Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kelas terakhir sebelum cuti

Assalamualaikum..

Hampir sebulan lebih au menunggu detik ni, akhirnya kian menghampiri. Nampak tajuk entri aku dekat atas tu? Hah, itu lah yang ditunggu. Cuti midsem selama seminggu. Yeyehhh dapatc uti. Yeyehhhh dapat balik kampung. Walaupun hanya seminggu tapi sangat besar bagi aku. Biasalah perantau, so memang menantikan cuti-cuti untuk pulang ke kampung. Heheee..

Tapi aku agak frust sikit. Kenapa? meh sini nak explin sikit. Sebabnya, ada dikalangan pelajar dapat cuti selama dua minggu. (bukan couse aku dan bukan kelas aku lah). Sedih kowt sebab couse aku tak dapat cuti dua minggu tu. Hurmmm.. kami hanya dapat cuti seminggu je. Sedih!

Kalau diikutkan, menutut kata pelajar-pelajar lama, sesiapa yang akan keluar untuk pergi praktikal semester depan akan dapat cuti selama seminggu. Cuti ini diberikan untuk mencari tempat praktikal. Tapi kenapa kami tak dapat? Frust menonggeng kowt. Alamakkkkk -_-'

Aku tak dapat lagi tempat praktikal tapi kenapa tak dapat cuti tu? Kekadang terfikir jugak persoalan ni. Tapi bila difikir lama-lama dan semakin lama, aku rasa aku faham. kenapa lecture kami tak bagi cuti tu. Katanya cukup seminggu kami cuti. Huhuuu.. almaklumlah kamikan dah nak keluar praktikal so banyak benda yang perlu kami belajar sebelum tempuh alam praktikal tu. Macam sekarang ni, lecture agak sibuk sikit so tak berapa nak masuk kelas. Jadi dekat sini, kami agak kerugiaan masa sebab lecture tak dapat nak mengajar. Mungkin, masa yang terbazir tu nanti diganti dengan waktu seminggu yang kami tak diberi cuti itu kowt. Mungkinlahhh..

Tapi apapun, alhamdulillah. Aku bersyukur walaupun hanya dapat cuti seminggu. Dapat balik kampung, jumpa family. Heheee, kalau tak silap kali terakhir balik waktu Hari Raya Aidifitri aritu. So boleh kira sendirilah dah lama mana aku tak dapat jumpa kesayangan, tak dapat peluk cium mereka. Heheee..

Cuti memang cuti. Tapi biasalah kehidupan student, dalam cuti pun tetap diberikan kerja. Asmight yang berlambak para lecture tinggalkan untuk kami. Katanya buah tangan sempena bercuti di kampung. Hahaaaa, hampeh!. Ingatkan cuti ni dapat bersenang lenang. InsyaAllah, nanti cari masa dan ruang untuk settlekan segala bagai kerja tu. Apapun sekarang ni, hati tengah melonjat happy. Tak sabar nak start bercutii...


Tak sabar nak balik kampung esok. Tiket jam 9:30 malam.




1 ulasan