Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- Selamat Hari Merdeka -

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,
kita masih lagi beryawa dan menghirup udara di atas muka bumi ini.
Merdeka, kurang 45minit lagi, kita akan sama sama menyambut
'Hari Merdeka yang ke 57 Tahun'
tahniah Malaysia ! tahniah..
57 Tahun sudah, Malaysia mampu berdiri diatas kaki sendiri,
tanpa bantuan penjajah , tanpa keganasan dan tanpa bencana alam yang tak terhingga.
'31 Ogos', detik yang akan dikenang sepanjang hayat..
'31 Ogos', detik untuk kita memperingati wira-wira yang telah banyak berjasa..
'31 Ogos' hari untuk kita kenang segala susah payah dan perit jerih pejuang insan yang terdahulu
demi keamanan kita dimasa kini..
sesungguhnya tanpa mereka siapalah kita pada hari ini..
semangat mereka akan tetap dikenang meskipun mereka telah terkorban,
sesugguhnya pengorbanan mereka terlalu besar ertinya untuk kita..
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
laungan keramat yang dilaungkan bersama linangan airmata..
laungan keramat yang diungkapkan bersama rasa kegembiraan yang tak terkata..
laungan keramat yag dilafazkan bersama rasa syukur yang tak terhingga !
doaku semoga Malaysia terus aman, makmur dan damai..
'SELAMAT HARI MERDEKA'

1 ulasan