAIN derita.
Mahu Yang Terbaik buat Diri Sendiri dan orang terbaring.

Ingatlah ...
Dunia Untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri SETIAP Seorang Manusia ITU Sebuah bumi untuknya Sendiri.
Sesungguhnya Tuhan TIDAK Pernah solat merencana Sesuatu. Pasti Ada hikmahnya.


Sama2 Kita renungkan..🕊🕊

06 Ogos 2016

Cerpen | Roti hangit
*ROTI HANGIT*

*ROTI HANGIT*




_Seorang anak menceritakan:_

_Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan.

*Ibuku* *meletak* di hadapan ayahku *roti bakar*, tetapi roti *hangit* sepenuhnya._

_Ayahku *menghulur* tangan, mengambil cebisan roti *sambil* *tersenyum* manis *ke* arah *ibuku*._

_Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu._

_Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku *terbayang* sampai saat ini, bagaimana aku *melihat ayahku* menyapu roti dengan butter dan jem, lalu *memakannya tanpa bersisa.*_

_Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon *maaf* kerana *roti hangit* ketika dia membakarnya._

_Dan aku tidak akan lupa jawapan *ayahku* terhadap permohon *maaf ibuku.*_

_*"Sayang...,* jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit._

_Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan *roti* dibakar sampai *hangit*."_

_Ayahku merangkul aku ke dadanya dan *berbisik ayat-ayat* yang perlu diteliti:_

_"Anak ku, hari ini *ibumu* telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat *letih*._

_Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati._

_*Hidup* ini *memang* penuh dengan *kekurangan*, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib._

_Kita *perlu* belajar *membiasakan* diri menerima *kekurangan* pada setengah urusan, kita perlu *bersikap terbuka* dengan keaiban orang lain._

_Ini antara *perkara* penting *dalam* membina *hubungan* dan akan *menjamin* hubungan *kekal* utuh._

_*Jangan* sampai roti yang hangit *sedikit* menjadi punca *berkecai hati* yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. *Abaikan* perkara-perkara *remeh*._

_Asyik *membantah* akan *mematikan* kelazatan *sesuatu* perkara._

_Sebab itulah *pokok* yang *ditiup* angin berterusan akan *kehilangan* daun dan berguguran *buahnya*._

_Begitulah *perumpamaan* seseorang *yang* selalu terdedah kepada *kritikan* pedas, dia akan menjadi manusia *nagetif*._

_*Pujilah kebaikan* orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka._

_Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati._


03 Ogos 2016

Cerpen | Nasib baik atau malang

```Pelajaran tauhid  yg sangat bernilai ...

Dahulu kala, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi.. Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya.. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya..

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya..

Maka teman-temannya berkata : "Sungguh malang nasibmu, padahal kalau kemarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang.."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara...

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali , bersama 5 ekor kuda liar lainnya..
Lalu teman-temannya berkata : "Wah..! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan.."
Si petani  tetap hanya diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah..
Kawan2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah.."
Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani karena tidak boleh berjalan..

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami.."

Si petani kemudian berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang..
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini..
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok..
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok..
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita...
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini..

Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam```