31 Mei 2015

28 Mei 2015

Pada Syurga Di Wajahmu - Nash



Selamat pagi. Bangun pagi terus on lappy then blogging sambil dengar lagu-lagu dekat youtube. Memang melayan perasaan pagi ni. Tiba-tiba terkeluar lagu nostalgia yang tak kesampaian. Deep! sentap terus tangkai hati ni. Terbayang 'dia' di ruangan mata. Teringat balik kata-kata dan janji yang pernah 'dia' ucapkan dulu. Hempeh!

Hurmmmm... lagu ni, sampai hari ni setiap kali aku dengar mesti sebak, mesti teringat kat 'dia', mesti akan bla..blaa..bla.... Semuanya tentang 'dia'lah!. Rapuhnya aku bila disebut tentang dia. Untuk pagi ni, sehabis mungkin aku mneghayati lagu ni. Setiap kata-kata dalam lagu tu, aku try untuk proses satu persatu. Rindu 'dia'!

Kalaulah dia tahu apa yang aku rasaa saat ni. Kalaulah dia faham isi hati aku ni. Kalaulahhh... kalaulah tu terlalu mustahil untuk kembali kini. Beberapa tahu dah pun berlalu tapi aku saja yang masih setia menanti. Sebenarnya tak adalah menanti sangat. Cuma tak ready utk mencari pengganti. Entah! mungkin sebab serik kowt dengan apa yang dah berlaku. Tak pun, mungkin sebab aku ni mengharapkan pengganti yang sebijik macam dia. Huhuuuu.. 

Saat ni aku teringat kat 'dia'. 'Dia' cakap nanti kalau ada rezeki, kami akan jumpa lagi. Time tu 'dia' nak nyanyikan lagu ni untuk aku. 'Dia' suruh aku fahami lagu ni. Entah! malas aku nak fikir panjang-panjang. *mulut kata malas nak fikir padahal kepala berulang kali fikirkan perkara yang sama!*. Aku cuba untuk kotakan janji yang pernah aku patrikan dengan 'dia' dulu. Aku tahu 'dia' sekarang dah pun berbahagia dengan someone yang berjaya menggantikan tempat aku di hati 'dia'. hurmmm...

Sedih! Aku rindu 'dia'. Walau apa pun yang dah 'dia' lakukan pada aku, aku tetap sayang 'dia'. Kalau dulu sayang aku menggunung, tapi sekarang sedikit kurang. Hahaaa apa pun sayang tu tetap ada. Tetap sayang!

Aok.
Koi tahu aok sekarang dah bahagia dengan dia. Koi tahu mungkin koi bukan yang terbaik untuk aok sebab tu aok berpaling tadah. Apa pun berlaku koi tetap syg aok. Cuma koi terkilan dengan sikap aok. Aok mengambil sikap untuk berdiam dia dan membuatkan koi berada dalam dunia teka teki. Mulanya koi tak faham apa yang berlaku. Koi tak faham apa permainan aok sebenarnya. Koi tak faham apa yang membuatkan aok berubah. Tapi sekarang ni, saat ni rasanya koi dah pun memahami segalanya. Koi faham, tersangat faham. Ya, marah tu memang marah. Tapi koi lagi terkilan dan sentap dengan tindakan aok. Kalau ada apa-apa, salah ke aok berterus terang? Salah ke jujur ? Kenapa perlu berdolak dalih? Entah.. kekadang bila diingatkan balik apa yang telah aok buat tu, koi rasa marah sangat. tapi bila diingat balik sikap aok waktu kita bersama dulu, hilang terus marah koi. Huhuuuu... aok tetap penyutua dihati aye. Semoga aok bahagia dengan dia yang aok pilih. 

27 Mei 2015

26 Mei 2015

25 Mei 2015

Sahabat - Selamat malam Rohingya

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu disisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok akan ada matahari
Perbanyakkanlah doa
Jangan kau terlepas taliNya

Rohingya adalah salah satu etnik yang terdapat di Myanmar, rata-rata etnik Rohingya adalah beragama Islam dan berketurunan Benggali. Rohingya memasuki Myanmar ketika era pemerintahan British abad ke 19. Malangnya, selepas kemerdekaan Myanmar, hak etnik Rohingya dianak tirikan oleh pemerintah Myanmar disebabkan oleh pemerintah Myanmar tidak mengiktiraf mereka yang datang ke Myanmar selepas kemerdekaan. Etnik Rohingya dibantai dan dihalau dengan cara yang kasar sehingga ada yang menjadi mangsa pemancungan pemerintahan Myanmar. Isu ini menjadi isu global dan dibawa hingga ke PBB. Etnik Rohingya ini dibenarkan menjadi pelarian di negara asing disebabkan ketidak adilan dan kekejaman yang dilakukan pemerintan Myanmar terhadap mereka. Mereka lari ke serata dunia hingga ke Malaysia. Mereka ini memegang kad pengenalan yang dikeluarkan oleh PBB sebagai orang pelarian yang sah dan perlu mendapat perlindungan dari kerajaan negara yang dipilih mereka

Selamat Malam Rohingya

Take Note : Sebak! Sedih! Sendu aku dengar lagu nie. Airmata hampir menitis. Bila dengar lagu nie, teringat pulak cerita tentang kaum Rohingya yang pernah diceritakan oleh lecture pada beberapa hari yg lepas. Rohingya, saudara seagama kita yang kini sedang ditindah tanpa belas kasihan di Myanmar. Nasib mereka sekarang bagaikan telur di hujung tanduk. Hurmmm.. banyak yang diceritakan olek lecture tu tapi entah.. aku sendiri tak tahu nak huraikan macam mana kat sini. Macam terbayang dimata, bagaimana terseksa dan susahnya mereka saat ni. Apa salah mereka? Apa dosa mereka sampaikan mereka dilayan sebegitu rupa. 

Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan kami. Engkau bantuilah hamba-hambaMu yang tidak terdaya dan tidak berdosa. Semoga mereka terlepas dari sebarang penindasan dan menaniayaan. 
Bertabahlah duhai Rohingya, kami disisimu, kami membantumu. 


22 Mei 2015

21 Mei 2015

Jangan curi selipar kami!
Assalamualaikum



Gempak tak aku punya tajuk? Okay, ni bukan kes kecurian selipar di masjid ye. Bukan juga kecurian selipar di surau. Tapi kecurian yang berlaku di asrama. Gempar satu hostel dgn kes kehilangan selipar. Hahahaaa yang hilang pulak sebelah bukannya sepasang. Sakit pulak hati aku! Si pengambil tu mcm nak perli-perli pulak kan.

Krikkk..krikk..krik... rasanya bukan dalam kategori kecurian kowt tapi hukuman. Eh, apa pulak salah aku kali ni sampai dicuri selipar tu? Sedih!

Sebenarnya ceritanya macam gini. Tengah hari semalam aku kalut-kalut nak pergi kelas. Waktu keluar dari bilik, aku dah nampak selipar tu dekat depan muka pintu. Selipar jepun je pun.  Tapi macam malas pulak nak ambil dan simpan atas rak kasut. Hahaa serius memang aku pandang sekali lalu je selipar tu then terus gerak pergi kelas. Tak terlintaslah pulak dalam kepala yang penyelia asrama akan datang sportcheak bilik/block asrama. Hampeh!

Kiranya untuk petang semalam, nasib aku tak berapa baiklah. Hahaa ada ke patut diambilnya sebelah selipar tu dan dibuang. Perhhhh sentap beb! Balik dari kelas, dengan muka tak bersalah aku masuk bilik. Tup.. tup.. time nak pergi toilet, cari punya cari sebelah lagi selipar tu tak jumpa. Aku try tanya budak bilik sebelah, dia pun cakap kehilangan sebelah jugak selipar. Tanya budak bilik depan pun sama jugak. Nampak tak nasib kamu serupa! Terus terbantut hajat nak pergi toilet. Hampa! Selipar hilang sebelah. Dah lah tu aje selipar yang aku ada untuk digunapakai keluar masuk toilet. Sedih! Sedih! menyesal pun ada.

Untuk malam tadi, aku terpaksa pakai selipar kahwin untuk pergi toilet. Hahaaa sebelah biru dan sebelah lagi warna merah. Boleh bayangkan tak? Bila berselisih aje dengan bebudak ni, diaorang duk tanya ayat yang sama je. Naik angin pulak aku nak menjawabnya. Ishhhh frust beb. Selipar dari kedai 2ringgit je pun, takkan tu pun dia nak kebas.

Tapi apapun, aku terima apa yang berlaku ni. Hehee memang salah aku pun. Tak letakkan balik selipar tu dekat atas rak lepas gunakannya. Inilah hukuman yang aku dapat. Pengajaran? Hurmmm... lain kali beringatlah. Kekemasan tu penting. Amalkan selalu amalan 5S. Okbye.


Take Note : Aku punya selipar kaler biru. Yang kaler merah tu, budak bilik depan yang punya. Hahaa dia pun terima nasib yang sama mcm aku. Jadinya, kami kahwinkanlah selipar tu. Apa-apa je lah, janji dapat digunapakai untuk keluar masuk toilet. Pisssttt.. selipar tu hilangnya petang semalam. Tapi petang tadi kami dah dapat balik. Kami pergi jumpa penyelia asrama. Kami tanya dia tentang kehilangan selipar tu. Katanya, dia dah buang selipar-selipar tu dekat belakang asrama perempuan. So, sesiapa yang nak selipar tu pergilah cari dekat sana. Well, aku pun pergilah cari. Nak tak nak tetap juga kena cari. Sebab itu je selipar yang aku ada. janji, lepas ni aku akan lebih perihatin. Hehee tak nak dah pisang berbuah beribu kali. Serik dah beb!

20 Mei 2015

Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea

Klik Banner Untuk Join

1) Kenapa memilih untuk menggunakan url yang digunapakai sekarang ni?
- url asal blog nie adalah blogbabyshambles.blogspot.com sebenarnya. Tapi enam bulan lepas tue tukar url. Maka wujudlah akukaudansesuatu.blogspot.com. Maksud disebalik "akukaudan sesuatu" ialah saya, awak dan yang lain. Hahaa wujudnya perkataan ni secara tak sengaja. Time tue, kebetulan ada krisis dengan kawan so mcm tak tahu mana nak diluahkan. Jadi, buka blog dan luahkan dalam blog. Dari situ baru terfikir untuk tukar url. 

2) Kenapa terjebak dalam dunia blog?
- Terjebak dlm dunia blog sebenarnya secara terpaksa tapi lama-lama rasa mcm seronok pulak. Awal tahun 2008, Pn.Intan (lecture BI) bagi tugasan utk cipta satu blog. Setiap hari kami perlu naikkan satu entri yg berkualiti dlm Bahasa Inggeris. Katanya markah kami akan dinilai melalui cara tulisan dan penyampaian kami dalam blog tersebut. Hampir 6bulan, selama setiap hari mengadap blog untuk buat satu entri so lama-lama rasa mcm best pulak berblogging nie. Hehee maka terus ajelah berblogging even dah habis subjek English tu.

Alhamdulillah, dalam tak sedar rupanya dah hampir 7 tahun berblogging. Dalam ni mcm-mcm entri yang ada, personal, life sebagai student, life sebagai anak, kisah tentang keluarga, soal hati perasaan, tentang makanan, tentang travel dan mcm-mcm lagi. Kalau dulu niat berblogging secara suka-suka. Sekadar nak isi masa lapang. tapi sekarang niat tu mcm dah berubah. Nak try untuk blogging secara serius. Nak hasilkan entri yangberkualiti untuk manfaat diri sendiri dan para pembaca yang membaca. Semoga apa saja entri yang dinaikan dapat memberi manfaat buat kita semua. 

TAMAT : 8 Jun 2015


18 Mei 2015

Aku belajar tapi kau..


Aku belajar. Aku belajar dalam setiap perkara. Kekadang aku terfikir kenapa mesti 
aku perlu belajar sedangkang orang lain macam tak belajar pun.

Aku belajar diam dari banyaknya bicara. Aku penat menjadi pendiam. mereka kecoh, riuh rendah sedangkan aku mendiamkan diri. mereka lantang bersuara manakala aku diam tak bersuara.

Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan. Aku belajar. Aku cuba menahan kemarahan dengan bersabar. kenapa mereka naikkan kemarahan aku. Apa mereka tak belajar ke bagaimana cara untuk meredaan marah aku. Ishhhhh... aku saja ke yang perlu belajar. Penat tau tak!

Aku belajr mengalah dari suatu keegoisan. Ini yang aku paling benci! Aku hapuskan ego aku sebaliknya mereka memijak kepala. Aku mengalah dalam apa juga perkara. Bahkan aku mengalah walaupun bukan aku yang salah. Tapi kenapa tidak mereka hargai? Apa tak bernilai ke pengorbanan aku ni!

Aku belajar menangis dari kebahagiaan. Ya, aku menangis! Aku menangis dengan sikap manusia. Sikap kejam kawan-kawan. Aku menangis memikirkan kekejaman mereka. Mereka ragut kebahagiaan aku namun aku masih tetap mengalah. Ini bermaksud mengalah ataupun aku lemah sebenarnya? Entah, aku buntu!

Aku belajar tegar dari kehilangan. Disebabkan terlalu banyak aku mengalah. Inilah yang aku dapat. Aku kehilangan. kehilangan orang yang aku sayang. Aku kehilangan hak yang sepatutnya aku pertahankan. Aku mendiamkan diri, bukan kerana aku lemah tapi aku belajar untuk menjadi kawan yang baik. Tapi apa yang aku dapat? Ini! Aku kehilangan.

Aku penat hidup dalam kalangan manusia yang malas nak belajar. Aku muak dengan sikap manusia yang tak reti menghargai pengorbanan orang lain. Aku benci semua nie! Aku benci situasi macam gini! Aku penat!

17 Mei 2015

15 Mei 2015

Termenung jauh



KLIK DAN FOLLOW SINI

Sometimes it's moments like that, real complicated moments, absorbing moments,
that make you realize that even hard times have things in them that make you feel alive...

Kadang kala aku terfikir hidup ini rumit. Payah sangat hidup ni, perit pun ada. Sampai satu ketika aku rasa ingin mengalah dengan kehidupan sendiri. Tapi disaat aku hampir tersungkur tu, dia datang sebagai penyelamat. Dia hulurkan semangat kehidupan. Dia hulurka kata-kata semanagt. Dia hulurkan ketabahan dan salurkan kekuatan pada aku.

Siapa dia? Aku tak pernah bermimpi untuk temui dia. tapi dia hadir pada waktu dan saat yang tepat. Dia mengajar aku erti kehidupan. Bersama dia aku meniti denai yang berliku. Setiap kepayahan aku rasakan kesenangan. Setiap penderitaan aku rasakan kebahagiaan. Sungguh walaupun menangis aku masih mampu ukirkan senyuman. Semuanya angkara dia. Dia mewarnai hidup aku.

Tak pernah terfikir untuk aku berkongsi hidup bersama dia tapi itulah hakikatnya. Dia melamar aku bersama cincin belah rotan. Aku tersenyum tanda setuju. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Majlis kami berlangsung dengan jayanya. Lalu bermulalah kehidupan sebenar kami. Suka duka dikongsi bersama. Tangis tawa dilalui bersama. Aku bahagia disisi dia. Terima kasih Allah, Engkau mempertemukan kami. Sunggguh aku tak duga, dia milikku kini.

Dalam tak sedar beberapa dekad telah pun berlalu. Namun kami masih utuh bersama. Hari-hari kami masih bergelak mesra. Hidup kami tak semewah mana, tapi alhamdulillah. Segala yang kami miliki cukup untuk kami. Kami bersyukur diatas pemberianNya. Dalam tak sedar usia kami semakin meningkat. Dia pergi tinggalkan aku. Dia pergi bersama kenangan kami.

Subahanallah, sedihnya aku kehilangan dia tak terkata. Aku terlalu menyayangi dia. Namun aku tahu, Engkau lebih menyayangi dia. Aku sedih kehilangan dia. Tapi aku tahu apa yang berlaku ada hikmah dariMu. Terima kasih kerana Engkau pinjamkan dia kepada aku. Terima kasih kerana pernah hadirkan dia untukku. Semoga di sana nanti, kami akan dipertemukan lagi.


14 Mei 2015

Maaf bila aku tak sempurna


Maaf bila aku tak sempurna. Aku tahu kau mahukan sesuatu yang sempurna. Sempurna dimata kau dan juga mata mereka. Tapi tidakkah kau tahu, aku tak mampu untuk memenuhi kesempurnaan yang kau harapkan. Bagi aku, kesempurnaan kau telah menutupi segala kekurangan yang aku miliki. Aku mengharapkan kau tidak memandang kekurangan aku. Sebaliknya pandangkah segala sikap positif dan kelebihan yang aku miliki. Cungkillah segala benda yang baik untuk kita berdua.

Kesempurnaan, kenapa mesti kau terlalu mementingkan kesempurnaan. Padahal kau sendiri pun tahu, manusia tiada yang sempurna. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Kenapa mesti mengharapkan yang sempurna sedangkan kita sendiri pun tidak sempurna. Tidak adil, bagi aku semua tu tidak adil. Hurmmm... andai sempurna yang kau harapkan, itu bukanlah aku. Andai perfect yang kau dambarkan, itu juga bukan aku. Aku hanyalah insan yang serba kekurangan. Aku masih dalam proses pembelajaran. Selagi mana nama aku manusia, selagi aku masih bernafas, aku akan terus belajar. Belajar memperbaiki segala kesilapan dan keburukan aku. 

Mungkin aku tak mampu jadi yang sempurna tapi insyaAllah, dengan izinNya, aku mampu menjadi yang lebih baik. Aku cuba untuk memperbaiki segala kekurangan yang aku miliki. Aku belajar untuk menjadi insan yang lebih tabah dan sabar dalam melalui kerenah dan ragam manusia. 

KLIK sini dan FOLLOW

KLIK sini dan FOLLOW

KLIK sini dan FOLLOW

Simple RM100 Giveaway Byijeni


Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

Tag :

TAMAT : 30/05/2015

12 Mei 2015

Ringkas tapi padat


Ringkas tapi padat. Itu yang aku perlukan malam ni. Aku pun malas nak berceloteh panjang. Penat. Letih. Tak larat dah. Ikutkan kata hati, banyak perkara yang nak aku luahkan tapi aku tak mampu. Banyak cerita yang nak aku kongsikan tapi aku tak pasti mana penghujung dan mana pangkalnya.

Aku takut nak mengaku aku suka kau. Ya, aku memang tak berani nak mengaku yang aku mula sukakan kau. Sikap kau, cara kau dan kadangkala kata-kata kau mampu membuat aku tak mampu berfikir secara waras.

Takut aky bertepuk sebelah tangan. Saat ni kita berkawan. Aku bimbang kau hanya mengangap aku tidak lebih daripada seorang kawan. Aku takut andainya nanti akan menjejaskan persahabatan kita. Aku tak sangup untuk mengambil risikonya. Bagi aku biarlah kau yang mulakan dulu. Itu pun kau rasa apa yang aku rasa. 

Takut kau tak nak cakap dengan aku dah lepas ni. Ini yang paling aku bimbangkan. Aku takot kau akan menjauhkan diri nanti. Aku risau kau dan aku bermusuh selepas ini. Bagi aku, persahabatan lebih penting. Persahabatan lagi suci dari percintaan. Biarlah aku terus memendam rasa.

Aku takut. Takut aku tanpa sebab bila berdepan dengan kau. Aku bagaikan hilang rentak sendiri. Kau mungkin biasa-biasa saja tapi kenapa mesti aku menjadi luar biasa ya. Entah! mungkin kerana kadangkala kau terlalu bagi perhatian pada aku kowt. Kau membuatkan aku beranggapan kau menganggap aku melebihi seorang kawan padahal sebaliknya yang berlaku. hurmmmm

Auu malas nak berceloteh panjang. Bimbang nanti airmata yang mengalir. Aku doakan kau bahagia. Bahagianya kau disisi aku walaupun sebagai seorang sahabat. Semoga kau temui seseorang yang kau sayangi. Memang aku berharap untuk memiliki kau. tapi aku tahu itu agak mustahil. Tapi tak salah untuk aku terus berharapkan. Apa pun aku doakan yang terbaik buat kita berdoa.

Kawalan turutan

Apa itu Kawalan Turutan?

Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocorn ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut

1. Fius perkhidmatan dan penghubung neutral
-> Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. (Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB)

2. Jangka Kilo Watt Jam (Meter KWJ)
-> Berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar an bayaran tariff. (Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB)

3. Suis Utama (Main Switch)
-> Berfungsi sebagai pengasing atau penyuisan dan perlindungan arus lebihan.

4. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB)
-> Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran ke bumi dan pengasing litar.

5. Papan Agihan
-> Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan.



10 Mei 2015

Rotan kerana sayang

kalau cikgu tak rotan aku dulu, sebab
hisap rokok, sebab ponteng kelas, aku
mungkin tak insaf, masih tersalah jalan.
Mungkin aku tak berjaya seperti hari
ini. terima kasih cikgu sebab rotan aku.

Sebab dulu takut guru Al-Quran akan
rotan bila salah baca atau
termengantuk, tak fokus masa mengaji
pasti hari ini aku tak pandai-pandai baca
Al-Quran lagi.

Dulu, masa sekolah, aku malas sangat.
Buat hal macam-macam. Natijahnya, ayah
rotan dua tiga das. Tak solat, kena rotan
lagi. Balik lewat, kena rotan. Menipu, kena
rotan. tapi, sikit pun aku tak dendam
pada ayah. Bila ayah dah tak ada, semua ini
jadi kenangan manis. Ayah nak aku jadi
anak yang soleh dan berguna. Ayah tak
silap. yang salahnya adalah aku. Bukan ayah
tak pernah berlembut. Bukan tak pernah
memujuk. Dia buat begitu kerana sayang.
teramat sayang. Sayang ayah selamanya.



Take Note : Rindu mak. Rindu ayah. Rindu keluarga. Rindu mereka semua. Rindu pada mak, ayah dan adik-adik tak pernah terpadam bahkan semakin menggebu. Jarak yang jauh memisahkan aku dari mereka namun telefon mendekatkan kam. Mak, hari ni hari ibu. Selamat Hari Ibu, mak. Angah sayang mak. Huhuuu walaupun dah wish dalam telefon dua tiga kali hari ni tapi angah tetap juga nak wish lagi sekali dekat sini. Angah sayang mak. Angah sayang ayah. Angah sayang adik-adik. Angah sayang family kita. Angah doakan mak, ayah dan adik-adik bahagia sentiasa. Semoga keluarga kita kekal bahagia dan dirahmatiNya. Sesungguhnya tanpa mak, ayah dan adik-adik, siapalah angah. iLOVEu mak, iLOVEu ayah, iLOVEu adik-adik, iLOVEu family. iMISSu so muuuuahhhh!

Sikap terkeji manusia | Mengumpat!
Assalamualaikum

Sebagai manusia, kita tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. Tapi sebagai manusia juga, kita mampu belajar dari kesilapan. Seandainya kesilapan yang sama dilakukan secara berulang kali, apakah itu masih boleh dikategorikan sebagai kesilapan? Bukan ke itu secara disengajakan?
Hurmmm...

Manusia, kenapa mesti ada umpatan dalam berbicara. Kenapa mesti mengumpat. Kadang kala aku sendiri naik buntu bila memikirkan hal ni. Apa yang berlalu disekeliling aku menggambarkan situasi ini saat ini. Benci! Hanya itu perkataan yang dapat aku sebutkan. Aku benci dengan situasi macam ni. Aku benci bila aku diumpat. Aku benci bila dengar mereka mengumpat. tapi kenapa mesti aku dengar umpatan- umpatan tersebut dan kenapa mesti aku mengumpat sama dalam sesetengah situasi!! Aku benci dengan semua nie.

Aku memerhatikan persekitaran hidup. Aku mendengar mereka mengumpat. Mereka sebenarnya berkawan tapi kenapa mesti ada umpatan dibelakang? Mereka sebenarnya tinggal didalam satu bilik tapi kenapa mesti ada kutuk mengutuk? Aku mendengar setiap umpatan dan kutukan mereka. Ingin sekali aku menyampuk, ingin aku memberikan nasihat tapi siapakah aku. Layakkah aku ini untuk memberi kata nasihat sedangkan aku sendiri kadang kala terlibat sama dalam umpatan tersebut.

Hati aku meronta. Aku lemas dengan situasi sebegini. Ingin aku larikan diri sejauh yang mampu namun kemampuan yang aku miliki tidak tercapai dek akal fikiran. Aku hanya mampu memerhati dan mendengarnya. Sesekali aku terdengar mereka juga mengumpat aku. Hah! Aku terkena sama dalam umpatan mereka. Aku hanya mampu tersenyum. Mungkin ini harga yang perlu aku bayar. Aku mengumpat mereka dan mereka mengumpat aku kembali. Penat aku memikirkan ragam manusia!

Bagi aku apa yang kita cakap sebenarnya akan berbalik kepada diri sendiri. Seperti kita bercakap dengan cermin. Contohnya, kita benci mereka melakukan sesuatu perkara tapi akhirnya kita sendiri turut melakukan perkara tersebut, Hah! Manusia, bercakap penuh dengan sembang. Sembang kosong dan gebangnya bagai nak rakkkk. Kau menegah dengan cara cacian dan makian tapi akhirnya kau sendiri turut sama melakukan perkara itu.

Aku pening dengan sikap manusia. Cakap tak serupa bikin. Hidup bagaikan tiada prinsip dan pegangan. Hidup bagaikan lalang di padang yang terbentang luas. Bercakap seperti buih dilautan yang luas tak bertepi. Benar kata pepatah, bercakap itu senang. Namun untuk melakukannya memerlukan semangat dan keimanan yang teguh. Kita mampu untuk menasihati orang tapi kadangkala kita juga terbabas dan melakukan juga perkara yang dilarang itu


Take note : Susah nak cari kawan yang sebetul-betulnya kawan. Kawan yang ada kebanyakkannya suka mengata di belakang. Depa kita mereka baik, bagaikan pijak semut tak mati tapi belakang kita segala keburukan dan kekurangan kita dijaja. Segala sikap yang mengaibkan kita diceritakan kepada orang seorang demi seorang. Inikah nilai seorang kawan? Inikah harga yang harus dibayar untuk berkawan? kawan.. Kawan.. Kawan...

09 Mei 2015

Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Selamat Hari Ibu, mak. Maklah ibu terbaik yang angah miliki. Mak sentiasa ada dikala angah happy dan sedih. mak sentiasa disisi angah dalam pada angah senang mahupun susah. Kasih sayang mak pada angah dan adik-adik tak pernah berbelah bahagi. mak sentiasa memikirkan kami, anak-anak mak yang nakal. Thanks mak. mak sentiasa berusaha dalam memenuhi setiap permintaan dan kemahuan kami. Mak tak pernah mengeluh dan merungut akan perangai kami walaupun sering kali menyusahkan mak. Mak sentiasa sabar dan tabah dalam membesarkan kami. Terima kasih mak. Terima kasih kerana memberi peluang kepada angah dan adik-adik menjadi anak mak. Terima kasih diatas didikan agama dan didikan moral yang mak terapkan dalam diri kami. Sesungguhnya pengorbanan mak tak mampu untuk kami balas. Harapan angah, semoga mak bahagia selamanya disamping kami. Kebahagiaan mak merupakan kegembiraan buat kami semua. iLOVEu mak. iLOVEu ayah. iLOVEu family. I miss u so muuuuahhhh!

Tamat : 31 Mei 2015

08 Mei 2015

SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Bulan Ramadhan, bulan mulia bakal tiba tak lama lagi. Perginya Ramadhan nanti lalu tibanya Syawal. bagai satu kemestian setiap kali datangnya Syawal kita akan memakai pakaian baru. Baku baru, seluar baru, tudung baru, kasut baru, beg tangan baru dan bla.. bla.. blaaa... Dalam erti kata lain, kalu boleh semuanya nak barulah termasuk rumah baru barangkali. Huhuuu.. So, untuk segmen nie KP harap akan terpilih untuk menjadi salah seorang diantara pemenangnya. Sebabnya, nanti bila raya bolehlah pakai tudung baru! (=

Tamat : 7 Jun 2015

 Segmen Mother's Day Giveaway by Anil Wanina

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Tamat : 14 Mei 2015


Sempena 'Hari Ibu' yang bakal tiba, KP nak 'Selamat Hari Ibu' buat semua ibu-ibu yang ada di atas muka bumi nie. Sesungguhnya tanpa ibu siapalah kita. Ibu, insan yang tak pernah kenal erti lelah dan letih dalam membesarkan anak-anaknya. Didikan dari segi agama dan kasih sayang tak pernah diabaikan demi bekalan masa hadapan anaknya. Sesungguhnya ibu sentiasa memikirkan soal ana-anak terlebih dahulu sebelum memikirkan akan dirinya. Pepatah mengatakan "Ibu mampu menjaga anaknya yang ramai namun anaknya belum tentu mampu menjaga ibunya yang seorang". Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan anak-anak yang 'tak mampu itu'. Sayangi ibu sepenuh hati kerna tempat ibu tiada galang gantinya.

iLOVEu mak, Puan Ramlah Binti Hamid.
Thanks sebab tabah dan kuat
dalam membesarkan angah dan adik-adik. 


07 Mei 2015

MOTHER'S DAY GIVEAWAY SPONSORED BY SOUFEEL


SELAMAT HARI IBU, mak.
Mak, 
Angah mintak maaf seandainya seringkali sakiti hati mak, sering kali susahkan hati mak, sering kali buat mak resah dengan sikap angah dan sering kali membantah setiap nasihat mak. Angah tahu mak menyayangi angah dengan seikhlas hati. Mak sentiasa ada tatkala angah sedih mahupun gembira. Mak tak pernah lupa dan tak pernah jemu menyokong setiap keputusan yang angah lakukan dalam hidup nie. Terima kasih yang tak terhingga mak. Angah hargai setiap kepayahan dan komitment yang mak berikan dalam membesarkan angah dan adik-adik. iLOVEu Mak.

Mak,
Untuk tahun ni, angah minta maaf sebab tak dapat bersama-sama untuk meraikan Hari Ibu bersama mak. Maafkan angah, angah tak dapat balik minggu nie untuk meraikannya bersama keluarga kita. Apa pun dari kejauhan, angah sentiasa dan tetap ada dibelakang mak. Angah sentiasa doakan mak, ayah dan adik-adik sentiasa sihat dan gembira selalu. Angah tahu, tanpa angah pun mesti along dan adik-adik tetap masih mampu raikan Hari Ibu bersama mak dan ayanh dengan meriahkan. Hehee nanti bila mak potong kek tu jangan lupa simpankan untuk angah sikit tau. Snpa gambar banyak-banyak nanti hantar dekat angah ye.

Mak, 
Untuk saat nie, angah rindukan mak. Angah rindukan mak, ayah dan adik-adik. Rasanya ni lah kali pertama angah sambung belajar jauh dari keluarga. Bila cuti, masa untuk balik ke kampung agak terbatas lantaran jarak dan kekangan masa. Thanks mak, sebab sentiasa faham dengan situasi yang angah alami. Hampir saban malam mak melayan panggilan telefon dari angah. Hampir saban malam mak menjadi pendengar setia setiap luahan dan aduan yang angah ceritakan kepada mak. Thanks juga untuk nasihat yang tak pernah jemu mak berikan. "Perbanyakkan berdoa dalam apa juga keadaan" , "Jangan tinggal solat" , "Jangan melewat-lewatkan solat" , "Jaga diri dan kesihatan" , "Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya" , "Fikir positif dalam menghadapi cabaran hidup" dan banyak lagi nasihat-nasihat lain yang mak titipkan setiap kali angah menelefon mak. Angah hargai sangat perhatian yang mak berikan pada angah dan adik-adik.

Mak,
Angah bersyukur kerana mempunyai ibu seperti mak. Mak sentiasa ada untuk angah dan adik-adik dalam apa juga keadaan. Mak sentiasa siap dan sedia disisi kami dalam apa juga perkara. Nasihat mak tak pernah lengkang untuk kami. Mak cekal dan tabah dalam membesarkan kami bersama ayah. Jarang sekali mak memarahi kami melainkan kami melakukan sesuatu yang mencabar kemarahan mak. Heheheee iLOVEu mak. Love you so muaaah. Dalam pada marah, mak tetap comel. heroin dihati ayah dan wirawati dihati angah dan adik-adik. Muahhh setepekk..

Mak,
Angah nak mak tahu, walauapa pun yang berlaku, mak tetap ibu terbaik yang angah miliki. Mak lah heroin yang terbest angah ada. Angah hargai sangat kewujudan mak dalam hidup angah. Angah doakan mak dipanjangkan umur, diberi ketabahan yang berpanjangan dalam membesarkan kami dan sentiasa gembira bahagia disisi keluarga kita. Ketahuilah mak, angah dan adik-adik terlalu menyayangi mak dan ayah. Angah sayangkan keluarga kita. iLOVEu MAK

Mak,
Angah harap, angah sempat dan dapat membahagiakan mak dengan usaha dan hasil daripada angah sendiri. Angan impikan semoga dapat menghantar mak dan ayah ke tanah suci dengan hasil usaha angah sendiri. Angah tahu, pengorbanan mak dan ayah kepada angah dan adik-adik tidak ternilai dan angah harap sangat dapat menggembira dan membahagiakan mak. Mak, tunggu angah berjaya ye. InsyaAllah nanti angah akan capai cita-cita angah. Angah nak tunaikan segala impian dan harapan dari mak dan ayah. Semoga mak, ayah, angah dan adik-adik hidup gembira dan bahagia selamanya. iLOVEu mak, ayah dan adik-adik. iMISSu so muuuuahhhh!




KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tamat : Hari Ibu

06 Mei 2015

Jangun diungkit kisah lalu


Take Note : Jangan diungkit kisah lalu antara kau dan aku. Mungkin kini kita mampu untuk menjadi kawan. Mungkin kini aku mampu bergelak ketawa dengan kau. Tapi jauh disudut hati aku tetap juga ada perasaan sedih. Sedih kerana bukan aku yang teristimewa ada dalam hati kau. Sedih apabila kau bermadah pujangga dengan dia bukannya aku. Mungkin kini aku mempu menerima hakikat bahawa kau bukan untuk aku tapi masih juga ada untuk ingin memiliki kau. Memiliki kau ke? Erkkkk... mungkin tak kowt. Sekadar jelous melihat kau dengan org lain.. -_-

Jangan diungkit kisah kita. Jangan disentuh sesuatu yang berkaitan soal hati lagi. Rindu? Ada apa dengan rindu kini. Bagi aku semua tue hanya perkataan. Untuk merindui kau, entah... Aku sendiri dah tak pandai nak mentafsirkan maksud disebalik perkataan tue. Tapi tatkala kau yang menyebut perkataan tu tadi, hati aku sedikit berdebar. Cuak pun ada. Hah! Motif? Tolong, tolong jangan usik hati aku lagi. Kau meluahkan apa yang kau rasa. Kau menceritakan masalah antara kau dan dia kepada aku. Aku menjadi pendengar dan cuba untuk bagi nasihat sebaik mungkin. Walaupun jauh disudut hati, aku sendiri tak pasti apa yang sedang aku lakukan ni.

Tapi bagi aku, sebaiknya kita teruskan sebagai kawan. Kita berkenalan dulu dari kawan sebelum couple dan jadi musuh sebelum kembali menjadi kawan. Jadi, bagi aku lebih baik kita terus berkawan. Mungkin kita sesuai sebagai kawan saja kowt. Apu dah malas nak memikirkan soal hati dan perasaan. Bimbang nanti aku terbuai sendiri. Takot nanti aku down kembali. Apa pun aku doakan yang terbaik untuk kau. Semoga kau temui insan yang setulusnya menyayangi kau. Semoga kau akan temui kebahagiaan yang kau cari. Aku tetap disini, akan sentiasa menjadi sahabat kau dan akan sentiasa ada dikala kau susah. 

Simple Anniversary Blog Giveaway By Arrien


Assalamualaikum :)
[CLICK BANNER TO JOIN!]
Simple Anniversary Blog Giveaway dianjurkan oleh Arrien Amani sempena meraikan Ulangtahun Blog Arrien Amani yang ke-5. GA disponsor oleh Arrien | Mama darwiish | Nur Azizah. Pemilihan pemenang berdasarkan Top Refferal & Random. Jadi jom kita meriahkan Simple Anniversary Blog Giveaway by Arrien.! Giveaway berlangsung dari 8/4/2015 - 8/5/2014.

Url Instagram: https://instagram.com/orangekecik/

Tamat : 8 Mei 2015

Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday



Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday sempena birthday my babies bulus Max & Bella yang ke-2 (16 April 2013 ~ 16 April 2015).

http://yanapinkblossom.blogspot.com/2015/04/giveaway-max-bella-2nd-birthday.html?m=0
Klik BANNER untuk join (^^,)

Tarikh Mula : 18 April 2015 (12.01am) | Tarikh Tutup : 16 Mei 2015 (11.59pm)

FOLLOWER BARU 1206

Tamat : 16 Mei 2015

SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei

KLIKK BANNER UNTUK JOIN 
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
SELAMAT HARI LAHIR SI LALA
Syukur alhamdulillah,
dirimu masih diberi ruang dan peluang untuk mengecapi kehidupan ini,
Hari ni merupakan hari bahagiamu,
Semoga dengan bertambahnya umur
maka akan bertambahlah kegembiraanmu,
dan bertambah juga cintamu kepadaNya,
Sucikan dirimu dengan berwuduk,
Bersihkan jiwamu dengan solat,
Sucikan hatimu dengan keikhlasan
Bersihkan usiamu dengan mencintaiNya
Selamat hari lahir Si Lala
Tiada doa yang mampu aku panjatkan
Selain doa semoga kau dipanjangkan umur dan 
sentiasa bahagia disisi keluarga, dan insan yang tersayang..




Tamat : 13 Mei 2015

Andai jodoh milik kita


Take Note : Tatkala hati bersedih, mulut tak mampu untuk berkata-kata maka biarkan hanya sekeping gambar berbicara. Mungkin ayat yang dipaparkan ringkas, namun cuba fahami maksud yang inin disampaikan. Mungkin gambar itu kelihatan simple tapi fahamkan apa yang tersurat dan tersirat disebalik gambar tu. Kadangkala, berkata-kata bukanlah sesuatu yang bijak disaat hati bersedih. Kerna ianya membuatkan kita berkata-kata tanpa memikirkan apa kesannya dikemudian hari. 

04 Mei 2015

Merindui dari kejauhan
Assalamualaikum...

Hari ni aku ikut kawan-kawan pergi karaoke. Kami pergi berempat, even berempat tapi gamat gila suasana selama tiga jam kami berkaroke. Melalak sama-sama. Memekak sama-sama. Menari sama-sama dan sama-sama melalut dalam bilik karaoke tu. Serius happy gila. Kecoh walaupun berempat.

Dalam pada berkaraoke tiba-tiba hati aku teringat pada 'atok'. Aku pun menyuruh kawan aku menyanyikan lagi 'Pada Syurga Diwajahmu by Nash'. lagu tu mengingatkan aku pada 'atok'. Lagu tu membuatkan aku merasa seakan-akan dekat dengan 'atok'. Hurmmm... sayu hati aku bila dengar lagu tu. Setiap lirik dan bait-bait lagu tu, aku proses sedalam-dalamnya.

Teringat pula kisah aku dan 'atok' berkaraoke dekat MBO Klang. Uwarghhhh rindunya pada 'atok'. Hampir menitis lagi airmata ni. Sebenarnya bukan hampir tapi memang dah menitis pun. Rindu!  Kenapalah bila teringatkan 'atok', mesti aku rasa nak menangis.

'Atok', koi rindu aok. Koi rindu kisah lalu kita. Rindu sangat nak habiskan masa dengan aok. Sungguh besar effect koi kehilangan aok dalam life koi. Terasa bagai baru semalam kita kenal. Baru semalam rasanya kita meniti bahagia. Kita susuri bandar Klang bersama-sama.  Kita merempit meredah kesesakan Klang sambil berpanas hujan. Indahnya kenangan bersama aok.

Hurmmm.. koi ingat lagi, aok bagi bunga kat koi. Bunga tu sehabis mungkin koi jaga. Bunga ros warna merah sekuntum. Aok cakap sekuntum tu tanda kasih sayang aok hanya untuk koi seorang. tersenyum koi mendengar kata-kata aok. Termalu! Ingat tak waktu kita naik KTM dari Klang pergi TS. Waktu dekat TS, aok belikan bunga yang ada coklet ferrero rocher pada koi. Sweet sangat, koi pun tak sangka aok sweet macam tue sekali. Bunga tu warna orange. Aok cakap saja beli warna tu sebab koi sukakan warna orange.

Bila kita keluar bersama, aok akan belikan koi cadbury. Huhuuu.. ingat lagi excident yang kita hampir dikejar anjing. Waktu tu aok macam bad mood. Bila koi tegur, aok terus melenting, marah-marah dan koi pun merajuk. Ingat tak kita bertekak sebab aok tiba-tiba keluar. Tak sangka pulak, waktu tu aok keluar sebab pergi belikan cadbury untuk koi. Aok tampal note pada cadbury tu. Aok cakp sorry, maafkan aok. Aok tak sengaja tinggikan suara. Aok cakap aok sayang koi. Terus koi tersenyum baca note tue. Sweetnya aok!

Indahnya saat yang kita lalui bersama. Kita jarang bertekak. Kita jarang bergaduh. Kita selalu bersama. happy bersama, lalui susah senang bersama. Setiap permintaan koi, sehabis mungkin aok penuhi. Hurmmm.. ingat lagi, kita makan aiskrim walls waktu berbuka puasa. Huhuuu, sweet giler. banyaknya kenangan indah saat kita bersama. Untuk mencari kepahitan diantara kita terlalu susah, bagaikan satu dalam sejuta.

Tapi kenapa tiba-tiba aok berubah. Tanpa tanda dan pesan, aok meminta perpisahan. Puas koi mencari mana silap koi. puas koi merintih apa salah koi. Kenapa dalam kita meniti bahagia, aok lemparkan derita pada koi. Mudahnya aok meminta kata maaf. Mudahnya aok berpaling tadah setelah beribu janji aok taburi. Sungguh tak koi sangka dalam diam aok berpaling tadah. Hurmmm... pedih hati koi hanya Tuhan yang tahu. Mungkin tiada jodoh antara kita.

Aok, sehingga saat ni koi masih sayangkan aok. Mungkin bukan sebanyak dulu lagi tapi sisa sayang tu tetap masih ada. Koi pernah membenci aok tapi hanya dibibir. Hati koi tak mampu untuk membenci aok. Mengenali aok banyak mengajar koi erti kehidupan, kebahagiaan dan kasih sayang. bersama aok membuatkan koi punyai keyakinan diri yang tinggi. Thanks untuk segalanya. Semoga aok bahagia dengan life baru aok. semoga aok bahagia dengan pengganti koi. Izinkan koi terus menyayangi aok dalam kejauhan. Koi masih berpegang pada janji kita yang dulu...