Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Puisi Anak Derhaka

Assalamualaikum

sungguh azab ibu mengandung
bulan dan hari terus di hitung
ibu berserah rugi dan untung
kepada Allah tempat bergantung

di katil usang ibu bersandar
menahan sakit terketar-ketar 
air mata dipipi bundar
harapkan lahir anak yang pintar

cukuplah bulan dan harinya
seorang puteri dilahirkannya
bidan menyambut dengan halusnya
hampir mencabut nyawa ibunya

apabila anak pandai berdikari 
ibu dibuat hamba abdi
makan minum disuruh saji
kain baju dipaksa cuci

ibu yang malang berduka cita
duduk berendam si air mata
akhirnya ibu menutup mata
akibat perbuatan anak derhaka

Tiada ulasan