Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Rintihan seorang hamba



Tuhan, dengarkanlah hatiku
hambaMu yang lemah ini
Tuhan, bantulah aku menerima ujian dariMu
Tuhan, kuatkanlah aku
hambaMu yang hina ini
berikanlah kekuatan hatiku
moga cintaku padaMu selalu
perjalanan ini penuh berliku
onak juga duri yang datang padaku
moga ia akan tetap menjadikan aku
sentiasa bersamaMu
Tuhan..
andai masih aku gagal untuk meneruskan
perjalanan kehidupanku, teruslah membantuku,
sesungguhnya aku ingin selamat di dalam rahmatMu
moga dihujung nanti manisnya ku rasai
hikmah tersenbunyi dari sakit diuji
moga ia akan tetap menjadikan aku sentiasa bersamaMu
Tuhan..

5 ulasan