Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Bila suami meninggal apa perlu dibuat

Khas buat isteri...
BILA SUAMI MENINGGAL, APA PERLU BUAT??



Kematian tidak kira sesiapa dan ketika. Namun, sekiranya kematian itu melibatkan suami, isu berkaitan Harta Pusaka beliau mesti diberi perhatian yang lebih terutama oleh isteri simati.

Apabila mati suami meninggalkan harta, isteri dan anak2, kebanyakan isteri merasakan harta pusaka itu hak dia dan anak2 shj. Bagaimana dgn ayah dan mak suami? Hukum Faraidh telah menetapkan ayah dan mak masing2 dapat 1/6 setiap orang (rujuk Surah Al-Nisa' ayat 11), isteri 1/8 dan baki untuk anak2.

Jika suami tiada ayah dan anak lelaki, isu lagi besar boleh timbul apabila anak2 perempuan hanya dapat 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih, isteri tetap 1/8 dan baki akan berpindah kpd adik beradik simati. Jika adik beradik menuntut dan isteri tak mampu membayarnya..bagaimana?

Kejahilan pd Ilmu Faraidh boleh membawa risiko waris2 dekat simati makan hak orang lain yg sudah tentu hukumnya HARAM (rujuk Surah Al-Fajr ayat 19).

Isu HARAM kadang2 boleh berlaku juga walaupun dalam keluarga yg lengkap dgn ayah dan anak lelaki. Saya bg beberapa contoh:
1. Isu hutang simati. Waris2 wajib selesaikan hutang simati terlebih dahulu sebelum harta difaraidhkan. Hutang dgn Allah seperti badal haji, zakat (terutama zakat simpanan yg tidak dikeluarkan oleh bank), fidyah puasa dll juga hutang sesama manusia, bank dsb.

Hutang tak selesai tapi harta pusaka telah dimanfaatkan oleh waris memberi kesan besar kpd arwah di alam barzakh dan dosa waris kerana gagal tunaikan tanggungjawab. Ketahuilah bahawa hutang juga diwarisi oleh waris ikut bahagian masing2.

2. Isu tahlil dan kenduri arwah. Ia seolah2 jadi wajib apabila seseorang meninggal. Sedangkan tahlil bukan sunnah nabi. Tiada satu hadis pun diriwayatkan berkaitannya. Sedangkan uruskan pusaka yg wajib dgn dalil ayat Al-Quran diabaikan. 10 tahun mati, tp pusaka tak selesai. Tahlil entah berapa puluh kali dah buat. Tahlil hukumnya harus. Jd sunat (dapat pahala) jika dibuat dgn cara yg elok. Isu bacaan zikir dan ayat2 Al-Quran sudah betul. Tp isu menggunakan harta pusaka semasa tahlil dan jamuan kenduri arwah TANPA PERBINCANGAN DENGAN SEMUA WARIS DAN PERSETUJUAN MEREKA adalah HARAM. Sedar atau tidak bahawa isteri simati telah memberi makan kepada jemaah yg datang bertahlil itu dengan harta yg HARAM. Na'uzubillah.

Andaikata waris bersetuju, perlu diingat bahawa yg boleh bersetuju melepaskan hak adalah waris yg cukup umur sahaja (baligh). Waris2 bawah umur tidak boleh melepaskan hak. Maka kekal HARAM jika bahagian mereka digunakan.

3. Isu bahagi sama rata. Hukumnya harus dlm pembahagian harta pusaka. Tetapi yg boleh membuat keputusan bahagi sama rata adalah anak2 lelaki shj sebab bahagian faraidh mereka adalah besar iaitu 2 bahagian. Jika mereka tidak bersetuju maka tidak sah pembahagian sama rata. Kadang2 simati telah berwasiat supaya harta dibahagi sama rata. Wasiat tu tetap tidak boleh dilaksana jika waris lelaki tidak bersetuju.

Keputusan sama rata juga tidak boleh diputuskan oleh waris2 bawah umur.

4. Isu wasiat. Ada orang suka berwasiat supaya hartanya diserahkan kpd waris2 tertentu. Ada pulak syarikat2 tertentu yg mempromosi dan membuat dokumen wasiat sehingga mengelirukan ramai orang.
Ada yg berwasiat kpd seorang anak sedangkan dia ada anak2 yg lain. Ada yg wasiatkan harta tertentu utk anak2 tertentu. Wasiat sebegini boleh mendatangkan risiko perbalahan antara waris jika mereka gagal memahami.

Hukum wasiat kpd waris yg dapat faraidh adalah tidak sah kecuali dipersetujui oleh semua waris. Persetujuan mesti berlaku selepas mati pewasiat. Jika waris2 tidak faham, risiko berbalah dan makan HARAM boleh berlaku.

Wasiat yg sah dan wajib ditunaikan ialah wasiat pada kadar maksima 1/3 shj kpd BUKAN WARIS spt anak angkat, anak tiri, anak susuan, cucu dari anak perempuan dll. Wasiat juga boleh dibuat kpd masjid, sekolah agama, anak yatim dsb.

BELAJAR Faraidh adalah wajib.
Betul!!! Harta difaraidh selepas mati. Tapi belajar Faraidh mesti semasa hidup supaya masing2 faham hukum dan bekalkan ilmu yg sah kpd waris2.

Semoga penulisan ini bermanfaat.



Take Note : Ilmu ni dikongsi oleh salah seorang saudara mara saya dalam app ws group family. Saya terpanggil untuk berkongsinya disini. Semoga ada sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat mampu kita perolehi.

2 ulasan

  1. terima kasih atas artikal yang bermanfaat ini...yup betul,
    selagi suami masih ada mak ayah dan adik beradik...harta peninggalan masih ada hak atas mereka...

    kecuali adik beradik suami setuju untuk hadiahkan kepada anak-anak arwah suami.

    isu wsiat itu suatu ilmu yang baru...ingatkan kita bole tinggalkan wasiat yang bertulis melalui badan-badan wsiat yang berdaftar.

    BalasPadam