31 Mei 2016

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan

5:18 PTG 2 Comments
Assalamualaikum..



Beberapa hari dah aku tak berblogging. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berblogging kejap pada petang ni.. sebenarnya aku masih dalam waktu kerja untuk ketika ini.. tapi tetap jugak aku nak berblogging.. curi curi blogging sebenarnya... huhuuu rindu nak berblogging sebabnya...

Untuk petang ni sebenarnya aku nak buat luahan hati perasaan dekat sini.. tapi bila difikirkan balik.. rasa macam malas nak bertyping panjang panjang.. jadi aku pendamkan dulu apa yang nak dilauhkan tu ye.. eh boleh ke gitu? pedulikk lah!

Untuk minggu ni aku rasa macam kerja di hari cuti je.. opis sunyi sepi.. morning meating pun macam janggal je.. tade meriah mana.. berapa orang staff je yang ada.. huhuuuu.. waktu buat kerja pun rasa macam tak best.. kenapa erk? maybe sebab penangan bebudak praktikal gmi yang dah habis kowt.. hohohooo pak nik, pak jak, aidil.. penangan korang memang meletoplah beb! rasa macam sunyi sepi plak opis sejak korang dah habis ni.. mie dan rol pun macam sumbak je sejak korang tade ni.. heheee tetiba rindu plak suasana waktu dengan korang.. ceh! padahal tak sampai seminggu lagi korang tade.. nampak tak effect korang mcm maca dekat opis.. huhuuu bilik gd pun dah tak meriah.. dah takde orang nak lepak lagi dalam tu.. selalunya aku bukak pintu bilik gd.. nampak aidil mengadap pc.. skrng bila aku bukak pintu bilik tu.. nampak kerusi kosong.. huhuuu along pun masuk bilik tu time ade gd yang nak direpair je.. oishhh sedihhh..

Hari ni merupakan hari terakhir untuk bulan May. Esok sudah masuk 1 Jan 2016.. ini bermakna praktikal aku berbaki lagi sebulan je di sini.. hurmmm tetiba rasa macam sayu pulak.. happy sebab dah nak tamat praktikal untuk semester ni.. sedih sebab nak tinggalkan kawan kawan dan staff dekat sini... hampir enam bulan aku timba ilmu di sini... banyak benda yang aku belajar... banyak benda yang staff staff dan kawan kawan tunjuk ajar.. di sini aku temui banyak perkara baru.. aku tahu akan kewujudan instrument analyzer syste,.. aku kenal gas detector.. aku tahu cara untuk buat tagging menggunakan lazer dan gopharp.. bla bla blaaaa... banyak sangat ilmu yang aku dapat dekat sini..

Praktikal aku dekat sini berbaki lagi sebulan je.. hati memang excited giler nak habis cepat tapi... uwarghhhh buku log tak settle lagi.. hati gundah gelana memikirkan buku log... risau lecture nak datang melawat aku praktikal lagi... alamakkkk.. kalau si lecture tu datang main redah je.. lagilah mati aku... silap hari bulan kene balun cukup cukup... tapi itulah.... hati duduk risau.. mulut duduk potpet potpet.. tapi tindakan tak jugak bergerak gerakkk... hampehhh... entah bila nak sedar diri aku ni... heheee masa untuk honeymoon dah habis kowt.. praktikal dah nak sampai ke penghujung.. semester dah nak sampai ke penghujung tapi buku log masih lagi di awalan.. heheee stress stress.. kalau ikutkan hati aku.. sebenarnya banyak benda nak dikarang dalam buku tu.. tapi kebanyakannya tak berkaitan dengan bidang yang aku belajar.. so rejecttt.. tak boleh tulis.. kenapa? sebab lecture aku dah bagi guide line awal awal apa yang patut dan apa yang tak patut ditulis dalam buku log tu.. katanya, itu buku log bukan diari peribadi aku.. hahahaaa hampeh lecture iolls..

Eh, rasanya dah panjang aku merepek... merepek ke? rasa macam tak kowt.. hahaa saja suka suka aku buat nukilan dalam ni.. okayalah sebelum aku terkantoi dengan bos sebab curi curi blogging waktu kerja better aku stop dulu.. heheee nanti lain masa lain ketika aku berceloteh lagi ye.. oh ye.. sebelum aku terlupa.. aku nak ucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua kaum muslimin muslimat di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini dirahmati dan diberkati. Wassalam..


18 Mei 2016

Solat Dhuha

11:00 PG 1 Comments
✳ *SOLAT DHUHA*
*Menarik bantuan Allah SWT*


_Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan_

_[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]_

*YANG PERTAMA*
*Dosa terampun*

_Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt._

_“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”_

*(HR Tarmidzi)*

 *YANG KEDUA*
*Orang bertaubat*

_Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt._

_“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”_

*(HR Hakim)*


 *YANG KETIGA*
T e r c a t a t  s e b a g a i
o r a n g  t a a t

_Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt._

_“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai._

_Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah._

_Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu._

_Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat._

_Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."_

*(HR At-Thabrani)*

 *YANG KEEMPAT*

*Masuk syurga dari pintu yang khas*

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

_“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,_

_"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”_

*(HR At-Thabrani)*

 *YANG KELIMA*

*R e z e k i  b e r e s*

*Allah swt mencukupkan rezekinya.*

_“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”_

*(HR Abu Darda)*

 *YANG KEENAM*

*S u d a h  b e r s e d e k a h*

_Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah._

_“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi._

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah,mencegah yang mungkar adalah sedekah

_Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."_

*(HR Muslim)*

_Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja._

_Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah_


17 Mei 2016

Seorang pemuda ahli Syurga

11:46 PG 5 Comments
Assalamualaikum...


Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_

_"Tapi…"_

_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_

 _"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*

*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

_*Fikirkaann...*_

Kisah kentut ketika mesyuarat guru

11:38 PG 3 Comments


Tiba2, terdengar bunyi *"phooooott"* disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing2 memberikan komen:

Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.

Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup
meneruskan kehidupannya.

Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.

Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata
angin.

Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.

Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya
perang mulut.

*Pengetua* : *Sememangnya saya yang kentut. Besar sgt ke masalahnya?*




Take note : Selamat Hari Guru untuk semua guru terutamanya guru guru di Tadika Kemas Rawai, Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, Pahang Skill Devolopment Center, Akademik Binaan Malaysia Wilayah Timur dan Intitut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian. 

Bila suami meninggal apa perlu dibuat

11:29 PG 2 Comments
Khas buat isteri...
BILA SUAMI MENINGGAL, APA PERLU BUAT??



Kematian tidak kira sesiapa dan ketika. Namun, sekiranya kematian itu melibatkan suami, isu berkaitan Harta Pusaka beliau mesti diberi perhatian yang lebih terutama oleh isteri simati.

Apabila mati suami meninggalkan harta, isteri dan anak2, kebanyakan isteri merasakan harta pusaka itu hak dia dan anak2 shj. Bagaimana dgn ayah dan mak suami? Hukum Faraidh telah menetapkan ayah dan mak masing2 dapat 1/6 setiap orang (rujuk Surah Al-Nisa' ayat 11), isteri 1/8 dan baki untuk anak2.

Jika suami tiada ayah dan anak lelaki, isu lagi besar boleh timbul apabila anak2 perempuan hanya dapat 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih, isteri tetap 1/8 dan baki akan berpindah kpd adik beradik simati. Jika adik beradik menuntut dan isteri tak mampu membayarnya..bagaimana?

Kejahilan pd Ilmu Faraidh boleh membawa risiko waris2 dekat simati makan hak orang lain yg sudah tentu hukumnya HARAM (rujuk Surah Al-Fajr ayat 19).

Isu HARAM kadang2 boleh berlaku juga walaupun dalam keluarga yg lengkap dgn ayah dan anak lelaki. Saya bg beberapa contoh:
1. Isu hutang simati. Waris2 wajib selesaikan hutang simati terlebih dahulu sebelum harta difaraidhkan. Hutang dgn Allah seperti badal haji, zakat (terutama zakat simpanan yg tidak dikeluarkan oleh bank), fidyah puasa dll juga hutang sesama manusia, bank dsb.

Hutang tak selesai tapi harta pusaka telah dimanfaatkan oleh waris memberi kesan besar kpd arwah di alam barzakh dan dosa waris kerana gagal tunaikan tanggungjawab. Ketahuilah bahawa hutang juga diwarisi oleh waris ikut bahagian masing2.

2. Isu tahlil dan kenduri arwah. Ia seolah2 jadi wajib apabila seseorang meninggal. Sedangkan tahlil bukan sunnah nabi. Tiada satu hadis pun diriwayatkan berkaitannya. Sedangkan uruskan pusaka yg wajib dgn dalil ayat Al-Quran diabaikan. 10 tahun mati, tp pusaka tak selesai. Tahlil entah berapa puluh kali dah buat. Tahlil hukumnya harus. Jd sunat (dapat pahala) jika dibuat dgn cara yg elok. Isu bacaan zikir dan ayat2 Al-Quran sudah betul. Tp isu menggunakan harta pusaka semasa tahlil dan jamuan kenduri arwah TANPA PERBINCANGAN DENGAN SEMUA WARIS DAN PERSETUJUAN MEREKA adalah HARAM. Sedar atau tidak bahawa isteri simati telah memberi makan kepada jemaah yg datang bertahlil itu dengan harta yg HARAM. Na'uzubillah.

Andaikata waris bersetuju, perlu diingat bahawa yg boleh bersetuju melepaskan hak adalah waris yg cukup umur sahaja (baligh). Waris2 bawah umur tidak boleh melepaskan hak. Maka kekal HARAM jika bahagian mereka digunakan.

3. Isu bahagi sama rata. Hukumnya harus dlm pembahagian harta pusaka. Tetapi yg boleh membuat keputusan bahagi sama rata adalah anak2 lelaki shj sebab bahagian faraidh mereka adalah besar iaitu 2 bahagian. Jika mereka tidak bersetuju maka tidak sah pembahagian sama rata. Kadang2 simati telah berwasiat supaya harta dibahagi sama rata. Wasiat tu tetap tidak boleh dilaksana jika waris lelaki tidak bersetuju.

Keputusan sama rata juga tidak boleh diputuskan oleh waris2 bawah umur.

4. Isu wasiat. Ada orang suka berwasiat supaya hartanya diserahkan kpd waris2 tertentu. Ada pulak syarikat2 tertentu yg mempromosi dan membuat dokumen wasiat sehingga mengelirukan ramai orang.
Ada yg berwasiat kpd seorang anak sedangkan dia ada anak2 yg lain. Ada yg wasiatkan harta tertentu utk anak2 tertentu. Wasiat sebegini boleh mendatangkan risiko perbalahan antara waris jika mereka gagal memahami.

Hukum wasiat kpd waris yg dapat faraidh adalah tidak sah kecuali dipersetujui oleh semua waris. Persetujuan mesti berlaku selepas mati pewasiat. Jika waris2 tidak faham, risiko berbalah dan makan HARAM boleh berlaku.

Wasiat yg sah dan wajib ditunaikan ialah wasiat pada kadar maksima 1/3 shj kpd BUKAN WARIS spt anak angkat, anak tiri, anak susuan, cucu dari anak perempuan dll. Wasiat juga boleh dibuat kpd masjid, sekolah agama, anak yatim dsb.

BELAJAR Faraidh adalah wajib.
Betul!!! Harta difaraidh selepas mati. Tapi belajar Faraidh mesti semasa hidup supaya masing2 faham hukum dan bekalkan ilmu yg sah kpd waris2.

Semoga penulisan ini bermanfaat.



Take Note : Ilmu ni dikongsi oleh salah seorang saudara mara saya dalam app ws group family. Saya terpanggil untuk berkongsinya disini. Semoga ada sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat mampu kita perolehi.

Warkah Ibu untuk anak

10:52 PG 1 Comments


Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

Selamat hari ibu syg. Sesungguhnya jasamu untuk keluarga kita tak terbalas. Segala penat lelah dan susah payahmu dalam membesarkan kami adik beradik tak tertanggung. Maafkan anakmu ini kerna sering kali menyakiti hatimu dalam sedar mahupun tidak. Anakmu ini akui, anakmu bukanlah seorang anak yang baik tapi anakmu ini cuba untuk menjadi anak yang lebih baik untuk mak dan ayah. Terima kasih mak, untuk segalanya buat keluarga kita. Anakmu ini menyayangi mu selamanya. iLOVEu Mak. Puan Ramlah Binti Hamid.




Take Note : Sesungguhnya kitalah anak dan sampai ketikanya nanti kitalah ibu dan ayah.



12 Mei 2016

1st Giveaway by Aura Queen

10:07 PG 13 Comments

1st Giveaway by Aura Queen 

1st Giveaway by Aura Queen.Giveaway ini diadakan sempena PEMBUKAAN BLOG AURA QUEEN ORIGINAL.Doa dan harapan kami di Aura Queen,semoga anda sudi join ya.Semoga Giveaway ini mendapat sambutan dari sahabat blogger sekalian.Giveaway Aura Queen ini adalah tajaan sepenuhnya AURA QUEEN ORIGINAL.Giveaway terbuka kepada semua blogger di Malaysia.1st Giveaway by Aura Queen bermula pada hari ini,6 May 2016 dan akan berakhir pada 31 May 2016 jam 11.59 malam.Cepat cepat JOIN.Aura Queen mencari LIMA PEMENANG BERTUAH yang akan memenangi WANG TUNAI RM50 dan juga Feminin Wash AURA QUEEN.


*SILA TEKAN BANNER DIATAS UNTUK JOIN*

SYARAT SYARAT 1st GIVEAWAY by AURA QUEEN 


1 - BUAT SATU ENTRI GIVEAWAY
Buat satu entri bertajuk " 1st Giveaway by Aura Queen ''.

2- FOLLOW BLOG 

3- LIKE PAGE FACEBOOK

4- FOLLOW INSTAGRAM

5. Copy CODE di bawah dan PASTE di ruangan html 

6. Copy paste LINK entri GIVEAWAY anda hanya di ruangan komen entri Giveaway ini sahaja


Feminin Wash AURA QUEEN


Feminin Wash AURA QUEEN , Feminine Wash Aura Queen


Rahsia Penjagaan Bahagian Intim Wanita Bersama Feminin Wash AURA QUEEN

- Menjadikan bahagian intim wanita akan terasa harum dan segar sepanjang hari..." Feminin Wash AURA QUEEN boleh membantu menyelesaikan masalah kegatalan bahagian intim wanita dan menghilangkan bau.Haruman mempesona..Kesegaran yang kekal lama...Feminin wash AURA QUEEN terbaik untuk wanita masakini.
- Aura Queen menggunakan bahan-bahan tradisi di tambah baik dengan yang moden menjadikan Feminin Wash AURA QUEEN terasa harum segar dan mendapat kebaikannya pada si pemakai .

Kelebihan Feminin Wash AURA QUEEN 

- Bau wangiannya yang segar 
- Kandungannya pekat dan menjimatkan 
- Terasa nyaman bila digunakan dan kesegaran berpanjagan 
- Memberi keyakinan diri 


Fungsi Feminin Wash AURA QUEEN 

- Mengatasi masalah keputihan 
- Mengatasi masalah bau yang tidak menyenangkan 
- Antiseptik ( menghalang bakteria dan fungus ) 
- Menghilangkan kegatalan 
- Menganjalkan dan memelihara kulit 
- Menstabilkan PH vagina 
- Mencerahkan 
- Mengetatkan 
Kandungan : Aqua, Sireh, Manjakani, Aloe vera, Kacip fatimah, Garam bukit, Cola lipid 

Cara Penggunaan Feminin Wash AURA QUEEN 

- Titiskan pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih,biarkan 3 hingga 4 saat dan bilas sehingga bersih. 

Isi kandungan 100ml 

Maklumat Lanjut Feminin Wash AURA QUEEN


Untuk respon lebih cepat ( pertanyaan/order ) anda boleh Call,WhatsApp atau Sms no tertera di bawah :

๐Ÿ“ž 014-9323212
๐Ÿ“ž 014-9323212
๐Ÿ“ž 014-9323212

FEMININE WASH AURA QUEEN SAHABAT BAIK ASET ANDA !!
FEMININE WASH AURA QUEEN HARUMAN PENCETUS KETERUJAAN SUAMI....


1st Giveaway by Aura Queen adalah tajaan sepenuhnya Aura Queen Original.Terima Kasih kerana sudi join Giveaway ini.

Tamat : 31 May 2016

10 Mei 2016

09 Mei 2016

Pencarian tempat paktikal yang rumit

12:29 PTG 5 Comments

Assalamualaikum

Sekejap masa berlalu. Dalam tak sedar, bulan Mei dah muncul. Maknanya berbaki lagi sebulan untuk aku habiskan on job training. Hurmmm cepatnya masa berlalu. Sis-sisa baki penghabisan yang ada ni, aku sibuk mencari tempat untuk on job training yang seterusnya.

Stress! hanya tu yang mampu aku perkatakan. hari-hari duduk fikir pasal tempat nak praktikal. Mengadap laptop, cari tempat. Mengadap telefon, cari tempat. tapi tidak jugak dapat!

Serabut! Kalau ikutkan hati aku nak mintak cuti seminggu. Biar senang sikit, aku nak ke hulu ke hilir pepagi hari mencari tempat. Tapi apakah daya. Keadaan tidak mengizinkan. Nanti apa aku nak tulis dalam buku report praktikal. Apa alasan kukuh yang aku nak bagi pada lecture yang handle bahagian industri. Oichhh tidakkkk, serabut giler!

Sebenarnya macam-macam benda yang berman dalam kepala hotak aku ni. Macam-macam benda yang nak dibuat, yang dirancang tapi entahlah. Keadaan seperti tidak mengizinkan. Masa pun dah semakin suntuk. Macam nak menangis je. Ini padah akibat buat kerja last minute barangkali. Tapi bukannya last minute sangat pun sebenarnya. Entahlah! Rasanya berbaki lagi dua minggu kowt untuk aku cari tempat on job traning seterusnya tu. Kalau tidak, maybe aku terpaksa tanggu semester kowt. Oich tidakkk! Tak nak!

Aku mencari tempat untuk on jon training di sekitar kawasan Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu. Tapi sekiranya di sekitar Kuantan, masih boleh dipertimbangkan lagi. Sekurangnya dekat sikit nak balik kampung. Hurmmmm.. entahlah.. Aku pun buntu memikirkan tempat untuk latihan industri tu. Makin difikirkan, makin kusut. Bila tak difikirkan, jadi serabut.

Aku harap, akan dapat untuk praktikal seterusnya dalam masa terdekat. Aku dah tak larat nak berfikir dah. Dah tak larat nak mencari dah. Dah mati akal, putus idea, kering kontang. Almaklumlah tengah kepanasan ini. Heheee




08 Mei 2016

10 jenis makanan yang membakar lemak dengan pantas

11:56 PG 4 Comments

1. Oats
Bukan sahaja menenyangkan dan sedap, out juga membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Jadi amalan mengambil oat setiap pagi sangat membantu rutin diet anda.

2. Telur
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein tetapi rendah kalori. Telur membantu membina otot dan meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh.

3. Buah Epal
Kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita.

4. Cili Hijau
Mengandungi Capsaicin yang membantu membakar kalori dalam badan dengan cepat.

5. Bawang Putih
Mengandungi Allicin yang bertindak sebagai anti-bakteria dan berupaya mengurangkan lemak dan kolesterol jahat dalam badan.

6. Madu
Madu yang diminum bersama air suam setiap pagi, membantu membakar lemak dalam badan.

7. Green Tea
Tea yang paling efektif yang menurunkan berat badan. mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan yang cepat ambil green tea 2 cawan sehari.

8. Wheat Grass
Dikenali dalam bahasa Melayu sebagai Rumput Gandum, membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan lemak dalam badan.

9. Tomato
Membantu membakar lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga membantu badan menyerang sel kanser. Sangat bagus diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan.

10. Dark Chocolate
mengandungi Flavonoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam badan dan membakar lemak degi.


Makanan ringan adalah punca kegemukan

11:40 PG 0 Comments

Selain menjadi punca kegemukan, makana ringan juga adalah sangat tidak baik untuk kesihatan.

Makanan ringan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan.

Kalau boleh cuba elakkan daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, segera dan apa jua makanan berlemak!

Kalau nak makan tu boleh tapi janganlah diambil secara berlebihan, cukuplah sekadar hanya mahu merasa.




3 Diet Ketat Paling Bahaya

10:47 PG 0 Comments

Apakah diet ketat yang dikatakan paling berbahaya itu?

1. Diet Detox

Diet Detox merupakan segala upaya yang dilakukan untuk membersihkan 'internal' tubuh secara exstra. Salah satu jenis daripada diet detox ini iaitu 'master' clense'. Di mana sebahagian orang hanya boleh mengambil air lemon, air garam dan tea pelangsing

Kenapa Diet Detox ini berbahaya?

Sesiapa sahaja tidak ditegah atau dilarang untuk memiliki bentuk tubuh yang cantik.

1. Tubuh akan berhenti mendapat 'gilikogen' pembentukan energi
2. Otak akan kekurangan 'asid amino'
3. Siste, ketahanan tubuh akan menurun.
4. Protein dalam otot akan terurai menjadi 'asid ammonia' dan asid saraf yang menyerang pembuluh darah.
5. Saluran ke usus kecil tidak mampu bekerja maksimun dalam menyerap nutrisi.

2. Dukun Diet

Dukun diet adalah pola pemakanan yang melarang pengambilan karbohidrat seperti jagung, nasi, kentang, pasta dan sebagainya selama 10 hari. Para pengamal dukun diet dibenarkan mengambil protein (daging, ikan, susu, telur, soya dan kacang)

Kenapa Diet Dukun ini berbahaya?

Tubuh yang sihat adalah tubuh yang mengambil makanan seimbang antara karbohidrat, protein, lemak dan vitamin. Jika tidak anda mungkin akan terkena penyakit berikut:
- kerosakan hati
- ganguan buah pinggang
- kekurangan energi
- sembelit
- mulut berbau
- osteoporosis

3. Feeding Tube Diet

Feeding tube diet adalah yang hanya membenarkan seseorang itu mengambil cecair di dalam tube atau tabung. Di mana tube atau tabung tersebut boleh dibawa ke mana - mana.

Mengapa Feeding Tube Diet ini bahaya?

Feeding tube diet boleh menurunkan berat badan sepantas kilat. Namun berat badan anda akan kembali montel, jika tidak berdiet. Anda yang mengamalkan feeding tube diet bakal diintai oleh bahaya:
- gangguan buah pinggang
- pening kepala
- mual
- sembelit
- dehidrasi
- mulut berbau



Take Note : Mak pesan, tak payah diet sangatlah. Minum je air masak banyak-banyak. Lepas tu jangan culas bersenam. Mak cakap, takpe lah montel pun janji sihat cergas dan bertenaga. Hehee iLOVEu Mak :)

02 Mei 2016

Aku adalah dunia. Jangan kejar aku.

4:04 PTG 3 Comments

 



ูŠุญูƒู‰ ุฃู† ูุชู‰ ู‚ุงู„ ู„ุฃุจูŠู‡ ุฃุฑูŠุฏ ุงู„ุฒูˆุงุฌ ู…ู† ูุชุงุฉ ุฑุฃูŠุชู‡ุง


ูˆู‚ุฏ ุฃุนุฌุจู†ูŠ ุฌู…ุงู„ู‡ุง ูˆุณุญุฑ ุนูŠูˆู†ู‡ุง

Alkisah. Ada seorang anak laki-laki berkata kepada bapaknya: "Pak, aku ingin menikahi seorang gadis yang pernah aku lihat, dan aku suka kecantikan dan pesona matanya".

ุฑุฏ ุนู„ูŠู‡ ูˆู‡ูˆ ูุฑุญ ูˆู…ุณุฑูˆุฑ ูˆู‚ุงู„ ุฃูŠู† ู‡ุฐู‡ ุงู„ูุชุงุฉ ุญุชู‰ ุฃุฎุทุจู‡ุง ู„ูƒ ูŠุง ุจู†ูŠ

Bapaknya dengan suka cita dan bahagia menanggapi: "Tinggal dimana gadis itu wahai anakku?  Biar nanti bapak yg mengantarmu melamarnya".


ูู„ู…ุง ุฐู‡ุจุง ูˆุฑุฃู‰ ุงู„ุฃุจ ู‡ุฐู‡ ุงู„ูุชุงุฉ ุฃุนุฌุจ ุจู‡ุง ูˆู‚ุงู„ ู„ุงุจู†ู‡

Pergilah keduanya menemui gadis tersebut. Ketika sang bapak melihat gadis itu, ia pun tertarik, dan berkata kepada anaknya:


ุงุณู…ุน ูŠุง ุจู†ูŠ ู‡ุฐู‡ ุงู„ูุชุงุฉ ู„ูŠุณุช ู…ู† ู…ุณุชูˆุงูƒ! ูˆุฃู†ุช ู„ุง ุชุตู„ุญ ู„ู‡ุง ู‡ุฐู‡ ูŠุณุชุงู‡ู„ู‡ุง ุฑุฌู„ ู„ู‡ ุฎุจุฑุฉ ููŠ ุงู„ุญูŠุงุฉ ูˆุชุนุชู…ุฏ ุนู„ูŠู‡ ู…ุซู„ูŠ

"Dengarlah anakku . . gadis ini bukan levelmu, kamu tidak cocok dengannya. Gadis ini cocok dengan pria yang memiliki pengalaman hidup seperti aku"

ุงู†ุฏู‡ุด ุงู„ูˆู„ุฏ ู…ู† ูƒู„ุงู… ุฃุจูŠู‡ ูˆู‚ุงู„ ู„ู‡: ูƒู„ุง ุจู„ ุฃู†ุง ุณุฃุชุฒูˆุฌู‡ุง ูŠุง ุฃุจูŠ ูˆู„ูŠุณ ุฃู†ุช

Terkejutlah si anak mendengar kata-kata bapaknya, dan berkata: "Tidak! Aku yang akan menikahinya, bukan bapak!"

ุชุฎุงุตู…ุง ูˆุฐู‡ุจุง ู„ู…ุฑูƒุฒ ุงู„ุดุฑุทุฉ ู„ูŠุญู„ูˆุง ู„ู‡ู… ุงู„ู…ุดูƒู„ุฉ

Keduanya pun ribut, dan memutuskan pergi ke kantor polisi untuk menyelesaikan masalah.

ุนู†ุฏู…ุง ู‚ุตุง ู„ู„ุถุงุจุท ู‚ุตุชู‡ู…ุง ู‚ุงู„ ู„ู‡ู…: ุงุญุถุฑูˆุง ุงู„ูุชุงุฉ ู„ูƒูŠ ู†ุณุฃู„ู‡ุง ู…ู† ุชุฑูŠุฏ ุงู„ูˆู„ุฏ ุฃู… ุงู„ุฃุจ

Keduanya menceritakan permasalahannya kepada seorang petugas polisi. Lalu, polisi itu berkata: "Hadirkan gadis itu kesini, agar aku bisa bertanya kepadanya siapa yang akan ia inginkan: si anak atau bapaknya".

ูˆู„ู…ุง ุฑุขู‡ุง ุงู„ุถุงุจุท ูˆุงู†ุจู‡ุฑ ู…ู† ุญุณู†ู‡ุง ูˆูุชู†ุชู‡ุง

Ketika petugas polisi melihat gadis itu, ia pun tertarik dengan sikap ramah dan pesonanya.

 ูˆู‚ุงู„ ู„ู‡ู…: ู‡ุฐู‡ ู„ุง ุชุตู„ุญ ู„ูƒู…ุง ุจู„ ุชุตู„ุญ ู„ุดุฎุต ู…ุฑู…ูˆู‚ ููŠ ุงู„ุจู„ุฏ ู…ุซู„ูŠ

Lalu polisi itu berkata: "Gadis ini tidak cocok untuk kalian berdua, ia cocok untuk orang terkemuka di negeri ini, yaitu aku!"

ูˆุชุฎุงุตู… ุงู„ุซู„ุงุซุฉ ูˆุฐู‡ุจูˆุง ุงู„ู‰ ุงู„ูˆุฒูŠุฑ

Ketiganya pun ribut. Lalu mereka pergi menghadap menteri.

ุนู†ุฏู…ุง ุฑุขู‡ุง ุงู„ูˆุฒูŠุฑ ู‚ุงู„: ู‡ุฐู‡ ู„ุง ูŠุชุฒูˆุฌู‡ุง ุฅู„ุง ุงู„ูˆุฒุฑุงุก ู…ุซู„ูŠ

Dan ketika menteri melihat gadis itu, ia berkata: "Gadis ini tidak ada yang cocok untuk menikahinya, kecuali seorang menteri seperti aku!"

ูˆุฃูŠุถุง ุชุฎุงุตู…ูˆุง ุนู„ูŠู‡ุง ุญุชู‰ ูˆุตู„ุง ู„ุฃู…ุฑ ุฅู„ู‰ ุฃู…ูŠุฑ ุงู„ุจู„ุฏุฉ

Keributan terjadi lagi. Akhirnya sampailah mereka menghadap presiden.

ูˆุนู†ุฏู…ุง ุญุถุฑูˆุง ู‚ุงู„: ุฃู†ุง ุณุฃุญู„ ู„ูƒู… ุงู„ู…ุดูƒู„ุฉ ุงุญุถุฑูˆุง ุงู„ูุชุงุฉ

Presiden berkata: "Aku akan memutuskan masalah kalian . . Hadirkan gadis itu ke sini!"

ูู„ู…ุง ุฑุขู‡ุง ุงู„ุฃู…ูŠุฑ ู‚ุงู„ ุจู„ ู‡ุฐู‡ ู„ุง ูŠุชุฒูˆุฌู‡ุง ุฅู„ุง ุฃู…ูŠุฑ ู…ุซู„ูŠ

Ketika presiden melihat gadis itu, ia berkata: "Tidak ada yang cocok untuk menikahinya, kecuali seorang presiden seperti aku!"

ูˆุชุฌุงุฏู„ูˆุง ุฌู…ูŠุนุง

Terjadilah perdebatan antara mereka...

ุซู… ู‚ุงู„ุช ุงู„ูุชุงุฉ

Lalu gadis itu berkata:

ุฃู†ุง ุนู†ุฏูŠ ุงู„ุญู„!! ุณูˆู ุฃุฑูƒุถ ูˆุงู†ุชู… ุชุฑูƒุถูˆู† ุฎู„ููŠ ูˆุงู„ุฐูŠ ูŠู…ุณูƒู†ูŠ ุฃูˆู„ุง ุฃู†ุง ู…ู† ู†ุตูŠุจู‡ ูˆูŠุชุฒูˆุฌู†ูŠ

"Aku punya solusi!! Kita adakan perlombaan. Aku akan berlari, dan kalian semua berlari di belakangku, siapa yang bisa mengikatku pertama kali, Aku menjadi miliknya maka dialah yang menikahiku".

ูˆูุนู„ุง ุฑูƒุถุช ูˆุฑูƒุถ ุงู„ุฎู…ุณุฉ ุฎู„ูู‡ุง ุงู„ุดุงุจ ูˆุงู„ุฃุจ ูˆุงู„ุถุงุจุท ูˆุงู„ูˆุฒูŠุฑ ูˆุงู„ุฃู…ูŠุฑ ูˆูุฌุฃุฉ ูˆู‡ู… ูŠุฑูƒุถูˆู† ุฎู„ูู‡ุง ุณู‚ุท

Dan benarlah, ketika gadis itu berlari, kelima laki-laki: anak, bapak, petugas polisi, menteri dan presiden, berlari mengejar gadis tersebut dari belakang.

ุงู„ุฎู…ุณุฉ ููŠ ุญูุฑุฉ ุนู…ูŠู‚ุฉ

Namun tiba-tiba kelimanya jatuh ke dalam sebuah lubang yang dalam.

ุซู… ู†ุธุฑุช ุนู„ูŠู‡ู… ุงู„ูุชุงุฉ ู…ู† ุฃุนู„ู‰ ูˆู‚ุงู„ุช

Kemudian, sambil melihat mereka dari atas, gadis itu berkata:

ู‡ู„ ุนุฑูุชู… ู…ู† ุฃู†ุง؟ ุฃู†ุง ุงู„ุฏู†ูŠุง!

"Apakah kalian tahu siapa aku? Aku adalah dunia!!

ุฃู†ุง ุงู„ุชูŠ ูŠุฌุฑูŠ ุฎู„ููŠ ุฌู…ูŠุน ุงู„ู†ุงุณ ูˆูŠุชุณุงุจู‚ูˆู† ู„ู„ุญุตูˆู„ ุนู„ู‰ ูˆูŠู„ู‡ูˆู† ุนู† ุฏูŠู†ู‡ู…

Aku adalah sesuatu yg dikejar dan diperebutkan oleh semua orang, mereka berlomba untuk mendapatkan aku, hingga mereka lalai terhadap agama mereka.

 ููŠ ุงู„ู„ุญุงู‚ ุจูŠ ุญุชู‰ ูŠู‚ุน ููŠ ุงู„ู‚ุจุฑ ูˆู„ู… ูŠููˆุฒ ุจูŠ

Mereka bersenang-senang untuk mengejarku, sampai akhirnya masuk ke liang kubur, namun mereka tidak memenangkan atas diriku".

ุงู„ู„ู‡ู… ู„ุงุชุฌุนู„ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุงูƒุจุฑ ู‡ู…ู†ุง

AllaaHumma laa taj'alid-dunya akbara Hammi-naa.

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita terbesar kami.

Sengaja Membiarkan Makanan Dibazirkan, Terjatuh dan Bersepah Boleh Menjadi Sebab Datangnya Gangguan Syaitan.

4:02 PTG 0 Comments



Sengaja Membiarkan Makanan Dibazirkan, Terjatuh dan Bersepah Boleh Menjadi Sebab Datangnya Gangguan Syaitan.

Dari hadis Jaabir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ุฅِุฐَุง ูˆَู‚َุนَุชْ ู„ُู‚ْู…َุฉُ ุฃَุญَุฏِูƒُู…ْ ูَู„ْูŠَุฃْุฎُุฐْู‡َุง ูَู„ْูŠُู…ِุทْ ู…َุง ูƒَุงู†َ ุจِู‡َุง ู…ِู†ْ ุฃَุฐًู‰ ูˆَู„ْูŠَุฃْูƒُู„ْู‡َุง ูˆَู„َุง ูŠَุฏَุนْู‡َุง ู„ِู„ุดَّูŠْุทَุงู†ِ ูˆَู„َุง ูŠَู…ْุณَุญْ ูŠَุฏَู‡ُ ุจِุงู„ْู…ِู†ْุฏِูŠู„ِ ุญَุชَّู‰ ูŠَู„ْุนَู‚َ ุฃَุตَุงุจِุนَู‡ُ ูَุฅِู†َّู‡ُ ู„َุง ูŠَุฏْุฑِูŠ ูِูŠ ุฃَูŠِّ ุทَุนَุงู…ِู‡ِ ุงู„ْุจَุฑَูƒَุฉُ

“Apabila makanan salah seorang dari kalian terjatuh, maka ambil dan bersihkanlah kotoran yang terdapat padanya dan kemudian makanlah, dan jangan tinggalkan untuk Syaitan. Dan janganlah kalian bersihkan tangan kalian dengan kain pengelap sehingga kalian menjilatnya terlebih dahulu. Kerana sesungguhnya kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan tersebut yang mengandungi keberkahan.” [Shahih Muslim, no. 2033]


Ingatlah ketika kita senang, ada insan yang sedang di dalam kesusahan. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Beringatlah, setiap kesenangan yang kita kecapi tidak akan berkekalan lama. Berkongsilah seandainya dirasakan perlu.
Semoga bermanfaat 

Follow Us @soratemplates