Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Test Sambat Umbang / Sambat Didal harini | 6 Nov 2015

Assalamualaikum

Pagi ni aku masih sempat mengadap blog, sama seperti pagi-pagi yang lepas. Tapi untuk pagi ni ada sedikit kelainan. Kenapa? Sebab pagi ni aku ada test untuk amali. Alahaiii bila teringat pasal test memang lemah segala tulang temulag aku. Rasa macam nak guling-guling je tak nak buat test tu. Tapi test tu pentinglah doe. Nak ke tidak, memang perlu hadap jugak test tu.

Test amali apa? Semalam aku ada cerita tentang Sambat Umbang atau Sambat Didal dekat sini. Aku try buat waktu latihan pun rasa macam nak menangis. Hari ni ada test, entah macam manalah aku nak settlekan. Masa yang diberikan 45minit je pun. Dawai keluli yang setebal gedabak alam tu macam manalah aku nak bengkokkan seorang diri. Hehee waktu latiahan aritu, bebudak kelas yang tolong. Sama-sama tolong settlekan.

Bila difikir-fikirkan balik, aku rasa macam nak give up je. Tapi macam tak sampai hati pulak. Huhuu lecture ada cakap, korang nak sangat belajar Chargeman A1 kang, so sekarang rasakan apa yang dibuat oleh budak Chargeman A1. Alahaiii, ni baru sikit kowt. Belum lagi detail sebagai Chargeman A1. Glurp! Gaya lecture tu bercakap macam apa entah. Macam kerja yang lagi berat je bakal menyusul. Ayoyoyoyoooo.. cuak dah rasa.

Takut-takut jugak. Cuak-cuak jugak. Nak tak nak, aku tetap perlu lakukan jugak. Tiada pengecualian ok. Ladies dan lelaki sama je. Sebab kami belajar perkara yang sama. Jadi kami buat benda yang sama. Tapi kudrat mereka lebih kuat dari aku. Apapun berlaku, redahkan saja. Redakan saja, dan ikhlaskan hati dalam melakukan setiap pekerjaan. Semoga segala urusan kami dipermudahkan. Semoga test amali kami dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta menjadi. Aamin.

Skima Untuk Sambat Umbang @ Sambat Didal


1 ulasan

  1. salam ada nota untuk exam A1 x? kalau ada nk mintak tolong emailkan pada sy jammedhasan@yahoo.com ...sgt2 berharap

    BalasPadam