Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Rombakan bakal berlaku ke?

Assalamualaikum..



Setelah seminggu blog ni bercuti.. akhirnya untuk hari ni kembali mengaktifkan diri seperti sediakala.. uwarghhh rasa malas kian terasa sebenarnya.. almaklumlah seminggu cuti langsung tak jenguk blog.. betul-betul menghabiskan masa dengan keluarga tersayang.. hahaaa syok giler kowt.. tak terasa pun seminggu tu berlalu.. mcm cepat je.. sobsobbb..

Seminggu balik kampung.. macam macam cerita yang ada.. suka.. duka.. happy.. sedih.. aikkk seminggu je pun.. takkan banyak sangat feed back yang ada? hehee biasalah.. dah nama pun manusia.. kan.. perasaan yang dirasai tak untuk ditidakkan.. cewahh.. fullstop..

Untuk entri ni sebenarnya aku nak mintak pendapat sikit.. hati ni rasa macam nak buat rombakan blog.. tangan ni macam gatal-gatal nak mengedit.. boleh ke idok.. rasanya dah berapa kurun blog ni tak diubah suai.. ye ke? entah.. dah lupa bila kali terakhir aku edit-edit blog ni... hurmmm tapi apa yang aku nak edit..

Aku plan nak rombak bloglist yg sedia ada.. nak buat semula bloglist baru.. macam mana nak pilih bloglist baru.. yang tu masih dalam proses pemikiran akal aku.. tak terfikir lagi.. sebenarnya malas nak fikir lagii.. erkkk..

Aku ingat nak warna blog ni.. warna? maksud aku nak ceriakan blog ni dengan kaler yang meriah.. senang cerita kalerfull.. tapi idea ni masih dlm proses timbang tara.. hehee aku dh bosan sebenarnya tenung blog hitam putih.. tapi dalam masa yang sama aku tak sanggup nak hapuskan hitam putih ni.. kenapa? sebab aku ak pernah bosan dengan warna hitam putih.. macam tipu je.. hehee mungkin akan bosan tapi rasa bosan tu tak lamaa.. kalau kalerfull.. bila aku bosan.. otometikkk aku akan tukar terus.. tak fikir dah berjuta kali.. aku kan peminat hitam putih yang tegar..

kenapa aku pilih hitam putih untuk blogbabyshambles? sebab bagi aku blog ni sebahagian dari hidup aku.. aku sayang giler barbieeee kowt blogbabyshambles ni.. aku padankan dengan warna hitam putih.. sebab bagi aku hidup ni bagaikan hitam dan putih.. bila aku happy.. maka putihlah hidup aku.. bila aku tengah sedih maka hitamlah hidup aku.. adatalh hidup ni ada suka duka.. sama macam warna hitam dan putih.. erkkkk faham tak?

Kenapa tetiba aku nak buat rombakan blog? ceritanya tadi aku blogwalking kawan-kawan.. tetiba terlintas dihati.. ehhhh kenapa blog diaorang cantik sangat.. meriah giler kowt.. macam-macam kaler yang ada.. sedangkan blog aku hanya ada dua tona.. hitam putih.. diaorang mesti rajin berblogkan sebab tu banyak kaler.. aikk? habis aku ni takkan malas berblog sebab tu hanya ada hitam dan putih.. entah ! merapu dah kepala otak aku ni.. hehee tapi bila difikir dan renungkan balik.. memang blog aku ni macam membosankan pun.. kan.. macam tade seri.. tak berseri.. seri apa? seri pengantin ke? eh aku bujang lagilah.. hahaaa kang dah merapu..

Niat hati macam nak buat rombakan tapi masih tak pasti lagi... tunggulah nanti kalau dah jadi.. aku akan infom balik ye.. eh, kalau tak jadi pun aku tetap akan infomkan juga.. huhuuu.. dah lah aku taknak merapu panjang-panjang.. nanti korang pulak muakk nak mentelaah.. hahaa apapun esok aku akan mula kelas seperti biasa.. tamat sudah cuti sekolah aku selama seminggu.. doakan semangat dan kekuatan aku dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar ye.. wassalam..





2 ulasan

  1. sekali sekala buat rombakan blog pun best. bagi nafas baru pada blog. eseh. haha macam blog Lissa sebelum ni kaler hitam memanjang.. baru ja bulan lepas tukar kaler, upgrade sikit. kaler grey. haha lagipun, skali skala tukar wajah blog, tak pa.. tak la readers jemubuka blog sama ja bertahun-tahun :D #PanjangPulakKiteKomen haha

    BalasPadam