Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Blog mesra SEO 100%

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama aku tak berblogging dekat sini. Oichhh lamanya tak menghabiskan masa dengan blog nie. Almaklumlah banyak sangat perkara yang berlalu. Jadinya aku mengambil keputusan bagi menjarakkan diri seketika dengan blog nie. Hati tengah kusut dan jiwa pulak tengan kacau saat tu. Dalam pada menjarakkan diri dengan blog nie, aku sempat lagi cipta satu blog dan berblogging di blog tersebut dengan aman dan bahagianya. Hahaaa! Sekarang alhamdulillah, jiwa dan emosi aku pun dah stabil. Yes, aku dah stabil. *stabillah sangat!

Okaylah aku pun malas nak merapu panjang berjela. Untuk pengetahuaan korang, disebabkan terlalu lama aku mengabaikan blog nie, makanya UV aku jatuh dengan mendadak. Makk aikkk serius aku tengok pun terkejut tapi itulah hakikatnya. Jadi aku pun fikirlah sebab musabab dan cara untuk mengatasi masalah nie. Salah satu caranya adalah dengan memesrakan blog nie.

Sebenarnya dah dua tiga hari aku belajar untuk jadikan blog nie sebagai mesra SEO tapi tetap tak berapa nak menjadi. Agak banyak tutorial yang aku itu tapi semua kecundang separuh jalan. Hahaa, tapi itu tak mematahkan semangat aku. Dalam banyak-banyak tutorial yang aku cuba, akhirnya tutorial dari blog Ewento Marcello juga yang membuahkan hasil. Jom aku belanja beberapa bijik gambar.

Mula-mula sekali aku cheak hanya 14% yang mampu terhasil. Perhhh giler frust kowt.
Memang tak jangka pun sebenarnya, hasil yang aku dapat sangatlah sikit.


Hasil kedua setelah aku edit bahagian header. Hehee walaupun tak peratus tak banyak mana,
sekurang-kurangnya meningkatlah juga. Hasil yang terhasil dari hasil usaha aku.

Dup! dap! dupp!! dapp!! giler nervous tunggu result. Sebenarnya hati sedikit tak yakin sebab
tu nervous tahap babun. Rasa macam lambat pulak loading time nie.. Oichhh.. 

Alhamdulillah, akhirnya blog aku mampu mencapai tahap 100%. Hasil yang mampu membuatkan
aku tersenyum lebar. Inilah hasil yang aku dapat setelah mengikut segala step dalam tutorial
"How to score 100% SEO" by Ewento Marcello. Tahnks abg wan.
Take Note : Search Engine Optimization (SEO) sebenarnya sangat penting dalam kita berblogging. Dengan SEO 100%, ianya akan memberikan bonus yang sangat bermanfaat untuk blog kita. Erkk.. sebenarnya aku pun tak adalah tahu sangat tentang SEO nie. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, apa kata korang terjah dan follow blog Ewento Marcello. Serius tak rugi korang follow Ewento Marcello ni. Hahaa nanti kalau ada soalan, sila-silalah tanya beliau. Okbye. Wassalam.

4 ulasan

  1. tumpang tanye.. dah edit bahagian header tapi yg h1 tu tak tau nak edit cemana..hoho..










    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. klik jep pada link yg saya masukkan dlm entry tue.. harap dapat membantu ye...

      Padam
  2. good entryyyy. bagus2! tahniahhh! hehee

    BalasPadam